Thursday, February 11, 2021

ISU JELAPANG PADI NEGARA

JELAPANG PADI
merupakan kawasan tertentu dengan sistem infrastruktur pengairan dan saliran yang khusus untuk penanaman padi yang luas. Tanaman padi di Malaysia merupakan satu komoditi penting di usahakan sejak lama dahulu terutama di kawasan jelapang padi diseluruh negara untuk menghasilkan beras. Nasi merupakan makanan asasi penduduk di Malaysia. Bagaimana pun semakin negara membangun kawasan sawah padi terancam akibat tekanan dari sektor perbandaran, perumahan, perkilangan dan ancaman lain sehingga kawasan padi terus berkurangan. Tanaman padi (Oryza sativa) merupakan industri tanaman dan agromakanan yang ketiga terpenting di Malaysia selepas tanaman kelapa sawit dan getah. Keluasan tanaman padi di Malaysia Musim Utama 2017/2018 dilaporkan 436,054 hektar dengan seluas 268,318 hektar padi sawah di Semananjung Malaysia, seluas 20,828 hektar padi sawah di Sabah dan seluas 76,198 hektar padi sawah di Sarawak. Data ini termasuk juga seluas 32,572 hektar padi bukit di Sabah dan seluas 135,164 hektar padi bukit di Sarawak. Terdapat 12 Jelapang Padi di Malaysia yang masih produktif dalam mengeluarkan padi iaitu MADA, KADA, IADA Kerian, IADA BLS, IADA P. Pinang, IADA Semb Perak, IADA KETARA, IADA Kemasin Semerak, IADA Pekan, IADA Rompin, IADA Kota Belud dan IADA Batang Lupar. KADA merupakan kawasan Jelapang Padi (Grainary Area) yang terluas di Malaysia dengan 100,659 hektar dan IADA Batang Lupar merupakan Jelapang Padi terkecil dengan keluasan 1,121 hektar. Kawasan penanaman padi Luar Jelapang Padi di Malaysia adalah seluas 218,174 hektar pada tahun 2018 dengan 57,673 hektar berada di Semenanjung Malaysia. Negeri Kedah juga mempunyai kawasan penanaman padi Luar Jelapang Padi teruas dengan 26,857 hektar dan Selangor serta Pulau Pinang tidak ada kawasan sawah luar jelapang. Data CCS Kebangsaan juga melaporkan dimana intensiti penanaman padi sawah di Malaysia adalah 94.5% dengan dua negeri mencapai 100% intensiti tanaman. Dua negeri tersebut adalah Perlis dan Pulau Pinang. Apa yang selalu menarik minat saintis dan orang ramai adalah purata hasil padi negara. Dilaporkan pada tahun 2018 purata hasil padi negara adalah 3,511 metrik tan sehektar dengan purata hasil padi sawah sebanyak 4,031 mt sehektar. Purata padi bukit menurunkan penghasilan nasional kerana purata padi bukit di Sabah hanya 2,714 mt sehektar dan sebanyak 1,958 di Sarawak. Dengan kiraan CCS dilaporkan pada musim utama 2017/2018 pengeluaran padi negara adalah sebanyak 1,531,034 metrik tan. Dilaporkan kawasan jelapang padi menghasilkan 69.4% daripada pengeluaran padi negara dengan julat 4.0 - 5.9 kg sehektar. Semua ini akan tertejas jika kawasan padi semakin berkurangan sebab peningkatan produktiviti hasil sudah hampir maksima. Artikel subuh ini dalam blog menarik "Anim Agro Technology' iaitu rencana yang ke 6,236 ini saya menulis mengenai beberapa siu mengenai ancaman kawasan jelapang padi negara seperti selalu dibincangkan banyak pihak untuk rujukkan anda semua.

