Sunday, December 29, 2019

CENDAWAN MELATI - ADA POTENSI

CENDAWAN MELATI (Calocybe indica) atau juga dipanggil sebagai Cendawan Susu Putih atau Cendawan 'White Milky' ini merupakan cendawan yang berpotensi diusahakan di Malaysia. Ini sebagai salah satu langkah untuk mempelbagai dan merancakkan pilihan dalam pengeluaran dan pemasaran cendawan negara. Walau pun penulis blog berpendapat ada dikalangan peminat cendawan ini mungkin telah mengenali atau menikmati banyak jenis cendawan seperti cendawan tiram kelabu (atau cendawanputih) akan tetapi cendawan melati ini masih kurang dikenali dan diusahakan. Antara jenis cendawan lain yang ada diusahakan di negara kita adalah sepeti Cendawan Kukur, Cendawan Telinga Kera, cendawan Shitake, Cendawan Butang dan sejak akhir ini adalah dari jenis Cendawan Jerami (atau pun selalu digelar sebagai Cendawan Volvariella). Kali ini penulis blog ingin membawa anda kepada satu lagi jenis cendawan yang mungkin boleh diusahakan (jika berminat) dan diketengahkan untuk tujuan merancakkan lagi atau menyaingi jenis-jenis cendawan yang telah berada di pasaran sekarang dimana ia dikenali sebagai Cendawan Susu Putih, atau cendawan Melati atau pun White Milky Mushroom. Didalam mengusahakan cendawan tentunya antara perkara yang perlu difikirkan pengusaha adalah bagaimanakah teknologi agronominya, dari mana untuk dapatkan sumber benih dan substrat menanamnya, apakah strategi pemasar dan citarasa pengguna terhadap cendawan ini dan pulangannya. Jika menanam cendawan Melati dan kurang permintaannya maka ia dijangka akan menjejaskan pemasaran berbanding dengan jenis cwndawan Tiram Kelabu yang sudah popular. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan mengenai Cendawan Melati atau Cendawah Susu Putih untuk dijadikam bahan rujukkan dan bacaan anda semua.


Cendawan Melati atau Cendawan Susu Putih ini mempunyai nama botaninya Calocybe indica memang boleh ditanam di atas pelbagai substrat sama juga seperti penanaman cendawan tiram kelabu akan tetapi pengusahanya perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang mencukupi dan sebaik berpengalaman. Cendawan jenis ini boleh ditanam di atas substrat yang mengandungi lignin, selulosa dan hemicelluloses. Paling bagus dimana cendawan ini juga memang boleh ditanam di atas jerami padi, batang jagung, hampas tebu, kapas dan bahan buangan rami serta lain-lain sisa. Namun adalah disyorkan menggunakan jerami padi kerana di negara kita banyak menanam padi dan jeraminya terbuang begitu saja. Didakwa dimana cendawan susu putih sesuai diusahakan dalam iklim subtropika dan tropika. Ia juga merupakan salah satu dari jenis cendawan yang mudah diusahakan dan memerlukan kos yang rendah dengan hasil yang agak tinggi dan lebih bermanfaat jika dibandingkan dengan cendawan lain. Lazimnya keperluan untuk menanam cendawan susu putih adalah benih cendawan susu atau disebut sebagai spawns. Bahan tanaman cendawan ini juga boleh menggunakan jerami padi, peatmoss dan beg plastik lutsinar berukuran 60 cm x 30 cm. Usahawan perlu pastikan jenis substrat jenis mana yang paling murah, cepat keluarkan hasil serta sumber yang berterusan boleh dibekalkan atau diperolehi. Ia juga sebaiknya sesuai diprses untuk tujuan ia dimasukkan kedalam bungkah (Sila lihat foto disebelah). Penanaman cendawan ini didalam bungkah memudahkan lagi  pengeluaran yang berterusan dan berjadual.


