Saturday, March 6, 2021

CARA TERNAK ARNAB DIRUMAH

MENTERNAK ARNAB ATAU KELINCI
dikawasan rumah merupakan satu aktiviti penternakan yang boleh dilakukan kepada sesiapa yang ada minat dan mempunyai kawasan yang sesuai. Ramai kalangan peminat yang suka kepada haiwan arnab ini kerana ia dilihat sebagai haiwan manja (petting animal) yang menarik. Biasanya apabila memiliki haiwan peliharaan di rumah sudah diketahui dimana ianya dapat membantu menghilangkan stres seseorang dalam kehidupan harian. Haiwan peliharaan dapat menjadi sebagai hidupan penghibur di kala penat dengan segala tingkah lucu dan tidak terduganya. Apa pun terdapat beberapa jenis haiwan yang umum dijadikan haiwan peliharaan seperti anjing, kucing, arnab (kelinci), hamster, burung, ikan hiasan dan sebagainya. Penulis blog akan membahaskan tentang bagaimana cara memelihara arnab di rumah dengan baik dan betul sebagai satu garispanduan kepada semua pembaca blog. Memang menternak arnab ini tidak sama caranya seperti menjaga haiwan seperti anjing, kucing, burung atau ikan. Ini kerana apabila memelihara haiwan arnab ini memang perlu diketahui agak lebih rumit dan memerlukan asas ilmu pengetahuan khusus. Arnab lebih mudah mati ketika ianya di pelihara apabila sesiapa sahaja salah dalam cara untuk menanganinya. Penulis blog dapati dimana pada umumnya apabila umur arnab ini sudah mencapai unur sekitar 5 hingga 10 tahun bahkan boleh lama lagi jika beberapa keperluan khusus dilakukan agar boleh menjalani masa hidup yang panjang, bahagia dan sihat. Haiwan arnab ini mempunyai bentuk menarik dengan bulu yang lembut disukai oleh ramai golongan apa lagi kanak-kanak yang melihatnya. Ada kalanya arnab ini disembelih untuk dimakan dagingnya tetapi kajian menunjukkan manusia akan timbul 'rasa kasihan' atau rasa 'sayang' apabila mengetahui ia adalah daripada daging arnab. Sebaiknya kepada semua anda perlu mengetahui beberapa tips atau cara memelihara arnab di rumah dengan baik dan benar dirumah. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan beberapa tipa atau petua untuk menternak arnab di rumah untuk bahan rujukkan dan bacaan anda semua.

Dalam menternak arnab dirumap paling asas adalah untuk menyediakan kandang sesuai dan betul. Terdapat banyak bentuk, saiz, kesesuaian kandang arnab boleh disediakan bergantung kepada kehendak pemiliknya. Bagaimana pun disyorkan dimana c
ara memelihara arnab di rumah yang harus dilakukan adalah dengan memilih dan menyiapkan jenis kandang yang tepat agar haiwan manja ini mrndapat rasa selesa dan nyaman. Penempatan kandang arnag yang betul kedudukannya di dalam ruangan dan sebaiknya bukan di luar seperti di halaman. Ini kerana arnab adalah haiwan peliharaan berbeza dengan arnab jenis liar. Arnab domestik diketahui tidak boleh menyesesuaikan suhu ekstrem dengan baik terutama musim bulan-bulan yang panas. Lazimnya ternakan arnab ini yang merupakan haiwan peliharaan mudah merasa stres dan tertekan apabila ia merasa tidak selesa. Hanya dengan melihat atau mendengar suara binatang buas yang mungkin medekatinya ia akan dapat menyebabkan arnab ini begitu tertekan dan stres hingga mengalami serangan jantung dan ia boleh mati disebabkan 'ketakutan'. Perkara lain yang perlu diperhatikan adalah bahawa arnab ini memerlukan ruang untuk bergerak yang luas. Kandang arnab harus berukuran minima lima kali ganda daripada ukuran badannya. Arnab ini juga harus boleh berbaring selesa dan berdiri tanpa bahagian kepalanya terhantuk pada bahagian atas kandang tersebut. Apa pun kandang tersebut juga harus dilapiskan pada bahagian bawah dengan kertas kotak (kardus) atau kain guni lembut.  Jangan lupa untuk membuatkan "bilik khas atau 'kamar' di dalam kandang sebagai tempat persembunyian kelinci (Sila lihat foto disebelah). Arnab atau kelinci yang hidup didalam kandang harus rutin dikeluarkan minima beberapa jam setiap hari bertujuan untuk melembutkan badan dan berolahraga seperti berlari, meloncat dan mengeksplorasi di ruang terbuka tanpa terbatas dilokasi sesuai dekat kandang.