Penulis blog yang bertugas dalam sektor pertanian hampir 38 tahun mendapati h
ampir kebanyakan negeri jelapang padi kini dikesan menghadapi krisis penyusutan kawasan sawah padi yang sekiranya tiada kawalan boleh mengancam pengeluaran beras yang menjadi sumber makanan ruji penduduk di negara ini. Ini berikutan kawasan sawah ‘bertukar wajah’ apabila dibangunkan dengan pelbagai projek infrastruktur, komersial dan perumahan dimana ia sekali gus menjadikan keluasan sawah padi negara makin mengecil. Kini hasil padi yang tidak stabil dan tidak menentu juga menjadi antara punca dimana kebanyakan pesawah menjual tanah sawah mereka kerana tidak mahu berdepan kerugian. Faktor penawaran harga yang tinggi oleh pemaju iaitu selain tidak ada keluarga yang mahu untuk meneruskan tanah pusaka dan faktor tawaran harga lumayan oleh pembeli dimana ia turut menjadi penyumbang kepada penguncupan kawasan sawah. Di Kedah seperti kawasan sawah padi di sekitar Kota Setar, Kubang Pasu dan Pendang didapati paling banyak dibangunkan dengan projek-projek infrastruktur, komersial dan perumahan. Kawasan seperti di Alor Mengkudu, Mergong dan Bakar Bata yang dahulunya kawasan sawah dimana ia kini berubah menjadi sebuah pusat komersial. Kebanyakan negeri jelapang padi kini menghadapi krisis penyusutan kawasan sawah padi dan jika tidak dikawal dengan baik maka ia boleh mengancam pengeluaran beras yang menjadi sumber makanan ruji penduduk di negara ini. Apa pun penulis blog dapati dimana terdapat juga tanah pertanian seperti yang berada di Ayer Hitam, Langgar dan Kuala Kedah telah ditukar menjadi kawasan perumahan baharu berikutan permintaan penduduk yang mahu memiliki rumah (Sila lihat foto disebelah). Pemilik tanah dan pesawah mendakwa diantara faktor seperti kos penanaman dan harga padi menyebabkan ramai pesawah menjual tanah mereka terutama yang terletak di pinggir bandar. Dilaporkan memang ramai petani sekitar Kota Setar menjual sawah terutama yang keluasannya kurang satu hektar kerana kos untuk menanam padi meningkat setiap tahun.

Kes yang sama juga dilaporkan dalam kawasan jelapng padi di 
Perak dimana hasil padi yang tidak stabil dan tidak menentu antara punca kebanyakan pesawah di utara Perak menjual tanah sawah kerana tidak mahu terus menanggung kerugian. Tinjauan dilokasi [adi seperti di Sungai Burung, Tanjung Piandang mendapati beberapa pesawah dakwa terpaksa menjual sebahagian tanah yang diwarisi berikutan hasil padi tidak menentu. Jika dilihat dengan melalui kawasan sawah di Tanjung Piandang, Parit Buntar dimana kini sudah banyak sawah padi telah bertukar status kepada tanah kediaman.  Ramai petani dan keluarga mereka yang sepakat jual sebahagian tanah sawah di sekitar kawasan daerah Kerian kepada pemaju perumahan kerana sudah banyak musim padi yang diusahakan sudah tidak menjadi dan menanggung rugi. Perkara ini dakwa mereka adalah berpunca daripada masaalah serangan penyakit, kawasan padi yang berhampiran laut yang terdedah ancaman air masin juga menyebabkan hasil tanaman terjejas. Berbalik ke negeri kelahiran saya di Johor, diantara faktor pengurangan kawasan sawah padi di negeri ini adalah tindakan pemilik tanah yang mana mereka membina kediaman atas tapak berkenaan kerana berpendapat mereka berhak melakukannya demi keselesaan sendiri. Dikaji lanjut mengenai perkara ini didapati ukuran saiz tanah yang digunakan untuk pembinaan rumah kediaman itu tidak terlalu besar, malah petani memberi alasan ia memudahkan mereka mengusahakan sawah kerana tidak perlu tinggal jauh seperti di Sawah Ring, Sawah Kesang, Sawah Sg Balang, Sawah Sg Sagil dan Sawah Endau. Bagi penduduk Kampung Telok Rimba, Tangkak dakwa dimana kini semakin ramai pemilik tanah sawah berbuat demikian sejak beberapa tahun lalu. Kebanyakan sawah padi di Johor bukan kawasan jelapang tetapi mempunyai skim pengair keil JPS. 

