Tuesday, December 17, 2019

INDUSTRI NANAS FILIPINA

INDUSTRI NANAS FILIPINA merupakan satu industri yang mana menjadikan ia sebagai pengeluar nanas dunia yang ke 2 terbesar didunia selepas Thailand. Industri nanas mereka dijalankan oleh dua syarikat gergasi dunia dalam menanam buah tropika nanas dan pisang cavendish iaitu Dole dan juga Del Monte. Didakwa dimana nanas adalah tumbuhan natif di Filipina dimana sesuai dengan iklim tropika dengan sinaran matahari yang banyak dan ini membolehkan perladangan nanas yang luas didunia milik Del Monte beroperasi disini. Syarikat ini menanam beribu-ribu ekar terutama di Mindanao sekitar Bukidnon dengan kebanyakannya adalah nanas premium MD2 dan beberapa varieti lagi. Penulis blog yang dapat membuat lawatan peribadi keladang ini mendapati memang luas dan sistematik ladang nanas disini dengan tanahnya adalah jenis tanah volkanik. Negara kita Malaysia bukan saingan kepada operasi pengeluaran nanas secara estet dan juga peranan oleh ramai pekebun-pekebun kecil disana yang mampu mengeluarkan nanas dengan kos pengeluran lebih murah daripada negara kita. Nanas jenama Dole dan Del Monte dipasarkan keseluruh dunia dengan jenama yang sudah wujud lama dipasaran. Walau pun Malaysia mula menanam nanas segar seperti MD2, Josapine, Gandul, N36 dan beberapa lagi akan tetapi jika berlawan harga dengan nanas keluaran mereka adalah jauh lebih murah dipasaran antarabangsa. Semasa penulis blog ke pameran promosi pasaran nanas di World Dubai Internatioanal Food Fair, nanas MD2 dari Filipina di tawarkan dengan harga USD8.50/crate dimana ia memang sukar ditandingi dengan harga nanas MD2 dari Malaysia. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan beberapa fakta mengenai industri nanas di Filipina yang dikira hebat untuk bahan bacaan dan rujukkan anda semua.

Antara fakta penting mengenai industri nanas Filipina adalah dimana Filipina adalah negara kedua terbesar dunia yang mengeluarkan dan mengeksport nanas selepas negara Thailand. Kini nilai eksport mereka terus meningkat saban tahun kerana permintaan buah nanas MD2 mereka atau jenis produk  nanas premium lain terus meningkat. Tanaman Nanas (Ananas comosus) adalah idak bermusim dan boleh dituai sepanjang tahun atau mengikut program tuaian yang disusun atur dengan memprogramkan jadual penanaman dan menghormon. Antara faktor kejayaan industri nanas di Filipina kerana cara penanaman dan pengoperasian adalah oleh Multi-National Company yang mempunyi cukup modal, tanah subur, pekerja tempatan yang ramai dan kilang memproses cekap selain daripada kemampuannya dalam menguasai sistem pemasaran terutamanya eksport. Dole sahaja mempunyai ladang  dengan keluasan tanah 20,000 hektar dan sistem kawalan kualiti yang bertaraf dunia. Dole merupakan syarikat yang terbesar dalam penanaman pisang dan nanas diman sejak tahun 2009 sehingga sekarang ia masih menguasai sebanyak 58% nanas dalam tin dan 48% nanas segar di USA. Syarikat Dele Monte pula mampu menguasai pasaran sebanyak 9.0% nanas sdalam tin dan 37% nanas segar di USA. Nanas segar dari Filipina selain daripada dihasilakan oleh Dole dan Del Monte juga di tanam oleh koperasi petani seperti di Basud, Camarises dan Norte yang libatkan ramai pekebun kecil. Koperasi ini beroperasi sama dengan cara amalan agronomi yang dilakukan oleh syarikat besar dimana mereka juga mensasarkan pasaran domestik dan eksport.

Sehngga kini dilaporkan Jepun merupakan pengimport utama nanas dari Filipina dengan sejumlah 65% daripada jumlah keseluruhan import nanas di Jepun. Permintaan daripada negara China, Korea Selatan yang meningkat sebanyak 10 - 20% setiap tahun menyebabkan penglusan penanaman nanas terutama di wilayah Mindanao oleh beberapa syarikat dan koperasi dengan mendadak. Dilaporkan penanaman nanas 'Queen Pineaple' yang baru (MD2) daripada wilayah Camarines Norte menyababkan pengguna luar negara tertarik untuk mengimportnya dengan jumlah yang banyak. Mengikut kenyataan daripada Jabatan Pertanian dan Agrobisnes Filipina, dilaporkan prospek insdustri nanas dinegara tersebut terus meningkat dengan kadar 4 -7% setiap tahun semenjak 10 tahun lalu. Terkini sasaran baru eksport nanas dari Filipina adalah ke Timur Tengah ( melalui pelabuhan Aharijah, Jabel Ali, Abu Dhabi, Qatar dan juga Kuwait). Penulis blog tidak hairan kerana ramai rakyat Flipina yang bekerja di Timur Tengah termasuklah di Dubai yang sememangnya lebih mudah jumpa Filipino daripada penduduk tempatan Arab sendiri. Mereka bekerja disana dan memenuhi pasaraya Lulu yang mencari makanan termasuk buah nanas kegemaran mereka. Pasaran lain peningkatan eksport nanas Filipina adalah ke New Zealand, Hong Kong, Canada, Guam, Rusia dan Jerman. Jangan lupa nanas Dole dan Del Monte pun banyak kita boleh jumpa dipasaraya di Malaysia dengan harga yang bersaing dengan nanas tempatan.

