Wednesday, February 10, 2021

TELUR PUYOH - APA HEBATNYA

TELUR BURUNG PUYUH
atau QUAIL EGG merupkan sejenis telur bersaiz kecil yang dikomersilkan dan mendapat permintaan baik dikalangan pengguna di seluruh dunia termasuk Malaysia. 
Telur puyuh adalah telur dihasilkan oleh burung puyuh dari keluarga Phasianidae dengan ada 4 genus. Penternakan komersil burung puyoh di  kelaskan kepada Puyuh Pedaging untuk penghasilan daging puyoh dan Puyoh Penelur yang hasilkan telur. Telur puyoh yang kerap dijadikan bahan makanan di berbagai tradisi kuliner dibanyak bahagian dunia termasuk di Asia, Eropah dan Amerika. Apa pun telur puyoh yang bersaiz kecil ini memang sesuai dijadikan ramuan didalam banyak makanan dan seringkali juga dijadikan sebagai hiasan makanan selain daripada ianya sangat berkhasiat. Penulis blog pernah membuat tinjauan teknologi kebeberapa ladang ternakan burung puyoh untuk pedaging dan penelur ini dan memberikan khidmat nasehat teknikal kepada beberapa pengusaha baru. Mengenai telur puyoh ini ia dilaporkan dimana dalam menu masakan Jepun ia selalu disajikan mentah atau masak sebagai bahagian dari bahan tamago (telur) dalam sushi dan kerap ditemui dalam masakan makanan tradisional mereka. Jika hendak dibuat perbandingan saiz telur burung unta, angsa, ayam dengan telur burung puyoh memang jauh sekali kerana telur puyoh adalah yang terkecil. Beberapa kenyataan melaporkan dimana di beberapa negara didunia telur puyuh dianggap biasa saja dan bukanlah sebagai hidangan eksotik. Di negara Colombia, Equador dan Venezuela dilaporkan telur puyoh rebus lazimnya akan dijadikan tambahan pada 'hotdog' dan juga hidangan 'hamburger'. Semasa penulsi beberapa kali berkunjung ke Filipina sering juga melihat makanan 'Kwek-kwek' yang dijual sebagai makanan biasa yang mudah dijumpai. Ia merupakan makanan dari telur puyuh yang direbus kemudian ia dilapiskan dengan tepung dan kemudian dicucuk pada lidi sate dan kemudian digoreng. Artikel subuh ini didalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai kehebatan telur puyoh sebagai sejenis telur yang berkhasiat, murah, mudah dibeli, senang dimasak dan diminati ramai untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Pada penulis blog telur adalah s
alah satu jenis makanan yang menjadi kegemaran hampir semua orang apa lagi lebih-lebih lagi telur ayam dan telur puyuh. Selain mudah diperolehi dipsaran lazimnya ia sering saling menjadi pengganti , pelengkap serta pelbagai jenis bentuk bahan makanan yang boleh diadaptasi pembuatannya. Makanan yang baik dengan kandunga zat terjamin akan menjadikan proses pertumbuhan dan perkembangan tubuh manusia yang baik. Kebenaran terbukti bahawa makanan yang seimbang dapat menjamin kesihatan manusia sejak diambil dari peringkat kanak-kanak lagi. Telur puyoh bagaimana pun selalu juga didakwa sebagai sejenis telur yang 'kurang baik' untuk dimakan kerana kandungan kolesterol yang tinggi. Ini berlaku apabila terdapat banyak khabar angin yang mengatakan telur puyuh lebih membahayakan kesihatan berbanding telur ayam. Banyak persoalan bermain dikalangan pengguna dan peminat telur akan ingin tahu adakah ia benar dan jika ada apakan dia perbezaan kedua-dua jenis makanan telur ini. Bagi pemulis blog ingin menyatakan dimana telur puyuh atau juga dikenali sebagai 'quail egg' juga adalah sumber terbaik vitamin untuk kesihatan manusia. Walaupun ukuran saiznya adalah kecil berbanding dengan ayam akan tetapi dilaporkan dimana nilai dietnya adalah tiga hingga empat kali lebih tinggi daripada telur ayam dan dipenuhi dengan nutrien dan mineral. Apa pun sebaiknya makanan ini juga adalah sumber yang banyak nutrien berbanding makanan lain diambil dengan kadar sesuai dan jangan makan berlebihan. Telur puyuh kaya dengan nutrien seperti vitamin dan mineral. Walaupun saiznya kecil sebenarnya nilai pemakanannya sekurang-kurangnya 4 kali ganda dari jenis telur lain termasuk ayam. Ia mengandungi 13% protein, manakala telur ayam hanya 11%. Vitamin B di dalamnya pula adalah 140% berbanding 50% dalam telur ayam. Dilaporkan telur puyoh mampu mencegah pelbagai gangguan pernafasan. Penyalit Lelah (Asma) adalah penyakit yang disebabkan oleh kerengsaan membran yang meliputi laluan udara di paru-paru dan kesakitan ini memampatkan saluran pernafasan. Asma adalah penyakit yang sangat biasa dan boleh dirawat dengan cepat dan berkesan jika didiagnosis pada waktunya. DIdakwa telur puyoh boleh membantu paru-paru berfungsi dengan lancar dan menangani banyak masalah pernafasan seperti tuberkulosis dan asma. Kandungan unsur protein iaitu Ovomucoid kaya di dalamnya merupakan satu komponen biasa dalam kebanyakan ubat reaksi anti-alahan.

