Saturday, March 20, 2021

PANDUAN PEMASANGAN PAGAR LETRIK

PEMASANGAN PAGAR ELETRIK telah menjadi satu amalan yang dilakukan dibeberapa premis dan juga kawasan ladang pertanian di Malaysia. Penulis blog yang telah berkecimpong didalam sektor pertanian di Malaysia selama lebih dari 38 tahun sebagai pegawai teknikal pengembangan pertanian baru terjumpa satu buku panduan mengenai pemasangan pagar eletrik untuk dikongsi besama pembaca semua. Buku panduan ini setebal 25 mukasurat ini menerangkan dengan panjang lebar mengenai aspek pemasangan, undang-undang dan peraturan yang mudah difahami oleh pakar teknikal dan daripada mereka yang terlibat dalam sektor ini. Bagaimana pun apa yang penulis blog baca dimana Suruhanjaya Tenaga telah mengeluarkan arahan dan surat pekeliling berkaitan keperluan dan kaedah pemasangan pagar elektrik pada 22 Oktober 2008 (No. Pekeliling No. 3/2008). Selari dengan perkembangan teknologi semasa maka kaedah pemasangan pagar elektrik yang ditetapkan dengan arahan dan surat pekeliling terdahulu perlu dikemaskini kesesuaiannya untuk tujuannya digunapakai. Oleh yang demikian sebaiknya kaedah pemasangan pagar elektrik yang lebih kondusif dan lebih menyeluruh mengikut standard-standard antarabangsa terkini perlu disediakan. Artikel tengahari ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menyentuh sebahagian perkara didalam buku panduan tersebut untuk semua pembaca memahaminya dan adalah disyorkan agar anda membaca penuh panduan ini melalui pautan dalam internet. Semuga selepas membaca artikel ini pembaca mendapat info berguna.

Lazimnya p
emasangan pagar elektrik akan dilakukan bertujuan untuk ianya menghalang kawasan mereka daripada dicerobohi oleh haiwan atau manusia. Jenis-jenis premis yang terlibat dalam pemasangan pagar elektrik terdiri selalu daripada premis yang menjalankan aktiviti pertanian atau kawalan keselamatan am seperti ketenteraan, utiliti tenaga, utiliti air, utiliti tenaga letrik dan lain-lain lagi. Oleh itu biasanya pemasangan pagar elektrik ini perlu dikawal pemasangannya serta dipasang secara selamat mengikut kehendak Akta Bekalan Elektrik 1990, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 dan standard-standard yang berkaitan agar pemasangan pagar elektrik tersebut tidak membahayakan penceroboh yang boleh menyebabkan renjatan elektrik dan lebih teruk lagi, boleh membawa maut. Pemakaian standard MS IEC 60335-2-76 edisi terkini perlulah dirujuk dari semasa ke semasa. Kalangan petani di Malaysia masih ramai yang meungkin tidak tahu akan adanya akta ini dimana mereka kurang diperjelaskan oleh pihak berkaitan dahulu. Pada masa ini dengan adanya capaian internet mudah sahaja untuk semua mendapatkan garispanudan ini melalui capaian dengan HP atau laptop. Pada penulis blog mudah untuk membaca dan memahami panduan ini kerana memang mempunyai sedikit asas ilmu pengetahuan dalam bidang pemasangan pagar letrik untuk menjaga kebun tanaman makanan semasa bertugas di Jabatan Pertanian dahulu. Pemasangan pagar letrik yang pertama dijalankan di beberapa projek tanaman sayuran di banyak lokasi di Mersing, Johor  sekitar tahun 1997 - 2000 dimana bantuan diberikan kepada pengusaha sayuran komersil yang terpilih dan mendapat ancaman dari babi hutan serta ancaman gajah liar. 

