Friday, March 5, 2021

KLOROFIL DAN FUNGSINYA

KLOROFIL
(Chlorophyll) merupakan pigmen hijau yang terdapat dalam berbagai organisma dan menjadi salah satu molekul yang berperanan utama didalam fotosintesis (proses membuat dan mengolah makanan yang dilakukan tumbuhan dengan bantuan air (H
2O), karbon dioksida (CO2) dan tenaga dari sinaran matahari. Ketiga-tiga sumber ini akan melakukan proses fotosintesis yang akan menghasilkan tenaga, oksijen dan sebagainya kepada tumbuhan. Tajuk klorofil ini telah diajarkan semenjak sekolah dahulu dan diperincikan pada pembelajaran peringkat tinggi di universiti dengan melibatkan banyak perkara berkaitan. Pada penulis blog memang sudah lama terlibat dalam sektor pertanian khususnya tumbuhan yang memang sering melihat akan subjek klorofill semasa membuat tinjauan teknologi. Ada kemungkinan mereka yang bukan dalam sektor pertanian yang tidak pernah mendengar mengenai klorofil apa lagi dapat memahaminya. Boleh juga dikatakan memang peranan klorofil didalam kehidupan adalah amat penting sehinggakan ia dikaji dengan terperinci dibanyak peringkat semanjak dahulu. Kajian kini telah jauh hebat dimana klorofill telah dijadikan sebagai bahan untuk ubat. Ini kerana memang sejak belajar klorofil di sekolah diberitahu iaitu klorofil adalah pigmen yang berwarna dengan pewarna chloroplasts dan membantu tumbuhan menukar cahaya matahari menjadi tenaga. Telah didapati dan diajukan kini bagaimana klorofil berguna untuk manusia dan telah ada arahan untuk kegunaan persediaan popular klorofil cair  untuk kesihatan manusia. Berbalik pada asasnya, apakah fungsi utama klorofil dalam tumbuh-tumbuhan, atau mengapa daun hijau?. Sebenarnya apabila cahaya matahari jatuh pada daun, garis biru dan merah spektrum akan ditangkap oleh klorofil, dan garis hijau dicerminkan. Tenaga matahari yang diserap oleh tumbuhan digunakan untuk mensintesis sebatian kimia yang kompleks. Tanpa klorofil maka tumbuhan tidak dapat menukar karbon dioksida menjadi oksigen dan kehidupan di planet bumi akan menjadi mustahil. Kajian mendapati klorofil sebenarnya mempunyai sifat yang boleh digunakan untuk memberi manfaat kepada manusia. Hasil kajian mengenai  pigmen klorofil bermula pada tahun 1817 oleh banyak saintis dan doktor yang mengkaji kesannya pada tubuh manusia. Apa pun pada pertengahan abad ke-20 dilaporkan klorofil secara luaran iaitu dalam bentuk cecair dan salap adalah berkesan untuk penyembuhan luka dan melawan bakteria anaerob. Sejak tahun 1940-an proses persediaannya telah berjaya digunakan dalam perubatan untuk rawatan ulser dalam. Ia juga didakwa membantu untuk menghilangkan atau pun mennyahkan bau yang tidak menyenangkan dari badan kerana klorofil mampu juga merosakkan bau yang dihasilkan dari semua rembesan. Memang klorofil akan membantu anda melupakan bau peluh pada hari-hari panas atau semasa anda bersukan, perjalanan di iklim yang panas atau kekurangan akses kepada jiwa. Teknologi ini telah diketahui lebih daripada 80 tahun yang lalu dimana telah diluluskan hipotesis utama bahawa klorofil adalah pengoksidaan semula jadi yang kuat yang meningkatkan metabolisme nitrogen. Artikel pada subuh ini saya menulis artikel ke 6,248 dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai klorofil dan fungsinya sekadar menambah ilmu semua.

