Thursday, March 5, 2020

KEPAH - PELBAGAI KISAHNYA

KEPAH (Polymesoda erosa) atau ada yang memanggilnya sebagai Siput Gayam merupakan sejenis kerang-kerangan air masin yang boleh dimakan dan kadang-kadang ada masa banyak dijual di pasar terutama pasar tani. Kepah juga ialah sejenis kerang-kerangan sungai yang boleh dimakan dari genus Asaphis dimana dalam kamus menyatakan Kepah bermakna 'a type of mussel , flat , edible'. Di Malaysia kepah dilaporkan agak banyak didapati di beberapa lokasi seperti di Tanjung Dawai, Pekan dan Selatan Thailand. Hidupan Kepah sebenarnya adalah sejenis haiwan dibawah Filum Moluska dan ianya dikelaskan sebagai Bivalvia. Merujuk kepada saintis yang bernama Morton (1976) menyebutkan bahwa kerang kepah terdapat 3 jenis iaitu Polymesoda erosa, Polymesoda ekspansa dan Polymesoda bengalensis. Ketiga jenis spesies ini banyak dijumpai didaerah Indo-Pasifik. Kepah secara umum disebut Geloina erosa dan mempunyai nama taxon Polymesoda erosa. Secara morfologi boleh dikatakan bahawa kepah mempunyai bentuk cengkerang seperti piring atau cawan yang terdiri dari dua kutub yang bilateral simetri. Ia juga pipih pada bahagian tepinya dan cembung pada bahagian tengahnya. Bentuk cengkerang yang equivalve atau berbentuk segitiga yang membulat, tebal, flexure jelas mulai dari umbo sampai dengan tepi posterior (Sila lihat foto diatas). Terdapat dua katub dihubungkan oleh otot ligamen dengan bantuan otot aduktor berfungsi untuk membuka atau menutup cengkerang kepah. Secara morfologinya penulis dapati cengkerang berfungsi untuk melindungi organ tubuh dibahagian dalam yang lembut dari serangan pemangsa dan faktor persekitaran yang lain. Fungsi lainnya adalah untuk mengatur pengaliran air secara tetap melalui insang untuk pertukaran udara dan pengumpulan makanan. Kepah juga termasuk salah satu jenis kerang yang hidup di dalam lumpur dukawasan paya bakau air payau dan di sungai-sungai yang besar. Lazimnya kepah hidup pada keadaan tanah yang berlumpur dimana ia mengandung 80 - 90% pasir kasar yang berdiameter lebih dari 40 micrometer. Tanah bersifat asidik dengan pH di antara 5.35 - 6.40 serta bergaram (Morton, 1976). Kepah umumnya membiak dengan kaedah tersendiri dimana ada waktuu tertentu dalam setahun. Artikel subuh ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai pelbagai laporan media mengenai Kepah sebagai bahan rujukan dan untuk bacaan anda semua.

Dalam akhbar BH dengan tajuk 'Ribuan kerangan terdampar di Tanjung Dawai' menarik dibaca. Berita dari Sungai Petani, Kedah ini menyatakan dimana pada awal Ramadan membawa rezeki kepada penduduk sekitar Tanjung Dawai di sini, apabila ribuan pelbagai jenis kerangan ditemui terdampar sekitar pantai berdekatan. Diantara kerangan yang ditemui adalah kerang, siput kabung, siput paha ayam dan siput sudu, sekali gus membuatkan kawasan pantai di sini, menjadi tumpuan orang ramai mengutip hidupan laut itu sejak Jumaat lalu. Menurut seorang penduduk setempat, Mad Saad Mohd Nor, 65, berkata fenomena kawasan pantai dipenuhi kerangan mula disedari berlaku selepas kejadian ribut yang melanda Khamis lalu (Sila lihat foto disebelah). Kemudian orang ramai yang mengetahui mengenai keadaan itu kemudian mula datang dan memenuhi kawasan pantai terutama pada waktu petang bagi mengutip pelbagai jenis siput. Fenomena ini bukan sesuatu yang luar biasa buat kami penduduk tempatan, kerana tahun lalu, kami dapat mengutip kepah dalam jumlah yang banyak di kawasan pantai sama. Namun ada juga pengunjung menyuarakan kebimbangan akan berlaku bencana alam di sini, namun setakat ini belum apa yang berlaku dan kami anggap ini semua sebagai rezeki. BH difahamkan dimana kebanyakan pengunjung hanya mengutip siput bagi kegunaan sendiri dan hanya mengambil dalam jumlah mengikut kesesuaian sahaja. Seorang penduduk lain dikenali Encik Nahar berumur 72 tahun telah memilih untuk mengutip siput kabung yang dilihat mempunyai jumlah yang luar biasa daripada jenis siput yang lain. Dia yang mula datang sejak semalam, dalam masa kurang dua jam, saya mampu mengutip lebih tujuh kilogram siput kabung tidak termasuk siput yang lain. Dakwanya memang ada rezeki ini dijadikan juadah berbuka puasa buat dia anak beranak. Dia berkesempatan datang mengutip siput yang ada di kawasan pantai. Dilaporkan dimana proses mengutip siput agak sukar sedikit kerana jumlahnya semakin berkurangan disebabkan sudah banyak dikutip orang, namun masih ada rezeki buat saya bawa pulang untuk dijadikan juadah hari ini. 