Didalam panduan ini ada dinyatakan dimana k
aedah pemasangan pagar elektrik yang betul dan selamat bermula daripada peringkat reka bentuk sehingga peringkat pembinaan, penyeliaan, penyenggaraan dan pengawasan dimana ia perlu dilaksanakan mengikut kehendak di bawah Peraturan-Peraturan Elektrik 1994. Peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi adalah seperti Peraturan 15: Radas, konduktor, aksesori, iaitu meliputi (1) Mana-mana radas, konduktor atau aksesori bagi maksud penyambungan kepada sesuatu pepasangan hendaklah dalam saiz, kuasa dan bilangan yang mencukupi bagi menepati maksud yang dicadangkan dan hendaklah dibina, dipasang, disusun, dilindungi, dikerjakan dan disenggarakan sedemikian rupa bagi mencegah bahaya. (2) Sesuatu konduktor hendaklah ditebat dan dilindungi secara berkesan atau ditempatkan atau dikawal keselamatannya sedemikian rupa bagi mencegah bahaya. (3) Sesuatu konduktor yang tidak dilindungi dengan penyalur logam atau dialirkan dalam pembuluh hendaklah dilindungi dengan   penebat bush atau tiub, apabila konduktor itu menembusi dinding, sesekat, lantai atau bumbung bangunan atau binaan lain. (4) Sesuatu kabel atau pembuluh logam yang melaluinya kabel dilalukan boleh ditanam di dalam plaster dengan syarat kabel dan pembuluh itu ialah daripada bahan yang kakisan pada kabel atau pembuluh itu tidak akan menyebabkan tebatan menjadi lemah dan bahaya akibat langsung daripada kebocoran arus. (5) Sesuatu kabel atau pembuluh logam yang melaluinya kabel dilalukan boleh ditanam di dalam simen tulen atau konkrit. (6) Mana-mana konduktor atau radas yang terdedah pada cuaca, air, kakisan, pemanasan yang tak sewajarnya atau digunakan dalam persekitaran yang mudah terbakar atau dalam persekitaran yang mudah meletup hendaklah dibina atau dilindungi sedemikian rupa bagi mencegah bahaya. 

Kedua adalah Peraturan 65: Orang yang kompeten mengemukakan pelan, lukisan dan spesifikasi. Orang kompeten yang mana hendaklah, apabila diminta maka mereka menyediakan dan seterusnya mengemukakan pelan, lukisan dan spesifikasi adalah seperti yang telah pun diperuntukkan dalam Bahagian VI Jadual Kedua. Dalam Peraturan 68: Kewajipan Jurutera atau Penyelia untuk memeriksa dan melapor (1) Setiap Jurutera Perkhidmatan Elektrik atau Jurutera Elektrik Kompeten atau Penyelia Elektrik yang dikehendaki untuk memeriksa sesuatu pepasangan di bawah peraturan 67 hendaklah memeriksa pepasangan itu dan hendaklah merekod dan menghantar semua dapatan, syor dan arahan kepada Suruhanjaya dan pemunya, pengurusan atau pemegang lesen pepasangan, mengikut mana-mana yang berkenaan. (2) 
Jurutera Perkhidmatan Elektrik, Jurutera Elektrik Kompeten atau Penyelia Elektrik hendaklah perlu mengemukakan kepada pemunya, pengurusan atau pun pemegang lesen pepasangan, mengikut manamana yang berkenaan, suatu laporan pemeriksaan tentang dapatan, syor dan arahan mengenai pepasangan dalam masa dua minggu dari pemeriksaan itu. (3) Pemunya, pengurusan atau pemegang lesen sesuatu pepasangan hendaklah menyimpan buku tentang semua rekod dan laporan yang dibuat di bawah subperaturan (1) dan (2) dan buku itu hendaklah dibuka untuk pemeriksaan Suruhanjaya pada setiap masa. (4) Jurutera Perkhidmatan Elektrik, Jurutera Elektrik Kompeten atau Penyelia Elektrik hendaklah mengemukakan kepada Suruhanjaya suatu Perakuan Pemeriksaan sebagaimana yang ditetapkan dalam Borang I Jadual Pertama dalam masa dua minggu dari pemeriksaan pepasangan itu. Dalam Peraturan 75: Kontraktor Elektrik (1) Tiada seorang pun boleh melaksanakan atau menjalankan apaapa kerja elektrik melainkan jika dia memegang suatu Perakuan Pendaftaran yang sah sebagai seorang Kontraktor Elektrik yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini. (2) Perakuan Pendaftaran sebagai Kontraktor Elektrik hendaklah dalam Borang Q yang ditetapkan dalam Jadual Pertama dan hendaklah sah bagi tempoh tidak kurang daripada satu tahun dan tidak lebih daripada lima tahun dari tarikh pengeluaran atau pembaharuan Perakuan Pendaftaran itu. Dalam Peraturan 110: Pemeriksaan dan ujian bagi maksud penyenggaraan pepasangan, dsb. (1) Sesuatu pepasangan hendaklah disenggarakan dalam keadaan baik dan berfungsi dan langkah-langkah awasan hendaklah dipatuhi pada setiap masa untuk mencegah bahaya.

