Friday, November 29, 2019

FAKTA TENTANG CEKUR

FAKTA TENTANG CEKUR (Kaempferia gigantica) atau dalam bahasa saya dikampong sebagai 'Kencur' memang merupakan sejenis herba yang tidak berbatang (Sila lihat foto diatas). Memang berbeza diantara Cekur dengan Cekur manis (Sauropus androgynus) yang mana keduanya adalah jenis sayur dan ulaman.Penulis blog banyak menulis artikel mengenai cekur dan cekur manis. Cekur mempunyai tunas pucuk yang tumbuh daripada batang rizomnya yang mana rizom berada dalam tanah dan hanya daunnya berwarna hijau berada diatas tanah. Bergantung kepada penjagaan dan kesuburan biasanya setiap rumpun mempunyai diantara 3 - 8 helai daun yang tebal dan lebar yang berbentuk bujur telur. Penulis dapati dalam masa 2 bulan sahaja rizom ditanam didalam pasu yang media cocopeat atau tanah campuran sudah cukup besar. Baja organik yang diberikan memberikan tahap kesuburan terbaik kepada tanaman cekur. Pokok yang cukup tua sering mengeluarkan bunga berwarna putih yang mekar dalam masa singkat sahaja. Cekur segar ada dijual dipasar biasa, pasar tani dan juga pasar malam dikawasan tertentu terutama dimana ramau suku kaum Jawa tinddal dimana mereka memanggilnya sebagai 'Kencur' sahaja. Pada penulis blog apa yang istimewa mengenai cekur ini adalah daun dan rizomnya yang mempunyai aroma yang lembut serta berkhasiat. Bau cekur ini amat berlainan dengan bau rizom daripada halia, kunyit atau lengkuas atau keluarga Zingiferaceae yang lain. Di Malaysia tiadak ada rekod rasmi mengenai keluasan penanaman cekur yang dianggap sebagai ulaman ini. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan beberapa fakta mengenai tanaman cekur, khasiatnya dan juga perawatan yang mungkin sesuai untuk rujukkan anda.


Nama lain Celur adalah seperti  Cekur Hijau, Cengkur, Kencur dan beberapa lagi. Dalam bahasa Inggeris namanya adalah Aromatic Ginger, Sand Ginger, Cutchery, Resurection Lily dimana bahagian yang dimakan adalah daun dan rizomnya.  Cekur merupakan sejenis tumbuhan herba yang kecil dengan ada 3-7 helai daun leper berada diatas permukaan tanah dimana ia akan tumbuh padat didalam pasu (Sila lihat foto disebelah).  Sesuai juga ditanam diatas batas tanaman dengan memerlukan cahaya matahari yang banyak dan baja serta air mencukupi. Rizomnya dan akarnya berada didalam tanah selalunya akan dituai bersama seluruh daunnya. Nahagian akar putih juga boleh digunakan didalam ramuan makanan. Penulis blog sering mencari rizom cekur dipasar seperti Pasar Besar Bantinng yang dijual dengan harga diantara RM8 - RM12 sekilogram (segar) dan selonggok RM3- RM5 selonggok (yang agak kering). Dari segi kegunaan memang berlainan bergantung kepada resepi makanan yang diminati menggunakan cekur tetapi dikalangan masyarakat jawa paling enak dibuat 'Pecel lele' atau sambal pecel.


Cekur adalah tumbuhan yang berkhasiat dimana dilaporkan  mengandungi bahan Cineol, Borneol, 3-carene, camphene, kaempherol, kaempferide , cinammaldehyde, asid p-methoxycinnamic,   ethyl cinnamate dan ethyl p-methoxycinnamic. Walau pun saintis menyebut bahan kimia kandungan didalam cekur in jarang didengar akan tetapi kajian makmal menemuinya. Bagaimana pun setelah dibuat pecel ikan keli atau pecel ayam bakar atau pecel ikan pari bakar dan sudah dicampur dengan santan, halia, garam dan asam jawa serta cili api semuanya menjadi sedap belaka (Sila lihat foto disebelah. Lauk pecel ini memeng enak dimakan dengan nasi putih pada waktu tengahari atau ada kalanya masyarakat Jawa membuat kenduri dengan lauk yang enak ini.Rizom adalah bahagian paling sesuai digunakan didalam makanan dan daunnya pula akan dihiris dijadikan hiasan. Dalam kuah pecel sayur dan rojak jawa sering dimasukan cekur ini.  Memang banyak jenis resepi masakan jawa yang berasaskan cekur atau kencur ini dan kurang pada masyakrakat Melayu Biasa. 


Dari segi khasiat dan untuk perubatan dikalangan Masyarakat Melayu dahulu daun dan rizom cekur ada digunakan didalam mengatasi masaalah malaria dan resdung. Dalam pada itu dikalangan orang Cina memang ada juga menggunakan cekur didalam kaedah perubatan cara tradisional mereka. Mereka yang ada masaalah sakit gigi, menghilangkan masaalah kelumumur dan membunuh kutu dikepala mereka akan menggunakan cekur yang dijadikan ubat. Begitu juga cekur dilaporkan ada diguna untuk merawat masaalah membuang angin dalam perut (lepas makan cekur akan buang angin dengan signifikan), mengatasi masaalah sembelit dan juga menambah selera makan. Dalam perusahaan membuat param digunakan cekur ini sebagai salah satu bahan enting yang dijadikan ramuannya. Param adalah bahan yang digunakan didalam perubatan tradisional yang disapukan pada bahagian tertentu agar awet muda, kulit yang liicin, mengeluarkan angin badan dan juga untuk bentuk badan menarik atau langsing. Air rebusn cekur yang diminum mampu merawat ibu selepas bersalin, sakit kepala, mual hendak muntah dan juga masaalah gastrik. Daunnya pul ajika diluumatkan dan ditampal pada kerongkong boleh atasi masalah kerengsaan kerongkong dan hilangkan batuk. Paling terkini dimana ekstrak rizom cekur didapati boleh digunakan untuk membunuh nyamuk Culex quinquefasciatus dan jug membunuh nyamuk Aedes aegypati yang membawa penyakit merbahaya kepada manusia. Fakta tentang cekur ini membolehkan tanaman ini diperbanyakan tanamannya agar banyak orang dapat faedahnya. Semuga artikel ini mampu memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
 MENANAM CEKUR ... MUDAH SAHAJA...
RIZOM DI BELI... DALAM PASU TANAMNYA...
MUDAH HIDUP... PETIK BILA PPERLUNYA...
BANYAK KHASIAT... MAKANLAH SENTIASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(24 Safar 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.