Saturday, August 1, 2020

KELAMAI - MAKANAN TRADISI DI PERAK

KELAMAI atau Lemang kelamai ini adalah salah satu dari makanan tradisional etnik Melayu Rawa atau Roa yang terkenal semasa bulan ramadhan dan perayaan Aidil Fitri. Lemang yang diperbuat dari tepung pulut, santan dan gula dibakar dalam buluh seperti lemang biasa. Cuma buluhnya telah dikopek lapisan kulit luarnya. Lemang ini enak dimakan bersama kelapa parut muda yang digaul sedikit garam. Penulis blog hanya tahu makanan tradisional ini selepas menonton Program Majalah 3 pada 27 Julai 2020 dan terus menacrinya ke Perak seminggu kemuidan untuk buat ujirasa tetapi gagal mendapatkannya. Di Gopeng Perak sudah menjadi kelaziman bagi masyarakat Rawa di Gopeng untuk  menjadikan juadah tradisi yang terkenal sejak zaman berzaman iaitu Kelamai sebagai hidangan yang perlu ada setiap kali menjelang Aidilfitri. Cara memasak kelamai sama seperti lemang cuma yang perlu dibakar di atas bara api kira-kira lima jam dimana ini menjadikan rupanya seakan-akan dodol daripada segi warnanya yang kehitaman. Kelamai juga dengan tekstur kenyal dan lembut adalah juga tahan lama disimpan bagi tempoh sehingga lebih sebulan jika betul cara penyimpanannya. Makanan tradisional ini memang unik dari kawasan ini kerana ia dibuat didalam musm perayaan sahaja akan tetapi kini telah ada usahawan yang telah menjadikan Kelamai sebagai produk tradisional Negeri Perak sama dengan popularnya Makanan Tradisional Rendang Tok. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" terus menulis mengenai sejenis makanan tradisional Perak untuk dijadikan bahan rujukan pembaca semua.

Dalam akhbat Berita Harian bertajuk 'Istimewanya Kelamai di Hari Lebaran' menyatakan dimana seorang pembuat kelamai Haris Fadilah Shaharudin, 50, dari Kampung Gunung Mesah Hilir di sini yang mengusahakan kelamai sejak tiga tahun lalu berkata, juadah yang dipelajari daripada arwah ibunya itu diperbuat daripada beras pulut yang dibasuh bersih serta dijemur selama satu hari di bawah panas matahari sebelum dikisar halus. Gula merah dan gula putih, santan yang dimasak sehingga menjadi tahi minyak serta kerisik yang perlu diadun terlebih dahulu dan diperap selama tiga hari di dalam periuk, sebelum dimasukkan ke dalam buluh aur iaitu sejenis buluh hutan yang boleh didapati di hutan sekitar kawasan tepi sungai. Buluh ini tidak perlu dibasuh seperti buluh lemang, buluh ini lebih tebal dan bersaiz besar selain mempunyai ruas yang pendek, dan dipotong mengikut panjang yang sesuai sebelum diraut nipis kulitnya serta ditebuk di dalamnya untuk mengisi ramuan yang telah diperap. Haris Fadilah yang mengusahakan kelamai bersama isterinya Norizan Dollah juga turut dibantu tiga orang anaknya telah menerima tempahan lebih 500 batang sempena musim perayaan ealau pun disambut ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKP). Kini harga sebatang kelamai adalah RM20 hingga RM25 mengikut saiz buluh dan beliau menggunakan 100 kilogram beras pulut bagi penyediaan 500 batang kelamai yang dibakar secara berperingkat-peringkat sehingga akhir Ramadan.

