Saturday, November 30, 2019

EKSPORT NANAS - GUNA PESAWAT KARGO

EKSPORT NANAS KE CHINA DENGAN PESAWAT KARGO?.   Itu merupakan satu kejayaan yang patut dibanggakan dan dijadikan sebagai pemangkin kepada industri nanas dan buah-buahan dari Malaysia untuk ianya memasukki pasaran China. Malaysia mendapat kelulusan daripada negara China untuk membawa buah Durian Segar (Durio zibethinus) terutama untuk varieti Musang King atau nombor daftarnya D197 atau nama lain asal varieti ini adalah Durian Raja Kunyit. Selain durian kelulusan mengeksport ke China adalah buah Nanas Segar (Ananas comosus) juga diluluskan pada 2017 terutama untuk nanas MD2 dari Malaysia. Kaedah untuk penghantaran buah nanas segar selama ini menggunakan kapal laut dimana mengambil masa agak lama (7-9 hari) untuk didagangkan di China melalui hanya 3 pelabuhan yang diluluskan sahaja. Bagaimana pun pengeksportan nanas MD2 dari Malaysia semenjak 2017 agak kurang memberangsangkan dan tidak dapat menepati permintaan tinggi dari China dimana ini adalah disebabkan oleh beberapa faktur. Antaranya kerana bekalan nanas MD2 yang tidak konsistent, kualiti buah nanas MD2 yang masih perlu diperbaiki, kos rawatan dengan gas yang agak mahal (ikut syarat asas SOP Negara China), pesaingan nanas MD2 dari Filipina ( iaitu harga murah, dekat dengan China dan bekalan buah segar konsistent oleh Dole ) dan juga kos pengangkutan serta risiko kerosakan masih tinggi didalam kontena. Penulis blog amat teruja apabila satu Majlis perlepasan eksport nanas MD2 pertama melalui pesawat kargo dari Kuala Lumpur ke Zhengzhou China pada 27 November 2019 yag disempurnakan oleh YB Sim Tze Tzin, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia yang bertempat di Kompleks Kargo KLIA Sepang. Artikel petang Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis menganai pelancaran mengeksport buah nanas MD2 ke China menggunakan pesawat kargo yang kemuidan ia akan merealisasikan pasaran buah-buahan tempatan. Penulis yang juga pernah menjawat sebagai Ketua Pengarah LPNM merasai ini satu kejayaan terbaik dicapai.


Pengeksportan ini dilaksanakan oleh Syarikat Linghang International (M) Sdn Bhd (LHM) dengan kapasiti 22 tan buah nanas segar MD2 (jumlah tersebut dikira kasar adalah bersamaan dengan keluasan dan tuaian untuk 1 ekar pengeluaran ladang nanas) ke dalam pesawat kargo SF Express, Boeing 757 200F (Sila lihat foto disebelah). Daripada penerangan pihak terlibat, ia adalah berikutan permintaan yang tinggi buah durian dan buah nanas dari Malaysia ke negara China. Kini Syarikat LHM telah menyasarkan untuk mengeksport kerana mereka memerlukan buah-buahan tropika yang eksotik dan berkualiti termasuk buah nanas MD2 sebanyak 2,000 tan setahun (3 kali penerbangan seminggu) dengan nilai RM12 juta. Ini memerlukan keluasan penanaman seluas 91 hektar (bersamaan 225 ekar setahun) dengan jumlah permintaan sedia ada dimana ianya akan meningkat lagi. Walau pun statistik yang enulis blog rujuk menyatakan dimana jumlah permintaan nanas negara China adalah sebanyak 6% daripada 27 juta metrik tan pengeluaran nanas dunia iaitu sebanyak 1.6 juta metrik tan. Dilaporkan dimana dari tahun 2017 sehingga kini, Malaysia hanya mengeksport sebanyak 726 metrik tan nanas MD2 ke China dengan nilai RM3.1 juta sahaja dimana rekod menunjukkan kebanyakannya adalah melalui pengangkutan laut sahaja.


