Wednesday, December 18, 2019

NANAS MD2 ULU BERNAM - TEKNOLOGI

NANAS (Ananas comosus) kini menjadi tanaman yang kini semakin diminati ramai usahawan terutama gulongan muda. Penulis blog membuat banyak tinjauan teknology bagi melihat teknologi dan amalan agronomi yang dilakukan untuk mendpatkan buah nanas MD2 yang berkualiti dan mereka akan mendapatkan pulangan sewajarnya. Kini ada ramai usahawan yang menceburi bidang pertanian terutama didalam penanaman nanas jenis MD2. Usahawan ini terdiri daripada mereka dari syarikat ternama, usahawan muda, ahli perniagaan, bekas-bekas kakitangan awam dan swasta serta orang muda yang mana mereka berminat dengan usaha penanaman nanas. Nanas MD2 atau nama varieti sebegai 'Millie Dillard' diberikan nombor pendaftaran oleh Jabatan Pertanian sebagai AC9 antara varieti nanas yang dilaporkan boleh memberikan pulangan terbaik jika dapat buah yang berkualiti (Banyak Gred A) dan juga selamat daripada serangan perosak dan penyakit.  Mengenali buah nenas varieti MD2 tidak lengkap kalau kita tidak mengetahui akan peciriannya. Keistimewaan nenas MD2 memilikki tahap kemanisan yang tinggi dengan warna kuning keemasan yang menyerlah. Kulit buah nenas ini akan berwarna adalah kekuningan emas apabila cukup masak. Apa yang penting mengenai bentuk buah nenas MD2 adalah bentuk fizikal buahnya yang SELINDER (cylindrical shape) bersaiz daripada sederhana besar kepada saiz besar. Dalam pemantauan penulis blog ke banyak kebun yang menanam nenas MD2 di Selangor, Johor, Perak, Kedah dan Pahang terdapat beberapa penanam nenas lebih berminat untuk menghasilkan buah nenas MD2 dengan berat lebih 3.0 kg sebiji untuk pasaran domestik. Kebanyakan kawasan tanaman nanas ini juga berada dikawasan tanah baru dan tanah sedia ada. Bagi kawasan tanah baru dipingggir hutan lazimnya terdaoat beberapa isu serangan haiwan perosak seperti babi hutan dan sebagainya. Artikel kali ini dalam blog "Anim Agro Technoloogy" saya paparkan temuan tinjauan teknologi di salah sebuah ladang tanaman nanas MD2 di Ulu Bernam, Selangor untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua.


Kebun ini diusahawan oleh Izwadi dan rakan-rakannya seluas 55 ekar mendapat binbingan dan bantuan daripada LPNM Negeri Selangor. Nanas MD2 yang ditanam diatas tanah mineral ini diatas batas yang dipasang dengan plastik penutup batas untuk mengawal rumpai. Terdpat banyak peringkat penanaman daripada yang baru ditanam sehingga kepada peringkat penuaian hasil. Pemeriksaan di plot yang telah dituai juga mendpati aktiviti mencantas pokok induk untuk penghasilan sulur benih sedang dijalankan dimana benih-benih ini adalah untuk digunakan dikawasan baru dan juga jualan (Sila lihat foto di sebelah). Permintaan benih sulur MD2 tulen kini menhadi buruan bakal usahawan nanas kerana bekalannya agak kurang mencukupi. Benih nanas MD2 yang hendak digunakan semula atau dijual semestinya mengukuti piawaian SIRIM seperti saiz minima 30 cm, ukurlilir batang pangkal melebihi 25 cm (paling minima 1 cm), bebas dari perosak dan penyakit dengan berat benih lebih 85 gram. Jumlah bilangan daun semestinya melebihi 10 helai daun yang sihat. Tunggul pokok yang dicantas membolehkan pokok mula menghasilkan sukur tanah kali ke 2 dan dijangka setiap pokok subur mampu menghasilkan sekitar 5 sulur benih. Penggunaan benih nanas MD2 Kultur Tisu (TC) adalah tidak disyorkan sama sekali kerana isu 'Somaclonal Variation' yang mengakibatkan kualiti nanas MD2 tidak menentu. Ladang ini dalan proses kelulusan Skim Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT) Jabatan Pertanian.

