Sunday, March 7, 2021

TINJAUAN DI MAI FARM, KALUMPANG (Pt 1)

LADANG MAI FARM yang terletak di Kalumpang, Selangor merupakan salah satu ladang pertanian bersepadu atau 'Mixed Farming' berjaya yang penulis blog berpeluang membuat tinjauan. Ladang ini seluas 110 ekar mempunyai pelbagai aktiviti pertanian dari jenis tanaman industri (Kelapa Sawit dan Kelapa), aktiviti ternakan (Lembu dan kambing) serta akuakultur (ikan air tawar dan udang lobster) serta lain-lain aktiviti pertanian. Ketibaan penulis dan rakan disambut oleh TS Norian dengan keluarga dan pekerjanya sebelum dijamu dengan kopi panas. Penulis blog juga amat teruja bagaimana tanah bekas lombong ini yang berpasir pernah dibuat kolam ikan air tawar sebanyak 33 buah dengan salah satu kolam terbesar seluas 16 ekar. Kini hanya beberapa buah kolam sahaja yang masih digunakan sebagai kolam ternakan ikan serta udang semantara yang lainnya telah pun dikeringkan dan ditanam dengan kelapa sawit, kelapa dan nanas serta untuk plot ternakan lembu. Kombinasi aktiviti penanaman diladang ini yang bersepadu membolehkan sumber alam semulakadi dimanafaatkan didalam sektor pertanian. Ladang ini dibuka semanjak tahun 2007 dan kebanyakan tanaman seperti kelapa sawit, kelapa dan pokok buah-buahan telah pun berhasil. Diantara tanaman buah-buaha yang telah berhasil adalah durian, rambutan, nangka, durian belanda, pisang dan beberapa lagi. Sumber air jernih tidak tersemar daripada gunung berhampiran membolehkan aktiviti akuakultur dan ternakan sangat sesuai diladang ini. Artikel malam Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis hasil tinjauan keladang intergrasi yang boleh dibanggakan iaitu Mai Farm sebagai satu coretan untuk dijadikan bacaan dan rujukkan anda semua.


Plot pertama dikunjungi adalah tanaman nanas moris (Ananas comosus) yang ditanam dibawah pokok kelapa. Terdapat beberapa peringkat penanaman nanas moris ini dimana kawasan tersebut adalah di kawasan bekas kolam ikan yang dikeringkan. Tumbuhan nanas moris ini dilihat subur dimana pokoknya sihat tetapi tidak pernah dihormon lagi walau pun sudah luas yang sesuai dihormon untuk menghasilak buah yang seragam. Walau pun nanas moris ini kekurangan cahaya matahari akan tetapi beberapa pokok telah pun mengeluarkan hasil dengan sendiri. Hasil ujirasa buah yang dipetik didapati nanas moris ini manis dan kurang lidas (mungkin disebebkan banyak menggunakan baja organik dari ternakan) dan buah telah masak ranum (Sila lihat foto disebelah). Pemilik ladang dalam proses untuk memperluaskan tanaman nanas dengan varieti MD2 dilokasi baru berhampiran ladang sedia ada dimana kawasan telah dibersihkan. Antara masaalah yang dihadapi dimana buah nanas yang hampir masak ranum ditebuk haiean liar seperti tupai, monyet dan sebagainya. Bakin pokok yang sedia ada disyorkan untuk dihormon agar dapat berbiah seragam untuk mudah dipasarkan.


