Tuesday, May 5, 2020

KERBAU RAWA VS KERBAU SUNGAI (Part 2)

KERBAU (Bubalus spp) ialah binatang yang termasuk keluarga keluarga Bovidae yang 95% keujudannya adalah di Asia termasuk di Malaysia. Kerbau liar (Water buffalo) masih dapat ditemui di Malaysia ,Pakistan, India, Bangladesh, Nepal, Bhutan,Vietnam, China, Filipina, Taiwan, Indonesia dan Thailand. Kebanyakan kita akan membayangkan bahawa kerbau adalah binatang yang sukakan tempat berlumpur dan berair seperti kawasan sawah dan paya untuk mereka berkubang. Kerbau di Malaysia dan Indonesia serta negara jiran lain sejah zaman dahulu digunakan didalam aktiviti membajak sawah padi atau menenggala tanah. Alat tenggala akan diikat pada badan kerbau yang menariknya dengan gagah. Bagaimana pun teknologi ini telah ditukar dengan penggunaan jentera bajak sawah yang lebih cekap, cepat dan hasil menyedia kawasan sawah dengan lebih baik. Bagaimana nasib kerbau selepas era membajak sawah amat terkesan apabila populasi kerbau di negara kita amat berkurang sekali. Daripada rujukkan saya dengan laporan statistik Kementerian Pertanian, hanya sebanyak 2,468 ekor kerbau yang didaftarkan dengan pihak Jabatan Veterinar. Sebahagian kerbau liar kini berkurangan dimana masa akan datang tidak akan ada lagi populasi kerbau liar yang dapat ditemui. Seekor kerbau jinak dewasa dapat memiliki berat sekitar 300 kg hingga 600 kg tetapi kerbau liar betina dapat mencapai berat hingga 800 kg dan kerbau liar jantan dapat mencapai berat hingga 1,200 kg. Berat purata kerbau jantan adalah 900 kg dengan tinggi purata di bahagian bahu kerbau ialah 1.7 m. Salah satu ciri yang membezakan kerbau liar dengan kerbau jinak adalah kerbau jinak memiliki perut yang bulat. Kerbau adalah dari jenis Bubalus bubalis dengan tiga subspesies iaitu Kerbau Sungai (Bubalus bubalis bubalis) yang berasal dari Asia Selatan, Kerbau Rawa (Bubalus carabanesis) yang berasal dari Asia Tenggara dan Kerbau Liar (Bubalus bubalis arnee). Kini saya amat jarang dapat makan daging kerbau tidak seperti ketika bertugas di Melaka sekitar awal 1980'an dimana ketika menghadiri kenduri perkahwinan di sekitar Masjid Tanah dan Alor Gajah mereka sering hidangkan daging kerbau. Daging kerbau mempunyai tekstur hampir sama dengan daging lembu cuma berbeza dari segi warna daging, tahap kelembutan dan juga ira daging yang kasar sedikit. Artikel petang ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa perbezaan antara spesis kerbau terutama untuk kerbau rawa dan kerbau sungai untuk dirujuk sebagai bahan bacaan berguna. Sebahagian isi artikel ini merujuk kepada artikel oleh hasil tulisan Cakrawala dalam bahasa asal.

Populasi dan sebaran kerbau sungai pertama kali didomestikasi di India. Kerbau ini kemudian menyebar ke arah barat hingga mencapai Asia barat, Afrika timur, Persia, Turki hingga kawasan Mediterranea. Kerbau sungai kemudian diintroduksi ke Australia dan Amerika selatan seperti Brazil dan Argentina. Apa pun dilaporkan dimana kerbau rawa pertama kali dijinakkan di Vietnam utara dan China Selatan dan kemudian kerbau ini kemudian tersebar ke seluruh Asia termasuk. Di Asia Tenggara kemudiannya kerbau rawa tersebar melalui dua jalur sebelum sampai ke Malaysia, Indonesia dan negar alain dengan melalui jalur pertama dari Vietnam, Kamboja, Thailand, Semenanjung Malaysia, Sumatera, Jawa, Kalimantan, Sulawesi, Bali dan Nusa Tenggara. Jalur kedua melalui Vietnam, Cina, Taiwan, Filipina, Kalimantan dan Sulawesi. Dilaporkan dimana spesis kerbau dari Pulau Kisar di Nusa Tenggara Timur (sebelah utara Timor Leste) tersebut kemudiannya dibawa ke Australia Utara dan menjadi haiwan ternakan di Australia yang berkembang biak dengan baik sehingga populasinya kini telah meleebehi dari 100,000 ekor. Dari segi genetik dilaporkan dimana kerbau sungai dan kerbau rawa memiliki jumlah kromosom yang berbeza. Kerbau sungai memiliki 25 pasang kromosom sedangkan kerbau rawa hanya memiliki 24 pasang kromosom sahaja. Pada ternakan haiwan lembu pula dilaporkan jumlah kromosomnya sebanyak 30 pasang. Kini hasil kajian saintis dilaporkan analisis sitokrom gen B menunjukkan bahawa kerbau rawa dan kerbau sungai berasal dari dua populasi yang berbeza. Jarak genetik antara kerbau rawa dan kerbau sungai begitu jauh dan keduanya disifatkan mula berpisah sejak 1.7 juta tahun yang lalu. Berdasarkan kajian tersebut maka taksonomi kerbau harus dikajisemula dan kedua kerbau ini layak ditetapkan sebagai dua spesies terpisah yang berlainan.