Mungkin anda tertanya-tanya di mana usahawan hendak dapat benihnya, Pusat Pembangunan Komoditi, Serdang, Selangor dilaporkan sedang menyediakan benih-benih dan juga merancang untuk pusat ini mengadakan kursus penanaman cendawan ini dalam sedikit masa lagi. Bagaimana pun didalam teknologi penanamannya pada usahawa mereka boleh  mengumpulkan jerami padi dan ia kemudian perlu di rendam ke dalam air yang dicampur dengan kapur dagangan (GML) selama antara 8 - 16 jam yang mana ia bertujuan untuk mempasteur (TCP) bagi membunuh mikrob lain yang merbahaya. Jerami padi yang telah direndam kemdian perlu diangkat dan ditoskan untuk membuang sisa-sisa air yang berlebihan. Disyorkan juga untuk menggunakan spinner dari mesin basuh kerana jerami perlu dalam keadaan lembab. Kemudian jerami yang telah direndam dan ditoskan akan disimpul seperti meyimpul tali dan masukan ke dalam beg plastik yang mana perlu disusun 3 lapis. Setiap lapisan hendaklah diletakkan benih (spawns) dan tutup beg plastik dan ikat. Cucuk bahagian tepi beg plastik menggunakan lidi agar benih atau spawn bernafas.
Beg-beg plastik yang telah siap diletakkan di tempat yang gelap (80-85% cahaya) suhu antara 30 – 38ÂșC atau disimpan ke dalam rumah cendawan. Beg plastik perlu disembur halus (mist) dengan air 2 kali sehari untuk mengekalkan kelembapan.


Pertumbuhan cendawan biasa terbentuk daripada benih yang dipanggil spora dimana ia akan berkembang menjadi jisim benang putih bersarang padat yang disebut sebagai miselium. Selepas 10 harimaka akan didapati miselium telah memenuhi setiap ruang beg tersebut. Ketika ini sebaiknya beg-beg plastik dibuka dan dibubuh lapisan atas jerami dengan peatmoss setebal lebih kurang 2-3 cm dan biarkan untuk beberapa hari lagi. Biasanya kudup kecil akan muncul dari peatmoss dan akan muncul pula batang yang mengembung dan akan tumbuh sepenuhnya apabila kepalanya mengembang seperti payung dalam tempoh 5 - 7 hari dan boleh mula dituai untuk dipasarkan (Sila lihat foto disebelah). Kemudian selepas kutipan pertama maka cendawan baru akan tumbuh lagi selepas 10 hari dan akan bertahan untuk 3 kali kutipan dari tarikh mula dikutip. Setiap beg akan menghasilkan lebih kurang 300 - 500 gram cendawan melati. Penulis blog dapati dimana ia mampu untuk menghasilkan 3 kali kutipan. Apa yang telah dibuat kajian dimana purata sekudup cendawan adalah seberat antara 150 - 200 gm. Cendawan susu putih yang telah dituai boleh bertahan sehingga 21 hari jika ianya disimpan ke dalam peti sejuk. Cendawan susu putih enak dibuat sup sayur, goring bersama perencah udang kering, masak lemak cili api untuk hidangan makan tengahari atau malam bersama keluarga atau digoring tepung untuk hidangan minum petang. Manfaat kesihatan cendawan termasuk kelegaan daripada tahap kolesterol tinggi, kanser payudara, kanser prostat, dan kencing manis. Ia juga membantu dalam penurunan berat badan, dan meningkatkan kekuatan sistem imun anda. Mengambil cendawan sebagai diet makanan harian sebenarnya boleh melindungi anda daripada penyakit dan jangkitan, kerana cendawan penuh dengan protein, vitamin, mineral, asid amino, antibiotik dan antioksidan.


