Sunday, December 1, 2019

TANAH VOLKANIK - APA DIA?

TANAH VOLKANIK (Volcanic soil) adalah tanah yang mana ia terbentuk dari proses pembentukkan daripada bahan cecair lava daripada letusan gunung berapi dan melalui proses luluhawa yang lama. Tanah volkanik mengandungi unsur-unsur nutrien atau zat yang sangat tinggi sehinggakan dilaporkan dimana tanah volkanik sangat sesuai untuk ia digunakan untuk kegiatan pertanian dan penanaman. Tanah volkanik memang kurang ada di Malaysia akan tetapi ia banyak terdapat di negara jiran yang mana terdapat di sekitar lereng-lereng gunung berapi. Tanah volkanik dibentuk semasa berlaku letusan gunung berapi yang memuntahkan pelbagai jenis material yang sangat panas ke udara. Salah satu dari bahan yang terbang tinggi ini abu volkanik dimana lazimnya ketika keluar dari perut bumi dipuncak gunung lazimnya abu volkanik tersebut sangat panas dan pekat dimana ia sangat merbahaya kepada kehidupan. Kemudian apabila suhu abu volkanik sudah sejuk maka lapisan abu ini yang berada dipermukaan tanah mampu untukmeningkatkan kesuburan tanah. Tanah volkanik secara teorinya adalah terbagi dalam 2 jenis iaitu Tanah Volkanik Regosol dan juga Tanah Volkanik Latosol. Tanah Volkanik Regosol adalah jenis tanah volkanik yang berwarna kelabu hingga kuning. Struktur butiran tanah volkanik jenis ini kasar dan ia mengandungi sedikit bahan organik. Bagaimana pun tanah volkanik regosol sangat sesuai jika digunakan untuk menanam buah-buahan, tanaman makanan dan tembakau. Jenis kedua iaitu Tanah Volkanik Latosol adalah tanah volkanik yang berwarna merah sampai kuning. Cirii Tanah volkanik jenis ini memiliki sifat asidik dan mengandung bahan organik yang sederhana jumlahnya. Tanah volkanik latosol sangat cocok jika digunakan untuk menanam kopi, getah, kelapa, padi dan tanaman makanan lain. Tanah latosol banyak terdapat di kawasan pergununganjenis gunung berapi di Sumatra. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai tanah volkanik yang penting didalam sektor pertanian untuk bahan bacaan dan rujukkan anda semua.


Dalam pada itu tanah volkanik memiliki banyak kegunaan di dalam kehidupan manusia dan seluruh makhluk hidupan yang ada di atas bumi. Kebanyakan orangramai mungkin mengira bahwasannya tanah vulkanik tidak memiliki manfaat kerana asasnya ia mampu menyuburkan tanah. Kajian oleh pakar sains tanah juga menunjukkan dimana tanah volkanik ini mempunyai dan mengandung nutrien yang banyak dan sangat sesuai untuk kesuburan tanaman dimana biasanya pelbagai jenis penanaman tanaman makanan amat digalakan diatas tanah subur ini. Selain berfungsi didalam meningkatkan kesuburan tanah lazimnya tanah volkanik juga mampu dalam meningkatkan hasil tanaman.  Lazimnya tanah dikawasan lereng gunung berapi adalah tanah subur yang subur dan aktif dalam pengeluaran makanan (Sila lihat foto disebelah). Tanah ini umumnya adalah lebih subur jika dibandingkan dengan tanah lain seperti tanah mineral, tanah gambut dan sebagainya. Lazimnya kawasan tanah volkanik berada dikawasan lereng gunung sangat cantik dan indah dan menjadi tumpual pelancongan. Banyak kawasan gunung dimana disekelilingnya ada tanah volkabik subur ditanam dengan tanaman makanan dan lazimn juga mempunyai daya tarikan seperti air terjun dan tabaman bunga-bungaan yang menarik. Banyak juga kawasan rekreasii yang dibangungkan dikawasan tanah volkanik.


Semasa belajar di universiti dahulu ada dijelaskan dimana apa yang dimaksudkan dengan tanah volkanik adalah jenis tanah yang berasal dari proses luluhawa hingga material padat mahupun material cair yang dikeluarkan oleh gunung berapi semasa terjadi letisan gunung berapi (eruption) menjadi tanah subur. Tanah ini merupakan jenis tanah yang subur  dimana ada banyak zat dan nutrien yang terkandung didalamnya. Lazimnya letusan gunung berapi akan mengeluarkan berbagai jenis bahan termasuk abu volkanik, lava dan akan tersebar di sekitar keliling gunung berapi dimana ada faktor luluhawa seperti hujan dan terjadinya berbagai proses kimia sehingga ianya menghasilkan unsur nutrien dengan pH yang sesuai menjadi tanah yang subur. Antara ciri-ciri tanah volkanik seperti ia lazimnya mempunyai lapisan hitam pada bahagian atasnya dan pada lapisan bawah berwarna kecoklatan atau pun warna kemerahan sehingga ada yang kekuning-kuningan (Sila lihat foto disebelah). Ia memang mempunyai unsur zat makanan yang baik dimana ia berasal dari lava gunung berapi dan lazimnya memiliki struktur tanah yang rentan terhadap hakisan. Jenis tanahnya adalah jenis gembur dan subur sehingga sangat baik untuk digunakan sebagai kawasan kebun tanaman makanan. Biasanya mempunyai keasidan tanah yang baik diantara pH4 sehingga pH7.  Terletak di sekitar lereng gunung berapi. Malaysia tidak mempunyai gunung berapi dan kesuburan tanah hanya dilakukan dengan memberikan baja tambahan sama ada baja organik, baja kimia dan jenis baa lain termasuk baja foliar untuk meningkatkan kesuburannya.


Antara kelebihan jenis tanah volkanik adalah seperti cirinya iaitu ia dilaporkan mengandungi unsur makanan atau nutrien yang tinggi dimana dengan memberi baja yang sedikit sahaja tanaman sudah subur. Kandungan bahan-bahan organik yang terdapat didalamnya berguna sebagai sumber makanan untuk tanaman seperti sayuran (Sila lihat foto disebelah). Tanah volkanik juga dapat meningkatkan pegangan air dalam tanah kerana ia memiliki daya serapan air yang baik dan lazimnya air yang terkandung didalamnya dapat melarutkan baja jenis organik dan material lainnya dengan cekap. Oleh itu jenis tanah vaokanik memang dilaporkan sebagai jenis tanah yang sangat subur berbanding dengan jenis tanah lain. Sama ada ia dari jenis Tanah Volkanik Ragosol atau Latosol keduanya masih menjadi jenis tanah subur yang signifikan. Apabila tanah jennis ini mempunyai pH tanah yang bagus antara pH 4 - 7 dengan sifat tanahnya yang gembur serta tahan dengan hakisan menjadikan jenis tanah volkanik sangat baik untuk diusahakan dengan tanaman makanan. Walau pun apabila berlaku letusan gunung berapi berlaku dan mengancam kehidupan akan tetapi kesannya ia akan menghasilkan tanah volkanik selepas proses luluhawa yang lama. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAH VOLKANIK...ASALNYA LAVA...
TINGGI NUTRIEN... pH SEDERHANA...
SESUAI DITANAM... SUBUR POKOKNYA...
HASIL TINGGI... IA TIADA DI MALAYSIA... 

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(29 RabiulAwal 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.