Thursday, July 30, 2020

MONYET PEMETIK KELAPA

MONYET PEMETIK BUAH KELAPA merupakan sejenis haiwan yang dilatih khas khhusus untuk memetik buah kelapa. Jenis monyet atau kera atau beruk yang digunakan perlu dilatih di tepat yang dikenali sebagai 'Sekolah Beruk Kelapa' atau di negara Thailand dan negara ASEAN yang lain dipanggil sebagai 'Monkey-Picking Coconut School'. Ini merupakan satu keperluan bagi kawasan penanaman kelapa kerana aktiviti menuai kelapa memerlukan satu kaedah lain selain daripada memanjat pokok atau pun menuai dengan menggunakan galah panjang. Pokok kelapa yang telah tua dengan ketinggian mencecah lebih 50 kaki amat sukar untuk dituai (senile tree) dimana penggunaan galah atau kaedah memanjatnya agak sukar. Pokok kelapa merupakan sejenis tanaman industri yang penting di banyak negara tropika dimana kepelbagaian  kegunaan tanaman ini berbagai dari semua bahagiannya sehingga tanaman ini digelar 'Plant Of Life'. Selain buah kelapa yang di kutip untuk digunakan menjadi pelbagai produk sehingga kepada komponen batang, daun dan bunganya ada kegunaannya tersendiri. Buah kelapa mengandungi perahan santan, air kelapa, minyak, sabut, tempurung dan sebagainya yang boleh digunakan terus atau diproses. Lazimnya buah kelapa akan matang setelah 12 bulan berlaku lengkap proses penting iaitu pendebungaan. Satu bulan setiap pokok kelapa matang yang subur akan mengeluarkan satu mayang (bunga) yang mana ia akan menghasilkan setandan buah kelapa. Bergantung kepada varieti kelapa, umur pokok, lokasi tanaman, amalan agronomi (pembajaan, kawalan perosak dsb) maka setandan kelapa boleb mempunyai 1 biji sehingga lebih 25 biji. Kelapa Hibrid Matag dilaporkan mempunyai purata penghasilan yang tinggi berbanding dengan varieti kelapa tradisional seperti kelapa Tinggi Malaya (Malayan Tall - CN1), Kelapa Tinggi Tagnanam dan jenis Kelapa Renek (Malayan Red Dwarf - MRD, Malayan Yellow Dwarf - MYD dan sebagainya). Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai monyet pemetik kelapa untuk dijadikan bahan rujukan anda semua.


Beruk atau Monyet atau Kera merupakan sejenis haiwan mamalia yang hidup berkumpulan dan sering menjadikan hasil tanaman dan tanaman petani menjadi sasaran untuk mereka mendapatkan makanan. Monyet atau Kera (Macaca spp) merupakan haiwan primate daripada Superfamili Hominodea dan Famili Hylobatidae atau keluarga Hominidae. Jenis Kera dari famili Hylobatidae terdiri daripada haiwan seperti Monyet, Kera, Beruk, Lotong, Siamang, Gibbon yang lazinya bergayutan dipokok dan beberapa lagi. Sementara itu haiwan di bawah keluarga Homidae terdiri daripada Orang Utan, Chimpanze, Gorila dan Manusia yang lazimnya boleh berdiri dan berjalan. Penulis blog dapati monyet terdapat dalam pelbagai saiz ukuran badan daripada yang bertubuh besar sehingga yang sangat kecil (Marmoset pigmi yang sekecil 117 mm) sahaja. Ada pula monyet besar yang dikenali dengan nama Beruk Jantan yang besarnnya mencecah sehingga 1 meter dengan berat sebanyak 36 kilogram. Ada jenis monyet yang hidup di atas pokok dan ada lagi yang hidup di atas tanah. Setiap spesies monyet ini mengamalkan pemakanan yang berbeza tetapi lazimnya terdiri daripada buah-buahan, daun-daun, bunga-bunga, telur dan haiwan kecil termasuk juga memakan serangga. Boleh dikatakan dimana semua monyet memang mempunyai mata yang memandang ke depan tetapi ada beberapa ciri organ lain yang berlainan. Kebanyakan monyet adalah hidup dalam keadaan liar atau hanya sebahagian kecil sahaja yang dipelihara terutama didalam Zoo untuk dipamerkan kepada umum keluarga mereka yang banyak spesis. Penggunaan monyet sebagai haiwan terlatih untuk memetik kelapa telah lama dilakukan. 

