Sunday, March 21, 2021

PORANG - ANALISA EKONOMI

TANAMAN PORANG
 (Amorphophallus oncophyllus) yang memang kurang dikenali di Malaysia tetapi ia mula popular di negara Indonesia merupakan tanaman dari famili Araceae yang secara umum ia dikenali dengan nama bunga bangkai kerana bau bunganya yang tidak sedap. Di beberapa kawasan lain di Indonesia tanaman ini dikenal dengan nama Iles-iles, Iles kuning, Acung atau Acoan. Tanaman porang merupakan tanaman berasal dari Indonesia dan dilaporkan ia memang sudah sejak lama dikenali dan dimanfaatkan oleh masyarakat tempatan. Bahkan semasa zaman penjajahan Jepun dahulu sekitar 1945 dilaporkan dimana masyarakat di sekitar hutan dipaksa untuk mendapatkan porang bagi digunakan sebagai bahan makanan dan industri mereka. Meskipun sudah lama dikenal dan dimanfaatkan dikalangan masyarakat tempatan akan tetapi aspek agronomi tanaman ini masih tidak boleh berkembang dimana kurang penyelidikan dan kajian dilakukan keatas tanaman ini. Ini daripada aspek penanaman, aspek penjagaan sehingga kepada aspek pada pemprosesannya. Mereka hanya menuai dari tanaman porang yang tumbuh liar di bawah pokok-pokok dihutan atau di sekitar belukat dimana ia akan dijual dalam bentuk umbisi basah. Maklumat sumber maklumat mengenai teknologi penanaman porang ini telah diberikan dengan lebih terperrinci tentang bagaimana cara penamanan porang, kandungan nutrisi dan kegunaannya. Info mengenai syarat untuk pokok tumbuh, cara pengurusan tanaman (termasuk informasi perosak dan penyakitnya), nilai ekonomi dan keuntungannya diperkenalkan kepada peserta. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan satu artikel mengenai analisa ekonomi angaran kos pengeluaran dan pendapatan tanaman porang diusahakan dinegara jiran untuk rujukkan anda semua.

Tanaman porang secara komersil dilakukan dibeberapa lokasi ada naungan dimana pokok yang telah matang dan sedia untuk dituai
 adalah apabila daunnya sudah mengering dan jatuh ke tanah. Di Indonesia memang lazimnya penuaian selalunyanya dilakukan pada musim kemarau sekitar bulan Mei sampai Jun. Apabila proses menuai dilakukan pada umur tanaman pada tahun ke dua didakwa daripada setiap pokok etersebut mampu dan dapat dihasilkan ubi seberat 0.5 - 3.0 kg iaitu ditanam dengan tahap kepadatan sekitar 60,000 pokok sehektar. Anggaran jumlah pengeluaran sekitar 40 metrik tan sehektar umbi segar (Sila lihat foto disebelah). Proses menuai porang perlu dilakukan secara berhati-hati untuk mengelakkan dari kesan luka pada ubi dimana sebaiknya ia dilakukan dengan menggali tanah di sekeliling pokok tersebut dahulu dengan berhati-hati baru mengambil ubinya. Porang ini perlu dibersihkan daripada tanah dan digredkan mengikut saiz dan berat. Seterusnya adalah aktiviti penyimpanan setelah menuai dimana ubi porang perlu dibersihkan dan disimpan di dalam ruangan ada pengudaraan baik. Tempat menyimpan juga sebaiknya adalah pada suhu dingin (sekitar 10 Celcius) agar ia tahan lama. Pada keadaan ini biasanya ubi porang dapat disimpan hingga berbulan-bulan lamanya. Kajian mendapati dimana jika ubi porang ini disimpan pada suhu sekitar 27 Celsius (suhu bilik) apa yang berlaku adalah pada bulan pertama penyimpanan maka akan kehilangan berat sekitar 25%. Apabila ubi porang ini sedia untuk diproses menjadi produk maka sebaiknya ia perlu disimpan dalam bentuk chip (hirisan tipis) atau tepung yang kering. Apabila ubi porang ini disimpan dalam bentuk ubi segar dengan kadar air yang masih tinggi (70-80%) didapati seringkali ubi menjadi rosak oleh aktiviti enzim.