Telur puyoh yang 
kaya dengan antioksidan dan asid lemak penting yang bertindak sebagai agen antiradang semula jadi. Ia adalah sumber vitamin A dan kandungan bahan Selenium yang membuktikannya sebagai sumber antioksidan yang dapat meningkatkan fungsi paru-paru. Telur puyoh didakwa memberi kesan positif kepada gangguan buah pinggang. Apabila berlaku kegagalan buah pinggang dicirikan oleh pengumpulan produk sisa dan cecair berlebihan dalam tubuh. Ia juga membawa kepada simptom yang teruk seperti keletihan, lemah, sesak nafas, kelesuan, bengkak dan kekeliruan. Ia membantu membersihkan darah daripada toksin dan logam berat, meningkatkan keaslian darah dan penggalak daya tahan yang kuat. Pesakit dengan penyakit buah pinggang dinasihatkan mengambil protein berkualiti tinggi dan bukannya berkualiti rendah, dan makanan ini juga adalah sumber yang kaya dengan protein berkualiti tinggi. Telur puyoh juga dilaporkan hebat apabila didakwa mampu membantu semasa tempoh kehamilan wanita. Ia menyediakan banyak manfaat pemakanan bagi wanita hamil dan janin. Seperti telur lain dimana juga ia kaya protein iaitu komponen yang penting untuk perkembangan otak janin. Makanan ini juga mengandungi sangat kurang atau tiada tepu lemak dan merupakan makanan kolesterol yang baik untuk dimakan. Walau bagaimanapun sebenarnya sebagai langkah berjaga-jaga proses pengambilannya perlu dibincangkan dengan doktor anda terlebih dahulu. Rasa telut puyoh adalah baik dan ia sumber semula jadi 100% zat besi, Vitamin A, dan Vitamin B12. Ia membantu dengan anemia dengan ia boleh meningkatkan tahap hemoglobin dalam tubuh sambil menghilangkan toksin dan logam berat. Didakwa kepada  pesakit diabetes untuk mengekalkan paras gula dalam darah dan kolesterol adalah suatu yang sukar. Telur puyuh merawat diabetes melalui karbohidrat yang rendah, rendah kalori untuk menjaga gula dalam darah dan kolesterol pada tahap yang selamat. Walau pun terdapat ubat yang boleh didapati untuk diabetes tetapi dengan menambahkan telur puyoh ini untuk diet dimana ia boleh menjalani kehidupan tanpa diabetes. Telur ini juga mampu mengekalkan tahap karbohidrat yang selamat menjadi lebih mudah apabila quail egg dimasukkan dalam diet harian. Selain itu, quail egg membantu meringankan kesakitan rawatan diabetes.

Kehebatan telur puyoh memang berkait dengan ujudnya bahan k
olesterol baik membantu mengurangkan penyakit jantung. Dilaporkan telur puyuh ada mengandungi karbohidrat yang sangat kurang dan lebih banyak protein. Telur puyuh bekerja keras untuk mengatur aliran darah normal dan penyerapan nutrien. Ia mengandungi asid folik, zat besi, fosforus, vitamin B12, protein riboflavin, dan selenium. Oleh itu, ia adalah pilihan yang tidak dapat dielakkan untuk mengurangkan kemungkinan penyakit jantung. Ia juga dilaporkan membantu merawat kanser kerna penyakit kanser adalah hasil yang paling teruk daripada sistem imuniti yang lemah.  Apabila peningkatan drastik pencemaran dan penggunaan bahan kimia tanpa had telah mencemarkan alam sekitar melalui toksik, termasuk radikal bebas. Hubungan tinggi dengan sebatian toksik sebegini mungkin menyebabkan kanser. Pengguna boleh melindungi tubuh daripada kerosakan radikal bebas dengan pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin A dan selenium. Kedua-dua nutrien ini adalah antioksidan yang sangat baik dan mereka membantu mengatasi kerosakan radikal bebas. Oleh itu, quail egg mengandungi jumlah vitamin A dan selenium yang menjadikannya antioksidan semula jadi. Menambah quail egg dalam diet boleh menjadikan tubuh suatu persekitaran yang tidak sesuai untuk pertumbuhan kanser. Memang  telur puyoh juga mampu untuk meningkatkan imuniti individu yang mengambilnya. Telur puyuh mampu membantu mendapatkan sistem imuniti yang kuat dan metabolisma yang lebih baik. Makan telur mentah membantu meningkatkan imuniti lebih banyak berbanding quail egg yang dimasak. Penggunaan quail egg secara kerap akan meningkatkan sistem imuniti tubuh dan menghilangkan banyak penyakit. Seterusmya kehebatannya didakwa mampu menjadi agen penuaan dengan cara menguatkan sistem imuniti seseorang boleh memperlahankan penuaan organ. Ini seterusnya akan membuatkan seseorang kelihatan lebih muda. Sebagai sumber yang kaya antioksidan, asid lemak penting maka bahan selenium dan Vitamin A, B & E dalam telur puyoh adalah agen antipenuaan yang sempurna. Didakwa dimana kehebatan telur puyuh juga menambah kelembutan dan kelembapan kulit. Untuk hasil yang lebih baik, quail egg boleh terus digunakan pada kulit. Semuga tulisan mengenai kehebatan telur puyoh dalam blog anim agro technology kali ini berguna kepada pembaca semua. Wasallam!!!...
TELUR PUYOH... KECIL SAIZNYA...
MUDAH DIBELI... MURAH JUGA...
AMAT BERKHASIAT... MAKANNYA...
BANYAK RESEPI... DISESUAIAKNNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Poecint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(27 JamadilAkhir 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.