Dalam penulis hendak tambah info mengenai Cendawan melati ini atau lebih terkenal dengan nama "Milky mushroom" atau nama saintifiknya Calocybe indica didapati ada yang mendakwa dimana cendawan ini sangat comel. Ia juga sesuai dengan namanya yang diambil dari Greek kuno "kalos" bermaksud cantik dan "cubos" bermakna kepala. atau ringkasnya 'kepala yang cantik' (Sila lihat foto disebelah). Antara yang telah mene=anamnya adalah Puan Cheng Poh Guat dari Ganofarm, Tanjong Sepat, Selangor yang memulakan penanaman cendawan melati di atas tanah. Beliau juga ada memberi kursus cendawan melati ini kepada usahawan cendawan beerminat dengan cara dia menggunakan media jerami padi. Cendawan melati ini yang juga merupakan cendawan yang mampu hidup pada jenis pelbagai substrat lain sesuai ditanam. Suhu yang optima bagi pertumbuhan miselium dan pengeluaran cendawan adalah pada suhu yang tinggi 30 - 38 darjah celcius dan kelembapan relatif pada 80 hingga 90 %. Cendawan ini juga mempunyai hayat simpanan sehingga 7 hari pada suhu bilik. Kini selain mempunyai hayat simpanan yang panjang dilaporkan dimana cendawan melati juga dapat mengekalkan warna putih dan rupabentuk yang segar tanpa bertukar menjadi keperangan atau kehitaman.  Cendawan ini turut kurang mendapat serangan perosak dan penyakit dan ini menyebabkan diantara sebab cendawan ini digunakan untuk menaikkan sosio ekonomi di negara India.  Selain cendawan melati, cendawan jerami atau lebih dikenali sebagai Volvariella volvacea juga merupakan spesis cendawan yang boleh hidup pada suhu yang tinggi. Dilaporkan juga dimana jenis cendawan melati mempunyai sedikit rasa pahit apabila dimakan dan isunya cendawan jerami mempunyai jangkahayat yang singkat dan tidak tahan lama untuk disimpan. Cara penanaman cendawan melati ini tidak sama macam menanam cendawan tiram. Penanaman cendawan melati di Malaysia dilakukan menggunakan media jerami padi, dan media habuk kayu. Perbezaannya ialah selepas miselium telah memenuhi bongkah media, casing atau lapisan organik akan digunakan untuk melitupi permukaan bongkah berkenaan. Penanaman cendawan melati yang ada menggunakan bongkah dari jerami padi berjaya keluarkan hasil berkualiti. Penggunaan bahan organik sebagai casing untuk menutupi media yang telah dipenuhi oleh miselium ini adalah adalah amalan agronomi yang penting dalam penanaman cendawan jenis yang tumbuh di atas tanah (humicolous). 


Cendawan yang selalu tumbuh pada permukaan kayu dikategorikan sebagai xilophagous. Casing pula akan dapat membantu menukarkan pertumbuhan fasa vegetatif kepada fasa penghasilan cendawan. Casing ini membantu mengekalkan kelembapan pada media cendawan. Serta membantu pertukaran gas dalam media cendawan. Apabila lama maka bongkah cendawan dari media jerami yang telah dipenuhi dengan miselium. Setelah casing diletak pada permukaan bongkah maka ia akan diperam dan disiram dengan sedikit air untuk pastikan casing tersebut sentiasa lembap untuk membantu pertumbuhan cendawan. Setelah cendawan ini muncul, siraman hanya dilakukan pada permukaan casing sahaja. Cendawan melati akan bertukar warna kuning sekiranya air disiram terus kepada jana buah.  Biasanya buah cendawan melati yang sudah matang akan dipetik dengan memulas bahagian pangkal cendawan. Saiz cendawan bergantung kepada bekalan nutrien dari media yang dibekalkan pada cendawan. Kemudian bongkah yang telah dipenuhi miselium boleh disusun didalam tray dan ditutup dengan casing. Bagi pengalaman akak, cendawan melati ini sedap jika digoreng. Rasanya lembut dan kenyal serta manis seperti ayam goreng. Apa yang akak buat ialah akak akan potong kecil cendawan tersebut, gaul sedikit dengan serbuk kayu manis sebelum akak gaul dengan telur dan tepung serba guna untuk digoreng (Sila lihat foto disebelah). Semuga anda mendapat info berguna mengenai cendawan melati dalam anim agro technolog kali ini. Wasallam!!...  
CENDAWAN MELATI... SUSU PUTIH SAMA...
MUDAH DITANAM...CARI BENIH DI MANA...
SEDAP DIGORENG...PAHIT SIKIT RASANYA...
BACA ARTIKEL... RASA NAK TANAMNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(29 RabiulAkhir 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.