Terdapat perkara ta
nggungjawab untuk menyenggara pepasangan mengikut cara yang dikehendaki dalam subperaturan (1) hendaklah terletak pada pemunya, pengurusan atau pemegang lesen atau penghuni pepasangan, pengkhidmat atau ejennya, mengikut mana-mana yang berkenaan. (3) Sesuatu pepasangan, selain daripada pepasangan domestik, hendaklah diperiksa dan diuji oleh orang kompeten sekurangkurangnya sekali setiap lima tahun, atau pada bila-bila masa yang diarahkan oleh Suruhanjaya. (4) Mana-mana geganti dan peranti pelindung sesuatu pepasangan hendaklah diperiksa, diuji dan ditentukur oleh orang kompeten sekurang-kurangnya sekali setiap dua tahun, atau pada bila-bila masa yang diarahkan oleh Suruhanjaya. (5) Suruhanjaya boleh memeriksa sesuatu pepasangan atau premis di tempat pepasangan diletakkan jika Suruhanjaya berpendapat adalah wajar berbuat demikian bagi kepentingan orang ramai atau keselamatan awam, dan jika notis bertulis diberikan kepada pemunya, pengurusan atau pemegang lesen sesuatu pepasangan atau mana-mana premis, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah menyebabkan orang yang menjaga pepasangan atau premis itu hadir dan memberikan apa-apa bantuan sebagaimana yang diperintahkan oleh Suruhanjaya dalam notis itu. Peraturan 111: Orang kompeten hendaklah mengusahakan kerja penyenggaraan Tiada seorang pun, kecuali orang kompeten atau yang bertindak di bawah kawalan orang kompeten, boleh mengusahakan untuk menjalankan apa-apa pembaikan, pengantian, penservisan atau pembersihan mana-mana kelengkapan yang menjadi sebahagian daripada pepasangan. Bagaimana pun penulis blog syorkan pembaca mendapatkan buku panduan tersebut dan membeaca sehingga habis kesemua 25 halaman atau pun behubung terus dengan suruhanjaya tersebut. Kalau masih kurang faham akan akta ini maka boleh berhubung terus dengan pihak suruhanjaya. Berkemungkinan bagi pekebun biasa memadai mendapatkan informasi daripada pihak berkaitan pertanian yang terdekat shaja. Saya percaya para penjual sistem pagar letrik untuk kawasan kebun pertanian sewajarnya mengetahui akan akta ini. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
GARIS PANDUAN... SUDAH ADA...
PAGAR LETRIK... AGAK BAHAYA....
IKUTI PERATURAN... FAHAMINYA...
BERKESAN...SELAMAT SEMUA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(28 Rejab 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.