Monday, December 30, 2019

GARAM BUKIT - APA HEBATNYA

GARAM BUKIT (Rock Salt) merupakan sejenis garam yang berasal daripada mendapan lapisan mineral dikawasan tanah khusus yang memberikan rasa masin (salty). Sumber garam bukit ini berbeza-beza mengikut lokasi dan batuan asas kejadian tanah disesuaitu kawasan. Ia mungkin berada dikawasan tanah tinggi, di gunung, bukit dan kadang kala juga dikawasan paya dan tasek. Garam bukit boleh juga diperolehi melalui perlombongan seperti dikawasan gunung Himalaya (ia didakwa garam bukit paling komersil didunia) dan ada yang diambil daripada air mata garam seperti di Kawasan Ba'kelalan serta Bario dipendalaman Sarawak. Penulis sudah meninjau kedua-dua kawasan garam bikut dan menulisnya sebelum ini dalam blog sama (Sila klik disini) untuk membacanya. Sebenarnya apabila kita berbincang dengan perkara  Garam perlu diketahui akan bahan itu sendiri. Penuis bog dapati garam ada jenis yang dikenali sebagai 'garam makan' atau 'garam batu' dan ia merupakan sejenis galian yang komponen utamanya ialah Natrium klorida. Ia penting untuk kehidupan manusia dan haiwan dalam kuantiti kecil bagaimana pun berbahaya jika diambil secara berlebihan. Rasa garam adalah MASIN dimana ia  merupakan salah satu daripada rasa asas yang diperlukan oleh manusia. Garam jugalah yang menyebabkan laut terasa masin. Sejak zaman dulu kebanyakan garam yang mana ia digunakan sebagai garam makan adalah juga berfungsi sebagai penyedap makanan namun sejak akhir-akhir ini garam juga digunakan dalam industri perubatan. Sebagai contoh dimana kebanyakan garam digunakan untuk menawarkan (neutralised) sesuatu komposisi kimia yang berlebihan dalam badan pesakit. Garam juga merupakan bahan yang berupaya untuk dijadikan sebagai bahan dagangan yang dikomersilkan. ini adalah kerana garam pada masa kini merupakan satu bahan yang amat diperlukan sama ada digunakan dalam bidang perubatan, pertanian mahupun dalam bidang pembuatan makanan. Bayangkan bagaimana kehidupan anda apabila ketiadaan garam. Artikel petang Ahad ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis sejenis garam iaitu GARAM BUKIT selain daripada Garam Laut dan Garam Buluh untuk bahan rujukkan anda semua.


Garam Bukit dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai Halite yang mana ia sesuai atau sering dipanggil juga sebagai 'Rock Salt'. Strukturnya merupakan kristal isometrik dimana kandunga utama didalamnya adalah Natrium Chloride (NaCl). Batuan ini lazimnya tidak berwarna walau pun sebenarnya ada warna lain mengikut batuan asas disesuatu kawasan dimana ia memberikan warna Pink, Biru Gelap, Biru Terang, ungu, merah, oren, kuning atau kelabu. Perkataan 'Halite' adalah daripada bahasa kuno Greek yang membawa maksud Salt (Garam). Lombong garam batu terbesar didunia terletak di Kanada dengan penghasilan sebanyak 7 juta metrik tan dengan kaedah perlombongan dikenali dengan 'Room and Pillar Mining' terlatak di Sifto Salt Mining. Lombong garam baru yang dalamnya 0.5 km dalam bumi ini juga berhampiran dengan Tasek Huron di Ontario, Kanada. Garam Bukit di Bario dan Ba'kelalan pula di ambil daripada kolam dan dididihkan untuk sejatan air garam dengan mengambil masa lama 10 - 14 hari keseluruhan proses sehingga sedia dibungkuskan untuk kegunaan penduduk kampung dan dijual. Penulis blog terpaksa berjalan jauh kelokasi garam bukit disini untuk melihat sendiri bagaimana proses menyejatkan air ini yang memang memerlukan ketabahan penduduk kampung yang terlibat memprosesnya. Kalau dijual dengan harga tinggi berbanding dengan garam lain pun ia memang berpatutan.