Didakwa daripada segi permintaan sangat menggalakkan sehingga tidak menang tangan dibuatnya, dan terpaksa menolak tempahan yang dibuat pada saat akhir. Disebabkan tahun ini Aidilfitri disambut semasa tempoh PKPB, ramai yang tidak dapat pulang ke kampung halaman. Kini mereka juga ada menjualnya secara dalam talian menerusi Facebook dan menggunakan perkhidmatan kurier dimana bagi proses penghantaran dan kami menerima tempahan dari seluruh negara termasuk Singapura. Keluarga mereka turut berbangga menceritakan juadah kelamai hasil air tangan pasangan suami isteri itu, pernah menjadi antara hidangan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pada dua majlis yang berasingan, di Gopeng tidak lama dahulu. Seorang pengusaha laim dikenali sebagai Muhd Fadzil Abd Rahim, berumur 32 tahun pula berkata kelamai sudah menjadi makanan tradisi masyarakat Melayu Rawa di Gopeng, Perak sejak enam generasi keturunannya dan hanya orang tertentu sahaja yang mampu membuat kelamai yang asli. Kelamai menggunakan bahan-bahan seperti beras pulut yang dikisar, gula merah, santan, kerisik, tahi minyak dan gula putih. Namun ramuan ini perlu diadun dan diperap selama tiga hari sebelum dimasukkan ke dalam buluh supaya ia mampu uuntuk menghasilkan rasa yang benar-benar sedap.

Antara kelebihan kelamai berbanding makanan lain adalah ia sangat tahan lama sehingga mencapai tiga hingga lima bulan. Kalau zaman nenek moyang saya dahulu, ia boleh disimpan sehingga setahun kerana proses pembakaran kelamai ketika itu lebih telit. Proses paling rumit adalah penyediaan buluh dan pengawalan api ketika membakar dan buluh yang digunakan untuk membuat kelamai adalah jenis buluh hutan yang lebih tebal dan bersaiz besar serta mempunyai ruas yang pendek berbanding buluh lemang.  Buluh yang ditebang perlu direndam atau ditenggelamkan di dalam sungai selama tiga hari bagi proses melembutkan buluh. Kemudian buluh di potong mengikut panjang yang sesuai dan diraut nipis kulitnya sebelum ditebuk di dalamnya untuk diisi ramuan yang sudah diperap. Proses membakar kelamai memakan masa empat hingga enam jam dan sentiasa dipusing untuk mengelakkan berkerak. Perkara yang paling rumit ketika membakar adalah mengawal api supaya ia tidak terlalu besar bagi mengelakkan kelamai pecah, hangus atau hitam dakwa Muhd Fazli.

Dalam pada itu bagi penjual kelamai yang di ki=unjungi wartawan BH bernama Shahrizat Mohd Yusuf ada menyatakan dimana juadah istimewa itu kini sudah menjadi kegemaran pelbagai masyarakat dan bangsa di Malaysia yang sanggup bertandang ke Gopeng untuk membelinya apabila tiba musim perayaan. Kelamai hanya terdapat di Gopeng dan sekiranya kelamai terdapat di tempat lain maka anda tidak akan merasai keenakan sebenar kelamai Melayu Rawa. Didakwa hanya orang tertentu sahaja yang mampu membuatnya dengan resepi yang asli. Bukan sahaja masyarakat India dan Cina serta orang di luar kawasan Gopeng malah pelancong luar negara turut pernah datang membeli kelamai untuk merasai keenakkannya yang kini menjadi buah mulut orang yang merasainya. Beliau ada menjual antara 300 hingga 500 batang kelamai bagi satu musim perayaan. Harga sebatang kelamai adalah RM20 hingga RM25 mengikut saiz. Bagi seorang penduduk setempat dikenali sebagai  Mohd Hafizuddin berumur 36 tahun berkata bagi masyarakat Melayu Rawa di Gopeng, sambutan Aidilfitri tidak lengkap sekiranya tanpa makanan tradisi kelamai yang menjadi menu turun-temurun. Dia yakin kelamai boleh menjadi makanan terkenal satu hari nanti. Proses pembuatannya yang rumit membuatkan ia sukar ditemui di tempat lain. Di Gopeng cara penyediaan kelamai tetap diteruskan setiap tahun bagi mengekalkan makanan tradisi masyarakat Melayu Rawa dan memperkenalkan kepada masyarakat luar juga. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!....
NAMA KELAMAI... DI PERAK ADANYA...
KAWASAN GOPENG... MELAYU RAWA...
MACAM DODOL.. DALAM BULUH DIA...
PERGI SANA... KENA BUAT UJIRASA...

By,
M Aem,
Senior Agronomist,
Room 206, Hotel Bedrock,
Ipoh, Perak,
Malaysia.
Julai 2020.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.