Monday, December 2, 2019

USAHAWAN NANAS BERJAYA - WAK SAJIMAN

USAHAWAN NANAS WAK SAJIMAN merupakan salah seorang usahawan nanas yang berjaya di Kampong Parit Ghani, Pontian, Johor.  Beliau merupakan seorang usahawan nanas berjaya dimana telah beberapa kali menerima anugerah Peladang Jaya di Peringkat Negeri Johor dan juga di peringkat kebangsaan. Berusia 61 tahun dengan dibantu oleh dua orang anaknya kini telah berjaya menanam seluas 62 ekar nanas diatas tanahnya sendiri dan sebahagian besar adalah tanah yang disewa daripada penduduk kampong. Beliau memasang cita-cita untuk menjadikan keluasan penanaman nanas sehingga 100 ekar dalam masa 2 tahun lagi. Pada masa ini terdapat sebanyak 19 buah kelompok nanas di seluruh negeri Johor dengan jumlah keahlian kelompok seramai 700 orang. Mereka kini mengushakan seluas 2,204 hektar (5,000 ekar) tanaman nanas dari pelbagai varieti seperti Nanas Moris (AC1), Nanas Josapine (AC5), Nanas N36 (AC8), Nanas Gandul (AC3), Nanas Maspine (Ac4), Nanas Sarawak (Ac2)dan terkini adalah nanas MD2 (Ac9). Kelompok Nanas Parit Ghani ini melibatkan 3 Daerah iaitu Batu Pahat, Kluang dan Pontian ini merupakan sebuah kelompok yang paling aktif di Negeri Johor dengan mempunyai 48 orang ahli dengan kawasan tanaman nanas seluas 86 hektar dengan kebanyakannya adalah menanam nanas Josapine. Wak Sajiman merupakan individu paling luas menanam nanas dalam kelompok ini. Kelompok ini berjaya mendapat pengiktirafan dengan mendudukki tempat kedua dalam Pertandingan Kumpulan Tani Komersil Jaya Peringkat Kebangsaan Negeri Johor 2016, Konsep Berkelompok yang dilakukan adalah bertujuan untuk mengumpulkan penanam nanas yang berselerak dalam satu sistem pengurusan yang lebih tersusun. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis lagi mengenai seorang usahawan nanas yang boleh dijadikan model yang boleh dikagumi untuk bahan bacaan dan rujukkan anda.


Mengenali Wak Sajiman dari dekat memang banyak kisah suka duka beliau dalam usaha menanam nanas sehingga ketahap sekarang ini. Semanjak kecil dahulu memang keluarganya telah menanam nanas sebagai salah satu punca pendapatan keluarganya dikampong yang mana tanahnya adalah dari jenis Gambut Dalam. Dahulu penanaman nanas yang diusahakan adalah Nanas Moris dimana ia dijual dengan harga amat murah serta beberapa jenis nanas kaleng seperti Nanas Gandul dan Nanas N36 yang dijual kepada kilang nanas (Dahulu ada 4 buah kilang nanas yang beroperasi diJOhor aan tetapi kini hanya sebuah sahaja yang terletak di Skuai , Johor Bahru). Bagaimana pun kemudian aktiviti tanaman nanas sudah berubah daripada dihantar kekilang dengan harga murah kepada penjualan nanas segar kepada pemborong dan peruncit di Johor Bahru, Kuala Lumpur dan dihantar juga ke Singapura. Menurutnya penanamn nanas merupakan usaha yang boleh menguntungkan jika ianya diusahakan dengan betul, dijaga dengan baik dan juga ada saluran pasaran yang betul. Permintaan terhadap buah nanas menurutnya terus meningkat apa lagi dengan adalnya beberapa varieti nanas baru seperti Nanas Josapine dan juga MD2. Kini beliau menumpukan penanaman nanas Josapine dan MD2 tetapi masih lagi menanam nanas Moris dan N36 kerana masih mempunyai permintaan yang baik.


Beliau yang  mempunyai pengalaman puluhan tahun menanam, memetik dan menjual nanas masih mencari tanah-tanah orang dikampung berdekatan untuk disewa dan ditanam dengan nanas. Tanah kelapas sawit dibelakang rumahnya seluas 3 ekar telah berjaya disewa dan ditebang dimana kini kerja-kerja membuat jalan ladang dilakukan semasa penulis blog berkunjung berjumpa beliau dirumahnya. Tanah tersebut disewa dengan diikat selama 10 tahun dengan bayaran RM2,500 seekar bermakna beliau membayar RM7,500 kepada pemiliknya yang tinggal di Johor Bahru. Bayaran tambahan setiap tahun akan diberikan bergantung kepada keuntungan yang diperolehi dan bayaran cukai tanah ditanggung beliau. Kerja membuang ppokok kelapa sawit tua yang tidak produktif ini dilakukan dengan menggunakan jentera JCV dan dilonggokkan mengikut baris dan tidak boleh dibakar diatas tanah gambut. Jalanladang dan perparitan serta kolam dibina dikawasan sesuai. Kos membina jalanladang paling sukar dilakukan kerana perlu mengambil tanah merah (gravel) dengan jarak hampir 25 km di Simpang Rengam. Di kira kos untuk buna jalan sekitar RM1,500 bagi 1 rantai dimana ia adalah keperluan penting bagi ladang nanas ditanah gambut. Wak Sajiman dakwa jalan ladang sangat penting untuk membawa benih, baja, menuai dan membawa buah keluar dari kawasan kebun. 


Nanas memerlukan penanaman setiap kali buahnya dituai. Kepadatan bagi seekar (o.4 hektar) bagi tanah yang telah lama ditanam sekitar 20,000 pokok sementara bagi kawasan baru dibuka hanya 15,000 pokok (kerana ada longgokan batang pokok sawit). Benih merupakan komponen input yang penting dimana Wak Sajiman tiada masaalah dengan benih Josapine, N36 dan Gandul kerana ada berjua didalam kebunnya. Beliau cuma kekurangan benih nanas MD2 kerana baru menerima bantuan daripada LPNM pada tahun 2018 (KP Nanas masa itu meluluskan projek penanaman nanas premium MD2 untuk pekebun kecil buat kali pertama). Bantuan nanas MD2 sebelum ini hanya diberikan kepada usahawan komersil dengan keluasan 10 ekar dan hanya mereka yang berjaya menerima projek ini.  Wak Sajiman dibantu oleh 2 orang anaknya yang menguruskan kebun nanas dibantu 25 orang pekerja upahan dari kalangan penduduk kampung dan warga Indonesia. Aktiviti menanam, menghormon dan menuai dijadualkan agar ia selari dengan pemasaran yang diaturkan. Buah yang dituai akan digredkan dahulu sebelum dinaikkan ke lori untuk dihantar kelokasi pemasaran. Kejayaan Wak Sajiman didalam mengusahakan tanaman nanas dibuktikan dengan pembinaan rumah batu berharga ratusan ribu hasil duit nanas. Tahniah kepada Wak Sajiman sebagai ikon petani yang menanam nanas sebagai kerjaya yang berjaya. Kepada anak muda boleh mengikuti langlah beliau menanam nanas. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMA WAK SAJIMAN... NANAS DITANAMNYA...
DAHULU KECIL... BERPULOH EKAR LUASNYA...
DITANAH GAMBUT... MUDAH DIURUSKANNYA...
ARTIKEL DITULIS... SELEPAS SAYA JUMPA DIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 102, Hotel T5 Boutique,
Pontian, Johor,
Malaysia.
(12 RabiulAwal 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.