Wednesday, July 29, 2020

JENIS-JENIS ASAM JAWA

TANAMAN ASAM JAWA (Tamarindus indica Linn) adalah sejenis tumbuhan yang penting dari famili Fabaceae iaitu dari Sub-famili Caselapinoideae yang menghasilkan buah asam untuk kegunaan masakan harian. Adakah tanaman ini berpotensi untuk dikomersilkan di Malaysia?. Ini kerana daripada statistik Jabatan Pertanian Malaysia tidak dinyatakan akan ujudnya penanaman pokok asam jawa untuk kegunaan domestik. Boleh dikatakan asam jawa yang ada dijual dipasaran adalah kebanyakannya diimport dari luar negara. Penulis sendiri belum dapat peluang untuk melihat kebun tanaman asam jawa yang komersil selama berkecimpong dalam bidang pertanian lebih 34 tahun di negara ini. Dari buku rujukkan mendapati yang nama lain bagi asam jawa adalah Asam; Asam Jawa; Asam Kemal; Asam Kuning (Melayu), Indian date; Sweet Tamarind; Tamarind (English), Anbli; Ambli; Chinh; Imalii; Tamarulhindi (India), Da Ma Lin; Loa Wang Zi (China), Bakham Somkham (Thailand), Cay me; me; Me chua (Vietnam), Kalamagi ; Salomagi; Sempodok (Filipina), Tamarindo (Jepun) dan Khaam; Kok mak Kham (Laos). Keluasan tanaman asam jawa di Malaysia tidak dilaporkan tetapi penulis membuat anggaran sekitar 25-30 hektar CHE. Ramai juga berminat makan ikan atau daging asam pedas yang mana komponen asam jawa, asam keping atau asam gelugor adalan satu kemestian sebagai ramuan. Penelitian menunjukkan bahawa pokok asam jawa adalah tumbuhan yang natif semula jadi dari benua Afrika. Kini asam jawa telah tersebar luas ke serata dunia dan termasuklah yang ada sedikit di Malaysia. Penanaman asam jawa ini masih kurang djialankan dinegara kita kerana ia tidak diberikan perhatian sewajarnya oleh petani disebabkan belum ada varieti sesuai dan pulangan yang rendah berbanding dengan tanaman komersil lain. . Artikel subuh 16 Zulkaedah 1441H ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa jenis pokok asam jawa yang sesuai kita tahu dan boleh dicuba untuk dimajukan ditanam di negara kita jika ada yang berminat.

Penulis blog dapati penanaman pokok asam jawa ini amat kurang popular di Malaysia walau pun dari segi iklim, tanah dan cuacanya sesuai sama seperti di Thailand. Kalau ada pun pokok asam jawa pun banyak di negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia yang mana ia tidak diusahakan secara komersil. Ada pihak berkuasa tempatan dan perbandaran yang menanam pokok asam jawa ini sebagai pokok hiasan di tepi jalan atau di taman rekreasi sahaja. Pokok asas jawa ini adalah natif dari Afrika dimana ia kini ditanam dilebih 50 negara didunia. Dari FAO Statisitik dilaporkan negara India dan China merupakan ada luas menanam asam jawa dan menghasilkan untuk pasaran domestik dan eksport. Dikalangan negara Asia lain pula asam jawa meluas ditanam di Sri Lanka, Bangladesh, Indonesia  dan paling komersil adalah Thailand dan India. Negara Mexico dan Costa Rica adalah pengeluar utama asam jawa di benua Amerika. Di kawasan Afrika pula asam jawa sedikit dikomersilkan di America Gambia, Senegal, Zambia dan juga negara Tanzania. Pokok asam jawa adalah merupakan pokok saka yang membesar sehingga ketinggian mampu mencapai 80 meter tinggi dengan dahannya yang melempai kebawah dan daun yang sangat lebat. 