Saintis menyatakan dimana tempoh pembentukkan hablur garam ini sebenarnya dipengaruhi oleh tahap kemasinan air garam dan kuantiti garam bukit yang hendak dihasilkan. Pengusaha tempatan akan mendidihkan air garam didalam bekas yang diletakkan api kuat dibawahnya sehingga kering dan kristal garam terbentuk (Sila lihat foto disebelah). Kandungan bahan Iodin dan Zat Besi didalam gram bukit yang tinggi boleh meningkatkan tahap keupayaan intelek individu seseorang. Kajian saintis menunjukkan dimana individu yang mengambil garam bukit dalam kehidupan seharian bebas daripada penyakit Beguk dan mempunyai tahap keupayaan intelek (IQ) yang lebih tinggi. Bagaimana pun lazimnya harga garam bukit memang dijual dengan lebih tinggi dan ini disebabkan oleh kesukaran untuk memprosesnya atau mendapatkannya selain daripada khasiatnya yang hebat. Kini ia sudah dijadikan sebagai salah satu pilehan makanan kesihatan yang mendapat permintaan ramai. Ia juga dikaitkan dengan produk makanan atau produk kosmetik untuk meningkatan kecantikkan seseorang. Pada orang ramai antara kebaikan garam bukit adalah sebagai ia menyihatkan tubuh badan dan mengimbangkan cas (charge) didalam badan. Garam bukit juga membantu melancarkan darah serta menyuburkan kesihatan kepada ternakan. Lembu daging , lembu susu dan ternakan kambing sering diberikan garam bukit (rock Salt) berwarna kemerahan dikandangkan untuk ia dijilat ternakan.


Garam bukit adalah garam organik yang mana ia didakwa sebagai gram paling berkhasiat, paling bersih dan mempunyai struktur geomatrik kristaline yang amat sempurna. Ia mengandungi semua unsur yang terdapat dalam tubuh manusia. Penulis blo g dapati ia berbeza dengan garam biasa dan masa kini Garam Gunung Himalaya adalah paling berbeza daripada garam halus biasa yang diproses yang mana kandungan sodiumnya adalah sodium pasif yang menyebabkan tekanan darah naik. Sebenarnya didakwa dimana garam memudaratkan apabila proses “pembersihan” turut menyahkan unsur potassium, kalsium, magnesium dan besi yang perlu bekerjasama dengan sodium. Namun, garam merupakan satu rahmat daripada Allah SWT yang boleh dinikmati dan tidak semestinya ditakuti kemudaratannya. Diantara kebaikan garam bukit seperti yang didakwa adan memberikan ketenangan yang nyaman, selesa bila ditempat-tempat seperti hutan, bukit-bukau, kawasan pergunungan, air terjun, tepi pantai atau pun selepas hujan lebat. Perkara ini adalah disebabkan dimana selepas hujan lebat, kandungan ion negative adalah lebih tinggi pada ketika itu yang menghasilkan elektrikal balance atau dipanggil ionic balance. Garam bukit didapati menambah kualiti segala sesuatu yang dicampur dengannya. Dalam pada itu garam bukit berfungsi sebagai pemangkin dalam tindak balas kimia, oleh itu garam bukit sangat diperlukan dalam proses penghadaman dan pencernaan makanan, mengurangkan masalah angin dan gastrik. Ia sangat cekap melancarkan pengaliran darah, merangsang kalenjar untuk merembes hormon, asid amino, mineral dan vitamin oleh organ tubuh. Ia juga kaya dengan iodin dan mampu mengimbangi kalsium dalam tubuh iaitu mineral yang penting untuk mencegah osteoporosis. Selain itu kebaikan lain garam bukit termasuk meneutral dan meningkatkan kualiti udara, mengurangkan pencemaran udara serta juga membantu mempercepatkan tahap pemulihan pesakit asma. Khasiat lain termasuklah dapat mempercepatkan proses didalam penyembuhan luka akibat terbakar, memberikan kesan positif keatas tindakan kita terhadap perangsang deria serta juga akan mengurangkan sebahagian besar bakteria yang terkandung di dalam udara rumah. Garam bukit juga selalu digunakan sebagai bahan terapi penyinaran untuk tujuan meningkatkan sistem imunisasi tubuh, melegakan resdung, migrain, pening kepala, demam panas dan serangan selsema, Ia akan membantu meningkatkan tahap produktiviti kerja atau kosentrasi, meningkatkan kapasiti denyutan jantung, mengurangkan perasaan cemas atau bedebar-debar dan juga mempengaruhi tahap serotomin dalam aliran darah. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
GARAM BUKIT.. BANYAK KHASIATNYA...
HARGANYA MAHAL... TIDAK MENGAPA...
UNTUK KESIHATAN... KECANTIKAN JUGA...
BACA ARTIKELL ... MENERIMA INFONYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(3 JamadilAwal 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.