Wednesday, April 14, 2021

ATAP RUMBIA DAN FAKTANYA

ATAP RUMBIA
atau ATAP NIPAH merupakan sejenis produk anyaman daripada daun pokok rembia atau pokok nipah yang dijadikan atap untuk melindungi daripada hujan dan panas. Dari segi sejarah penggunaan atap rumbia, atap nipah dan atap daun lalang merupakan kaedah tradisional dibanyak negara terutama di kawasan tropika. Atap rumbia merupakan sejenis atap sesuatu binaan yang diperbuat daripada daun pokok Rumbia (Metroxylon sagu). Pada asasnya atap rumbia terdiri daripada "tulang" atau dikenali sebagai "bengkawan", yang diperbuat daripada pokok Buluh yang diraut ataupun kayu kecil yang dilipat daun rumbia bagi membentuk seperti sayap dan dijahit dengan menggunakan rotan ataupun kulit pokok Bemban untuk mengikatnya. Pada masa sekarang disebabkan oleh kemodenan teknologi agak sukar untuk mendapatkan kulit pokok bemban tersebut dimana tali plastik atau nilon digunakan bagi menyemat atap. Setiap atap rumbia biasanya mempunyai panjang kira-kira 1.5 meter -  1.8 meter panjang dan daunnya perlu dilipat agar sama panjang untuk mencantikkan atap yang dihasilkan. Seorang pembuat atap yang mahir pada penelitian penulis blog hanya mampu untuk menghasilkan sebanyak 80 -  90 keping atap sehari kerana kerja membuatnya memerlukan pemerhatian yang rapi untuk pastikan atap ini bertahan berpuloh tahun. Atap rumbia yang dibuat menggunakan hanya selapis daun digelar 'Atap kudi' atau pun 'kelarai' sementara atap yang diperbuat daripada dua lapis daun dikenali sebagai 'Atap pakai' atau juag dipanggil sebagai 'Mata ketam'. Atap jenis mata ketam adalah lebih tebal dan tahan daripada atap kudi akan tetapi harganya juga adalah lebih tinggi. Penulis blog memang mahir membuat dan menganyam serta memasang atap rumbia semasa zaman remaja dulu duduk dikampong sekitar tahun 1970'an. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai beberapa fakta tentang atap rumbia dan atap sejenisnya untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua.

Memang semua orang suka duduk santai dibawah bangunan atau rumah atau pondok yang bumbungnya diperbuat dari atap rumbia pada waktu tengahari. 
Atap rumbia merupakan bahan atap yang mana ia paling meluas digunakan pada binaan tradisional di Malaysia dan negara jiran Indonesia pada masa dahulu. Atap ini cepat rosak dan perlu diganti setiap 10 - 15 tahun sekali. Bagaimanapun bagi kerosakan kecil selalunya hanya cuma kepingan atap yang rosak perlu diganti. Selain daun rumbia selalunya ada juga jenis daun nipah atau daun lalang yang juga turut digunakan bagi menghasilkan atap tradisional ini. Pada era 50 - 70-an istilah atap nipah membawa erti orang miskin iaitu hanya untuk penduduk kampong dan luar bandar sahaja tetapi kini sebaliknya berlaku. Antara beberapa kelebihan atap rumbia adalah kerana ia lebih sejuk kerana ia tidak menyimpan haba sebagaimana atap genting. Bagi atap rumbia gred satu yang menggunakan bilangan daun yang banyak dan rapat didakwa ia akan mampu tahan lebih daripada sepuluh tahun lamanya berbanding dengan atap nipah yang perlu ditukar setiap tiga hingga lima tahun sekali terutama bagi atap nipah yang tidak dirawat atau diproses. Bagaimanapun harganya yang rendah mengurangakan kos penggantiannya menjadikan ia lebih sering digunakan oleh orang kampong. Bagi atap daripada daun nipah yang direndam pula didakwa dimana ia mampu bertahan antara enam hingga lapan tahun lamanya. Atap daripada daun nipah yang direndam juga lebih mudah disusun kerana lebih lembut dan tidak mudah patah apabila dilipat.