Dalam sidang akhbar tersebut dimana YB  Sim Tze Tzin, Menteri Pertanian diiringi oleh Pengerusi LPNM menyatakan negara telah mensasarkan nilai eksport nanas RM350 juta pada tahun 2019 (Sila lihat foto disebelah).  Menurutnya lagi  Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah pun menyasarkan nilai eksport nanas sebanyak RM350 juta sehingga hujung tahun 2019. Apa yang dijelaskan adalah sasaran dikaji semula akibat dari susulan rekod nilai eksport sebanyak RM343 juta tahun 2019 yang menunjukkan terdapat perkembangan pengeksportan nanas MD2 terutamanya memberangsangkan dalam industri nanas. Beliau dakwa dimana industri nanas negara dijangka berkembang dengan kadar pertumbuhan tahunan lima (5) peratus berasaskan kepada arah aliran yang semakin meningkat dan penerimaan nanas. LPNM juga telah pun menjangkakan sasaran tahun ini direkodkan bersama nilai pengeluaran nanas sebanyak RM530 juta dengan jumlah membabitkan 400,000 tan. Nilai pengeluaran nanas menunjukkan perkembangan positif sejajar dengan kadar permintaan domestik dan asing apabila berlakunya tahap peningkatan tahun ini berbanding tahun lalu iaitu RM502 juta, maka sebab itulah kita jangka ia meningkat kepada RM530 juta. Kini diantara negara pengimport utama produk nanas tempatan adalah Singapura, Jepun, Hong Kong, China, Timur Tengah dan Eropah. Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan penerbangan sewa khas nanas ke Zhengzhou, China di Terminal Kargo, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).


Pesawat Kargo ini daripada China mengutamakan untuk membawa buah durian dimusim durian akan tetapi pada masa durian tidak ada akan membawa buah nanas segar terus ke negara China. Tze Tzin dakwa kini jumlah pengeluaran nanas dunia ialah 27 juta tan manakala permintaan dari China adalah enam peratus yang bersamaan 1.6 juta tan. Dari rekod LPNM didapati dimana jumlah eksport nanas segar negara sebanyak 726 tan membabitkan nilai RM3.1 juta dari akhir 2017 sehingga November tahun 2019. Dalam pada itu didapati juga ia  menunjukkan China mempunyai permintaan yang besar bagi produk nanas dan pastinya Malaysia boleh menawarkan produk pertanian berkualiti seperti nanas kerana keupayaan dan memandangkan iklim yang baik dan tanah yang subur. Penulis blog setuju dengan pendapat TYBM ini dimana ada kepercayaan jika kerjasama di antara Malaysia dan China dapat untuk terus diperkukuhkan kerana peluang untuk eksport produk buah-buahan dan makanan Malaysia yang sangat disukai oleh rakyat China. Penulis blog mengikuti rombongan menteri ke Promosi Buah-buahan Malaysia di Nanning dan mendapati memang benar orang negara China memang suka durian, nanas dan nangka dari Malaysia. Anda boleh baca srtikel tersebut (Sila klik disini) dan (Sila klik disini) untuk membacanya. Dilaporkan usahawan di Malaysia amat menghargai usaha Linghang International (M) Sdn Bhd yang menjalankan perniagaan berkaitan nanas apabila mengeksport sekurang-kurangnya 2,000 tan nanas setahun yang bernilai sebanyak RM12 juta. Adalah dijangka dimana perniagaan terbabit diyakini akan meningkatkan dan mengukuhkan hubungan perdagangan dua hala antara Malaysia dan China. Penulis blog menyokong penuh usaha mengeksport nanas segar dan durian segar menggunakan pesawat karga yang memerlukan komitment tinggi darpada semua pihak termasuk penanam, pengeksport dan pengguna. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology semua. Wasallam!!!..

BUAH NANAS... DURIAN PUN SAMA...
NAIK KAPALTERBANG... SUDAH ADA...
SATU PELUANG ... UNTUK SEMUANYA...
MENANAM NANAS.. PERLU DI USAHA....

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(2 RabiulAkhir 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.