Sunday, August 9, 2020

LAKSA POKOK LIMAU KUALA KANGSAR

LAKSA POKOK LIMAU merupakan salah satu daripada 'Malaysian Local Cuisine' yang telah viral. Hidangan Laksa sangat digemari di Perak terutamanya di Daerah Kuala Kangsar. Penulis blog memang tidak akan 'miss' kalau singgah di Kuala Kangsar untuk menikmati hidangan yang istimewa ini. Laksa ini adalah senarai makanan hebat Laksa Kuala Kangsar yang sedap dan terkenal yang boleh anda cuba jika berpeluang berkunjung ke sini. Pada orang Malaysia khususnya di sebelah Utara Semenanjung Malaysia sudah agak biasa dengan Laksa Penang, Laksa Kedah (Tok Kechai) dan di Selatan dengan Laksa Johor sementara di Sarawak dengan Laksa Sarawaknya. Masing-masing ini ada keistimewaannya dan peminatnya yang tersendiri. Apa pun kesemua ini boleh didapati di embah Kelang asalkan pandai mencarinya. Bagaimana pun bagi tujuan mendapatkan citarasa asli maka sebaiknya ke lokasi dimana makanan ini berasal dan 'oroginal'. Laksa adalah makanan yang cukup terkenal di Malaysia terutamanya di bahagian utara semenanjung seperti di Kedah, Pulau Pinang, Perlis dan Perak. Setiap negeri ini mempunyai resepi pembuatan laksa yang tersendiri dan ianya memang boleh dibezakan melalui varieti mi laksa dan kuahnya. Bagaimana pun bagi penduduk setempat di Kuala Kangsar, Perak juga sangat menggemari laksa dan ini boleh dibuktikan dengan adanya puluhan restoran serta gerai menjual laksa yang sudah wujud sejak dahulu lagi sehinggakan terdapat sebuah kompleks khas untuk Laksa Kuala Kangsar di tepian sungai Perak. Artikel petang Khamis ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan mengenai keenakan Laksa Sarang Burung di Gerai Pokok Limau untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan anda.

Pada penulis blog laksa dari tempat ini memang ada keunikan yang tersendiri dimana Laksa Kuala Kangsar ini adalah mi laksanya dibuat sendiri menggunakan tepung gandum dan kuahnya juga sedikit cair berbanding dengan kuah laksa yang terdapat di negeri-negeri lain di Malaysia. Apa pun dari ujirasa penulis blog walaupun kuahnya cair akan tetapi rasa ikannya kuat dan masamnya sedap dan memikat. Memang mi laksanya juga sangat lembut dan menyelerakan. Jika anda berpeluang ke Kuala Kangsar cari beberapa lokasi disini lokasi Laksa Kuala Kangsar yang boleh anda cuba. Penulis ada mencuba makan dan ujirasa beberapa buah gerai yang terdapat di Kuala Kangsar. Salh satu daripada adalah kalau sesiapa datang ke Kuala Kangsar mesti wajib singgah dahulu ke gerai Laksa Pokok Limau yang sememangnya terkenal di daerah ini. Laksa Pokok Limau yang sememangnya sinonim dengan keunikan telur sarang yang dipercayai adalah pengasas kepada kewujudan cara mengoreng telur berbentuk sarang ini. Selepas itu wujudlah beberapa gerai makanan yang mengikuti jejak langkah cara mengoreng telur bersarang ini.

Laksa Pokok Limau ni terletak di Kota Lama Kiri tidak jauh dari pekan Kuala Kangsar. Kedai ini hanya terletak di tepi jalan sahaja dengan satu papan tanda besar terpampang memudahkan orang ramai terutamanya orang luar untuk mengenali kedudukan kedai ini. Kedai ini pernah keluar dalam rancangan Jom Terokai Perak yang telah dihoskan oleh Maria-Tunku-Sabri. Jika ingin mengetahu kedudukan kedai ini kalau dari pekan Kuala Kangsar boleh melalui jalan lama ke Ipoh, di sebelah kanan nanti akan nampak Rumah Anak Yatim Sultan Abdul Aziz, masjid baru Kota Lama Kiri , seterusnya lagi nanti akan nampak papan tanda kedai Laksa Pokok Limau. Selain laksanya yang enak bersama kuahnya, kewujudan 'sarang burung' yang diperbuat daripada telur ayam dengan ramuan khusus yang berwarna kuning keemasan mejadikan menu laksa ini memang unik. Cara membuat 'sarang burung' ini memang unik dan memerlukan kepakaran dari segi mengadun dan menggorengnya (Sila lihat foto disebelah). Memang mereka yang mula-mula mencipta sarng burung ini kreatif.

