Friday, April 16, 2021

FAKTA BUAH TEMBIKAI DI MALAYSIA (Part 2)

BUAH TEMBIKAI
(Citrrullus lunatus) atau Buah Semangka merupakan sejenis buah-buahan tropika dari keluarga Cucurbitaceae yang sangat popular diseluruh dunia sebagai buah yang diminati oleh semua gulongan masyarakat. Buah Tembikai berasal daripada kawasan benua Afrika sebelum diperluaskan penanamannya di kawasan Meditrenean dan kini di kawasan Asia serta seluruh dunia. Daripada laporan FAO menunjukkan sebanyak 99.16 billion metrik tan tembikai dihasilkan pada tahun 2010 dengan keluasan penanaman seluas 3.467 juta hektar CHE. Negara China merupakan pengeluar utama tembikai dunia dengan penanaman seluas 1.83 juta hektar menghasilkan sebanyak 66.225 billion metrik tan diikuti dengan negera Turki seluas 150,000 hektar, Negara Iran (135,962 hektar) dan Russia seluas 117,800 hektar. Malaysia pula menanam seluas  9,310 hektar pada tahun 2020 dengan pengeluaran sebanyak 155,210 metrik tan yang dianggarkan bernilai sebanyak RM 305,210,000 (Sumber: Booklet Statistik Keluasan Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2020). Maklumat tersebut juga menunjukkan kadar pengeluaran hasil tembikai di Malaysia adalah sebanyak 18 - 20 metrik tan sehektar. Tembikai yang ditanam di Malaysia adalkah untuk pasaran domestik dan juga pasaran ekspot. Antara destinasi ekspot tembikai dari Malaysia adalah ke Singapura, Hong Kong, China, Jepun dan sediki ke Negara Timur Tengah. Terdapat berpuloh-puloh malahan mungkin beratus-ratus varieti tembikai yang ada diselurh dunia. Kebanyakan benih tembikai yang di tanam di Malaysia adalah jenis Hybrid yang mana hampir 100% benih tersebut adalah diimpot daripada luar negara. Antara varieti ISI MERAH adalah seperti New Dragon 117, Semangka 144, Sky Light 162, New Grand Baby N123, Summer Delicious 174, Hi-U 168, Bow Long 288, Big Mel 202, Taipan 275, Hitam Manis S 108, Golden Crown 167, Diana, China Boy, Pearl 275, King Black Gold 7733 dan Super Sweet Black Lady. Varieti Isi Kuning pula seperti Golden Delight 363, Bow Fong 272, Yellow Baby, New Orchid, New Sweet Baby, Jingga Manis 383, Orange Beauty dan Yellow Beauty 262. Sementara itu Varieti Tanpa Biji adalah seperti Red Victor 226, Red Star 1818, Quality 126, Fengshan 106, Pure Luck 128, Unique 129, Sin Fon dan Seedless 200. Nama-nama varieti ini ditentukan oleh pengeluar dan pengedar benih tembikai dengan sistem mereka tersendiri. Malaysia masih belum mampu untuk menghasilkan benih tembikai sendiri dan terus bergantung kepada pengimpotan. Artikel tengahari Sabtu ini saya menulis beberapa fakta mengenai buah tembikai dalam ''Anim Agro Technology'' berdasarkan beberapa laporan media dan tinjauan penulis dalam bidang pertanian selama 37 tahun untuk dijadikan rujukan anda semua.

Antara fakta mengenai tanaman tembikai dimana di Melaka sebanyak 5 t
an tembikai yang sukar dibawa keluar dari Melaka berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dimana ia kemudian berjaya diagihkan dalam tempoh kira-kira empat jam sahaja melalui rangkaian pemasaran efektif seorang usahawan tani iaitu Ahmad Fairus Mohamad. Beliau kini yang mengusahakan industri penanaman sayur membantu beberapa usawahan tani dalam sektor penanaman tembikai yang buntu mencari kaedah untuk memasarkan tembikai di luar Melaka. Dia mengenali beberapa penanam tembikai di Selandar, Jasin yang menghadapi masalah untuk menjual buah berkenaan di luar Melaka kerana sekarang banyak sekatan jalan raya menghalang pergerakan dari negeri ke negeri. Perkara ini telah menyebabkan hasil ladang mereka sukar untuk dipasarkan dimana dia kemudian membantu memastikan hasil pertanian itu dijual kepada beberapa peniaga di pelbagai lokasi. Usaha ini dilakukan di rumah kediamannya di Kampung Londang, Masjid Tanah, Melaka. 
Kini kediaman berkenaan berfungsi sebagai salah satu pusat pengumpulan dan pengedaran tembikai ke lokasi seperti Kuala Sungai Baru, Sungai Udang, pekan Masjid Tanah, Kuala Linggi dan Tanjung Bidara. Bagi tujuan jualan runcit, Ahmad Fairus yang dibantu adiknya iaituAhmad yang menawarkan tembikai pada harga RM2 sekilogram (kg) berbanding RM2.80 di pasaran. Langkahnya menawarkan tembikai lebih rendah berbanding di pasaran dan lima tan tembikai tanpa biji itu habis dijual dalam tempoh empat jam mulai 7.30 pagi hari ini. Bagaimana pun kebanyakannya dibeli secara borong oleh pelanggan yang ingin menjualnya di taman perumahan. Temubual dengan seorang pelanggan tetapnya dikenali sebagai Sulaiman Ahmad menyatakan dia mendapatkan kira-kira 300kg tembikai untuk dijual kepada penduduk taman tempat tinggalnya di pekan Masjid Tanah berikutan permintaan tinggi terhadap buah berkenaan. Buah tembikai tanpa biji sentiasa mendapat permintaan baik daripada pelanggan, apatah lagi jika ia dijual pada harga lebih rendah berbanding di pasaran.