Berlainan pula di Pekan, Pahang dimana My Metri laporkan artikel bertajuk 'Pesta kepah' yang menyeronokan penduduk tempatan. Ini kerana kemunculan kepah iaitu sejenis hidupan air payau di kuala Sungai Tanjung Agas ada sejak sebulan lalu dimana ia menarik perhatian lebih 200 pengunjung setiap hari yang mencarinya di sepanjang sungai menghala ke Laut China Selatan itu (Sila lihat foto disebelah)Aktiviti mencari hidupan dalam lumpur di dasar sungai menyerupai lokan itu dilakukan penduduk setempat dan luar daerah ini bermula 12 tengah hari ketika air sungai surut selama empat hingga lima jam. Menurut dakwaan Ketua Kampung Tanjung Agas Mohd Amir Ab Manan berumur 33 tahun kepah muncul di kuala sungai itu hampir setiap tahun namun kali ini jumlahnya begitu banyak sehingga menarik perhatian masyarakat setempat dan luar datang mencarinya setiap hari. Kemunculan kepah kali ini melebihi daripada biasa selain saiznya lebih besar dan ia seolah-olah berkumpul dalam kawasan sepanjang kira-kira 100 meter sepanjang kuala Sungai Tanjung Agas iaitu berhampiran jeti pendaratan ikan nelayan. Kepah tidak asing bagi penduduk daerah ini apabila muncul setiap tahun di beberapa kawasan sepanjang Sungai Pahang yang berlumpur. Kehadiran kepah yang banyak di kuala Sungai Tanjung Agas kali ini mencetuskan idea untuk penduduk tempatan mengadakan ‘Pesta Kepah Pantai Tanjung Agas 2017’. JKK Kampung menyediakan acara jamuan kampung dengan menu utama kepah masak lemak, kepah goreng berlada dan kepah masak singgang.

Dilaporkan dimana sebanyak 400 kilogram kepah dimasak secara gotong-royong dan juga dibantu oleh pengusaha katering iaitu Encik Kamarulzaman yang pakar dalam menyediakan masakan tradisional daerah ini terutama membabitkan kepah. Uniknya para pengunjung diberi makan nasi secara percuma dengan lauk kepah, ikan masin dan air keladi selama lima jam bermula dari 12 tengah hari. Dakwa Ketua Kampung tersebut sebagai penganjur dia berpuas hati dengan kehadiran lebih 1,500 penduduk setempat dan luar yang turut berpeluang melihat sendiri aktiviti mencari kepah di kawasan kuala Sungai Tanjung Agas. Setiap hari pihaknya memantau aktiviti mencari kepah bagi memastikan kejadian tidak diingini berlaku dengan bendera sebagai tanda kawasan berbahaya disediakan untuk mengelak mereka yang mencari kepah tidak berada di kawasan air dalam. Biasanya kehadiran kepah di kuala Sungai Tanjung Agas diharap menjadi produk pelancongan yang dapat menarik kehadiran pengunjung selain beberapa projek ekonomi nelayan setempat seperti pusat jualan hasil laut segar dan kawasan memancing akan disediakan. Dia juga bercadang menjadikan pesta kepah pantai Tanjung Agas sebagai acara tahunan selain program pesta air dan sukan rakyat yang akan diadakan setiap tahun. Seorang penduduk iaitu Wahida Mohamad nyatakan kemunculan kepah kali ini begitu banyak dan usaha mencarinya menjadi lebih mudah dengan menggunakan penyauk besi selain meraba dengan tangan. Aktiviti mencari kepah menjadi lebih seronok apabila setiap hari 100 hingga 150 orang turun ke sungai. Memang sejuk berendam dalam air beberapa jam seolah-olah tidak terasa apabila berjaya mendapat hasil lumayan. Beliau mampu memperoleh 60 hingga 70 kilogram kepah setiap kali turun ke sungai bersama ahli keluarga, selain untuk makan sendiri saya turut menjual kepada mereka yang berminat dengan harga RM10 bagi tiga kilogram kepah.

