Monday, August 10, 2020

DODOL CAIR - PRODUK YANG ENAK

DODOL CAIR merupakan sejenis makanan tradisional yang mana kini semakin popular di Malaysia khususnya di Melaka dan Negeri Sembilan. Dodol adalah salah satu makanan tradisi yang cukup digemari ramai dikalangan masyarakat tempatan terutama dimusim perayaan seperti Hari Raya Puasa. Bagaimana pun kini telah ada usahawan membbuat dodol secar komersil yang menjualnya sepanjang tahun. Memang sungguh seronol dapat makan dodol yang kenyal, manis dan lembut. eknologii moden dan kepelbagaian inovasi membolehkan dodol kini ada juga yang berperisa durian, pandan, coklat dan sebagainya. Walau pun selama ini mungkin ada antara kita yang ingatkan cara buat dodol agak payah. Sampai ada yang terbayang orang mengacau kawah sambil berpeluh-peluh (pengalaman penulis blog setiap tahun sebelum raya dahulu). Tapi sebenarnya dimana kini perkara ini bukanlah sesukar yang disangkakan. Kalau buat dalam kuantiti yang kecil dan sekadar untuk dimakan sendiri maka ianya sangat mudah. Penulis blog kali ini akan cuba kongsikan cara buat dodol homemade yang begitu ringkas. Hanya menggunakan 4 bahan asas iaitu santan, gula merah, gula pasir, dan tepung pulut dimana prosesnya hanya boleh siap dalam 45 minit saja. Bahan diperlukan adalah 2 cawan santan pekat, 2 cawan gula merah, 1 cawan gula pasir, 2 cawan tepung pulut, 1 cawan air, sedikit garam dan juga daun pandan. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology " malam ini menulis mengenai cara membuat dodol yang mudah dan mengenai dodol cair yang semakin menjadi viral masa kini sebagai bahan rujukkan semua.

Berbalik kepada membuat dodol yang mudah dan cepat caranya dengan memasak gula merah dan gula pasir bersama 1 cawan air (kadar campuran bahan-bahan ini akan menghasilkan sama ada jadi dodol biasa atau dodol cair kemudiannya). Sebaiknya kalau hendak beraroma wangi maka dimasukkan daun pandan sekali dan dikacau hingga larut dan tapiskan. Langkah seterusnya adalah menbancuh santan dengan tepung pulut (Kadar untuk dodol biasa dengan dodol cari perlu disesuaikan). Dalam satu bekas lain maka bancuhkan santan bersama tepung pulut dimana ia kemudian mesti ditapiskan. Campurkan kedua-dua bahan campuran (gula dan tepung) ke dalam kuali yang dipanaskan. Tambahkan sedikit garam untuk menaikkan rasa lemak. Adunan dalam kuali ini pastikan dikacau sehingga masak. Semasa memasak di atas api dan pastikan ia sentiasa dikacau sampai pekat dengan jangkamasa selama lebih kurang dalam 45 minit. Apabila sudah agak kenyal ini bermakna dodol anda sudah masak. Warnanya juga akan bertukar gelap (Sila lihat foto disebelah). Bila siap maka bolehlah terus masukkan ke dalam bekas tupperware atau loyang. Bagi membuat dodol cair cuma disesuaikan bahan dan jangkamasa masakan sahaja iaitu semasa cair sudah dimatikan apinya. Apa pun sebaiknya dodol ini disejukkan dahulu dan dipotong sebelum dimasukkan dalam bekas. Memang boleh dikatakan tidak sukar untuk membuat dodol sendiri dirumah diman kalau anda seorang yang kreatif maa boleh ditambah bahan perisa lain dalam dodol seperti durian, coklat dan sebagainya.