Amalan agronomi ladang nanas MD2 ini diatas tanah mineral agak memuaskan. Setiap batas di tanam dengan jaeak tanaman disyorkan menggunakan 2 baris sebatas dan juga 3 baris sepokok. Pengurus ladang maklumkan dimana kejadian kerosakan akibat penyakit reput perdu (Dikeya spp) adalah sangat minima dikebun ini kerana penjagaan yang baik. Didakwa kejadian serangan bakteria ini kurang dari 2% dimana kawalan dan pemantauan dilakukan dengan kerap. Jika ada serangan maka pokok akan dicabut dan pokok diserang dikumpulkan dan dibakar jauh. Penanaman nanas MD2 ditanah mineral mempunyai sistem pengurusan dan pembajaan sedikit berlainan dengan penanaman nanas MD2 diatas tanah gambut. Kerja-kerja ladang dibantu oleh 7 orang pekerja mengikut jadual yang disusun atur. Selain daripada kawalan rumpai, membaja kini aktiviti penting harian dan mingguan adalah untuk mnghormon pokok. Bahan kimia untuk aruhan pembungaan digunakan adalah etephon yang disembur sebanyak 3,000 pokok seminggu. Bagaimana pun pokok didalam barisan yang mesih kecil dan terbantut dielakkan dari semburan hormon. Ini bagi mengelakkan pokok kerdik tersebut menghasilkan buah nanas MD2 kecil yang penanam nanas panggil sebagai 'Nanas Kepala Monyet'. 

Penuaian nanas dilakukan setiap hari atau mengulit jadual pemasaran. Buah nanas ini dituai dan dikumpulkan didalam pusat pengumpulan hasil dan digredkan mengikut Gred AA, A, B dan juga gred C. Setiap biji buah akan ditimbang dan diasingkan. Pada masa ini harga purata nanas MD2 dikebun ini sekitar RM2.50 sekilogram bermakna jika buah tersebut seberat 2.0 kg maka ia menerima RM5,00 sebiji. Satu ekar nanas dikebun ini ditanam dengan 18,000 pokok bermakna jika ada 80% yang mendapat gred AA dan A anda boleh kira sendiri berapa anggaran pendapatan kasar nanas MD2 setiap ekar kelak. Pasaran buah dari kebun ini adalah disekitar Perak, Kuala Lumpur dan juga jualan segar dikebun. Nanas MD2 ini kini ditanam untuk pasaran domestik dan ekaport dimana masih belum mencukupi. Antara negara sasaran eksport nenas MD2 adalah Negera-negara Arab, Singapura, Jepun dan Eropah. Penulis melawat beberapa kebun nenas MD2 yang telah menerima persijilan MYGAP untuk mereka menghasilkan buah nenas berkualiti dan mudah untuk dieksport. Penggunaan nanas dikalangan penduduk Malaysia telah meningkat daripada 8 biji pada 2010 kepada 14 biji pada 2018 dan dijangka meningkat kepada 18 biji seorang setahun pada 2021. 

Apa yang lebih menarik lagi dikebun nanas MD2 ini adalah penglibatan LPNM dan sebuah syarikat ICT iaitu SAT.Asia yang telah memasang sistem canggih untuk pengurusan ladang nanas disini. Aplikasi ini boleh dilihat terus melalui program dalam laptop yang mampu mendapatkan on-line data dari sistem tersebut. Antara beberapa alatan (4 unit) yang dipasang ditengah kebun mampu untuk menganalisa pH tanah, terimaan hujan, kelembapan tanah dan sebagainya. Kesemua info ini akan dihanyar melalui satelite dan boleh diakses pada bila-bila masa. CEO SATAsia memberikan penjelasan terperinci terhadap aplikasi ini diladang kepada kami semua (Sila lihat foto disebelah).  Penulis blog positif dimana sistem ini kearah 'precision farming' mampu menjadikan kebun nanas dapat untuk menghasilkan buah dengan lebih berkualiti dan dijangka akan memudahkan pengurusan. Tinjauan penulis blog kekebun ini amat memuaskan dimana usahawan muda yang menceburi bidang tanaman nanas komesil ini mampu untuk membukikan bahawa tanaman yang dipilih dalam Sumber Kekayaan Baru (SKB) oleh Kementerian Pertanian  dan Industri Asas Tani ini akan terus berkembang. Semuga artikel ini memberii info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
KE ULU BERNAM... MD2 DITANAMNYA...
DAPAT LIHAT...AKAN USAHAWAN MUDA...
TEKNOLOGI ICT... MEMBERIKAN IDEA...
UCAPAN TAHNIAH... KEPADA MERKA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(16 RabiulAkhir 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.