Tuesday, December 17, 2019

FAKTA TENTANG - LABU MANIS

 LABU MANIS (Cucurbita spp) merupakan sejenis tanaman singkat masa daripada keluarga Cucurbitaceae. Ia adalah merupakan jenis pokok mennjalar yang mempunyai sulur paut tetapi biasa yang ditanam diatas tanah rata ia menjalar sahaja. Labu manis merupakan salah satu makanan yang digemari oleh Rasulullah dan ada dalam Surah al-Shaffiat 37:146 dimana ia disebur dalam kisah nabi Yunus tatkala beliau dilepaskan kedarat oleh ikan yang menelannya. Dalam ilmu asas pertanian apabila menyebut nama 'labu' sebenarnya banyak jenisnya dimana 4 sepesis yang ada adalah Cucurbita maxima , Cucurbita mixta, Cucurbita pepo dan juga Cucurbita moschata. Labu merupakan buah yang mempunyai julat besar didalam bentuk dan saiznya. Ada labu yang berbentuk bulat, bujur, memanjang, bentuk pear, leper bentuk botol dan sebagainya. Bahagian kulitnya pula ada yang tebal, ada yang mengerutu, ada nipis dan lembut dan berbagai lagi. Warnanya juga berbagai daripada warna hijau sebelum masak kekal masih hijau ketika matang atau bertukar kepada kemerahan, coklat, jingga dan berbagai lagi. Bagaimana pun memang tumbuhan labu ini dipercayai berasal daripada Amerika dari keluarga Cucurbitaceae sama dengan tembikau wangi, timun, tembikai merah, melon dan beberapa lagi. Tanaman labu manis di Malaysia dilakukan oleh petani sebagai tanaman kontan atau tanam selingan sahaja. Keluasan tanaman Labu Manis di Malaysia pada tahun 2018 adalah 1,761 hektar menghasilkan sebanyak 25,250 metrik tan (Sumber: Booklet Statistik Tanaman 2018, Jabatan Pertanian Malaysia). Keluasan tanaman Labu Air pula seluas 392 hektar menghasilkan sebanyak 5,413 metrik tan (sayuran). Artikel subuh ini dalam  blog  ''Anim Agro Technology'' saya kongsi info tentang fakta labu manis dalam sudut perpekstif penanaman, khasiat dan perubatan Islam untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua.


Daripada tinjauan penulis dibeberapa negeri mendapati pengeluar utama tanaman labu manis seperti di Johor, Terengganu, Pahang dan Perak. Didapati terdapat banyak varieti atau kultivar labu manis yang ditanam di Malaysia tetapi kini hanya beberapa varieti sahaja yang menjadi pilihan petani iaitu berdasarkan kepada permintaan pasaran. Pemerhatian oleh penulis blog ini mendapati diantara varieti yang popular di tanam adalah dari jenis Varieti China dan Varieti Taiwan. Varieti labu manis yang paling banyak di Malaysia dan disyorkan untuk penanaman secara komersil ialah Early Price daripada jenis Taiwan dengan kod nombor daftar 767. Ini kerana buah labu manis berkualiti, saiz yang sederhana dan pokok yang tahan penyakit. Tanaman labu hanya ambil masa singkat sekitar 3 bulan untuk ianya dituai dan dipasarkan jika dijaga dengan baik (Sila lihat foto disebelah). Walau pun kini harga labu tidak menentu kerana ia mengikut keadaan dan bekalan dan musim. Harga ladang labu manis biasa selalunya RM1.00 sekilogram ke atas walau pun ia pernah mencecah sehingga sekitar RM3.50 sekilogram manakala pasaran pula ia sesuai untuk merata negeri. Buah labu manis yang matang tahan lama disimpan dalam keadaan suhu bilik. Lazimnya tanaman labu manis akan mengambil masa 75 hari dengan tempoh mula berbunga pada hari ke-45 dan ia lebih mudah jika ditanam di kawasan berhampiran ternakan kelulut (Trigona spp) kerana ia juga memang memerlukan bantuan pendebungaan. Kawasan tanaman labu manis memerlukan kawasan lapang yang erima 100% cahaya matahari dengan sistem saliran yang sempurna. 