Dalam akhbar Sinar Harian pula dilaporkan artikel bertajuk 'Lelaki dikhuatiri lemas ketika cari kepah' yang berlaku di Kepala Batas. Dilaporkan dimana seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dia bersama rakannya dihanyutkan arus ketika mencari kepah di Pantai Kuala Muda berhampiran pasar bisik di sini petang tadi. Dalam kejadian jam 6 petang itu, mangsa, Mohamed Zulfadhli Mohamed Johari, 22, dikatakan tidak dapat menyelamatkan diri selepas mereka hanyut dibawa arus. Bagaimanapun rakannya yang berusia 13 tahun berjaya diselamatkan oleh nelayan yang melihat kejadian berkenaan. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu daripada orang awam kira-kira jam 6.03 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba Kuala Muda tiba ke lokasi beberapa minit kemudian. Menurutnya, turut dikejarkan ke lokasi kejadian ialah Pasukan Penyelamat Di Air dari Balai Bomba Bandar Perda untuk aktiviti operasi mencari dan menyelamat mangsa. Mangsa yang berjaya diselamatkan dikejarkan ke Hospital Kepala Batas bagi mendapatkan rawatan manakala operasi mencari dan menyelamat mangsa yang hilang masih diteruskan.

Berlainan pula di Bangkok, Thailand dimana artikel bertajuk 'Padah Ambila Kepah Terancam' apabila seorang pelakon wanita Korea Selatan berdepan hukuman penjara lima tahun di Thailand kerana menangkap kepah gergasi spesies terancam ketika penggambaran rancangan realiti televisyen ‘Law of the Jungle.’ Lee Yeol-eum artis berusia 23 tahun itu telah dirakam menyelam untuk mendapatkan kepah gergasi itu di sebuah taman hidupan marin Thailand bagi episod bertarikh 30 Jun rancangan realiti popular di Korea Selatan itu. Selepas mengeluarkan dua kepah gergasi dari dasar laut dilaporkan Lee kemudian menayangkannya sambil menjerit ‘Saya menangkapnya!’. Sebenarnya haiwan berkenaan disenaraikan sebagai spesies terancam dan terlindung mengikut undang-undang Thailand. Gambar Lee mengambil kepah berkenaan tersebar dalam talian seterusnya mendapat perhatian pihak berkuasa. Menurut ketua Taman Negara Hat Chao Mai, Narong Kongaid di mana rancangan itu dirakam pada April lalu memberitahu AFP dia memfailkan dua tuduhan pada Rabu lalu terhadap aktres berkenaan kerana melanggar undang-undang perlindungan hidupan liar dan taman negara. Kini syarikat rakaman sudah memohon maaf namun pihaknya tidak dapat menarik balik aduan berkenaan kerana ia kesalahan jenayah. Semuga artikel ini memmeri info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
HIDUPAN KEPAH... BERMUSIM DIA...
RAMAI MENGUTIP....MENJADI PESTA...
DI MASAK PELBAGAI.. ENAK RASANYA...
BACA ARTIKEL... INFO ADA DITERIMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(13 JamadilAkhir 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.