Bagi Negeri 
Selangor pula dimana kebanyakan pemilik sawah di daerah Kuala Selangor menimbus tanah mereka untuk membina rumah dan bukan untuk tujuan komersial seperti pembinaan kilang. Bagi pemilik sawah tradisional yang jauh dari bandar pula biasanya mereka tidak menimbus atau menjual tanah mereka kerana ia akan diwariskan kepada anak cucu. Apa pun memang lazim dimana di sekitar sawah Kuala Selangor biasanya sebahagian kecil sawah akan ditimbus tanah untuk buat rumah sendiri saja atau dijadikan kebun kecil. Ada yang membuat sawah kerana sesuai dengan modal dan berdektan dengan ahli keluarga mereka. Bagaimana pun akhirnya apa yang menjadi masalah sekarang adalah mereka akan kehilangan tanah sawah dan kebun kerana ia akan menjadi laluan projek talian penghantaran elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) dari pencawang masuk utama (PMU) Sungai Manik ke PMU Kuala Selangor. Berlainan dengan keadaan di Negeri Sembilan seperti sawah di sekitar Tanjung Ipoh, Kuala Pilah dimana dilihat sebahagian kawasan sawah kini menjadi kebun tanaman lain seperti nanas, sayuran dan pisang. Perkara ini berlaku apabila pengusaha berdepan kesukaran untuk menuai hasil tanaman padi disebabkan masalah pengairan, sekali gus mendorong mereka beralih kepada tanaman alternatif. Perkara sama juga dapat dilihat di beberapa kawasan sekitar Kuala Klawang dan Kampung Mengkan di Jelebu. Di Jelebu dilihat beberapa kawasan sawah ditukarkan menjadi ladang tanaman nanas kerana masalah sama (pengairan). Ada kawasan sawah di Jelebu yang terletak di kawasan laluan jajaran Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) mungkin terjejas bagi memberi laluan untuk projek pembinaan mega itu. Di Pulau Pinang telah disahkan oleh pihak Jabatan Pertanian negeri berlaku proses pertukaran status tanah sawah bagi kegunaan lain antara faktor menjejaskan tahap sekuriti makanan di negeri itu. Kini dilporkan setelah dibuat program pemutihan kawasan bagi tanaman padi dilaksanakan pada 2016 didapati seluas 677 hektar sawah di negeri ini direkodkan 'hilang' kerana sudah bertukar untuk perbandaran. 

Di Kelantan apabila berlaku nilai tanah semakin tinggi terutama di kawasan strategik telah pun mendorong ramai pemiliknya menjual kepada pihak pemaju projek pembangunan dimana ini menyebabkan kawasan padi berkurang lebih 2,617 hektar sejak 10 tahun lalu. Perkara ini disahkan oleh pihak KADA ia berlaku kerana beberapa 
projek pembangunan seperti projek pembinaan lebuh raya, sekolah dan bangunan komersial selain daripada perumahan. Pemilik tanah terutama mereka yang tidak lagi aktif mengusahakan tanaman padi akan merasakan nilai sewaan sekitar RM250 bagi setiap 0.4 hektar semusim tidak mencukupi dimana ini menyebabkan tanah yang sudah mencecah ratusan ribu ringgit terus dijual bgi mendapatkan laba. Selain itu tinjauan mendapati dimana masalah tanah pusaka yang dibahagikan kepada ramai anak juga menjadi antara faktor tanah tanaman padi dijual. Perkara sama juga berlaku di Terengganu dimana kini hanya tanah sawah yang dikategorikan bukan kawasan pertanian aktif dan terletak di luar kawasan jelapang akan dipertimbangkan untuk ditukar status kepada tanah bangunan atau kediaman. Pembinaan lot rumah kedai yang berdekatan dengan sawah padi di kawasan Perindustrian Shahab Perdana. Walau pun ada prosedur untuk menukar status tanah sawah perlu lalui prosedur ketat akan tetapi ia terus belaku kehilangan sawah padi. Beberapa kerajaan negeri mengambil langkah sistematik dan prosedur ketat bagi penukaran status tanah bagi mengatasi keadaan penguncupan keluasan sawah padi. Kerajaan Kedah juga umpamanya melaksanakan dasar menggantikan setiap tanah sawah yang terpaksa diambil bagi tujuan pembangunan dengan tanah gantian di kawasan lain.

