Sunday, August 2, 2020

POKOK LIDAH MERTUA - APA PERLU TAHU?

POKOK LIDAH MERTUA (Sansevieria trifasciata) tidak asing dengan kehidupan harian kita kerana pokok ini amat mudah dijumpai dimana-mana sahaja. Kalau mereka yang sudah biasa dengan pokok bunga tu pokok hiasan sudah tentu dalat mengenalinya. Kepada mereka yang mendakwa tidak pernah mendengar tumbuhan ini bolh google sahaja. Apa pun biasanya semua boleh tengok pokok ini yang lazimnya ditanam di dalam atau di luar bangunan oleh kebanyakan masyarakat di negara. Bentuknya yang kuat, bertekstur hijau dan memanjang terlihat cantik dan terawat.  Tambahan pula nak raya ini, ramai yang mencari pokok indoor bagi menghias rumah. Pokok tegak berdiri ini pun sebenarnya mampu menggamit pandangan. Kelibatnya di sudut-sudut rumah atau ruang pejabat dan premis memang boleh menghidupkan suasana kehijauan hingga rasa nyaman. Pokok lidah mentua (mother in law’s tongue) yang mana nama saintifiknya merupakan sansevieria spp atau dikenali juga dengan nama pokok lidah jin, lidah hantu, lidah ular, ia merupakan pokok yang tergulung dalam genus Dracaena. Artikel petang Sabtu ini dalam blog "Anim Agro Technology' kita cuda dapatkan seberapa ringkas ilmu tentang pokok lidah jin atau lidah mertua.


Menurut perkongsian maklumat dengan tulisan pakar dari Jabatan Pertanian dalam laman web www.doa.gov.my/, terdapat lebih 70 jenis spesies pokok tersebut dengan mempamerkan daun yang pelbagai corak berbentuk pedang dengan bermuncung tirus (Sila lihat foto disebelah). Pokok ini sangat mudah ditanam dan tahan lasak serta tidak juga memerlukan cahaya yang banyak. Boleh juga ditanam sebagai tanaman hiasan dalaman (in-door). Pokok ini tidak memerlukan air yang banyak kerana akarnya mudah reput. Kebiasaan pokok ini ditanam sebagai penghias rumah, namun kegunaan perubatan pada tumbuhan ini sangat menakjubkan. Ini termasuk rawatan untuk sakit perut, sakit telinga, cirit birit dan buasir (hemorrhoids). Antara lain kegunaannya untuk mengubati flu, batuk, radang (bronchitis), bengkak akibat terseliuh, bisul dan penyubur rambut. Dalam pada itu tumbuhan ini bersifat sejuk, berkhasiat antibiotik dan masam rasanya. Ini kerana daunnya yang kaya dengan abamagenin, kardenolin, saponin dan polifenol. Ada kajian yang telah dibuat oleh pusat penyelidikan tempatan mengakui bahawa pokok lidah mentua mampu menjadi kologen kepada kesihatan kulit.


Pokok ini didakwa mampu membuang toksik dari laporan oleh Jabatan Pertanian dimana pokok lidah mentua juga bertindak sebagai pembersih udara yang baik. Ia membuang toksik seperti formaldehid, xilen dan toluene dari udara sehinggakan ia juga digelar sebagai penawar sindrom bangunan sakit. Pokok ini juga dilapor menghasilkan oksigen di waktu malam, menjadikannya sesuai ditanam dalam bilik tidur. Perkara ini amat menarik perhatian ramai orang terutama penduduk dikawasan bandar. Ia sesua diletakkan didalam rumah sebagai indoor ornamental. Bagaimanapun ada bahayanya pada fizikal tumbuhan ini terutamanya jika anda mempunyai anak kecil di rumah. Daunnya yang keras dan panjang itu dikhuatiri boleh tercucuk pada anggota badan si kecil yang lazimnya suka bermain. Tambahan pula biasanya ia ditanam dalam pasu. Kalau ditarik anak kecil, hujung daunnya yang tajam terkena mata atau pasu yang berat tertimpa kaki dan sebagainya boleh mengundang bahaya pula. Justeru pastikan anda meletakkan pokok dan pasu tumbuhan tersebut di tempat selamat, terutamanya jika di dalam rumah yang mempunyai anak kecil. 


Antara bbeberapa tip atau petua menanam pokok ini akan dibincangan seterusnya. Sebaiknya tempat tanaman ini perlu sinar matahari kerana pokok lidah mertua adalah tanaman yang memerlukan sinar matahari. Usahakan untuk memberikan sinar matahari yang cukup setiap hari. Meski berada di dalam ruangan, pastikan untuk menaruhnya dekat jendela atau pintu di mana bisa tersinar dengan baik. Itu disebabkan seperti kebanyakan tanaman, memerlukan anugerah alam itu untuk bertumbuh. Jika sinar mataharinya cukup, maka lidah mertua bisa tumbuh dengan cantik dan segar. Dengan begitu, kemampuannya untuk memproduksi oksigen serta menarik zat beracun dari udara pun akan jadi lebih maksimal. (2) Bersihkan daunnya dari debu dimana lidah mertua merupakan tanaman dengan daun tebal dan keras. Oleh karena itu, debu senang menempel di sana. Mungkin awalnya tidak akan mudah terlihat. Namun jika didiamkan selama beberapa saat, debu akan menempel dan menompok di daun-daunnya. Selain bisa mengganggu pemandangan, debu ini bisa menjadi lengket dan jadi sumber tumbuhnya jamur yang akan merosakkan tanaman. Perlu dipastikan untuk meluangkan waktu untuk mengelap daun-daun lidah buaya dengan kain basah secara berkala. (3) Kita tidak perlu menyiramnya setiap hari kerana tanaman hias yang satu ini banyak dipilih karena perawatannya yang mudah. Salah satunya adalah tidak perlu menyiramnya setiap hari. Dalam seminggu, bahkan bisa menyiramnya hanya seminggu sekali jika udara sedang lembab. Namun jika udara sedang panas atau musim kemarau, siramlah dua atau tiga kali seminggu. Apa yang paling penting adalah melihat kondisi tanahnya. Jangan sampai terlalu basah atau terlalu kering. Itu kerana ia boleh membuat tanaman ini jadi mudah busuk dan berjamur. (4) Berikan baja dengan kadar nitrogen tinggi kerana cara pemberian baja juga penting untuk menjaga tanaman agar tetap sihat dan subur. Untuk tanaman lidah mertua, pupuk yang baik untuknya adalah yang memiliki kandungan unsur hara makro dan mikro. Baja yang digunakan juga harus memiliki kandungan nitrogen (N) yang lebih tinggi dibanding kandungan kalium (K) dan fostat (P). Baja terbaik adalah jenis yang slowrelease. Namun jika ingin sepenuhnya alami, tanaman lidah mertua juga bisa menggunakan baja kompos. Untuk rentang waktu pemberian kompos adalah setiap tiga bulan sekali. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada seua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
ADA POKOK BUNGA... LIDAH MENTUA...
LIDAH JIN... SAMA SAHAJA POKOKNYA...
MENYERAP RACUN...BERSIHKAN UDARA...
SENANG DITANAM... RAMAI MULA SUKA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia,
(13 Zulkaedah 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.