Dari segi marfologi pula labu manis ia lazimnya mempunyai isi kekuningan dimana ia menunjukkan kandungan bahan Beta-Karotin yang tinggi (Sila lihat foto disebelah). Beta-Karotin inilah yang akan mengubah vitamin A dan ia membantu mengurangkan risiko kanser tertentu dan juga masaalah penyakit jantung. Biji labu manis yang kecil ini pula berbagai saiz sama ia berwarna hitam, putih atau hijau sering diambil dan diproses untuk dijadikan makanan ringan berkhasiat dinamakan KUACI. Ia dilapor merupakan sumber makanan yang baik kerana tinggi kandungan protin yang baik, magnesium, kuprum dan zink dimakan setelah dipanggang. Kajian oleh USDA mengenai labu dimana ia mengandungi 5 komponenn utama nilei sumber makanan iaitu kandungan Proksimat, Mineral, Vitamin, Lipid dan juga Asid Amino. Terdapat 10 jenis mineral didalam labu iaitu Ca, Fe, Mg, P, K, Zn, Na, Cu, Mn dan juga Se (Selenium). Terdpat juga 17 jenis vitamin didalam labu manis iaitu Vitamin C, Thiamin, Riboflavin, Niacin, Asid Panthetheric, Vir B6, Folate Food, Folate Total, Folate DPE, Choline, Vitamin A RAE, Karotin Beta, Karotin Alpha, Vitamin A, Luicin, Vitamin E dan juga Vitamin K. Terdpat 18 jenis asid amino didalal labu manis daripada Tryptopah sehingga jenis Serine dalam senarai tersebut.


Dalam pada itu terdapat 9 kebaikan buah labu yang disenaraikan dalam permakanan. Penulis blog paling suka memakan labu yang disira dengan rasa manis dan lemak (Sila anda lihat foto disebelah). Selain itu juga penulis blog suka makan sayur lemak labu, pengat labu dan juga bingka labu. Kehebatan labu yang pertama dimana biji labu yang dimakan mentah dapat mengeluarkan cacing pita dari dalam perut. Mengenai daunnya pula ablil beberapa helai dan direndam dalam bekas air dimana airnaya mekudian direnjis pada meja atau tempat yang selalu ada lalat dimana lalat akan menghidarinya. Bahan Beta-karotin didalam buah labu mmerupakan antoksidan yang baik dimana ia mampu memberikan sistem ketanahan tubuh pemakannya. Memang pucuk daun labu enak dijadikan sayuran terutama 'masak bobor'. Jus daripada labu yang diminum dilaporkan sebagai penawar kepada racun binatang berbisa seperti sengatan lipan dan kala jenigking atau tebuan. Mereka terutama kanak-kanak luar bandar yang ada masaalah kecacingan digalakan makan biji pabu mentah sebagai ubat mudah mengatasi masaalah ini. Mereka yang ada masaalah paru-paru disyorkan untuk mengambil biji labu kemudian dikisar dan dicampur dengan jus lobak merah untuk diminum sehingga sembuh. Adalag dinasihatkan dimana apabila labu telah dipotong ia hanya boleh dimakan dan berkhasiat untuk dua hari sahaja kerana ia akan teroksida jika didedahkan kepada udara. Kepada mereka yang minat makan labu pastikan jangan membeli atau mengambil labu yang terlalu besar dan berat. Ini atas kepentingan labu yang beratnya 1 - 2.2 kg dilaporkan terbaik dari kandungan zat permakanan dan senang di masak seisi keluarga dan tiada pembaziran. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
LABU MANIS... MUDAH TANAMNYA...
LEPAS 3 BULAN ...DITUAI HASILNYA...
BANYAK KHASIAT... MURAH HARGA...
RAWAT PENYAKIT .. IKUTI PETUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Wilayah Persekutuan,
Putrajaya,
Malaysia.
(18 Safar 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.