Dalam pada itu berdasarkan dengan faktor genetik maka salah satu masalah terjadi pada kerbau Arni di India yang mulai pupus. Para saintis biakbaka menyangka dan menduga sebahagian besar populasi kerbau ini telah pun berlaku kejadian kontaminasi atau berlaku proses percampuran genetik yang boleh menyebabkan kacuksilang (cross bred) genetik akibat kawin campur dengan kerbau lain atau kerbau peliharaan. Akibatnya ciri pada kerbau dengan kandungan genetik murni sukar untuk ditemukan. Terkini kerbau Arni dikategorikan semakin pupus dimana di dalam susuk liar hanya sekitar ada cuma 4,000 ekor sahaja. Apabila diteliti dari ciri fizikalnya apa yang membezakan spesis atau ras kerbau sungai lebih mudah dibandingkan dengan caranya untuk membezakan spesis kerbau rawa. Sebagai contoh, biasanya akan lebih mudah mengenali mana kerbau Murrah dan mana kerbau Jaffarabadi dibandingkan dengan membezakan antara kerbau Sumatera Utara dengan kerbau Sumatera barat. Terkini dikenalpasti sebanyak 22 spesis kerbau sungai dimana pada varietas Murrah, Nili Ravi, Pandharpuri, Godawari, Jaffarabadi, Godavari dan Mehsana, postur tubuh dan warna kulitnya lebih menyerupai lembu Eropah jika dibandingkan dengan kerbau Arni. Lembu dari ras ini umumnya memiliki warna kulit hitam berkilat sehingga seluruh tubuhbadannya. Pada bahagian ekornya juga lebih panjang dibandingkan dengan kerbau rawa.

Diteliti ciri pada Kerbau Nagpuri, Badhawari, Surti memiliki warna tubuh menyerupai kerbau rawa (Sila lihat foto disebelah). Sedangkan kerbau Toda menyerupai kerbau Arni dari postur, bentuk tanduk dan karakternya yang temperamental. Kerbau Toda merupakan ras kerbau sungai tertua di India. Menurut kajian oleh Domestic Animal Diversity Information System (DAD-IS) yang dikeluarkan oleh FAO, kerbau rawa di Indonesia tercatat sebanyak 13 varieti iaitu kerbau Gayo, Jawa, Kalang Kalsel, Kalang Kaltim, Kuntu, Moa, Pampangan, Simeulue, Sumatera Barat, Sumatera Utara, Sumbawa dan Toraya. Jumlah semua spesis kerbau rawa di seluruh dunia belum diketahui dengan pasti. China pula dilaporkan setidaknya memiliki 16 varietas kerbau rawa. Apa pun diantara sepuluh ras kerbau sungai di India, Jaffarabadi memiliki tampilan yang paling berbeza. Ukuran pada kepala kerbau ini tampak sangat besar dibanding ras lain. Tanduk juga sangat besar dan tebal yang tumbuh menjuntai di sisi kepala. Fakta menarik diungkap oleh Indian National Scientific Documentation Center terkait bentuk kepala yang unik dari kerbau Jaffarabadi. Menurut lembaga tersebut, Kerbau Jaffarabadi merupakan hasil kawin silang antara kerbau Afrika Syncerus caffer dengan kerbau India. Kerbau Afrika tersebut dibawa ke India oleh pemerintah kolonial Inggeris sebagai haiwan untuk daging. Kerbau Afrika ini pula telah disilangkan dengan kerbau India kemungkinan untuk menghasilkan turunan yang lebih besar dan menghilangkan sifat agresif dari kerbau Afrika. Salah satu efek sampingan yang timbul dari kahwin silang antara spesies ini adalah rendahnya kualiti semen pejantan Jaffarabadi dibandingkan ras kerbau sungai lainnya.

Perbezaan dari segi kegunaan dimana kerbau sungai dijinakkan dan dipelihara terutama untuk diambil susunya. Oleh sebab itu biasanya kerbau ini sering disebut 'kerbau perah'. Pengeluaran susu kerbau sungai dapat bervariasi berkisar antara 6 - 8 liter sehari. Selain diminum sebenarnya hasil susu kerbau juga ada yang diproses untuk menjadi keju. Salah satu produk keju dari susu kerbau yang paling dikenal adalah keju Mozzarella. Keju ini sering dipakai dalam pembuatan pizza, roti dan kueh. Beberapa lokasi di Indonesia juga membuat makanan hasi memproses dari susu kerbau seperti dilaporkan diantaranya adalah Produk Susu Dadeh di Sumatera Barat, Dali di Sumatera Utara dan Dangke di Kabupaten Enrekang, Sulawesi Selatan. Apa pun sebenarnya kerbau rawa dahulunya dijinakkan menjadi haiwan yang dijadikan untuk berkerja seperti untuk kerja membantu membajak sawah, memutar mesin penggilingan tebu atau menarik gerabak. Kerbau rawa juga dipelihara sebagai haiwan ternakan untuk disembelih bagi penghasilan daging segar dan diambil susunya. Pengeluaran susu kerbau rawa lebih rendah dibanding kerbau sungai iaitu dilaporkan berkisar antara 1.0 -1.5 liter sehariArtikel ini mempunyai dua part iaitu Part 1 dan Part 2 untuk dibaca bersama. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology. Wasallam!!!...
HAIWAN KERBAU... EMPAT KAKINYA...
BANYAK JENIS... SUNGAI DAN RAWA....
MEMANG TIDAK TAHU... APA BEZANYA...
BACA ARTIKEL... DAPAT MEMAHAMINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert, 
Precint 11F, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya,
Malaysia.
(23 Syaaban 1441H).
STAY HOME...ELAKKAN DARI COVID10!,....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.