Kerajaan Negeri Kedah dilaporkan akan cuba mempa
stikan tanah sawah yang diambil bagi tujuan pembangunan diganti dengan tanah yang dikhususkan bagi pengeluaran padi. Ada usaha daripada  kerajaan negeri agar pesawah tidak digalakkan penjualan tanah sawah bagi tujuan pembangunan. Berlainan dengan usaha kerajaan Perlis dimana kawasan sawah sekitar Perlis masih terpelihara tanpa sebarang pembangunan drastik bagi memastikan bekalan beras negara mencukupi. Status tanah pertanian jika perlu ditukar sekiranya tanah terbabit ingin dijual dan kita turut memantau selain menasihati pesawah sebelum mereka mahu berbuat demikian. Walau masih berlaku kes  pesawah menjual tanah mereka namun bilangannya kecil dan biasanya tanah terletak di kawasan pinggir bandar. Di Sawh Kerin Perak pula terutama dibawah Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kerian kelusan sawah padi kini merosot kepada 17,000 hektar berbanding kira-kira 24,000 hektar sebelumnya. Kerajaan sebaiknya pastikan kawasan yang diwartakan sebagai kawasan jelapang padi akan terus dikekalkan keluasannya bagi menjamin keselamatan makanan. Faktor yang menyumbang kepada penyusutan kawasan adalah disebabkan permintaan terhadap kawasan perumahan, tanaman kelapa sawit, perusahaan ikan hiasan arowana dan pembukaan kawasan perindustrian. Pesawah  sentiasa melakukan pelbagai program bagi meningkatkan hasil pengeluaran padi per hektar, antaranya memberi khidmat nasihat berkaitan penggunaan benih berkualiti serta sistem pengurusan air yang baik. Penanaman padi memerlukan sistem pengairan dan empangan khas kerana tanaman itu memerlukan banyak air.  

Pihak Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan agar mampu mengambil tindakan segera didalam menyelamatkan jelapang padi di negara ini yang terjejas akibat 'kepupusan' tanah sawah sejak lebih 10 tahun lalu. Ia adalah susulan laporan media tempatan baru-baru ini mengenai kehilangan tanah seluas 32,000 hektar selepas ditukar kepada kegunaan lain seperti pembangunan infrastruktur, komersial dan perumahan. Menurut Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader dimana keadaan ini boleh juga menggugat ekonomi dan sektor pertanian negara pada masa akan datang jika puncanya tidak ditangani segera. Hasil tinjauan CAP mendapati pelbagai masalah yang dihadapi petani juga menjadi punca mereka meninggalkan bidang pertanian, selain pelaksanaan projek pembangunan dan perumahan yang pesat membangun hingga menyebabkan banyak tanah sawah ditimbus. Diantara masalah yang sudah sekian lama dihadapi petani seperti oleh ancaman makhluk perosak seperti bena perang, siput gondang dan tikus, masalah bekalan air dan sistem saliran, tanah sawah jerlus, ancaman rumput sambau dan padi angin, penyakit padi, benih padi tidak berkualiti, banjir kilat dan potongan berat jualan padi yang tinggi. Perkara ini telah mendorong mereka menjual tanah sawah kepada pihak tertentu walaupun harganya agak murah berbanding sumber pendapatan daripada hasil padi yang berterusan. Jumlah kawasan sawah yang tinggal kini dianggarkan seluas 270,000 hektar termasuk 100,685 hektar di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan dikhuatiri semakin berkurangan dari setahun ke setahun. Apa pun keadaan itu menyebabkan pengeluaran padi di negara mengalami penyusutan kira-kira 350,000 tan setahun bersamaan nilai sebanyak RM420 juta. Walaupun masalah itu semakin menjejaskan sumber pendapatan mereka antara 30 hingga 70 peratus setiap musim, namun hingga kini ia gagal ditangani dengan berkesan sehingga petani menjadi hilang minat bagi mengerjakan sawah. Beberapa kerajaan negeri, kementerian yang terbabit, jabatan dan MADA perlu mengkaji secara terperinci punca berlakunya masalah yang berkaitan dengan pelaksanaan projek pembangunan, dasar dan undang-undang, penggunaan teknologi moden, kaedah sistem tabur terus, kemudahan asas yang sempurna dan kerosakan alam sekitar seperti yang boleh menjejaskan sumber bekalan air kepada sawah padi. Sebagai contoh dilaporkan dimana lima tahun lalu lebih 2,000 hektar tanah sawah di kawasan MADA menjadi jerlus akibat pengaliran air tersekat kerana masalah sistem saliran air gagal berfungsi dengan berkesan. Keadaan ini sekali gus menjejaskan sumber pendapatan petani dan tanah sawah yang terbabit turut terbiar dan sudah pasti menunggu masa bagi ditimbus untuk pembangunan jika dibiarkan berterusan. Semug artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasllam!!..
JELAPANG PADI... PENTING NYA...
SEMAKIN KURANG... KENAPA PULA...
MENJADI BANDAR... DITAMBAK JUA...
PERLU DIKAWAL... JAMINAN NEGARA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(28 JamadilAkhir 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.