Laporan statistik menunjukkan pada tahun 2015 negara Filipina berjaya menghasilkan sebanyak 2.58 juta metrik tan buah nanas iaitu satu jumlah kenaikan yang signifikan berbanding hanya sebanyak 2.23 juta metrik tan pada tahun 2011 (Sumber: Statista, Republic of Philipines). Pengeluaran pada suku penggal ke 3 tahun 2017 dilaporkan meningkat sebanyak 1.5% lagi disebabkan oleh aktiviti pengluasan (expansion) penanaman nanas oleh sektor koporat di kawasan Cotabato dan Mindanao terutamanya. Uniknya penanaman nanas MD2 di Bukidnon (Del Monte) disana tidak menggunakan plastik penutup batas seperti yang petani kita amalkan di Malaysia (Sila lihat foto disebelah). Mereka menggunakan teknologi yang jimat kos, tenaga buruh murah dan tanah yang subur untuk hasilkan buah yang berkualiti. Sehingga kini Utara Mindanao masih kekal sebagai pengeluar utama nanas di Filipina atau 61% daripada jumlah pengeluaran mereka (Macam Negeri Johor juga di Semenanjung Malaysi menyumbangkan 68% nanas di Malaysia juga). Kawasan kedua terluas menanam nanas disnan adalah Wilayah Soccsksargen (28%) dan Wilayah Bicol (6%). Bagaimana pun terkini dilaporkan dimana nanas ditanam oleh pekebun kecil dengan purata keluasan tanah seluas 2 hektar atau kurang semakin berkembang. Tanaman nanas merupakan tanaman yang mendapat sambutan baik daripada ramai usahawan nanas di Filipina (ia sama dengan fenomena yang berlaku di Malaysia masa kini). 

Dalam pada itu terdapat 3 varieti nanas yang popular di tanam di Filipina iaitu dari jenis nanas Formosa (Queen), Cayene dan Red Spanish. Nanas Formosa merupakan nanas premium yang menyamai MD2 dengan bentuk selinder, manis, isi kekuninagn emas, saiz sederhana dan tahan lama disimpan selepas dituai (hampir 30 hari). Ia mendapat permintaan baik dipasaran tempatan dan eksport (Sila lihat foto disebelah). Kultivar nanas terbaru yang ditanam kini disasarkan untuk penghasilan buah nanas segar dan juga untuk pengeluaran daun nanas bagi industri berkaitan. Daun  nanas di Filipina memang popular untuk dijadikan benang nanas dan kemudian dijadikan 'Baju Barong' dari benang nanas yang mahal harganya. Baju Barung dari benang nanas adalah sebagai baju kebangsaan negara tersebut. Aktiviti penuaian nanas di Filipina adalah sepanjang tahun. Bagaimana pun bagi pekebun kecil dan koperasi mereka akan meuai dengan waktu puncak atau banyak dari bulan April - Julai (Pengeksport nanas dari Malaysia kena elakkan dari mengeksport nanas MD2 mereka dari bulan tersebut kerana harga sangat murah diwaktu tersebut). Data juga menunjukkan sebenarnya hanya 17% sahaja nanas segar  dari Filipina yang di eksport manakala yang lainnya adalah untuk kegunaan domestik dan juga untuk di tinkan (canned) dan juga dijadikan buah potong dalam cup. Nanas tin atau nanas potong lebih tahan lama dan kurang risiko berbanding dengan pasaran nanas segar.

Kajian mereka menunjukkan dimana kadar kenaikan harga ladang tahunan nanas di negara tersebut setinggi 7.71% bagi nanas jenis Formosa sementara 2.82% untuk nanas Cayenne dan juga 3.07% untuk nanas jenis Red Spanish. Nanas segar ini mendapat pasaran tempatan dan juga eksport dengan harga yang kompetitif dipasaran antarabangsa. Nanas Cayenne ini hampir menyamai dengan nanas MD2 yang sedang meluas ditanam di Malaysia (Sila lihat foto disebelah). Nanas Segar dari Filipina dimonopoli peneksportannya oleh Dole dan Del Monte dengan mereka mempunyai kemudahan kapal laut sendiri dan kargo udara, sistem piawaian dan  pengedaran yang cekap diseluruh dunia. Walau pun dilaporkan jumlah eksport menurun dengan teruk pada tahun 2008 - 2020 akan tetapi syarikat pada keseluruhannya sehingga kini dapat mengalami peningkatan nilai eksport nanas segar sebanyak 11% keseluruhannya. Penggunaan perkapita nanas segar kini semakin meningkat diseluruh dunia. Data terkini telah menunjukkan negara Jepun adalah pengimport utana nanas segar Filipina dengan sebanyak 87% dari jumlah keseluruhan eksport dari Filipina. Ia diikuti dengan negara Korea Selatan (5%) dan negara China (5%). Dalam indusri asas tani berasaskan buah nanas, negara Filipina juga mengeksport produk nanas dalam bentuk Puree Nanas, Jus Nanas, Nanas Kering dan nanas Sirap. Kesedaran pengguna untuk mengambil buah nanas adalah kerana kandungan bahan Bromelain iaitu sejenis enzim yang boleh pecahkan protin dan baik untuk menjaga kesihatan pemakannya. Bromelain membantu proses penghadaman, elakkan keradangan dalam sistem usus, anti-clotting agent serta mengatasi masaalah sembelit. Industri nanas di Filipina pernah mengalami situasi turun dan naik kerana banyak faktor yang kita di Malaysia kena study akan fenomena ini. Semuga anda semua mendapt info berguna dalam anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
 INDUSTRI NANAS... NEGARA FILIPINA...
DOLE DAN DEL MONTE.. TERKEMUKA...
LUAS DITANAM... DI DUNIA DIA NO DUA...
DULU MALAYSIA.. SEKARANG FILIPINA...

By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(18 RabiulAkhir 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.