Selalunya ramai berpendapat dimana saiz ubi porang yang besar akan dihasilkan dari tiga kali pertumbuhan tanaman untuk diambil glukomannannya dan ubi porang yang kecil yang dihasilkan dari 1-2 kali pertumbuhannya. Lebih lama pokok porang disimpan maka lazimnya saiz ubinya juga akan lebih besar dengan penjagaan yang baik dan air yang mencukupi. Dalam pada itu pada pengusaha mereka sudah tahu dimana ubi katak (bulbil) dan biji tanaman porang juga mempunyai nilai ekonomik yang memberikan pendapatan jika dijual. Kajian oleh saintis iaitu Sumarwoto pada tahun 2012 mendapati dimana harga ubi porang segar yang telah sesuai untuk dituai untuk diambil glukomannannya berkisar antara Rp3,000-3,500/kg (RM0.85 - RM0.99/kg). Namun apabila ubi porang tersebut diproses dan dikeringkan menjadi bentuk keripik (Chip) maka harganya akan menjadi Rp17,500-22,000/kg (RM4.93 - RM6.20/kg). Paling mahal adalah apabila ubi porang ini telah diproses lebih lanjut menjadi tepung glukomannan dimana harganya boleh meningkat menjadi sekitar Rp125,000-150,000/kg (RM35.20 - RM42.25/kg). Sementara itu ubi porang yang bersaiz kecil yang dihasilkan dari tanaman berumur 1-2 tahun biasanya akan digunakan sebagai benih tanaman yang juga boleh dijual dengan harga jualan sekitar Rp9,000-11,000/ kg (RM2.55 - RM3.10/kg). Harga ubi katak (bulbil) yang digunakan sebagai benih tanaman juga boleh dijual dengan harga Rp25.000-30.000/kg (RM7.05 - RM8.45/kg). Dalam pada itu biji tanpa kulit yang diperolehi dari buah tanaman porang yang telah mengalami pertumbuhan maksima (berumur empat tahun) harganya boleh dijual dengan harga berkisar Rp40.000-50.000/kg (RM11.25 - RM14.10/kg). Kajian analisa ekonomi tanaman porang menyarankan dimana sebaiknya dilakukan pengasingan kawasan kebun untuk penghasilan ubi porang segar untuk jualan dan juga kawasan kebun khusus untuk pengeluaran bebih tanaman porang. Ini memudahkan dalam merancang pengluasan kawasan tanaman porang apabila benih yang baik mencukupi secara berperingkat jadual penanamannya dan juga jadual penuaiannya kelak.

Kajian oleh 
Hartoyo (2012) menyatakan dimana peluang melabur didalam tanaman porang masih sangat terbuka pada masa depan kerana keperluan yang besar bagi pasaran eksport porang ke negara China, Jepun, Australia, Sri Langka, Malaysia, Korea, New Zealand dan Itali sehingga mencapai jangkaan sebanyak lebih dari 10,000 metrik tan setahun ton/tahun, sementara hingga saat ini baru dapat terpenuhi se. Dilaporkan Indonesia sehingga kini hanya mampu menghasilkan sebanyak 4,000 tan/tahun dimana ia masih kekurangan sebanyak 6,000 tan/tahun. Memang tanaman porang ini masih belum popular tetapi ia dilaporkan mampu untuk memberikan keuntungan bagi petani yang mengusahakannya. Dari kajian oleh Santosa et al. (2003) juga ada melaporkan dimana cara penanman yang berskala sederhana sahaja petani hanya menanam benih dari bulbil untuk kali pertama penanaman pertama kali sahaja. Inii kerana selanjutnya setiap tahun bulbil akan dihasilkan dan boleh tersebar dari tanaman secara semulajadi Petani juga akan menuai ubi porang segar pertama setelah tiga tahun dari waktu tanam pertama. Penanam porang juga tidak perlu untuk melakukan pengurusan tanaman intensif seperti tanaman lain kecuali kawalan rumpai dan menuai. Ternyata dengan potensi yang sederhana tersebut maka tanaman porang mampu memberi sumbangan 40–90% dari jumlah pendapatan petani. Hasil penyelidikan di desa Klangon, Kecamatan Saradan kabupaten Madiun juga telah menyimpulkan dimana aktiviti menanam ubi porang sama ada untuk ubi segar dan benih dalam jangkamasa lima (5) tahun adalah menguntungkan dengan Nilai Cost-Benefit (BC Ratio) sekitar 1.44 dan 2.58 iaitu berbaloi. Perhitungan nilai payback period menunjukkan bahwa Jangkamasa Pulang Modal dari tanaman porang 3 tahun 7 bulan sehingga 2 tahun 6 bulan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MENANAM PORANG... UNTINKAH DIA...
JUAL SEGAR... MURAH HARGANYA..
BUAT CHIP... TEPUNG MAHAL DIA...
MEREKA BERMINAT... BOLEH CUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11F, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(4 Rabiul Awal 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.