Pokok asam jawa yang matang akan menghasilkan lengai buah (pod) dengan lebat pada dahannya sehingga ianya melempai kebawah untuk dtuai. Buah lengai atau pod ini berbentuk bengkok dengan kulit yang keras tetapi isinya lembut apabila masak penuh. Banyak buah asam jawa yang dihasilkan oleh pokok matang dimana ada kalanya tidak terpetik sehinggakan ia kering di dahan dan rantingnya. Didalam pod ada 2 - 10 biji berwarna hitam yang diselaputi dengan isi buah (flesh) berfiber yang akan dimakan. Buah masak berwarna coklat kulitnya dengan isinya berwarna coklat gelap dengan ada fiber yang berjaring atau berselirat didalamnya. Ada asam jawa yang masak tidak serentak pada satu pod sebaliknya ada yang seragam. Pokok asam jawa mudah hidup dan menyesesuaian diri didalam banyak jenis tanah daripada tanah subur sehingga kepada tanah bermasaalah. Pokok ini tahan lasak dan juga tahan apabila berlaku kemarau panjang. Bagaimana pun jika berlaku keadaan kemarau maka ia akan menjejaskan kualiti buah dan isinya. Pokok ini tidak tahan dengan kesejukan sajli dan suhu kesejukkan yang melampau.Ia memerlukan cuaca panas dan kering bagi pembentukan buah yang sempurna.    

Sebenarnya ada banyak jenis asam jawa di kenalpasti jenis dan varietinya. Kebanyakan buah asam jawa akan memberikan rasa masam (sour taste) tetapi kini hasil penyelidikan terutama di Thailand telah ada banyak varieti asam jawa yang manis (atau tidak masam). Dilaporkan jenis asam jawa yang manis dapat dijual dengan harga premium dan memang dijadikan makanan yang menarik diambil untuk menambah kesihatan, Daripada rujukkan dimana di negara jiranThailand terutama di Petchaboon di Utara Thailand ada pesta Asam Jawa Manis (Makahm wahn) bila tiba pada musimnya. Nama lain pesta ini adalah Sweet Tamarind Fair khusus  untuk merayakan hasil dari pokok asam jawa. Berguni-guni pod asam jawa akan dituang ke jalanraya untuk dipijak-pijak oleh penjalan kaki yang melaluinya. Ini akan juga memberikan keseronokan kepada masyarakat setempat dan dijadikan satu daya tarikan pelancong datang. Selain menghadiri pesta itu untuk melihatnya, akan dipamerkan dan dijual pelbagai jenis produk yang berasaskan asam jawa. Ini kerana asam jawa mempunyai pelbagai kegunaan kesihatan daripada mampu membantu sistem penghadaman ia juga sejukkan badan dan menyembuhkan demam. Buah asam jawa juga didakwa mampu untuk membersihkan darah manusia jika ramai yang mengambilnya sebagai amalan.
 .  
Berikut 4 jenis Asam Jawa untuk di kenali:

(1) Africa Tamarind
Asam Jawa Afrika dihasilkan daripada pokoknya yang banyak ditanam dan diusahakan di Afrika terutama di Kenya dan Senegal. Pokok jenis ini juga ada meluas ditanam di Madagascar dan Zanzibar. Penanaman asam jawa di Madagascar merupakan perkara yang lumrah disana dan dijadikan komoditi penting. Buahnya berbentuk lonjong dengan kulitnya berwarna ungu apablia cukup masak dengan isiny dagingnya berwarna coklat (Sila lihat foto diatas), Walau pun asam jawa ini merupakan bukan pokok indigenous di Madagascar akan tetapi ia amat berjaya diusahakan.  Di negara Malawi pula dilaporkan dimana ada asam jawa dikenali sebagai “bwemba” untuk dijadikan jus yang diminum. Pokok jenis ini sangat tinggi diantara 35 - 80 kaki tinggi bagi pokok dewasa, lebar dahannya sahaja akan mampu mencecah seluas 35 kaki  jangkauannya. Pokok ini bagaimana pun akan tumbuh sekitar 25 meter sahaja untuk kerja mudah memetik hasil dan menjaganya. Itu sebab dibeberapa negara penanaman pokok asam jawa jenis african ini sesuai dijadikan pokok hiasan sahaja.   .

