Thursday, July 8, 2021

TANAM TOMATO CERI

TOMATO CERI
(Solanum lycopersicum var. cerasiforme) adalah sejenis tomato bulat kecil daripada keluarga Solaaceae yang dipercayai sebagai perantaraan proses pencampuran genetik antara tomato jenis currant liar dan tomato komersil sedia ada untuk dijadikan sayur yang berkhasiat. Tomato ceri ini berukuran dari hujung jari sehingga ukuran sebiji bola golf sama ada berbentuk bulat atau agak bulat lonjong sedikit.
  Walaupun biasanya tomato ceri berwarna merah akan tetapi terdapat juga warna lain seperti kuning, hijau dan hitam ditanam dibeberapa negara. Pokoknya  kelihatan seperti semak herba dengan ada batang langsung, daun seperti bentuk daun kentang dengan sistem akar yang kukuh. Antara kelainan dengan tomato biasa didakwa tomato ceri ini bersaiz lebih kecil dengan ia mempunyai nilai pemakanan yang tinggi, rasa lebih enak, kandungan vitamin tinggi dan nutrien yang lebih manis. Tomato ceri ini juga mempunyai kemampuan untuk ianya disimpan segar untuk waktu yang lama dibandingkan dengan tomato besar biasa. Dari segi beratnya mempunyai berat purata 30 gram sebiji sehingga sekecil 10 gram sebiji sahaja. Bagaimana pun dari segi pertumbuhan pokok tomato ceri mempunyai ciri mampu tumbuh dengan cepat, masak lebih awal dan baik untuk sesiapa menanamnya. Selain ditanam dengan skala komersil, tomato ceri ini sering dijadikan tanaman keliling rumah seperti menanamnya didalam pasu atau polibeg.  Ia mudah ditanm, senang di jaga dan mampu menberikan tuaian hasil lebih cepat jika dilaukan penjagaan dengan baik. Artikel pada tengahari Sabtu ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai teknik tanaman tomato ceri terutama didalam pasu di rumah untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Dilaporkan terdapat beratus jenis tomato c
eri tetapi hanya beberapa sahaja yang dikomersilkan dimana ciri yang berbeza dalam aspek ketinggian, warna buah, tempoh matang, bentuk dan juga amalan agronominya. Saiz pokok dikelaskan kepada pokok renek kecil, sederhana tinggi dan pokok tinggi. Pokok jenis tinggi selalunya ditanam didalam rumah hijau (SPH) akan tetapi jika ditanam diluar ataau didalam pasu jenis pokok renek rendah  dan sederhana sesuai dilakukan. Bagaimana pun petani komersil sering memilih tomato ciri jenis hibrid yang pokoknya sederhana dan tinggi sehingga mencapai 5 meter, pokok yang rimbun serta banyak nengeluarkan hasil. Jenis tomato ceri hibrid manis F1 selalunya antara tomato ceri yang mendapat permintaan tinggi di kalangan petani dan pemasar kerana masa matangnya singkat, jangkamasa memetik hasil yang lama dengan mempunyai rasa buah tomato ceri yang hebat dan mudah diterima pengguna. Tomato Ceri Merah (Red) asalnya adalah varieti yang dibiakbaka di Rusia dan kini ada ditanam di Malaysia. Selain ianya cantik juga dianggap sebagai tanaman hiasan dilaporkan buahnya yang bulat yang mengandung likopen (dari mana warna khas dari varieti ini diberi) ia dapat memberikan pulangan baik kepada petani. Bagi jenis Ceri Tomato Kuning (Yellow) mampu tumbuh setinggi 2 meter dengan masa matang lebih awal dengan buahnya berbentuk bulat berwarna kuning (Sila lihat foto disebelah). Buah yang dianam dengan cukup cahaya matahari memberikan rasa agak manis akan tetapi jika ianya ditanam dibawah teduhan menjadi sedikit rasa masam. Tomato kuning boleh dimakan segar, dijadikan salad atau dibuat hiasan diatas meja dimana sering diambil semasa musim sejuk. Ada juga Tomato Ceri Hitam (Black) atau pun jika diteiti lagi sebenarnya ia seakan berwarna ungu gelap. Jenis ini didakwa memang mengandungi bahan antisianin yang tinggi sehingga ia mampu untuk mlawan dan membunuh bakteria dan viirus yang merbahaya dan boleh meningkatkan immuniti manusia. Tomato ini juga mempua meningkatkan daya penglihatan dan masaalah kanser dimana selalu dihidangkan dalam bentuk segar atau diproses.

