Friday, March 6, 2020

USAHAWAN KADUK DAN MIANG THAM

USAHAWAN DAUN KADOK (Piper sarmentosum) adalah sejenis tumbuhan herba dari keluarga Pepericeae memaang agak sukar dijumpai. Bagaimana pun kini ada seorang usahawan menanam pokok kaduk yang dikenali sebagai Pn Siti Ruby Mahyah melakukannya. Laporan menunjukkan dimana pokok kaduk dipercayai natif dari Malaysia walau ada juga di Brunei dan Indonesia. Puan Siti Ruby berumur 40 tahun antara beberapa orang usahawan menanam pokok kaduk untuk dijadikan makanan istimewa dikenali dengan nama 'Miang Kham' atau bermakna 'wrap to bite leaf'. Makanan ini berasal daripada Thailand dimana ia boleh membuka selera dimana mempunyai kesemua 5 citara iaitu Pedas, Manis, masin, Masam dan juga Pahit. Hidangan dari negara jiran ini biasanya disajikan sebagai menu pembuka selera terutama di restoran masakan Thailand. Dilaporkan dimana selain daun kaduk sebagai bahan utama, miang kham disajikan bersama sos, bawang, kacang tanah, kelapa parut yang digoreng, udang kering, cili padi dan limau nipis. Rasa manis, masam, rangup dan pedas secukup rasa menambah keenakannya. Dakwa usahawan ini idea didalam menghasilkan miang kham bermula selepas mendapati banyak pokok kaduk hidup subur di hadapan dan di belakang rumahnya. Pada mulanya dia hanya menjadikan tanaman ini sebagai penghias halaman dan ‘penyedap’ dekorasi sahaja. Bagaimana pun pada satu hari seorang rakannya datang ke rumah dan meminta daun kaduk untuk dibuat miang kham. Selepas merasa dilaporkan dimana beliau sudah mula menggemarinya. Dia juga tidak menyangka rupanya telah ramai yang ingin membuat tempahan selepas memuatnaik gambar menerusi Facebook. Usahawan ini yang menetap di Taman Medan, Telok Panglima Garang, Selangor kini menjadikan tanaman pokok kadao sebagai sumber pendapatan yang agaj baik. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan satu usahawan mengusahakan tanaman kadok dan makanan miang kham sekadar menjadi bahan rujukkan anda semua.


Menurut usahawan ini, mungkin menanam pokok kaduk disangka agak mudah akan tetapi dakwanya ia memang memerlukan tahap kesabaran. Perlu juga ada ilmu dan ketelitian amat diperlukan bagi tujuan uuntuk menghasilkan menu istimewa dikenali dengan nama Miang Khum ini dari Thailand ini. Dia sendiri mengambil masa beberapa hari mempelajari kaedah memotong bahan utama. Mujur juga dakwanya resepi membuat sos miang kham beliau telah memperoleih dari rakan justeru ia tidak menimbulkan kesukaran memasaknya. Dakwanya apa yang paling rumit adalah mendapatkan kelapa kisar kerana isinya perlu disangai berjam-jam untuk mendapatkan aromanya yang wangi dan lemak. Menyedari bahan utama miang kham adalah daun kaduk maka usahwan ini memberikan lebih perhatian kepada tanaman ini. Sebab itu di hadapan rumah beliau ada kelihatan pokok kaduk hidup subur bersama tanaman lain seperti sayur-sayuran herba. Daun kaduk banyak khasiatnya. Didakea dimana diantarakhasiat daun kaduk adalah kemampuannya merawat sembelit, sakit gigi dan lenguh. Air rebusannya juga elok untuk selesema dan sakit pinggang manakala daunnya yang menghijau seakan-akan sireh sesuai dijadikan ulam. Didakwa juga dimana pokok kaduk mudah dijaga asalkan cukup air dan baja. Bagi mengelak serangga biaasanya usahawan ini hanya akan menggunakan baja dan racun serangga organik. Caranya dengan menggunakan pencuci cecair pinggan dan ia  kemudian dicampur bawang putih dan cili padi. Untuk mempastikan larutan ini berkasn mesti dibancuh sehingga sebati dan campuran ini dibiarkan seketika sebelum ditambah sedikit air dan disembur ke semua bahagian pokok. Memang ia berkesan kerana semut dan serangga tidak lagi datang menyerang. Beliau juga sangat berhati-hati dalam pemilihan racun perosak kerana mahu mengelak daripada bahan kimia berbahaya. Tambah pula daun-daun herba dimakan mentah dan perlu dijaga daripada tercemar.


