Tuesday, November 26, 2019

UDANG KIPAS - UNIK DAN ENAK

UDANG KIPAS (Thenus orientalis) merupakan sejenis udang yang unik di perairan Sabah dimana ia adalah jenis makanan 'seafood' yang popular. Penulis blog yang berkunjung ke Sabah dan WP Labuan dapat melihat sendiri udang kipas ini dijual dipasar dan dihidangkan dibeberapa restoren seafood yang boleh dikunjungi terutama pada malam hari. Kita yang tinggal di Semenanjung pula agak kurang dapat membeli dan makan udang kipas ini kerana bekalannya adalah terhad. Pada penulis blog UDANG KIPAS atau juga dipanggil sebagai UDANG KETAK atau juga sebagai UDANG LUBUK ini adalah sejenis spesies udang kara yang boleh ditemui di Lautan Hindi dan Lautan Pasifik. Dalam pada itu memang sering dilaporkan dimana udang lubuk mempunyai bentuk badan yang keper dimana ia memang boleh membesar sehingga 25 sentimeter (9.8 in) atau panjang karapas 8 cm (3.1 in). Udang ketak biasa terdapat di kawasan berbatu karang dengan dasar laut yang berpasir. Di Malaysia banyak terdapat udang ini di kawasan gugusan taman laut Mersing. Mengikut tinjauan yang telah dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perikanan, Jabatan Perikanan Malysia dilaporkan pada sekitar tahun 1985, pendaratan udang ini amat memberangsangkan. Namun kini keadaan berbeza dimana tangkapan udang ini merosot secara mendadak dan ia jarang terdapat di mana-mana ada dijual pasar di Malaysia kecuali di sekitar Sabah dan Labuan. Pada kinjungan ke WP Labuan baru-baru ini dapat lihat, pegang dan makan udang kipas ini di Mawilla Yact Seafood sempena lawatan persaraan penulis blog. Artikel dalam blog ''Anim Agro Technology'' kali ini berkisar mengenai udang kipas dan beberapa perkara menarik tentang udang ini untuk rujukkan semua pembaca.


Udang ketak merupakan salah satu dari spesis udang terumbu karang yang mana banyak dijumpai di beberapa lokasi di perairan laut Hindia dan Pasifik. Udang ketak merupakan salah satu udang yang memiliki harga jualan yang tinggi kerana udang jenis ini memang unik dan kini agak sukar didapati serta ia memiliki berbagai khasiat yang sangat baik untuk kesihatan tubuhbadan. Udang Ketak atau selalu juga disebut sebagai Udang Lubuk atau Udang Kipas atau Udang Belalang atau Udang Ronggeng dan lain-lain pada asasnya sama sahaja hanya cara menyebutanya yang berbezda-beza mengikut bahasa, lokasi dan jenisnya. Harga jualann runcit udang ketak memanglah sedikit lebih mahal biasanya satu udang boleh dik]jual sehhingga sehingga RM100 sekilogram atau mungkin ia lebih tinggi lagi bergantung saiz ukuran udang tersebut. Seperti yang telah dijelaskan diatas bahwa Udang memiliki berbagai khasiat terutama manfaat untuk kesihatan sehingga udang ketak relatif mahal di pasaran. Restoren Mawilla Yact Sefood di Labuan yang menjad tumpuan ramai peminat makanan seafood awal-awal lagi sudah berbaris orang membuat tempahan meja dimalam hari. Ini kerana restrorn seafood ini amat popular di WP Labuan yang telah menjadikan sebagai restoran sungguh popular. Hidangan yang ditempah adalah Udang Ketak Goreng Kunyit, Ketam Goreng Rempah, Sotong Celup Tepong, Ikan Kerapu Sweet Sour dan bermacam lagi. Pada penulis blog makanan yang di minati memang udang ketak sehingga licin dalam pinggam kerana keenakannya (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun hidangan ketam dan ikan tidak habis makan sebeb kekenyangan


Penulis blog bertanya resepi udang ketak goreng dengan bahan digunakan iaitu 1 kg Udang Ketak, 5 ulas bawang putih, 1 inci halia, 4 sudu tepung gandum (kalau hendak bagi garing dan rangup),  garam,  serbuk kunyit serta sebanyak 1 kg minyak untuk menggoreng. Cara memasak adalah dengan menyiang dan membasuh udang ketak dan diketepikan. Kemudian di tumbuk bawang putih dan halia serta ia perlu digaulkan udang garan kunyit dan bahan yang telah ditumbuk tadi dan ditaburkan tepung gandum. Kemudian gaul rata dan digoreng dalam minyak tenggelam hingga garing dan perlu ditoskan minyak sebelum ia sedia untuk dihidangkan. Walau pun disidangkan sama nasi putih diatas meja tetapi penulis blog lebih suka meratah sahaja udang kipas goreng tepong ini dan menikmati isinya yang berwarna putih rasa lemak dan manis sedikit. Isi daging yang agak kentak dan lembut ini dikeluarkan dari kulitnya dan di makan. Kepada rakan lain disebelah beliau gigit isi udang bersama kulitnya dimana dia dakwa akan lebih puas makan udang ini. Dalam pada itu di meja sebelah mereka menempah makanan Y+Udang Ketak BBQ atau Udang Ketak Grill. Chef terangkan dimana cara ini gunakan bahan seperti 3 ekor udang ketak, Garam, Serbuk Lada Hitam,  Minyak zaitun dan juga 1 biji limau nipis yang ambil jusnya.  Cara-cara memasak dengan membelah udang kepada 2 bahagian dan kemudian di taburkan garam serta lada hitam ke atasnya. Ratakan dan kemudian dicurahkan minyak zaitun dan jus limau nipis. Kemudian udang ini dibakar atau di grill hingga masak dan sedia untuk dihidangkan.