Menanam tomato ceri komersil dilakukan didalam rumah kaca dan bagi mereka yang ada hobi menanam tomato ceri dirumah juga mampu melakukannya. Pasu atau polibeg atau bekas terpakai perlu diisikan dengan media tanaman seperti tanah campuran atau cocopeat dengan diberikan sistem pengairan mini yag sesuai. Dapatkan benih tomato ceri daripada kedai pertanian  dimana beli dari jenis tomato ceri hibrid yang ada jaminan kualiti. Cuba tanya kepada penjual benih varieti sesuai ditanam seperti varieti Sungold, Gula Matahari, Chadwick and Fox, Sweet Treats dan sebagainya. Varieti 
Sungold adalah tomato ceri ini berasal dari Jepun yang akan mencapai saiz buah yang besar dan biasanya buah pertama yang menghasilkan buah oren. Rasanya lazat dan sangat manis dan ia mempunyai kulit agak retak. Varieti Gula Matahari pula agak sangat mirip dengan Sungold akan tetapi kulitnya tidak retak dengan mudah dengan warnanya adalah oren ringan. Jenis Chadwick and Fox adalah jenis asli yang tumbuh sangat cepat dan mempunyai rasa berasid atau masam. Jenis Sweet Treats berwarna merah jambu yang kuat dimana ia mempunyai rasa manis dan tahan terhadap banyak jenis penyakit tomato. Pokok tomato ceri tumbuh menjalar dimana diperlukan kayu sokongan yang dipasang awal kerana pertumbuhannya adalah cepat. bahagian pucuk perlu dilatih membelit kayu pancang sehingga teguh. Pstikan susunan pasu dalam jarak yang sesuai dengan mendapat cahaya matahari dan cukup litaran udaranya. Pastikan tanaman dalam pasu ini sentiasa diberikan air yang mencukupi dan selelu diperiksa daripada serangan perosak dan penyakit.

Pembajaan tomato ceri ini boleh dilakukan sekali seminggu terdiri daripada baja kimia dan baja organi yang kaya dengan nutrien.  Gunakan baja organik sekali seminggu dengan cara mencampurkannya dalam satu cm (centimeter) pertama permukaan tanah atas dalam pasu dengan menggunakan jari atau garpu plastik.   baja butir NPK atau Baja Semburan Daun (Foliar fertilizer) juga boleh diberikan mengikut jadual. Biasanya 
nutrien dari baja organik lebih perlahan diserap pokok daripada baja kimia. Cantasan atau 'pruning' dahak pokok tomato ceri perlu dilakukan daripada peringkat awal penanaman dengan melakukan cantasan pembentukkan dan cantasan pengurusan cabang. Buang dahan yang terlalu besar, berpenyakit, mati atu kering dan pastikan sistem pengudaraan dalam keadaan optima. Sebaiknya menggunakan gunting pemangkasan kecil dan tajam untuk membuat cantasan. Tanaman tomato ceri juga mudah diserang perosak dan penyakit. Antara ancaman yang sering di lihat adalah serangan kulat (fungi) dimana daun yang diserang akan menjadi kuning dan berbintik-bintik berpusar (antraknos) atau pun Layu Bakteria serta Penyakit Downy mildew.  Kawalan dilakukan dengan cara kimia dan juga cara lain yang disyorkan. Penggunaan racun kulat pada peringkat pertumbuhan vegetatif masih sesuai dilakukan. Jika menanam tomato ceri dengan sistem fertigasi maka bahan racun dan baja kimia boleh disesuaikan didalam bancuhan seperti amalan yang ada dilakukan petani tomato ceri komersil. Buanh tomato juga terdedah kepada serangan Lalat Buah yang oleh dikawal dengan pelbagai cara. Elakkan daripada gunakan tapak tanaman yang sama berulang kali untuk kurangkan risiko serangan penyakit disebebkan oleh kulat. Lazimnya pokok tomato ceri akan dituai hasilnya selepas 6 - 8 minggu ditanam dimana jika menanam daripada bijiebnih memerlukan masa tambahan seminggu lagi. Dilihat dimana bunga tomato ini akan berubah menjadi buah-buahan yang berwarna hijau kecil dan selepas beberapa minggu maka buah tomato ceri akan masak dan bersedia untuk dipetik. Sebaiknya penuaian dilakukan setiap hari (pokok banyak berhasil) dengan dipotong tangkai buah menggunakan gunting atau pisau tajam. Buah ini perlu dikumpul, digredkan mengikut saiz dan kualiti sebelu dibungkus. Tomato ceri yang baru dipetik boleh bertahan sehingga seminggu di dalamkeadaan biasan dan lebih lama lagi didalam peti sejuk.  Semuga artikel ini mampu memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
TOMATO CERI... AGAK KECIL BUAHNYA...
MUDAH DITANAM... TAHU CARANYA....
CEPAT BERBUAH... JIKA IA DI JAGA...
BACA ARTIKEL... BERMINAT MENCUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist, 
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(18 Syawal 1442H).
Posted from:
Pantai Hospital Air Keroh,
Melaka... 8.7.2021

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.