Di Marang, Terengganu dilaporkan kini w
alaupun dihambat arus kemodenan akan tetapi permintaan terhadap atap rumbia dan atap nipah masih mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat di negara ini. Seorang pengusaha ditemui iaitu Ramli Mat Amin berusia 65 tahun dari Kampung Jenang, Marang dakwa dia mengusahakan pembuatan atap nipah sejak 17 tahun lalu bersama isterinya Timah Kassim (61tahun) dan menjadikan laman sosial FB sebagai medan untuk mempromosikan atap yang dihasilkan. Beliau yang dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU) nyatakan dimana setiap bulan dia mampu menghasilkan 2,000 keping atap nipah yang dijual pada harga RM2 sekeping. Apa pun untuk menyiapkan atap nipah yang ditempah maka setiap hari beliau akan tinjau dan menantu ke kawasan paya nipah untuk memungut daun nipah sebelum dijadikan atap. Dalam pada itu bahan buluh dan rotan juga perlu dicari di kawasan hutan berhampiran kampung untuk digunakan dalam proses menyiapkan sekeping atap. Lazimnya tempahan akan datang dari seluruh negara terutama dalam kalangan pemilik chalet, kem latihan, kedai makan dan rumah kongsi balak yang biasa menggunakan atap berkenaan. Setiap hari dia mampu menyiapkan 50 keping atap yang telah siap dijahit menggunakan rotan pada buluh yang sudah dibelah dan setiap keping atap mampu bertahan hingga empat tahun. Kini beliau teruskan mengusahakan pembuatan atap nipah berikutan kerja itu dilihat lebih sesuai dengannya selepas kaki kirinya dipotong akibat kemalangan di kawasan kongsi balak. Lazimnya diantara 8 - 20 pelepah daun nipah mampu untuk menghasilkan 25 keping atap dan kerja menjahit atap pula dilakukan bermula jam 8 pagi hingga ke petang setiap hari. Dia bersyukru kerana permintaan untuk atap rumbia dan atap nipah hingga kini tidak pernah putus, malah melalui strategi pemasaran melalui media sosial sambutannya semakin menggalakkan.

Dalam tinjauan penulis blog di Pasir Puteh, Kelantan untuk melihat bagaimana aktiviti membuat atap daun rumbia dan nipah dilakukan memang menarik. Walau pun dilaporkan penggunaan atap rumbia ini 
mungkin tidak lagi meluas akan tetapi ia masih mempunyai kelompok peminat tersendiri. Kebanyakan mereka memilih memasang atap nipah kepada gerai, restoran dan wakaf rehat bertujuan bagi menampilkan kelainan binaan terbabit. Atap nipah menjadi pilihan ramai kerana nilai sentimental serta keupayaan menyejukkan kediaman dan membuatkan sesuatu tempat yang dilindungi lebih nyaman. Bagi penduduk tinggal diKampung Pauh Dara dekat Semerak mengenali Khairul Anuar Ya (45 tahun) yang memilih melakukan kerja untuk dia penghasilan daun nipah sebagai atap. Atap ini menjadi satu sumber pendapatan utama keluarganya sejak enam tahun lalu. Pada masa sama dia juga bekerja di rumah bagi tujuan menyiapkan tempahan orang ramai dari seluruh Pantai Timur dan Kuala Lumpur. Dia terpaksa meredah lumpur selama empat jam setiap pagi ketika berusaha mencari daun nipah tua (Sila lihat foto disebelah). Daun nipah mudah diperolehi di kawasan berpaya walau pun selalu ada halangan yang harus ditempuhi sebelum berjaya membawanya pulang ke rumah. Sebaiknya hanya daun nipah tua dipotong untuk dijadikan atap. Kawasan berpaya sukar dijangka dimana kadang-kadang kaki terjerlus dalam lumpur hingga paras paha dan jika dia tidak berhati-hati susah untuk naik semula. Sesekali memang ada serangan hidupan liar dan berbisa seperti babi dan ular. Dia membawa daun nipan ini dengan motorsikal dan dikumpulan sebelum menganyamnya. Kerja mengikat atau menjahit daun nipah untuk dijadikan atap pula memerlukan kesabaran dan kemahiran yang tinggi kerana dilakukan cara tradisional supaya hasilnya lebih kemas dan berkualiti. Kini dia masih menggunakan rotan untuk mengikat atau menjahit daun nipah kerana kukuh dan tidak mudah reput, selain jahitan lebih kemas berbanding menggunakan tali biasa. Sebahagian daripada rotan yang sudah diraut untuk menjahit anyaman atap nipah diperolehi dari jenis yang tahan lama. Rotan adalah hasil hutan yang sukar diperoleh kerana hanya boleh dituai dua atau tiga tahun sekali berbanding daun nipah yang boleh diperoleh setiap tahun. Namun itulah cabaran yang perlu saya hadapi demi kelangsungan hidup. Kerja menjahit daun nipah perlu dilakukan dengan berhati-hati supaya tangannya tidak dicucuk rotan. Setiap atap nipah disiapkan sepanjang kira-kira 1.5 meter dan daunnya dilipat sama panjang supaya kelihatan lebih cantik. Beberapa kali tangannya terluka kerana tersilap langkah ketika menjahit dimana bukan itu sahaja tangan dan kuku juga boleh menjadi hitam apabila terlalu lama memegang daun nipah. Kini masih ada pembeli mengharapkan diskaun walaupun harga atap nipah hanya RM1.50 sekeping. Jika harga dikurangkan sebenarnya ia tidak setimpal dengan kerja dan kepayahan yang kami lalui untuk menghasilkan atap nipah. Dilaporkan pada setiap bulan mereka sekeluarga mampu menyiapkan di antara 1,000 - 1,300 keping atap nipah. Data menunjukkan dimana di Kelantan hanya ada dua pengusaha atap nipah. Semuga artikel ini memberi info bergun kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!..
ATAP TRADISIONAL... ATAP RUMBIA...
ATAP NIPAH.... ANYAMANNYA SAMA...
DIBUAT SELAPIS... KURANG LAMA...
LEBIK EKSOTIK... SEJUK DIBAWAHNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(1 Ramadan 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.