Tinjauan penulis blog di kolam-kolam pembenihan Udang Kara Air Tawar (Cherax quadricarinatus) atau Lobster Air Tawar ini memang amat menarik. Udang Kara ini memang sesuai diternak secara komersil jika kolam mendapat belakan air bersih tidak tercemar daripada gunung berhampiran dan ada kepakaran untuk menternaknya. Udang karang jenis ini atau lebih dikenali sebagai lobster ini merupakan hidangan enak tetapi berharga mahal. Di pasaran kita harga bagi yang bersaiz enam inci ialah RM60 - RM 80 sekilogram. Lobster Air Tawar (LAT) ini  merupakan jenis Red Claw (bersepit) dimana ia juga adalah berasal dari jenis krustasia yang hidup di sungai-sungai kecil di utara Australia. Walaupun saiznya lebih kecil berbanding udang kara laut akan tetapi isinya mendapat permintaan tinggi kerana isinya dilaporkan memang lebih enak.  Paling penting didalam penternakan ini adalah untuk mendapatkan baka indunya. Bagi pemilihan induk sebaiknya ia diambil dari induk bersaiz matang untuk ia  dijadikan induk dengan sebaiknya berumur 7-10 bulan. Saiz sesuai bagi induk jantan adalah berukuran 4 inci ke atas manakala saiz induk betina pula sekitar  3.5- 4.0  inci keatas. Biiasanya seekor induk betina yang sihat mampu untuk menghasilkan 80 - 300 biji telur setiap kali bertelor. Pemberian makanan dilakukan 2 kali sehari iaitu sebanyak 30 % waktu pagi dan 70 % lagi diberikan pada waktu petang. Sebaiknya diberikan pelet makanan dari jenis yang tenggelam dalam air (Kalau untuk ikan dari pelet yang terapung). Makanan tambahan lain adalah seperti jenis kekacang dan sayuran dimana ia juga seeloknya dimasak terlebih dahulu atau ia dikisar halus.


Sebaiknya kaedah penternakan udang lobster ini dipilih sama ada didalam kolam simen, kolam kanvas atau pun jenis tangki fiber. Kualiti air bagi setiap kolam ternakan mesti mempunyai sumber air tersendiri sama ada dari sungai dan bekalan air bawah tanah (lokasi inni mendapat air bersih dari gunung). Air dari sumber sebegini kaya dengan kandungan mineral yang diperlukan untuk udang lobster ini. Sebarang sumber air perlu dikumpulkan dalam satu tempat dan diheningkan (dibiarkan) sekurang-kurangnya sehari semalam pad lokasi lain. Ini bertujuan memendapkan bahan-bahan terlarut dalam air seperti kelodak atau lumpur. Kandungan klorin dalam air (Jika ada) juga harus dirawat atau dihapuskan terlebih dahulu dengan anti-klorin. Suhu air yang sesuai ialah antara 25 - 29 darjah Celsius dengan pH air sesuai 7- 9 dan pastikan dimana air sentiasa jernih. Perlu juga diberikan garam air atau ia bergantung pada kandungan air pada bekas yang diguna. Oksigen yang terlarut dalam air sangat penting dimana ia boleh di pam dengan saiz yang sesuai untuk memastikan air sentiasa mengalir dan menghasilkan buih oksigen dan p ini perlu beroperasi 24 jam (Ladang ini tidak memasang pam ketika tinjauan dibuat). Keperluan alat khas untuk udang lobster ini menjadikannya sebagai tempat persembunyiannya. Ia amat penting semasa hari siang dan bersalin kulit. Gunakan hidupan atas air seperti keladi bunting atau kangkung serta menggunakan batang paip PVC atau jenis kayu yang sesuai dengan saiz lobster. Ia penting untuk proses bersalin kulit dan pembesaran udang. Perlu juga tempat persembunyian untuk mengurangkan proses kanabalisme (carnivore atau makan sama sendiri). Jumlah kepadatan populasi sesuatu tempat ternakan perlu dihadkan untuk mengelakkan kanabalisme. Lazimnya induk matang akan melakukan proses penetasan telur anak udang dan pembesaran dalam akuarium terkawal dengan memindahkan induk jantan ke lain tempat dipilih. Tempat penetasan boleh berupa akuarium ukuran 40 cm x 30 cm x 30 cm. Apa pun setelah 8-15 hari maka anak lobster sudah memiliki bentuk yang mirip ­induknya dan sesuai untuk dipindahkan ke tempat ternakan yang terpisah dari induknya. Sebaiknya benih yang ditebarkan berumur 8-15 hari dengan kepadatan 20-30 ekor/m2 luas kolam. Pemeliharaan pertama telah dilakukan selama 2 bulan. Selanjutnya, pemeliharaan dilakukan selama 4 bulan untuk memperoleh lobster 20-30 gram/ekor. Artikel ini bersambung dalam Part 2 untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam...
TINJAUAN LADANG... SATU USAHA...
CARA BERSEPADU... SEMUA ADA...
TERNAKAN, AKUAKULTUR...BERSAMA...
POKOK SUBUR...MENJADI HASILNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
25 Muharram 1442Hijrah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.