Saturday, December 28, 2019

KENAPA BIJI BUAH GAJUS DI LUAR?

BUAH GAJUS (Anacardium occidentale) memang sejenis buah tropika yang unik kerana ia salah satu yang mempunyai bijinya diluar buahnya. Dalam beberapa tekatekii yang sejak zaman sekolah dahulu ditanya 'Apakah Buah Biji Diluar' dan tenunya semua sudah tahu bahawa itu adalah Buah Gajus (Sila lihat foto diatas). Buah Gajus juga dikenali dengan nama lain seperti Buah Janggus, Buah Ketereh Cashew Nut, Apple Cashew, Cajuana (English), Caju (Portugis) dimana kini ia semakin jarang dijumpai di Malaysia dimana penulis blog dapati hanya ada beberapa kawasan sahaja yang masih ada pokok ini dengan jumlah signifikan. Pokoknya sudah banyak di tebang kerana buahnya akan tetapi keperluannya untuk pucuk mudanya dijadikan ulaman masih ada yang menjaga pokok ini. Pokok Gajus ini dulu lazimnya ditanam dikeliling rumah untuk kegunaan sendiri. Ladang Gajus sebenarnya pernah di tanam secara komersial di Terengganu oleh Syarikat FIMA pada awal tahun 1980'an sebagai ladang Komersil di Kg Raja, Setiu dahulu yang saya pernah melawatnya semasa pelajar. Kini tanaman gajus di Malaysia tidak begitu popular seperti dibeberapa negara pengeluar utama lain. Keluasan tanaman ini di Malaysia adalah 480 hektar pada tahun 2011 sepertimana dilaporkan oleh Jabatan Pertanian tetapi kinii ia sudah tidak dilaporkan didalam Booklet Stattisti Jabatan Pertanian Malaysia 2018. Laporsan pengeluaran buah gajus dunia pada 2010 daripada laporan Statistik FAO sebanyak 2.757 juta metrik tan. Negara pengeluar terbesar gajus dunia adalah Nigeria (650,000 mt/tahun) diikuti dengan India (613,000 mt/tahun) dan Ivory Coast (380,000 mt/tahun). Negara lain yang banyak menanam gajus adalah seperti Vietnam, Indonesia, Filipina, Brazil, Tanzania dan Benin. Dari segi produktiviti, negara Peru dilaporkan sebagai paling tinggi dengan 5.27 mt sehektar sedangkan purata pengeluaran adalah sekitar 1.9 mt/hektar. Artikel ini saya akan bincang dalam "Anim Agro Technology" mengenai info gajus yang bijinya diluar untuk dipaparkan bagi dijadikan bahan rujuakkan anda semua.

Sebelum meneruskan perbincangan sebaiknya kita lihat dahulu akan Bunga Gajus (Sila lihat foto disebelah).Bunga gajus lazimnya akan keluar daripada bahagian pucuk dahan dengan tangkai (panicle) atau corymb berukuran sekitar 25 cm panjang dimana setiap bunganya adalah kecil. Bunganya mempunyai warna hijau pucat dan kemudian akan bertukar menjadi kemerahan dengan mempunyai 5 kelopak dan petal berukuran diantara 7 - 15 mm panjang. Pokok Gajus adalah jenis pokok saka yang tumbuh menegak dengan sistem bercabang yang merimbun dengan ketinggian mencecah sehingga 12 meter (30 kaki). Apa yang saya perhatikan, sistem percabangan pokok gajus tidak menentu dan tidak sekata. Pokok gajus mudah tumbuh di kawasan yang kurang subur dan mampu bertahan dalam keadaan kering. Daun berwarna hijau dengan susnan 'spiral' berbentuk dari bentik 'epiliptic' sehingga kepada bentuk 'ovate'. Lai daun didapati agak tebal serta mempunyai susunan bersilang berukuran 4 - 22 cm panjang dan 2 - 15 cm lebar. Di negara kita saya dapati pucuk daun gajus muda berwarna ungu kemerahan serta digunakan sebagai ulam yang sangat di minati. Kajian juga menunjukkan daripada berbunga sehingga buah masak perlukan masa 3 bulan. Buah yang masak akan jatuh ketanah (Bahagian 'apple') akan jadi kering dan bijinya tersembul. Buah yang jatuh akan dikutip dan diasingkan bijinya dan diproses. Jika buah belum cukup matang dan di petik untuk ambil bijinya agak liat dan sukar walaupun menggunakan mesin mekanikal. Biji akan dibuang kulit dan di goreng (tanpa minyak - roasted) sebelum di gredkan dan diberi perisa seperti garam. Biji yang siap diproses di masukan dalam plasitk kedaop udara (Vacuum packed) untuk menjamin kualitinya.