Dalam akhbar BH dan Bernama bertajuk 'Pekerja kilang jual dodol cair menjana pendapatan'. Berita yang dipetik dari Melaka menyatakan setelah seharian duduk berehat di rumah tanpa berbuat apa-apa dan berdepan dengan masalah wang simpanan yang semakin susut maka seorang pekerja kilang bernama Noramin berumur 28 tahun kini seronol menjual dodol secara dalam talian di sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Noramin dakwa disebabkan banyak masa terluang dia mendapat idea untuk memasak dodol cair supaya dapat menjana pendapatan dan ini sekali gus boleh menampung perbelanjaan harian. Dakwanya lagi selepas mencuba kini semakin aktif menyediakan dodol cair dimana aktiviti ini lebih menggembirakan dan kini mempunyai pelanggan tetap yang ingin mendapatkan hasil air tangannya. Dodol cair dihasilkan dijual pada harga RM10.00 bagi kira-kira 500gram dan dihantar sendiri atau menggunakan kaedah perkhidmatan penghantaran. Dodol tradisi resepi datuknya bernama Mat Sareh Ismail mendorongnya untuk mencuba dan apa yang menarik, rasa serta aromanya sama selepas mendapat tunjuk ajar ibunya, Zaulin Md Sareh di kampungnya di Bertam Ulu, Melaka Tengah. 

Dakwa beliau kerja menyediakan dodol berkenaan bermula kira kira jam 9 pagi dan siap antara jam 12 tengahari hingga 1 petang, sebelum dipasarkan secara dalam talian di sekitar Melaka. Daripada hanya duduk makan tidur di rumah lebih baik saya menjual dodol menggunakan tulang empat kerat, sekali gus memperolehi pendapatan bagi menyara anak dan isteri yang kini berada di kampung di Pahang. Kini apa yang menyeronokkan dodolnya telah mendapat sambutan baik menyebabkan saya teruja untuk terus membekalkan dodol cair berkenaan kepada umum. Malah tidak mustahil selepas PKP saya akan lebih aktif untuk menjalankan perniagaan sendiri. Tugas paling mencabar adalah mengacau dodol yang mengambil masa hampir tiga jam sebelum ia siap untuk dipasarkan, tambahan dia perlu mengawal api bagi mengelak ianya hangus. Seawal pagi si dia dapat panggilan dari sahabat beliau. Meminta bantuan mendapatkan dodol cair. Ada orang yang berhajat sangat yang mahukan dodol cair.

Mungkin dikalangan ramai masih belumm membeli atau ujirasa dodol cair. Ramai yang kenal dodol komersil biasa dan berperisa lain sebagai dodol yang pekat dan likat. Apa pun kepada mereka yang datang khusus berkunjung ke Melaka untuk tugasan rasm i, makan angin atau berjalan-jalan ke Bandar Hilir akan menjumpai produk dodol cair di gerai. Memang mereka yang berjalan-jalan di Menara Taming Sari terdapat beberapa kioks yang menjual dodol cari dan dodol biasa. Bagaimana pun ada laporan yang diviralkan dimana antara usahawan dodol cair yang sedap ada di buat di Simpang Ampat Melaka. Usahawan tersebut jauhnya lebih kurang 40 minit juga perjalanan dari Bandar Melaka. Kalau anda hendak info lanjut boleh jmpa Pak Cik Google dengan menaip 'Dodol Cair Simpang Ampat. Penulis blog yang menginap di Villa 1017, A'Formosa Resort Homestay hanya ambil masa 10 minit sahaja semasa perjalanan balik ke Putrajaya untuk sampai digerai jualan dodol cair ini. Kedai ini betul-betul berdekatan dengan Petronas Simpang Ampat. Kedai ini dibuka setiap hari sehingga jam 11.00 malam. Apa lagi sebaiknya dodol cair ini dimakan semasa panas-panas lagi dimana ia akan cair di mulut. Dodolnya pula tidak terlalu manis dan juga tidak terlalu pekat. Selalunya dikatakan dimana orang mengandung memang sukakan dodol cair sebegini dakwa penjual yang ada disitu. Memang sedap dan harganya pun berpatutan iaitu dijual runcit semangkuk hanya RM 10.00 sahaja manakala dodol yang pekat pula RM 13.00 semangkuk. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
MEMBUAT DODOL... AGAK LAMA...
DODOL EKSPRESS.. 45 MINIT SAJA
DODOL CAIR... DARIPADA  MELAKA
DIMAKAN PANAS... ENAKNYA DIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Villa 1017, A'Formosa Resort Homestay,
Alor Gajah, Melaka,
Malaysia.
(26 Julai 2020).
FAMILY DAY FOR DATO' ANIM...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.