Daun Kadok telah lama dikenali sebagai ulam yang dimakan bersama-sama nasi putih dan juga boleh dimasak dengan pelbagai cara mengikut kehendak pengguna. Pokok Kadok adalah tumbuhan herba renek yang tumbuh dengan adanya naungan. Tumbuhan ini ditanam untuk tujuan kegunaan sendiri dikeliling rumah atau dikawasan keliling kebun. Pokok kadok mempunyai bentuk daun seperti daun sireh (Heart Shape) atau lonjong yang berwarna hijau gelap dan urat daun yang jelas dan berketak-ketak. Bahagian daun merupakan komponen yang digunakan sebagai ulam dimana daun ini akan akhirnya mengeluarkan aroma atau bau apabila diramas atau di koyakkan. Daunnya mempunyai rasa seperti berlada (Pedas) dan sedikit pahit sesuai untuk dijadikan ulam yang segar. Kalau di masak daunnya menyebabkan rasa masakan kita akan menjadi lebih sedap terutama untuk masakan ikan, daging, udang kering, telur dan juga kerang-kerangan. Batangnya adalah jenis yang agak lembut berwarna hijau. Tumbuhan ini mempunyai akar serabut atau 'lateral roots' yang aktif. Tanaman kadok mudah dan cepat membesar jika dijaga dengan rapi. Daun kadok boleh dipetik apabila berukuran tapak tangan atau saiz yang sesuai mengikut keadaan pokok. Daun kadok yang terdapat di bahagian tengah lebih rangup untuk digunakan dan daun yang lebih bawah mempunyai rasa lebih pedas dan lebih pahit. Pemerhatian saya di kebun herba di kawasan Kulai, Johor Bahru ketika membuat lawatan kekebun tersebut mendapati penanaman daun kadok diatas batas dengan menggunakan plastik silvershine sangat memuaskan (Lihat foto sebelah). Pengusaha ini menanam herba lain seperti selom, ulam raja, terung pipit, cekur, kesum, serai, halia bara, pegaga dan banyak jenis herba lagi. Menurutnya permintaan daun kadok di Johor Bahru tidak banyak iaitu sekitar 8 - 10 kilogram seminggu. Harga ladang sekitar RM 15.00 - RM 25.00 sekilogram.


Ada banya dakwaan diman daun Kaduk yang mempunyai banyak khasiat. Sejak itu dilaporkan Pn Ruby yang mengambil tempahan daripada rakan sekitar kampung ada mengakui sejak mula diperkenalkan miang kham sambutan diterima sangat menggalakkan. Namun disebabkan daun yang dipetik memerlukan masa untuk tumbuh semula dia tidak mempunyai stok yang banyak. Ini juga adalah disebabkan di belakang rumah turut mempunyai halaman luas saya menanam pokok kaduk bersama tumbuhan herba yang lain. Beliau yang mulai berkebun sejak mula menetap di sini sekitar 20 tahun lalu sebanarnya dapat bantuan suami. Aktiviti menjaga tanaman seperti kerja menjaga semua tanaman termasuk menyiram dan memberi baja dibuat ikut jadual. Aktiviti wanita ini bermula selepas bersarapan sekitar jam 8 pagi dan 5 petang. Sambil mengenakan pakaian khas, kasut but, dan topi dia memberikan siraman pertama untuk tanaman di hadapan rumah. Kemudian selepas selesai barulah saya beralih dengan tanaman di belakang rumah. Antara yang ada ialah tenggek burung, selasih, salam, origano, daun sup, kucai, peria dan tomato. Selain diberikan air dan baja, saya ambil masa seketika untuk meneliti keadaan tanah dan daun agar tiada haiwan lain merosakkannya. Beliau juga amat gemar membelai dan berbual-bual dengan tumbuhan ini kerana pokok sama seperti manusia yang mempunyai emosi dan perlu dijaga dakwanya. Dia yang gemar mengamalkan ulam-ulaman memang percaya sayur-sayuran yang ditanam sendiri mempunyai khasiat yang tinggi. Pucuk tenggek burung dikatakan mengandungi pelbagai khasiat kesihatan contohnya mencegah serangan darah tinggi dimana ia juga mampu melancarkan peredaran darah. Jika dimakan selalu dapat menyegarkan badan dan menghilangkan rasa lenguh selepas penat bekerja.


Dikawasan kebun bandar miliknya ada juga daun selasih yang mana ia boleh dimakan mentah atau daunnya digunakan sebagai penyedap makanan bagi membangkitkan aroma masakan. Selasih juga mampu mengelakkan sembelit dan bagus untuk sistem pencernaan. Sebagai suri rumah sepenuh masa imana sejak menanam pelbagai jenis sayuran herba dia dapat mengurangkan perbelanjaan dapur. Jika ingin memasukkan ke dalam masakan hanya petik sahaja di belakang rumah. Berkongsi rezeki dengan jiran yang ada sayuran diberikan kepada rakan terdekat. Misalnya daun kaduk beliau berikan kepada rakan yang mahir menghasilkan sos miang kham. Oleh kerana dia tidak menanam herba ini di rumah perkongsian rezeki ini mampu mengeratkan perhubungan sesama rakan. Dia juga seorang yang cergas dan mementingkan penjagaan kesihatan, sejak mengamalkan aktiviti berkebun tubuh semakin sihat dan cergas. Malah dia tidak mempunyai sebarang penyakit merbahaya. Amalan terbaik adalah apabila mngambil makanan dan mengamalkan makan ulam-ulaman segar setiap hari. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca ani agro technology kali ini. Wasallam!!..
USAHAWAN KADUK... DI SELANGOR ADA...
MEMBUAT MIANG THAM... ADA CARANYA...
MAKANAN ENAK... IA PEMBUKA SELARA...
BACA ARTIKEL... TERIMAKASIH PENULISNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Precint 11F, Putrajaya,
Selangor, Malaysia.
(5 Rejab 1441H).
Bersamaan 29 Febuari 2020 (4 tahun sekali).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.