Bunga Gajus keluar dihujung dahan atau pucuk dengan bentuk beberapa jambak (corymb) dan berwarna kemerahan dengan ukur sekitar 24 - 26 cm panjang. Batang pokok gajus adalah jenis kayu keras yang berkulit tebal berwarna coklat kelabu. Buah gajus 'berbentuk hati' dan mempunyai biji berada di luar buah. Dari segi saintifik, buah gajus sebenarnya dari kumpulan Buah Palsu (False fruit) atau juga dipanggil sebagai Buah Hiasan (Acessories fruits) kerana ia berada diluar daripada buah. Buah sebenar adalah berbentuk oval atau 'pear shape' yang digelar juga sebagai 'hypocarpium'. Bahagian ini adalah lembut berwarna kuning atau kemerahan dan berjus (juicy) dengan rasa manis serta boleh dimakan. Bijinya juga berbentuk hati yang juga mempunyai pasaran tinggi untuk di jadikan makanan ringan. Terdapat bermacam warna buah gajus berwarna daripada warna kuning atau merah atau ungu apabila telah matang. Buah gajus yang manis-manis masam, berbau wangi dan isinya yang bersabut serta agak berair turut menjadi minat sesiapa yang suka memakannya. Seringkali buah ini menjadi makanan diambil penduduk kampung apabila bilangan buah yang masak dipokok tidak banyak. gajus yang matang akhirnya akan gugur ketanah dan sebaiknya buah ini dituai apabil masak dan bijinya boleh dikumpulkan dan diproses sehingga ia dijadikan makanan snek yang berkhasiat dan mempunyai nilai tinggi dipasaran. 

Biji Gajus mberbentuk 'hati' atau ada juga kata berbentuk 'sarung tangan tinju' dengan terletak pada hujung luar buah gajus. Satu biji buah hanya mempunyai satu biji sahaja. Biji ini diselaputi satu lapisan kulit berwarna coklat yang nipis. Sebenarnya biji gajus ini juga adalah diklasifikasikan sebagai bijibenih (seeds). Biji gajus juga merupakan bijian yang sedap dimakan. Rasanya yang lemak-lemak menyebabkan amat sukar untuk berhenti mengunyah. Biji gajus ini perlu melalui beberapa proses sebelum ia dimakan. Biji gajus perlu dibakar atau digoreng terlebih dahulu sebelum isinya dimakan bagi mengelak keracunan pada bahagian kulit pada biji tersebut. Biji gajus juga merupakan bahagian paling berguna iaitu sebagai makanan ringan (snack) yang boleh di proses sehingga kering dengan rasa asli, perasa garam,coklat atau masin-manis. Biji gajus mengandungi 54% lemak dan minyak termasuk lemak tepu (18%0, Lemak Tidak tepu (16%) dan Asid Stearic (7%). Kandungan tenaga sebanyak 2,3-4 Kjoule setiap 100 gm dengan kandungan lain iaitu Protin (18.2 g), Lemak (43.5 g), Karbohiderat (35.1 g) dan Serat (3.3 g). Kandungan lain ialah Riboflavin - Vit B2 (0.06 mg), Thiamine - Vit B1 (0.42 mg), Vitamin C (0.5 mg) dan beberapa zat galian seperti Fe, Ca, Mg, Zn, Mn dan banyak lagi. Buah gajus adalah diantara buah yang unik kerana bijinya berada diluar!. Sebenarnya apa yang penulis blog atahu, biji yang berada diluar itulah buah gajus yang sebenar (true fruit) mengandungi biji didalamnya. Bahagian isi yang manis yang kita makan itu bukan buah akan tetapi hanya buah yang mana ia terhasil bukan dari dinding ovari (pseudofruit) tetapi dari bahagian tangkai bunga (receptacle) yang membesar dan menjadi lembut dan manis. Dalam istilah sains ia adalah juga dipanggil buah palsu (false fruit) atau buah hiasan (accessory fruit).  Semuga anda mendapat info berguna dalam blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
 BUAH GAJUS... MEMANG BERBEZA...
ISI DIDALAM... DI LUAR PULA BIJINYA..
BIJI DIPROSES... MAHAL HARGANYA...
MEMBACA ARTIKEL... ILMU DITERIMA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(24 RabiulAkhir 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.