Sekolah latihan monyet ini didakwa banyak dibeberapa negara seperti di negara Thailand dan Indonesia dan di Malaysia hanya ada 1 - 2 sahaja direkodkan secara rasmi. Di Malaysia Sekolah ini ada di Kelantan dan di Terengganu dimana sebenarnya bukan  sahaja manusia memerlukan pendidikan, haiwan seperti beruk juga perlu ke 'sekolah' bagi memperoleh ilmu kemahiran dalam melakukan pekerjaan memetik kelapa. Apa yang unik mengenai sekolah ini adalah ketika menuntut ilmu di sekolah, bukan semua 'pelajar' ini mudah diajar. Ada yang bersikap nakal, susah diajar dan tidak serius ketika dalam kelas. Ini adalah satu pengalaman penulis blog kongsikan dengan 'Cikgu Sekolah Monyet di Kelantan iaitu En Wan Ibrahim Wan Mat yang berusia 61 tahun. Beliau yang telah membuka sekolah beruk di Kampung Padang Halban, Melor, di Kota Bharu, Kelantan lebih 20 tahun lalu sudah berpengalaman mendidi berpuloh ekor monyet yang berjaya disekolahnya. Apa pun Wan Ibrahim yang dipanggil 'Cikgu' dakwa dimana di  sekolahnya itu, pemilik atau tuan beruk akan datang untuk menyerahkan haiwannya untuk dilatih dengan bayaran yuran sebanyak RM150 ke RM200 bagi setiap ekor untuk dilatih memetik kelapa. Kemudian selepas diserahkan maka beruk berkenaan akan diwajibkan mengikuti tiga tahap pengajian iaitu cara memulas kelapa dengan diletakkan pada sekeping papan yang dipaku rapat ke dinding, memulas kelapa secara tergantung iaitu kelapa diikat pada tandan kelapa dan tahap terakhir, memetik kelapa di pokok kelapa sebenar (Sila lihat foto disebelah). Kemahian ini akan menjadikan seekor monyet yang 'dipersijilkan' akan faham arhan pemiliknya untuk memetik buah kelapa.

Proses latihan beruk ini berlainan kaedahnya dimana ada beruk yang cepat belajar dimana hanya tiga hari sudah pandai dan ada juga yang lambat belajar sehingga memakan masa berbulan-bulan. Bilangan 'murid beruknya' juga memang yang tidak menentu. Lazimnya cuksu disini tidak menetapkan had umur, saiz dan jantina beruk untuk dilatih, manakala masa belajar pula adalah setiap hari pada waktu pagi dan petang. Cikgi akan hanya  menumpukan kelas pada seekor beruk bagi satu-satu masa supaya haiwan itu mudah faham dan boleh memetik kelapa secepat mungkin. Salah satu pendekatan terbaik dengan cikgunya akan terus meningkatkan keserasian dengan pelajarnya dengan cara sentiasa mengusap, memandikan dan membawa pelajarnya bersiar-siar. Keserasian itu amat penting bagi memudahkan proses pembelajaran dalam kelas. Sekolah di Kelantan ini dilaporkan telah melatih lebih 10,000 beruk dari seluruh Semenanjung Malaysia terutama dari Kelantan dan Kedah sejak mula dibuka. Cikgu Wan ini sebenarnya telah mewarisi ilmu daripada arwah tok gurunya yang juga pemelihara beruk berasal dari Terengganu pada tahun 1980-an dimana ketika tinjauan dia sedang melatih lebih 20 anak muridnya (beruk dan monyet) di sekolahnya. Semasa latihan setiap hari, monyet atau beruk ini akan diberi makan nasi sebanyak dua kali iaitu di waktu tengah hari dan petang, selain diselang-selikan dengan buah-buahan seperti pisang, epal dan telur mentah bagi menjaga kesihatan haiwan berkenaan. Pihak sekolah akan menanak kira-kira dua kilogram beras dan menyediakan air susu tin dicampur gula untuk dijamu kepada beruk yang dilatih. Monyet atau beruk ini mudah dijaga sebab ia makan semua akan tetapi lebih pada makanan yang berwarna macam pisang dan juga kuih-muih. Dilaporkan ada juga tuan beruk yang bagi minum air milo, air sarsi bergantung kepada tuan dia, tapi kena bagi juga makan pisang untuk dia lebih sihat selepas menjalankan aktiviti memetik kelapa. Monyet pemetik kelapa adalah satu keperluan dalam industri kelapa tradisional sehingga kini. DI Thailand pula dilaporkaan ada banyak sekalah melatih monyet dan selalu mendapat kecaman pihak luar kerana menzalimi haiwan berguna ini. Pada penulis blog peranana sekolah latihan monyet atau beruk kelapa memang diperlukan dan masih relevant sehingga kini. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Waslalam!!!..
HAIWAN MONYET... BERUK SEKELUARGA...
DI SEKOLAH KHAS... SELALU DILATIHNYA...
BILA DIARAHKAN... PANJAT POKOK KELAPA...
KELAPA DIPETIK... DIJATHKAN KETANAH JUA..

By,
M Anem,
Villa 1017,  A'Formosa Resort Homestay,
Alor Gajah, Melaka,
Malaysia.
(3 Zulhijjah 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.