(2) Asam Jawa Asia
Pokok Asam Jawa Asia berada meluas di India dan tersebar sehingga ke Thailand, Malaysia, Filipina, Myammar dan juga Turki. Ada juga dari jenis ini yang popular dan dipanggil sebagai Asam Jawa Piyai, Jiahom dan juga Sithong. Dua negara yang luas menanam asam jawa ini dilaporkan adalah India dan China. Negara ini menanam semua jenis asam jawa sama ada ianya jenis asam jawa masam atau jenis asam jawa manis. Dilaporkan hasil buah asam jawa dari Thailand hampir kesemuanya yang dikomersilkan adalah dari jenis asam jawa manis. Mereka menanam asam jawa manis dikenali dengan varieti ''Makhwam waan''. Negara India juga mempunyai varieti asam jawa manis yang unggul ditanam bersama dengan jenis asam jawa masam. Hebatnya di India mereka menamam pada pokok sama dimana ada dahan yang buahnya manis dan disebelahnya pula dahan yang hasilkan asam jawa manis. Penulis blog percaya mereka melakukan cantuman dewasa pokok asam jawa ini. Bagaimana pun apabila masak maka buah asam jawa ini akan mempunyai kulit berwarna coklat kemerahan dengan isinya juga coklat kemerahan bagi yang manis dan coklat gelap bagi jenis masam (asidik).


(3) Americas Tamarinds
Semua jenis tanaman asam jawa di benua Amerika dibawa oleh penjajah Portugis dan Sepanyol sekitar kurun ke 17 dan kurun ke 18. Dilaporkan hanya di kawasan di Selatan Florida dan Hawai yang mereka ada menanam asam jawa ini. Di Hawai mereka menggunakan asam jawa masam ini untuk dijadikan jus minuman, chutney dan didalam masakkan kari. 
 ces exactly where tamarind grown in the usa. Kawasan Amerika Tengah dan di kawasan Carribean jenis asam jawa ditanam digelar sebagai 'Tamarindo' dengan menggunakan biji asam jawa ini ditanam merata kawasan. Mereka hanya menggunakan biji asam jawa untuk menanamnya sahaja sehingga mampu memberikan hasil agak baik juga. Hanya pada tahap kemudian merka menanam asam jawa Amerikan ini menggunakan cantuman dahan, cantuman pucuk dan keratan batang untuk dapatkan kualiti lebih baik.


(4)  Manila Tamarind
Agak pelik juga apabila ada jenis asam jawa dipanggil sebagai Asam Jawa Manila atau Manila Tamarind  (Pithecellobium dulce) yang mana ia sebenarnya bukan asam jawa. Sebenarrnya pokok asam jawa atau tamarind ini kebetulan hanya mempunyai buah yang hampir menyerupai buah asam jawa sebenar (some resemblances). Dilihat dimana kedua jenis pokok ini adalah jenis buah delicious yang mempunyai warna putih dan isinya yang kemerahan untuk kegunaan masyarakat tempatan (Sila lihat foto diatas). Menyerupai asam jawa, buahnya memberikan rasa manis dan masam. Dilaporkan asam jawa ini boleh ditanam dikawasan beriklim sejuk untuk dijadikan pokok hiasan. Kini dilaporkan pokok asam Manila ini telah ditanam disepanjang pantai di Selatan California, Mexico dan Selatan Amerika dimana ia sebenarnya bukan berasal atau natif dari Manila di Filipina. 
Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...

TAMARIND FRUIT... ITU ASAM JAWA...
BANYAK MASAM... BANYAK GUNANYA...
JENIS MANIS... THAILAND HASILKANNYA...
MEMBACA BLOG INI...TAHU JENISNYA...

By,
M Anim Hosnan,
Senior Agronomist,
Melaka City, Melaka,
Malaysia.
16 Zulkaedah 1441H,
July 2020.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.