Wednesday, May 6, 2020

UBI KAYU - UMBISI BERGUNA

UBI KAYU atau Casava atau Tapioca (Manihot esculenta Crantz) ialah tumbuhan tropika dan subtropika dari famili Euphorbiaceae yang terkenal sebagai sumber utama bahan karbohidrat dan daunnya sebagai sayuran. Ubi kayu juga dikatakan berasal dari bahagian tropika Amerika Selatan tetapi kini taburannya hampir di semua kawasan tropika seluruh dunia. Dalam dunia terdapat banyak panggilan untuk ubi kayu seperti ubi benggala, ubi belanda, mandioca, aipim, atau macaxeira(Brazil), kassav (Haiti), mandi´o (Paraguay), akpu atau ugburu (Nigeria), bankye (Ghana), mogo atau mihogo (kawasan di Afrika), kappa (India), maniok (Sri Lanka), singkong (Indonesia), kamoteng kahoy atau balanghoy (Filipina), mushu (China), củ sắn or khoai mì (Vietnam) dan manioke atau manioca (Polynesia). Penulis blog juga mendapati ubi kayu biasanya ditanam dengan keratan batang yang dicucuk ke dalam tanah. Ubi kayu senang ditanam dan akan menghasilkan akar pada bahagian batang yang dikambus dalam masa beberapa hari sahaja selepas ditanam. Hujung keratan yang terbenam dalam tanah akan mula menghasilkan banyak akar antara dua hingga empat bulan selepas ditanam dan akar ini pula akan menghasilkan ubi. Ubi kayu biasanya dituai antara sembilan hingga 12 bulan. Di Malaysia tanaman ubi kayu diusahakan sebagai tanaman kontan untuk tujuan direbus, dijadikan kuih muih dan juga kerepek. Antara beberapa varieti ubi kayu yang ditanam di negara kita seperti varieti Seri Medan, Seri Pontian dan sebagainya. Sebenarnya ubi kayu sering juga menjadi makanan pilihan apabila berlaku masalah didalam mendapatkan sumber makanan biasa terutama ketika musim tengkujuh atau malapetaka awam, atau semasa peperangan seperti semasa Perang Dunia Kedua. Ubi kayu selalu hanya dimakan sekali-sekala atau dijadikan sebagai kuih. Kulit ubi kayu mempunyai Asid hydrocyanic (Asid hidroklorik) dan potasium cyanide atau Sodium cyanide (hydrocyanic). Lazimnya ubi kayu tidak boleh dimakan mentah dan ianya memang perlu dibuang kulit dan dimasak terlebih dahulu. Pada penuli blog ubi kayu yang digoeng dengan beberapa jenis rempah enak dihidangkan untuk minum petang. Ada kalangan orang yang makan ubi kayu dengan menggoreng, merebus atau membakar kemudian ia dimakan bersama kelapa parut muda, ikan masin, atau ikan bakar. Ubi kayu juga boleh dibuat kuih, antaranya kuih puli ubi kayu, kuih ubi kayu, tapai ubi, kerepek ubi dan yang seumpama umbisi dengannya. Ubi kayu ditanam secara komersial untuk menghasilkan tepung ubi. Tepung ubi kayu juga digunakan dalam industri makanan setelah ia diproses menjadi monosodium glutamat (MSG) terutama di negara Timur Jauh dan Amerika Latin. Untuk menghasilkan satu tan MSG, ia memerlukan lebih kurang 2.4 tan tepung ubi kayu atau tepung kanji. Artikel subuh ini untuk artikel ke 4,995 saya menulis dalam ''Anim Agro Technology'' mengenai pelbagai umbisi ubikayu yang dilaporkan oleh media tempatan untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua.

