Thursday, April 15, 2021

FAKTA BUAH TEMBIKAI DI MALAYSIA (Part 1)

BUAH TEMBIKAI
(Citrrullus lunatus) atau Buah Semangka merupakan sejenis buah-buahan tropika dari keluarga Cucurbitaceae yang sangat popular diseluruh dunia sebagai buah yang diminati oleh semua gulongan masyarakat. Buah Tembikai berasal daripada kawasan benua Afrika sebelum diperluaskan penanamannya di kawasan Meditrenean dan kini di kawasan Asia serta seluruh dunia. Daripada laporan FAO menunjukkan sebanyak 99.16 billion metrik tan tembikai dihasilkan pada tahun 2010 dengan keluasan penanaman seluas 3.467 juta hektar CHE. Negara China merupakan pengeluar utama tembikai dunia dengan penanaman seluas 1.83 juta hektar menghasilkan sebanyak 66.225 billion metrik tan diikuti dengan negera Turki seluas 150,000 hektar, Negara Iran (135,962 hektar) dan Russia seluas 117,800 hektar.  Malaysia pula menanam seluas  9,310 hektar pada tahun 2020 dengan pengeluaran sebanyak 155,210 metrik tan yang dianggarkan bernilai sebanyak RM 305,210,000  (Sumber: Booklet Statistik Keluasan Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2020). Maklumat tersebut juga menunjukkan kadar pengeluaran hasil tembikai di Malaysia adalah sebanyak 18 - 20 metrik tan sehektar. Tembikai yang ditanam di Malaysia adalkah untuk pasaran domestik dan juga pasaran ekspot. Antara destinasi ekspot tembikai dari Malaysia adalah ke Singapura, Hong Kong, China, Jepun dan sediki ke Negara Timur Tengah. Terdapat berpuloh-puloh malahan mungkin beratus-ratus varieti tembikai yang ada diselurh dunia. Kebanyakan benih tembikai yang di tanam di Malaysia adalah jenis Hybrid yang mana hampir 100% benih tersebut adalah diimpot daripada luar negara. Antara varieti ISI MERAH adalah seperti New Dragon 117, Semangka 144, Sky Light 162, New Grand Baby N123, Summer Delicious 174, Hi-U 168, Bow Long 288, Big Mel 202, Taipan 275, Hitam Manis S 108, Golden Crown 167, Diana, China Boy, Pearl 275, King Black Gold 7733 dan Super Sweet Black Lady. Varieti Isi Kuning pula seperti Golden Delight 363, Bow Fong 272, Yellow Baby, New Orchid, New Sweet Baby, Jingga Manis 383, Orange Beauty dan Yellow Beauty 262. Sementara itu Varieti Tanpa Biji adalah seperti Red Victor 226, Red Star 1818, Quality 126, Fengshan 106, Pure Luck 128, Unique 129, Sin Fon dan Seedless 200. Nama-nama varieti ini ditentukan oleh pengeluar dan pengedar benih tembikai dengan sistem mereka tersendiri. Malaysia masih belum mampu untuk menghasilkan benih tembikai sendiri dan terus bergantung kepada pengimpotan. Artikel tengahari Sabtu ini saya menulis beberapa fakta mengenai buah tembikai dalam ''Anim Agro Technology'' berdasarkan beberapa laporan media dan tinjauan penulis dalam bidang pertanian selama 37 tahun untuk dijadikan rujukan anda semua.

Di Kuantan, Pahang seorang p
eniaga tembikai di tepi utama Jalan Kuantan-Pekan dekat Kampung Ubai di sini ada mengakui jualan mereka meningkat dua ke lima kali ganda setiap kali bulan Ramadan ini berbanding hari biasa.  Mereka yang terdiri daripada penduduk setempat berpeluang menjual lebih 1,000 tan tembikai sehari pada harga antara RM1.50 hingga RM2 sekilogram. Apa yang diberitahu dari seorang peniaga bernama Norulan Awang Sulung dimana setiap tahun pengeluaran jenis buah tembikai merah pada Ramadan meniingkat untuk dijual (Sila lihat foto disebelah). Ini sekali gus membolehkan dia dapat memenuhi permintaan tinggi orang ramai. Tembikai ditanam di Kampung Ubai, Kuantan dan sememangnya sudah terkenal sejak dahulu kerana rasanya manis dan ranggup apabila dimakan. Terdapat tiga jenis tembikai, di sini iaitu merah, kuning serta madu. Penulis beberapa kali membuat tinjauan ke Kampung Ubai semasa bertugas sebagai Pengarah Pertannian Pahang. Sebenarnya tembikai merah 'Jenis Boci' telah mendapat permintaan menggalakkan daripada peminat buah-buahan tempatan dimana ia juga turut menembusi pasaran luar iaitu Dubai, Beliau juga turut menanam tembikai di tanah seluas tiga hektar bersama suaminya. Biasanya hasil jualan tembikai itu boleh digunakan bagi menampung perbelanjaan mereka sekeluarga untuk menyambut Aidilfitri. Pengalaman selama enam tahun mengusahakan tanaman tembikai bersama suami telah dapat diteruskan saban tahun ada sokongan agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian. Musim menuai buah diatur agar jatuh pada bulan puasa kerana kadar permintaan menggalakkan. Tembikai dari Kampung Ubai sudah tidak asing lagi kerana diusahakan sejak turun temurun. Sudah dianggap produk masyarakat setempat.