Peranan cekap beberapa pihak yang menyebabkan sudah t
iada lagi lambakan tembikai di Kg Serating, Marang walau pun sering berlaku kes lambakkan buah tembikai di seluruh negara selesai. Perkara ini adalah akibat susulan mereka sudah memeterai Perjanjian Jual Beli Ladang Kontrak dengan FAMA untuk petani memasarkan tanaman masing-masing. Mengikut dakwaan seorang petani dikenali sebagai Mohd Fakrul Azwan berumur 35 tahun dari Kampung Pengkalan Berangan, Marang dakwa perjanjian itu memberi jaminan kepada petani untuk memasarkan tembikai, selain mengurangkan masalah lambakan buah di pasaran. Walaupun sesekali berlaku isu lambakan tembikai di seluruh negara menyebabkan harganya turun. Terkini dilaporkan harga jualan buah tembikai diladang adalah sekitar 50 sen sekilogram berbanding harga tertinggi yang sepatutnya diterima iaitu RM2.10 sekilogramNamun diterangkan iaitu menerusi perjanjian itu pihak FAMA membeli tembikai petani di sini dengan harga 80 sen sekilogram berbanding modal untuk kos pengeluaran sekitar 60 sen sekilogram iaitu petani dilaporkan masih mampu memperoleh keuntungan 20 sen sekilogramDia berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Jual Beli Ladang Kontrak dan FAMA di Kampung Serating, Marang disaksikan oleh  Pengarah FAMA Negeri dan pegawai Pertanian Daerah. Mohd Fakrul yang mengusahakan 40 hektar ladang tembikai yang diwarisi daripada datuknya berkata, dia berharap perjanjian ini dapat diteruskan setiap tahun seterusnya membantu petani tembikai di negeri ini. Apa pun melalui perjanjian ini petani tidak bimbang lagi dengan harga pasaran tembikai yang tidak menentu. Beliau telah lama mengusahakan tanaman itu sejak berusia 18 tahun. Kini ada seramai 7 pengusaha ladang tembikai di Kampung Serating telah pun menandatangani perjanjian jual beli membabitkan pembelian antara 50 hingga 70 tan tembikai semusim. Apabila sudah ada perjanjian ini maka secara tidak langsung dapat membantu petani memasarkan hasil dengan harga yang lebih berpatutan. Walaupun harga pasaran menjunam sehingga kurang 50 sen sekilogram pihak FAMA tetap akan berusaha menawarkan harga pembelian 80 sen sekilogram kepada petani.

Bagi pengusaha tanaman tembikai sering menyatakan antara keresahan adalah berkaitan dengan r
ezeki musim kemarau. Ini kerana jika berlaku cuaca panas memberi rahmat buat peniaga tembikai disebabkan apabila buah itu bukan saja mendapat permintaan tinggi malah isinya lebih berkualiti berbanding musim biasa. Seorang peniaga buah telah mendakwa dimana kejadian pada cuaca panas menyebabkan tembikai menjadi lebih manis kerana kurang menyerap air. Tinjauan penulis blog mendapati bahu jalan sepanjang Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu di Permaisuri dimana apabila musim tiba akan dipenuhi deretan peniaga menawarkan tembikai yang menarik (Sila lihat foto disebelah). Salah seorang peniaga dikenali sebagai Nurul Erma Salwani berumur 25 tahun dakwa jika orang ramai mengeluh akibat cuaca panas dengan suhu mencecah 39 darjah Celsius ada kalangan peniaga sambilan sepertinya pula gembira kerana pendapatan hasil jualan tembikai meningkat. Tembikai buah boleh mampu menyegarkan dan melegakan rasa haus, lebih enak kalau dijadikan jus. Dilaporkan dimana pengeluaran tembikai juga meningkat menyebabkan ramai peniaga mengambil kesempatan musim panas ini untuk menjual buah ini dan ia memang laris. Walau pun beliau adalah seorang suri rumah tapi masih mahu ambil kesempatan menjual tembikai kerana ia memang laris pada musim panas. Keluarganya mengusahakan kebun tembikai seluas 0.8 hektar dimana kini tanamannya belum sampai tempoh matang untuk dikutip. Selalunya dia akan berusaha untuk mendapatkan bekalan daripada pembekal dan membeli 1,700 kilogram tembikai yang habis dijual dalam tempoh 2-3 hari sahaja. Biasanya dalam sehari kami dapat merekod jualan antara RM500 hingga RM700 dimana strategi untuk menarik pelanggan kami jual secara longgok iaitu RM15 untuk empat biji tembikai. Dia dibantu adik ipar bernama Mohd Zul Khusairy dan seorang lagi adik Nurul Ain Nazirah untuk melayan pelanggan dan menyusun buah. Rakan peniaga disebelahnya yang bernama Hidayat Abu pula mengambil peluang menjual tembikai di tepi jalan pada musim panas ini untuk menambah pendapatan. Beliau seronok kerana dan dia mampu kumpul antara RM200 hingga RM300 sehari hasil jualan tembikai. Siapa sangka walau pun pada mulanya suka-suka saja nak jual tembikai akan tetapi pendapatan diperoleh agak lumayan, dapatlah buat persediaan untuk Ramadan dan Aidilfitri. Pendapatan sebagai buruh memang tidak seberapa, apabila lihat ramai orang jual tembikai maka dia pun mahu cuba dan agak tetap lumayan walau ada persaingan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
BUAH TEMBIKAI... MERAH ISINYA...
ISI KUNING... ADA MENANAMNYA...
CUACA PANAS... RAMAI BELINYA...
BERMUSIM... ELAK JATUH HARGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(30 Syaaban 1442H). 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.