Mereka yang ingin mula menternak arnab perlu membuat persediaan mental, fizikal, kewangan dan paling penting teknologi serta penguruannya. Bagi mereka yang ingin mula menternak untuk hobi atau permulaan boleh menggunakan satu set iaitu satu pejantan (arnab jantan dewasa) dan 5 ekor induk (arnab betina dewasa). Mereka yang menternak secara secara sampingan pula boleh mulakan secara sederhana besar iaitu 50 induk dan 10 pejantan. Biasanya untuk pengeluaran secara penuh masa bolehlah memulakan 500 induk dan 100 pejantan. Pemilihan kawasan penternakan adalah penting kerana ia menentukan kejayaan. Beberapa ciri yang boleh dijadikan garis panduan dalam pemilihan sesuatu kawasan untuk menternak arnab sepertilokasi sebaiknya mestilah berhampiran dengan pusat jualan dan pemprosesan serta selamat dari sebarang gangguan. Lokasi sebaonya juga jauh dari kawasan industri, perbandaran, perumahan dan aktiviti ternakan/ ternakan lain. Penting dilihat akan lokasi yang ada dan mempunyai kemudahan infrastruktur seperti jalanladang, bekalan letrik, dan sumber air yang bersih dan pastinya ada diakses dengan mobile phone. Periksa ada sistem untuk peredaran udara yang balk dan memuaskan. Kawasan dataran tanah membolehkan kedudukan panjang bangsal dibina secara selari dengan arah terbit/terbenam matahari.
Sebenarnya arnab merupakan haiwan yang sangat mudah ditemui di mana-mana termasuk di Malaysia. Haiwan pengerat ini pertama kali dibawa ke rantau ini pada masa penjajahan. Berawal dari situ maka masyarakat tempatan mulai menternak arnab sebagai haiwan peliharaan, sebagai hiasan, maupun untuk proses dikembangbiakkan sebagai baka arnab untuk dijual. Tinjauan penulis blog mendapati diantara satu jenis arnab atau kelinci yang banyak diternak adalah jenis Arnab Jenis Pedaging. Menternak arnab mempunyai prospek yang sangat bagus. Daging arnab boleh bersaing dengan sumber daging lain dalam memenuhi keperluan hidup manusia. Bagi Arnab pedaging adalah dimana dagingnya dimanfaatkan untuk dimakan. Sebelum memulakan ternakan arnab sebaiknya bakal usahawan ini mengenali terlebih dulu jenis arnab yang perlu diternak. Setiap jenis arnab memiliki potensi yang berbeza-beza sesuai jenisnya. Ada yang menghasilkan daging yang berkualiti dan ada yang menghasilkan kulit atau bulunya yang berkualiti. Di negara kita sendiri banyak masyarakat yang memilih menternak arnab pedaging kerana ia kerap dinilai lebih menguntungkan. Menurut JPV dimana kini diantara yang banyak diternak adalah dari baka dimanfaatkan dagingnya iaitu Flemish Giant dan New Zealand White. Bagi baka New Zealand White ia memiliki warna bulu putih albino dengan berat mencapai 5 kilogram. Jenis arnab pedaging yang satu ini sangat sesuai untuk bisnis penternakan secara komersil sebab mampu membiak dengan cepat dan cekap. Dilaporkan ia mempu beranak sekitar 10 hingga 12 anak dalam satu kali melahirkan. bagi baka Flemish Giant pula dilaporkan dimana ia memiliki warna bulu beragam dan bentuk tubuh yang panjang serta bertelinga lebar. Beratnya boleh mencapai 10 kg seekor namun jenis kelinci ini masih susah sedikit mendapatkan bakanya.
Beberapa petu yang penting untuk penternakan arnab pedaging dengan menyediakan kandang sesuai. Semasa membuat kandang arnab pastikan ada sistem pengedaran udara dalam kandang terjaga dengan baik. Secara umum terdapat dua jenis kandang arnab iaitu kandang sistem terbuka dan kandang sistem tertutup. Kandang sistem terbuka dapat berupa hamparan tanah kebun yang diberi pagar dan naungan untuk berteduh dan istirehat. Sedangkan kandang tertutup merupakan kandang yang dibatasi dengan lantai, dinding dan atap dimana kandang jenis ini untuk penternakan yang intensif. Seeterusnya adalh memilih baka arnab induk yang berkualiti dengan memlih arnab yang memiliki berat minima 4 kg untuk arnab betina dan 3 kg untuk arnab jantan. Sebaiknya diperiksa ia mempunyai warna mata cerah, bulu bersih, pinggangnya bulat penuh serta lincah geraknya. Perhatikan pemberian makanan arnab dan jangan hanya diberi sayuran hijau sahaja tetapi penting juga menambahkan nutrisi seperti makan pellet atau makanan khusus bagi baka arnab pedaging. Berikan makan secara rutin 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang. Aktiviti mengkahwinkan baka induk perlu dilakukan pada umur 6-12 bulan iaitu ia tergantung pada jenis rasnya. Idealnya bagi perkawinan dilakukan semasa arnab jantan berusia 8 bulan dan betina 6 bulan. Perkara ini dilakukan untuk tujuan bagi menghindarkan kemungkinan risiko iaitu kegagalan pproses pembiakan. Aktiviti merawat anak arnab dengan memastikan kandang dalam keadaan hangat dan tetap bersih. Berikan makanan berzat kepada anak arnab seperti lobak merah dan sayuran lainnya yang dihancurkan. Tambahkan pula sedikit nutrisi ke dalam makanan untuk mecepatkan kadar pertumbuhan arnab pedaging. Penuaian arnab daging pula dilakukan pada semasa arnab memasuki usia 3-4 bulan, atau ketika sudah mencapai berat sekitar 2-3 kg. Umumnya dari amalan dimanapenuaian arnab pedaging ini sesuai dilakukan 4 kali dalam setahun. Kelinci betina boleh mampu menghasilkan 6 ekor anak semasa beranak unruk menambah jumlah ternakan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
ARNAB PEDAGING... ADA PETUA...
3-4 BULAN... DI JUAL HASILNYA...
BOLEH UNTUNG... MINAT MULA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(8 Febuari 2021)
SUDAH LEBIH SETAHUN PANDEMIK COVID19!.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.