Saturday, July 10, 2021

PASARAN EKSPORT PORANG MENINGKAT

PERMINTAAN PORANG
untuk pasaran eksport dari negara Indonesia dilaporkan semakin meningkat. Ini telah dilaporkan oleh beberapa akhbar tempatan mereka yang mana boleh dijadikan rujukan kepada orang di Malaysia untuk cuba melihat sama komoditi ini. TANAMAN PORANG (Amorphophallus muelleri Blume) merupakan jenis tanaman ubi-ubian yang termasuk alam keluarga Araceae dan kelas Monokotiledoneae. Hasil dari tanaman ini berupa umbi yang mana ia mengandungi bahan yang banyak kegunaanya. Kita di Malaysia mungkin tidak pernah tengok atau menanam pokok porang ini akan tetapi ia menjadi satu jenis tanaman yang popular di Indonesia. Banyak sumber rujukan dalam bentuk tulisan dan youtube mengenai tanaman ini yang memberikan pendapatan baik kepada pengusaha atau petani disana. Umbisi Porang ini dilaporkan mengandungi bahan Glucomannan (glukomanan) iaitu sejenis Serat (Fiber) semulajadi yang larut dalam air dan bolehh diekstrak daripada bahagian akar ubi gajah atau juga dikenal sebagai 'konjac mannan'. Glukomanan merupakan seejenis bahan jenis polisakaride yang larut dalam air yang mana ia dilapor sebagai serat makanan. Kandunagn bahan ini  merupakan komponen jenis hemicelulose di dinding sel daripada beberapa spesies tanaman. Glukomanan lazim digunakan sebagai bahan aditif makanan sebagai emulsifier dan pengental. Apa pun di negara jiran ini ada diusahakan secara komersil tanaman Porang yang menyamai dengan tanaman Suweg, Walur dan Iles-iles. Tumbuhan ini merupakan tanaman penghasil umbisi yang boleh dimakan terutama untuk bidang industri dan kesihatan. Di Indonesia kini umbi porang ini memiliki potensi dan prospek yang besar untuk diperluaskan lagi penanamnya untuk pasaran domestik dan eksport. Kepada mereka yang yang ingin mencuba didalam usaha menghasilkan tanaman umbi berkarbohidrat tinggi ini boleh membaca artikel ini sehingga faham. Artikel didalam blog "Anim Agro Technology" ini akan membincangkan bagaimana eksport dari porang ini terus meningkat di Indonesia dan menjadi tanaman yang semakin diminati ramai petani menanamnya untuk dijadikan bahan bacaan semua. Saya telah menulis semula dan mengubahsuai bahasa asal Indonesia kepada Bahasa Malaysia didalam penulisan ini agar mudah difahami.

Dalam portal
Kumparan.com ada satu artikel bertajuk 'Digemari pasaran eksport, Bagaimana memulai Bisnes Porang?' menarik dikongsi bersama pembaca. Dilaporkan dimana sejak tahun 2019 iaitu tanaman porang menjadi perbincangan hangat dikalangan petani di Indonesia khususnya mereka yang fokus di dunia iaitu bidang pertanian. Sejak 2016 sampai 2019 dilaporkan trend penjualan porang ke pasar eksport terus mengalami kenaikan. Hasil temubual antara wartawan dengan Ananti Yekti atau sebagai Wakil Direktur Politeknik Pembangunan Pertanian (Polbangtan) Yogyakarta-Magelang telah mengatakan yang kenaikan eksport porang ke luar negeri mencapai hampir dua kali ganda. Ini bermakna bahawa komoditi porang ini memiliki potensi perusahaan yang sangat baik. Dilaporkan dimana berdasarkan data IQFAST Baratan dimana pada separuh pertama tahun 2020 jumlah eksport komoditi porang oleh Indonesia sudah mencapai sebanyak 14.8 ribu metrik tan. Jumlah ini telah mengatasi jumlah eksport porang separuh pertama tahun 2019 dengan jumlah 5.7 ribu metrik tan. Data ini menunjukkan dimana jumlah eksport komoditi porang pada separuh pertama tahun 2020 ini mengalami peningkatan sebesar 160% dibandingkan separuh pertama 2019. Dilaporkan pasaran utama eksport komoditi porang adalah China, Vietnam, Thailand dan juga JepunAnanti Yekti juga berharap trend positif ini dapat terus dipertahankan sehingga mampu memberikan sumbangan yang semakin besar untuk pembangunan pertanian nasional negara Indonesia. Trend dari pasaran porang ini khususnya untuk dieksport itu sememangnya mengalami kecenderungan terus meningkat dimana jika berterusan trend ini maka potensi penanaman porang perlu diperluaskan lagi. Pada masa akan datang akan diwujudkan lebih ramai kalangan petani yang menanam porang dimana beberapa penyelidikan dan  promosi kepada par petani telah dan sedang dilaksanakan di Indonesia di wilayah-wilyah terpilih.