Penting juga untuk menyediakan ruangan najis atau '
Litter Box' pada kandang arnab. Cara memelihara arnab di rumah yang harus  disiapkan 'litter box' atau pun kotak untuk buang air kelinci (Sila lihat foto disebelah). Sama juga dengan cara memelihara kucing dimana jangan lupa untuk menyiapkan tempat buang air bagi arnab kerana haiwan ini memiliki kecenderungan semulajadi untuk buang air kecil dan besar di satu kawasan berasingan. Sebaiknya disediakan litter box berukuran sedang atau besar di dalam kandanganya. Jika arnab peliharaan ini sudah terbiasa berkeliaran di dalam dan sekitaran rumah maka sebaiknya perlu disediakan juga beberapa litter box lain di sana. Pemeberian makanan arnab adalah sangat penting didalam memelihara arnab. Dalam memelihara arnab di rumah yang harus dilakukan pemberian makanan secara seimbang. Arnab adalah jenis haiwan yang diketahui mempnyai sistem pencernaan yang kompleks. Berlaku mungkin banyak masalah kesihatan pada arnab yang disebabkan oleh punca makanan dan minuman yang tidak sesuai dengan fisiologi pencernaannya. Makanan arnab boleh dibahagikan kepada 2 kategoti iaitu Makanan Utama dan Makanan Tambahan (camilan). Makanan Utama Arnab terdiri dari rumput jerami yang dilaporkn akan dapat membantu sistem pencernaan dan sebagai bahan serat yang diperlukan. Ia akan membolehkan arnab bagi mencegah masalah kesihatan seperti gugur bulunya, cirit dan juga obesiti. Makanan utama lain adalah termasuk sayuran segar yang berdaun hijau gelap seperti daun selada, parsley, daun ketumbar dan sejenisnya. Manakala bagi pemberian makanan tambahan (Camilan Arnab) boleh diberikan buah (paling digemari arnab seperti lobak merah), epal tanpa biji, betik, blueberry, strawberi, pear, melon dan beberapa buah segar lagi. Makanan pelet pula  sebaiknya digunakan sebagai suplement bersama sayuran hijau tua dan bukan sebagai pengganti atau makanan utama. Pelet juga hanya boleh diberikan dalam jumlah kecil (1/8 -1/4 cawan dari berat badan per hari. Disyorkan pemberian pelet ini diberikan dua kali sehari iaitu pagi dan petang dan sebaiknya pelet berasas Timotius.

Bagaimana pun mnternak arnab dirumah perlu diketahui akan jenis makanan yang perlu dielakkan. Perkara ini penting kerana arnab adalah haiwan yang mana ia mempunyai sistem pencernaan yang sensitif. Jenis makanan yang harus dielakkan adalah seperti memberikan tomato, kobis bulat, jagung, kacang-kacangan, kacang polong, kentang, bit, bawang merah, kelembak, bambu dan biji-bijian. Pastikan agar tidak memberikan makanan seperti coklat, gula-gula dan makanan apa pun yang berkulat (expired food) kepada arnab. Pastikan juga haiwan arnab ini dijauhkan dari benda-benda beracun seperti racun serangga (insecticide), Racun Tikus (Rodenticide) dan bahan sabun pencuci (sabun, klorox, harpis dan sebagainya). Perlu diingat bahawa pokokk lidah buaya, azalea, calla lily, lily of the valley, philodendron dan segala jenis tumbuhan macam umbisi beracun atau makanan yang memberi kesan toksik beracun bagi kelinci dijauhkan. Akhirnya agak penting kepada mereka yeng memelihara arnab tahu bagaimana CARA MEMEGANG arnab dengan betul. Kanak-kanak apabila yang terlalu geram akan memicit, menekan, membaling atau mencampak atau mencium tanpa cara betul menyebabkan kesakitan atau kecederaan pada arnab. Cara memelihara kelinci di rumah yang harus Anda lakukan kelima adalah memperhatikan dan mempraktikkan bagaimana cara memegang dan mengangkat kelinci dengan benar. Kelinci termasuk hewan yang rapuh, sehingga harus dipegang dengan hati-hati. Karena, jika tidak dipegang dengan baik, kelinci dapat memberontak dan berakibat pada patah tulang. Apa pun penting selalunya ramai yang cara memegang arnab dengan  dengan memegang pada bahagian telinganya. Cara yang betul sebenarnya adalah dengan meletakkan satu tangan pada tengkuk arnab sementara satu tangan lagi dibawah bahagian punggung. Sebenarnya tangan yang memegang punggong ini yang menyokong berat badan arnab agar tidak tercedera sama ada saiz arnab ini ringan atau berat. Sebaiknya semasa cuba mengangkat arnab jangak dibuat kasar atau menakutkannya dan perlu diangkat dengan hati-hati dan rapatkan ke tubuh anda. Jangan pernah membiarkan tubuh kelinci menggantung bebas diudara kerana ia akan menyebabkan kecederaan pada tulang atau terlalu lama didalam gengaman. Arnab sama seperti kucing suka jika ianya dibelai lembut pada bahagian badannya. Elakkan daripada mencium bulu pada badan arnab apa lagi pada bahagian mulutnya. Ini kerana mungkin anda akan terkena jangkitan sebarang kuman atau virus kepada arnab atau kuman dari arnab akan berjangkit kepada anda juga. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada anda pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MENTERNAK ARNAB... ADA PETUA...
SEDIA KANDANG... AGAR SELESA...
MAKANAN DIBERI... PASTIKAN JUGA...
PEGANG ELOK,, ELAKKAN CEDERA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
MAlaysia.
(26 JamadilAkhir 1442H).
Bersamaan 8 Feb 2021).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.