Kini bukan sahaja di Kuala Kangsar tempat 'original' akan Laksa Sarang Burung ini akan tetapi di Ipoh pula telah ada usahawan menjualnya. Bancuhan telur yang digoreng hingga membentuk seakan sarang burung, menjadikan laksa sajian sebuah kafe dekat Bandar Seri Botani di sini cukup unik dan istimewa. Walaupun baru beroperasi kira-kira setahun lalu, namun keunikan laksa telur bersarang itu cukup menambat selera pengunjung Kafe Setinggan milik pasangan Azril Bidin dan isterinya Nur Azwani. Menu berkenaan bukan setakat menjadi buah mulut dalam kalangan penduduk tempatan, tetapi turut menarik pelanggan luar Perak termasuk pelancong dari Brunei dan Singapura untuk menikmatinya. Idea menyediakan sajian luar daripada kebiasaan itu tercetus selepas mendapati hidangan laksa sudah terlalu biasa, tanpa inovasi dan lazimnya hanya ditambah telur rebus, telur goreng atau pun telur dadar. Dia dakwa mencipta inovasi dan memberi kelainan dengan menyediakan laksa telur goreng berbentuk sarang burung, berbeza daripada yang biasa disajikan. Kini mereka membuka Kafe Setinggan di Bandar Seri Botani. Usaha susah payah yang diharungi ternyata berbaloi apabila hasil jualan mereka meningkat tiga kali ganda, daripada 600 hingga 1,000 paket sehari di tempat lama kepada hampir 2,000 paket laksa sehari di lokasi baharu dengan nilai jualan dianggarkan antara RM5,000 hingga RM8,000 sehari. Mereka memerlukan antara 200 hingga 240 kilogram ikan segar sehari bagi menyediakan kuah dan sekurang-kurangnya 6,000 biji telur ayam sehari bagi membentuk 'sarang' untuk sajian laksa berkenaan. Dakwanya lagi mereka akan menggunakan ikan kembung pelaling yang segar bagi membuat kuah dan menetapkan sukatan formula tertentu supaya rasa kuah tidak berubah.

Walau pun pada peringkat permulaan dulu agak sukar menyediakan sarang burung dan berlatih selama beberapa bulan hingga mahir menghasilkan telur goreng bersarang yang sempurna iaitu tidak melekat serta tidak berminyak. Kini mereka mempunyai kilang memproses laksa sendiri bagi menampung ramai permintaan pelanggan. Kafe Setinggan dibuka mulai jam 12 tengah hari sehingga 7 malam dengan setiap sepinggan laksa berharga RM3.50 dan RM5 untuk menu laksa istimewa yang ditambah bebola ikan. Kafe mereka menggunakan dekorasi berkonsep santai itu, menyediakan perkhidmatan layan diri yang dibahagikan kepada dua ruang iaitu makan di dalam atau bawa pulang, selain perkhidmatan katering bagi pembelian melebihi 200 pek. Mereka merancang untuk menjalankan perniagaan secara bergerak menggunakan trak jualan bagi mempromosikan laksa telur goreng bersarang di seluruh negara.  Mereka juga kini telah pun menghasilkan mesin penghasilan telur laksa bersarang dan setakat ini formula membinanya sudah 80 peratus selesai, yang diharap dapat meningkatkan pengeluaran dan hasil jualan. Dalam pada itu mngikut dakwan seorang  dari pelanggan dari Kuala Lumpur, Ida Shafira Zamanidimana berkata beliau yang pertama kali menikmati laksa telur goreng bersarang itu sangat berpuas hati dengan rasanya. Kemudiannya dia  membawa keluarga bercuti dan tidak melepaskan peluang untuk singgah di Kafe Setinggan ini bagi merasai telur goreng bersarang. Apa yang unik memang dakwnya telur goreng bersarang apabila digabungkan bersama kuahnya yang betul-betul pekat, rasanya memang 'ngam' dan kena pada selera penggemar laksa tegar. Kepada mereka yang belum pernah ujirasa laksa ini boleh berbuat demikian. Semuga artikel iini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
LAKSA SARANG BURUNG... APA RASA...
MEMANGNYA ENAK...UNIK HIASANNYA....
KUALA KANGSAR... ASAL USULNYA DIA...
KENA KESANA... APA LAGI BUAT UJI RASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 221, Hotel Legend Inn,
Taiping, Perak,
Malaysia.
(17 Zulhijjah 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.