Penanaman Porang semakin popular di negara Indonesia seperti apa yang dilakukan oleh seorang usahawan dikenali sebagai 
Berlian Rezky Wijayanti yang sudah lima tahun menanam porang. Kebunnya yang terletak di Daerah Bantul, Yogyakarta menyatakan dimana menanam porang sangat mudah. Menurutnya yang paling penting dipastikan kualiti pH tanah yang digunakan untuk menanam porang berada diantara pH5.5 sehingga pH 6.5. Beliau dakwa selain nilai pH, kadar kecukupan air juga mempunyai peranan penting untuk pertumbuhan porang. Porang memerlukan air dengan intensiti sederhana dan tidak sampai menjadikan tanah menjadi lecak berair akan tetapi kena pastikan agar tanah tidak kering terus. Bagi menyediakan benih porang ianya boleh dijalankan di dalam pot maupun polibeg. Apa yang diperlukan untuk pembenihan porang adalah tanah kering dibubuh baja organik dicampur sekam padi bakar dan bahan lain yang sesuai (Daun munggur). Dilaporkan dimana daun munggur adalah daun yang paling bagus jika dibandingkan dengan daun kering lain. Ini kerana daun munggur akan mengalami proses pengkompoosan yang cepat. Proses menyediakan benih dimulakan dengan mencampur tanah, sekam bakar dan baja organik. Setelah itu dimasukkan daun munggur kering di lapisan paling bawah pot atau polybag dan ia kemudian ditambahkan sekam padi di atasnya. Kemudian baru dimasukkan tanah yang sudah diproses tadi ke lapisan berikutnya. Kemudian masukkan benih porang di lapisan paling atas dan di tutup lagi dengan tanah dan akhirnya ia aperlu di siram dengan air secukupnya. Apapun kepada pengusaha baru mengikut beliau adalaj menyediakan tanah yang sesuai dan kuantiti serta jenis benih tanaman porang yang sesuai. Modal utama bagi penanaman porang adalah bagi membeli anakbenih porang daripada petani lain yang 

Penanaman porang di kebun awalnya perlu dipastikan dimana tanah diperiksa dulu dengan pH diantara 6.6 hinga pH6.5 dan jika nilai pH terlalu rendah maka perlu ditabur kapor pertanian (GML atau Dolomite) untuk menyuburkannya. Jarakan untuk tanaman porang adalah 25 - 40 cm. Apa pun disyorkan agar kawasan kebun mempunyai naungan atau teduhan (Sila lihat foto disebelah). Ini disebabkan pokok porang memang 
termasuk sebagai tanaman yang tidak tahan dengan terik matahari. Jika langsung terkena matahari sinaran matahari setiap hari maka daunnya biasanya boleh menjadi kuning seakan terbakar walau ia masih boleh hidup tetapi tidak optima. Dilaporkan dimana selain penanaman dan penjagaan porang yang sangat mudahia juga memiliki nilai ekonomi yang tinggi. Hampir semua bahagian dari tanaman porang dapat dijual termasuk dari umbinya, katak, spora, sampai benih dalam polibag. Kini dalam sebulan dilaporkan  harga umbi porang mencapai Rp 200 ribu per kilogram (RM57.67/kg) bagi umbisi, Harga Katak Rp 400 ribu per kilogram (RM115.35/kg), Harga Benih dalam Polibeg diantara 5 ribu sampai 6 ribu per benih (RM1.44 - RM1.73/pokok) mengikut saiz benih. Dilaporkan harga bagi Spora dan Bunganya boleh mencapat Rp 1.2 juta per kilogram (RM346.05/kilogram). Kiini jumlah permintaan dari pasaran eksport semakin tinggi dengan jumlah diperlukan telah mencapai 600 metrik tan sehari. Dilaporkan stok simpanan untuk eksport tidak sampai separuh daripada keperluannya dimana diperlukan lebih luas lagi penanaman porang.  Sebelum memulakan perniagaan porang, analisis usaha harus dilakukan dimana menurut Pengarah PT Global Agro Tangguh mengatakan untuk memulakan penanaman porang diperlukan modal awal sebanyak Rp 150 juta (RM43,256) bagi kawasan kebun porang seluas 1 - 2 hektar. Kos tersebut adalah termasuk bagi sewaan tanah sekitar Rp 24 juta (RM6,920), Kos Benih Porang Rp 50 juta (RM14,418) yang menjadi bebenan keoada petani baru. Penyediaan bibit ini meliputi pembelian benih umbi porang dengan target 80 ribu benih, kos mengambil umbi benih, kos pemprosesan sehingga menjadi anakbenih dan lain-lain kos terbabit (pengangkutan dan pekerja). Kos penyediaan kawasan kebun dari membersih kawasan, membina batas, perparitan, mengawal rumpai, pembajaan, sistem pengairan sehingga menuai sekitar Rp 63,600,000 (RM 18,340). Kos bahan input dikira sebanyak Rp 12.400.000 yang digunakan untuk membeli baja asas, baja peringkat pertumbuhan dan baja umbisi. Cara membaja perlu intensif agar pertumbuhan umbisi yang besar dan cepat dan elakkan tidak membaja. Penuaian dijalankan dalam masa singat sahaja iaitu dalam semusim penanaman paling awal 6-7 bulan dimana mampu menghasilkan sebanyak Rp200 juta - Rp 700 juta (RM57,675 - RM 202,030) bagi keluasan sehektar tanaman porang. Bagaimana pun semuanya bergantung kepada kuantiti dan kualiti porang yang dihasilkan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini yang mencari info mengenai penanaman umbisi porang terutama pembaca dari Malaysia. Wasallam!!!..
TANAM PORANG... DI INDONESIA SANA...
PASARAN BAIK... DARI BANYAK NEGARA...
MUDAH DITANAM..CEPAT HASILNYA JUGA...
MEMBACA ARTIKEL... MENARIK CERITANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(25JamadilAwal 1442H).
Posted from:
Taman Cendana, 
Persimpangan Bkt Beruang,
Air Keroh, Melaka. 10.7.2021.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.