Walau pun klorofil ini sering dikaitkan dengan daun hijau akan tetapi juga sebenarnya banyak jenis klorofil yang perlu kita tahu. Saintis mengkelaskan ada 4 jenis klorofil yang perlu kita tahu dan akan dibincangkan dalam perenggan ini. Klorofil tersebut adalah
Klorofil a, Klorofil b, Klorofil c dan Klorofil d yang mudah untuk semua mengingatinya. 'Klorofil a' merupakan suatu senyawa kompleks yang berada di antara magnesium dengan porfirin yang di dalamnya mengandung cincin siklopentanon atau (cincin V). Dari segi struktur dimana pada Keempat atom nitrogennya saling terhubung dengan adanya sebuah ikatan.  Kemudian berkoordinasi dengan ion Mg2+ sehingga nantinya ia akan membentuk suatu senyawa kompleks planar yang sangat luar biasa. Kemudian pada bgain Rantai sampingnya yang mana ia mempunyai sifat hidrofob yakni merupakan suatu terpenoid dan fitol yang saling terhubung secara ikatan ester dengan gugus propionat yang di dapat dari cincin IV. Selain itu Klorofil a ialah merupakan salah satu bentuk klorofil yang ada hampir di semua tumbuhan autotrof. Adapun untuk rumus kimia bagi klorofil a ialah C55H72O5N4Mg. Bagi 'Klorofil b' pula ia  merupakan susunan klorofil yang kedua letak terdapat pada tumbuhan yang juga bewarna hijau.  Klorofil b ini juga saling terikat pada sebuah protein yang ada didalam sel. Kemudian untuk Klorofil B sendiri biasanya keberadaannya terdapat pada daun hijau chlorophyta dan juga berbagai tumbuhan darat lainnya . Adapun formula kimianya ialah C55 H70 O6 N4 Mg. Didakwa dimana pada Klorofil a dan juga klorofil b mereka mempunyai kemampuan yang sangat kuat untuk melakukan penyerapan cahaya jenis merah dan juga jenis ungu spektrum. Semntara itu 'Klorofil c'  biasanya terdapat pada ganggang coklat Phaeophyta dan juga diatome Bacillariophyta. Dari segi formula rumusan kimia bagi klorofil c adalah ada 4 kumulan iaitu Kumpulan C3, Kumpulan C7, Kumpulan C8 dan Kumpulan C17. Akhir sekali adalah jenis 'Klorofil d' yang biasanya terdapat pada daun merah Rhadophyta. Peranan penting klorofil pada tumbuhan adalah membuat tumbuhan mampu menyusun makanannya sendiri dengan adanya bantuan cahaya matahari. Berikut adalah beberapa fakta mengenai jenis klorofil iaitu bagi jenis klorofil a dimana ia boleh menghasilkan warna hijau biru, bagi klorofil b ia boleh menghasilkan warna hijau kekuningan, bagi jenis klorofil c ia boleh menghasilkan warna hijau coklat dan bagi jenis klorofil d ia boleh menghasilkan warna hijau merah.