Benarkah tanaman ubikayu boleh menjadi besar yang luarjangka saiznya?. Dalam akhbar My Metro dengan artikel bertajuk "Ubi kayu 20 Kg" menarik dijadikan bahan rujukkan. Perkara ini telah dibuktikan oleh En Mansor dari Pulau Pinang yang memegang ubi kayu gergasi yang ditanam di kebun milknya dengan berat melebihi 20 kg (Sila lihat foto disebelah). Beliau yang merupakan seorang pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hanya mengambil masa lebih 30 minit untuk menggali ubi kayu gergasi seberat 20.20 kilogram di kebunnya di Bukit Kecil, Sungai Pinang, Balik Pulau ini. Dakwa beliau dia juga terpaksa berhati-hati dengan kaedah menggunakan parang untuk mengorek tanah bagi tujuan mengelakkan daripada terkena ubi berkenaan. Dia memang  tidak sangka ubi kayu ditanam beberapa bulan lalu akan mengeluarkan hasil sebesar ini. Saiznya yang besar juga telah membuatkannya terpaksa mengorek tanah hampir satu meter dalam sebelum dapat mengeluarkan ubi berkenaan. Kemudian dia bercadang untuk menyimpan ubi kayu berkenaan bagi memberi peluang kepada orang ramai melihat keunikan tumbuhan itu. Kejadian ukuran saiz ubikayu yang besar ini memang berlaku dimana-mana cuma ia tidak dilaporkan didalam akhbar. Pokok ubi kayu yang dijaga baik dengan tanah gembur memang mampu untuk menghasilkan umbisi yang besar.

Ubikayu juga dilaporkan sebagai makanan penyelamat bagi ramai yang melalui masa kesukaran seperti laporan media bertajuk "Terpaksa makan ubi rebus, pisang" iaitu dikalangan penduduk orang asli. Perkara ini dilakukan oleh MP Abdul Azeez yang telah melawat Orang Asli disini iaitu ketika menyampaikan sumbangan barangan makanan kepada masyarakat orang asli Kampung Lubuk Legongm Baling, Kedah (Sila lihat foto disebelah). Akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana wabak Covid-19 dimana terdapat  sekeluarga terpaksa makan ubi kayu rebus dan pisang selepas mereka terputus bekalan makanan kerana tidak dapat keluar bekerja. Ketua keluarga dikenali sebagai Wati Tero berumur 37 tahun ini yang juga Orang Asli suku Kensiu dari Kampung Lubuk Legong, Baling mendakwa dimana sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikeluarkan mereka tidak berani keluar rumah untuk bekerja. Ini telah juga menyebabkan mereka sekeluarga telah terputus bekalan makanan terutama beras dan lauk. Mereka hanya makan apa saja yang ada bagi mengalas perut supaya tidak lapar. Disebabkan beras dan lauk sudah habis mereka telah terpaksa makan ubi kayu dan pisang. Mereka juga tidak dapat keluar menoreh dan mencari hasil hutan kerana takut wabak virus menular dan duduk di rumah sahaja. Wati telah berkata demikian ketika ditemui selepas menerima kunjungan dan sumbangan barangan makanan daripada Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim. Dilaporkan mereka bernasib baik kerana ada pihak yang menyalurkan bantuan di saat mereka kehabisan makanan. Dakwanya mereka sudah tidak tahu di mana lagi hendak mencari duit untuk membeli makanan kerana akur perintah kerajaan. Berterimakasih kepada YB menjadikan sumbangan ini dapat meringankan beban yang ditanggung. Dia dan keluarganya termasuk enam jiran berpindah dan tinggal untuk sementara di tepi Sungai Siong bagi mengelakkan mereka berkumpul beramai-ramai di rumah.

Mereka hanya membina dangau dari kayu hutan dan buluh untuk berteduh serta berjauhan dengan penduduk kampung bagi mengelak jangkitan penyakit. Menurut Ketua masyarakat Orang Asli di situ dikenali dengan nama Razali Kulim berumur 41 tahun ada mendakwa dimana ada di antara keluarga di perkampungan itu berpindah sejauh satu kilometer berdekatan sungai sejak PKP berkuat kuasa. Mereka masih bersyukur setakat ini kerana masyarakat orang asli di sini patuh arahan dan tidak keluar menoreh serta mencari hasil hutan bagi mengelakkan virus yang menular. Dakwa Razali kini ada lebih 280 orang penduduk membabitkan 89 keluarga Orang Asli Kampung Lubuk Legong, Mukim Siong, Baking, Kedaj ini yang telah menerima sumbangan barangan makanan daripada wakil rakyat. Kini dilaporkan YB Azeez ada lebih 12,000 stok makanan bagi tempoh 14 hari diagihkan kepada penduduk yang terputus bekalan di DUN Bayu, Kupang dan Kuala Ketil. Beliau juga telah mengaktifkan Facebook (FB) dan mendapat sokongan serta sumbangan daripada anak-anak tempatan yang tinggal di bandar. Abdul Azeez nyatakan dimana setiap hari mereka akan memantau dan menghulurkan sumbangan selepas merujuk pemimpin di setiap kampung supaya sumbangan yang diberikan tidak bertindih. Tanaman ubi kayu dikalangan penduduk orang asli disini merupakan aktiviti sampingan yang sentiasa dilakukan semenjak dahulu.