Berlainan pula dengan fakta di Marang Terengganu dimana kisah seorang anak muda yang h
ilang punca pendapatan sebagai pembantu operasi syarikat pembinaan berikutan Covid-19 memaksa dia beralih kepada bidang pertanian. Dia telah melabur sebanyak RM7,000 dimana Muhammad Azwa Mohd Shakri berumur 30 tahun berusaha tanaman tembikai seluas dua ekar (kira-kira 0.8 hektar) buat kali pertama di Kampung Alor Ketitir, Merchang dimana ia mula membuahkan hasil. Dia mengusahakan tanaman itu akhir Disember tahun 2020 selepas tidak lagi mendapat tawaran bekerja di tapak projek kesan daripada wabak pandemik itu. Sebelum ini dia tidak terfikir untuk berkebun kerana bidang pertanian kurang popular dalam kalangan anak muda. Bagaimana pun apabila dia tiada pekerjaan selain tidak mahu berpeluk tubuh serta nasihat daripada ibu bapa maka dia memberanikan diri dengan dorongan bapanya. Bermodalkan RM7,000 dengan niat untuk berkebun di tanah milik bapa dan ternyata kini apabula berhasil semua penat lelah berbaloi. Dia bukan setakat mendapat modal semula malah hasilnya cukup lumayan bermula perolehan RM5,000 pada tuaian pertama dengan setiap biji tembikai mencecah berat antara enam hingga sembilan kilogram (kg). Selepas tuaian seterusnya membawa hasil sehingga 15,000kg dimana dia mula 'jatuh hati' untuk mengusahakan tanaman tembikai jenis boci yang hanya mengambil masa selama 75 hari manakala tembikai kuning mengambil masa 65 hari sebelum boleh dituai. Anggaran kasar penghasilan semusim sekitar RM 26,750 dimana ia memang memuaskan. Harga pasaran tembikai sekitar RM1.50 bagi satu kilogram di kebun dan boleh mencecah RM2 dimana selain mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pemborong dan penduduk sekitar.

Berlainan pula dengan fakta dilaporkan dari sekumpulan
 pekebun tembikai di Kampung Padang Kemunting, Kuala Nerus, Kedah yang berdepan kesulitan apabila tanaman mereka bukan sahaja tidak laku, malah turut diserang penyakit kulat daun dan akar.  Keadaan itu menyebabkan pendapatan pekebun terbabit terjejas sejak arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasakan bagi menangani penularan wabak Covid-19. Seorang pekebun iaitu Ismail Abu Bakar berumur 64tahun laporkan iaitu pada kebiasaannya akan ada peraih akan datang ke kebunnya untuk mendapatkan buah tembikai akan tetapi situasi berbeza berlaku sejak pelaksanaan PKP. Disepanjang lebih 20 tahun dia berkebun dimana biasanya peraih pasti ternanti-nanti dan akan datang ke kebun untuk dapatkan bekalan tembikai akan tetapi kini dia hairan mereka tidak datang dan mungkin kerana kurang permintaan atau masaalah pemasaran. Walau pun dia cuba bubungi FAMA akan tetapi FAMA telah minta beliau untuk menghantarnya sendiri sedangkan dia tidak ada lori. Akibatnya dia terpaksa menjual sendiri tembikai ini pada harga RM1 sekilogram bagi mengelak buah menjadi rosak atau rugi kerana majoriti tanaman diserang jangkitan kulat daun dan akar. Bagi rakannya iaitu Zubaidah Abdul Rahman dakwa dimana dia hanya mampu pasrah selepas terpaksa akur menanggung kerugian akibat tanamannya rosak selain tidak dapat memasarkan buah tembikai itu seperti biasa. Tanaman tembikai yang diusahakan bersama keluarganya di tanah berkeluasan 1.6 hektar sejak lima tahun lalu belum pernah menghadapi masaalah seperti semasa pandemik covid19. Dia fikir mungkin tiada rezeki tahun 2020 ini dimana sudahlah pokok diserang jangkitan kulat lebih teruk apabila peraih pula tidak datang beli tembikai yang sudah dikutip. Beliau juga terpaksa menjual sendiri kepada peruncit selain mereka yang datang ke kebun tetapi masalahnya tidak ramai pembeli datang sepanjang PKP ini menyebabkan pulangan modal pun tidak dapat. Begitulh beberapa laporan dan fakta mengenai industri tanaman tembikai di Malaysia untuk menjadi panuan pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
TANAM TEMBIKAI... BANYAK JENISNYA...
TEMBIKAI MERAH... RAMAI SUKAKANNYA...
BULAN RAMADAN... TINGGI PASARANNYA....
PANDEMIK COVID... JEJASKAN SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(30 Syaaban 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.