Bagaimana pun direstoren ini juga ada yang suka makan Udang Ketak Masak Cili diman abahan diperlukan adalah Udang Ketak yang telah disiang, garam secukup rasa, Gula, 5 g Halia, 1 sudu kecil Serbuk lada putih, 1 sudu kecil Sos cili, 1 sudu kecil Kicap cair, 1 sudu kecil Sos tiram, 1 sudu kecil Kicap pekat, 1 sudu kecil Minyak bijan, 300g Isi udang ketak, 1 biji Bawang besar, 1 sudu kecil Bawang putih kisar, 1 batang Daun sup, 3 batang Daun bawang, 15g Tepung jagung, 1 biji Telur, 50ml Air bersih secukupnya dan minyak masak untuk menggoreng. Cara memasak dengan mencampurkan isi udang ketak dengan gula, serbuk lada putih dan kicap cair. Dadarkan telur dan campurkan setengah. Masukkan minyak bijan dan tepung jagung. Gaul rata dan goreng. Angkat dan toskan.  Tumis cili kering, halia, bawang putih dan sos tiram. Masukkan air sedikit dan ditambah gula dan serbuk lada putih. Masukkan bawang besar, sos cili, kicap cair dan kicap pekat. Masak hingga sebati dimana ia kemudian dicampurkan udang ketak yang sudah digoreng. Gaul rata dan dihias sebelum dihidangkan (Sila lihat foto disebelah). Bagi menyediakan masakan Udang Ketak Masak Kunyit. Caranya sama macam masak kunyit lain cuma bahan uta udang ketak ini perlu dibuang kaki kepala  Kemudian ia digaul bersamana garam kunyit serta ramuan tumis bawang putih, merah, cili merah.Masukkan udang kedalam ramuan tersebut dan kemudian digoreng sehingga masak. Bagi resepi Masakan  Udang kETAK Masak Serai perlu sediakan bahan-Bahan iaitu 1 kg udang lipan, 1 labu bawang besar, 2 ulas bawang putih, 2 batang serai, 10 tangkai cili keringm 2 - 3 sudu sos tiram, 2 - 3 sudu sos cili, garam, gula dan juga asam keping. Bagaimana pun cara dengan membersihkan udang lipan dengan cara menguntingkan kulit di sekeliling udang tersebut. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih, cili kering dan serai hingga naik bau. Masukkan sos tiram, sos cili, garam, gula dan asam keping. Masukkan sedikit air dan udang lipan. Gaulkan rata dengan perlahan. Tutupkan kuali dan tunggu hingga masak dan dihias sebelum dihidangkan.


Dalam akhbar Harian Metro menyatakan dimana di Kuantan ada satu keunikan persekitaran Kampung Kurnia. Mereka telah berkongsi tempat tinggal dengan udang ketak mengundang pemandangan agak menarik bagi mereka yang pertama kali berkunjung ke perkampungan berkenaan. Tinjauan Harian Metro di perkampungan berkenaan mendapati, setiap rumah didirikan berhampiran tebing sungai itu mengundang kehadiran ribuan udang berkenaan yang membuat sarang seperti busut menggunakan tanah serta selut. Ada antara sarang udang ketak atau turut dikenali dengan nama udang mentadak atau udang lipan itu mempunyai ketinggian hampir satu meter. Ini mungkin ada pihak hairan dengan keadaan itu, tetapi bagi warga perkampungan berkenaan terletak lima kilometer dari bandar Kuantan, ia sesuatu yang biasa kerana kehadiran beribu-ribu udang ketak membuat sarang di tanah milik penduduk berlaku sejak puluhan tahun lalu. Udang ketak atau nama saintifiknya hemisquilla ensigera lazimnya digunakan penduduk kampung bagi mengubati pelbagai jenis penyakit terutama lelah dan ia dibakar hingga hangus sebelum cengkerangnya dibuang bagi mendapatkan isinya. Salah seorang penduduk, Zulkifli Abdullah, 39, berkata, dia sudah biasa dengan keadaan itu dan tidak kisah berkongsi tanah dengan udang berkenaan. Katanya selagi udang itu tidak mengganggu kehidupan kami, selagi itulah saya biarkan saja kerana untuk membuang semua sarang ini, saya rasa ia mustahil. Udang ketak jarang menonjolkan diri. Hasil pemerhatian penulis blog didapati dimana udang ini menghabiskan sebahagian besar hayatnya dengan ianya berlindung dalam sarang dan lubang yang dibina.Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
UDANG KETAK... JARANG DIJUMPA...
DI WP LABUAN...BANYAK RUPANYA...
DIMASAK GORENG... RATAH SAHAJA...
WALAU MAHAL... HATI KAMI GEMBIRA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11. WP Putrajaya,
Malaysia.
(12 Safar 1441H). 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.