Dalam kes lain dilaporkan satu artikel bertajuk "Berkorban selamatkan ubi kayu" amat menarik tajuknya. Di Tumpat Kelantan seorang penduduk tempatan telah terpaksa mencabut ubi kayu yang ada di kebunnya untuk dijual ketika musim banjir. Beliau yang tinggal di Kampung Kubang Sawa, Tumpat, Kelantan memang sudah biasa alpabila tiba musim banjir untuk mencabut hasil tanamannya agar tidak kerugian (Sila lihat foto disebelah). Dilaporkan dimana hujan sejak beberapa hari juga telah menyebabkan seorang penanam ubi kayu terpaksa menggali tanaman itu bagi menyelamatkannya daripada tenggelam. Beliau dikenali sebagai Latifah Yusof berumur 54 tahun dari  hanya mampu berulang-alik dari rumah ke kebun ubi kayunya sejak tiga hari lalu bagi mengeluarkan tanaman ubi kayunya supaya ia tidak rosak. Dia akan menaiki perahu bersama suaminya iaitu Encik Berahim dengan ditemani beberapa anak mereka yang menaiki perahu lain menuju ke kebun seluas 0.5 hektar itu. Kebun itu sejauh kira-kira satu kilometer dan kami mendayung perahu menerusi laluan di sawah padi yang sudah ditenggelami air. Sudah tiga kali kami mencabut ubi kayu, namun banyak juga yang sudah rosak dan menjadi buruk kerana tenggelam dalam air.  Walaupun dalam keadaan hujan lebat sekalipun, kami tetap perlu menggali ubi kayu bagi mengelakkan kerugian lebih banyak. Ubi kayu yang dicabut dijual sekitar kampung pada harga RM1 untuk satu kilogramBukan sahaja dijual secara mentah, ubi kayu itu juga dibuat tapai dan dijual dengan harga RM2 sebungkus. Walaupun pendapatannya tidak seberapa, namun dia amat bersyukur kerana sekurang-kurangnya tanaman itu tidak banyak yang rosak.

Ubikayu memang tanaman yang mudah ditanam dan diuruskan. Ini menjadikan ia menjadi punca pendapatan seperti dilaporkan Berita Harian bertajuk "Rezeki penjual ubi kayu" baru baru ini di Tumpat, Kelantan. Musim tengkujuh yang sudah bermula di Kelantan kini memberikan pendapatan lumayan kepada seorang warga emas yang menjual ubi kayu. Dilaporkan pada setiap hari Puan Rahimah Yaacob berumur 60 tahun telah mampu mendapat pulangan mencecah RM250 sehari hasil daripada jualan ubi kayu yang dilonggok di hadapan kedai kopinya di Kampung Bendang Luas di sini. Perniagaannya mendapat sambutan daripada orang ramai singgah untuk membeli ubi kayu sejak seminggu lalu dengan harga RM2 satu kilogram (kg). Ubi kayu itu digali di kebunnya seluas 0.2 hektar dan dia mengupah orang kampung untuk menggali sebelum dilonggokkan di tepi jalan. Memandangkan musim tengkujuh sudah tiba, ramai pembeli datang dan ada yang membeli dalam kuantiti mencecah 30 kilogram (kg), malah bagi pembuat kuih yang berasaskan ubi kayu, boleh dikatakan setiap hari mereka akan datang membeli ubi kayu di sini," katanya ketika ditemui di sini (Sila lihat foto paling bawah). Beliau yang juga merupakan warga emas telah mengambil peluang pada musim tengkujuh ini dengan menjual ubi kayu dengan harga RM2 satu kilogram (kg) di tepi jalan hadapan kedai kopinya di Kampung Bendang Luas. Selain ubi kayu, dia turut menjual putu halba yang sangat popular di negeri ini setiap kali tiba musim tengkujuh yang menggunakan ubi kayu sebagai bahan asas. Setiap petangddilaporkan beliau  akan memulakan perniagaan putu halba yang dijual dengan harga RM1 dua biji. Semuga artikel mengenai ubi kayu ini memberi banan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
UBI KAYU... MUDAH DITANAMNYA...
BATANG DICACAK... POKOK DIBAJA...
CUKUP SETAHUN... CABUT SAHAJA...
BOLEH DIMAKAN... DIJUAL JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11F, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya,
Malaysia.
(29 Syaaban 1441H).
STAY HOME....Elakkan Covid19...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.