Persoalan asas yang sering ditanya umum adalah aapakah dia f
ungsi Klorofil pada tumbuhan. Sebenarnya klorofil terletak pada sel sel tanaman yang disebut kloroplas (Chloroplast). Di tempat inilah pigmen hijau menyerap cahaya matahari dan juga sekaligus lokasi terjadinya proses fotosintesis secara semulajadi. Klorofil dan fotosintesis adalah sesuatu proses yang sangat berkaitan sebab klorofil amat penting untuk proses fotosintesis itu sendiri. Sebenarnya diantara fungsi klorofil bagi tumbuhan adalah ia memberi warna hijau pada daun tumbuhan hijau, alga hijau dan beberapa jenis bakteria fotosintetik sehingga disebut juga sebagai zat hijau daun. Molekul klorofil menyerap cahaya merah, biru dan ungu serta memantulkan warna hijau kekuningan dimana sebenarnya warna hijau (green) inilah yang akan diterima oleh mata manusia. Itulah sebebknya apabila melihat hutan kita melihat warna hijau. Tumbuhan memerlu air, karbon dioksida, cahaya dan tentunya klorofil. Cahaya pula selalu berupa sama ada sinaran matahari atau cahaya lampu jika mencukupi. Klorofil akan mengubah cahaya matahari tersebut menjadi tenaga dengan cara menyerapnya dan meneruskan serta mproses dimana terjadinya fotosintesis (pada mesofil daun) bersama dengan bahan lainnya iaitu karbon dioksida dan air. Disini peranan cahaya dalam usaha mempengaruhi proses pertumbuhan tanaman adalah sangat penting. Dari proses tersebut akan menghasilkan tindakbalas kimia berupa gula dan oksigen. Karbon dioksida ditukar klorofil menjadi karbohidrat untuk menyediakan tenaga asas bagi ekosistem secara keseluruhan dan klorofil juga membuat gula (glukosa) yang merupakan pusat penghasilan makanan dari sel-sel tanaman. Proses ini juga mengeluarkan gas oksigen yang sangat diperlukan oleh hidupan dan makhluk lain (haiwan dan manusia) untuk pernafasan. Dilaporkan dimana ada 2 fotosistem iaitu fotosistem klorofil 1 dan fotosistem klorofil 2. Bagi cara Fotosistem klorofil 1 berlaku proses penyerapan cahaya gelombang panjang (merah). Bagi cara fotosistem klorofil 2 menyerap cahaya gelombang pendek yang termasuk fotosistem klorofil 1 adalah klorofil a sedangkan yang termasuk fotosistem klorofil 2 adalah klorofil a dan b atau dengan kata lain klorofil a menyerap panjang dan sedikit gelombang pendek. Klorofil b hanya menyerap cahaya gelombang pendek.

Klorofil memiliki peranan penting agar tumbuhan darat mampu membuat untuk makanannya sendiri dengan menyerap tenaga dari sinaran matahari menjadi tenaga kimia sehingga ianya menjadi organisma autotrof (organisma yang mampu membuat makanan sendiri dengan bantuan daripada tenaga cahaya matahari). 
Klrofil juga menyerupai fungsi hemoglobin yang terdapat dalam darah manusia iaitu untuk mengangkut oksigen dan menyebarkan ke seluruh bahagian tumbuhan. Tanpa klorofil maka fungsi fotosintesis tidak akan berjalan efektif sebab sinaran matahari yang dipantulkan oleh daun harus diserap terlebih dahulu dan hanya klorofil yang mampu melaksanakannya dalam proses tersebut. Dalam proses fotosintesis pada tumbuhan juga diperlukan berbagai unsur zat kimia yang berasal dari sinaran matahari yang telah diolah dimana proses tersebut juga dilakukan oleh klorofil melalui pigmen-pigmen yang dimilikinya. Kemudian glukosa yang dibentuk oleh klorofil adalah berfungsi sebagai sumber tenaga yang utama dan akan mempengaruhi terbentuknya sumber tenaga lemak dan protein. Klorofil amat penting untuk proses fotosintesis yang merupakan sumber makanan bagi haiwan dan manusia. Klorofil berperanan dalam aktiviti untuk membersihkan udara persekitaran sebab ia menyerap CO2 dan menciptakan oksigen (O2) dalam ekosistem kehidupan.
Proses fotosintesis dengan adanya klorofil akan membuat sisa-sisa tumbuhan jika tertimbun di dalam tanah dalam waktu lama akan menjadi arangbatu yang merupakan bahan asas dan sumber tenaga pada kehidupan moden sekarang. Semuga artikel ini sedikit sebanyak memberikan kefahaman kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
NAMA KLOROFIL... PENTING DIA...
ADA 4 JENIS... LAIN FUNGSINYA...
CAHAYA, AIR, CO2... PERLUKANYA...
BACA ARTIKEL... INGAT SEMULA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(8 Rejab 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.