WUJUDKAH VARIETI NANAS HIBRID MD3 yang telah dikomersilkan atau ia hanya satu gimik pemasaran atau aktiviti penjualan baka nanas baru yang belum diketahui umum?. Itu adalah persoalan yang penulis blog beberapa hari membuat penelitian semasa tiba di Cagayan de Oro untuk membuat lawatan keladang nanas disana. Ini kerana ada disebut wujud varieti nanas baru MD3 iaitu sebagai salah satu varieti nanas yang di tanam di Filipina khususnya oleh usahawan tempatan dan syarikat terkemuka di Cagayan, Misamis Oriental, Utara Mindanao, Filipina. Dalam kunjungan ke Pulau Mindanao ini selama 5 hari saya berpeluang melawat beberapa ladang nanas sehingga kekawasan penanaman ladang besar milik Del Monte yang luasnya berpuluh ribu ekar di Bukidnon yang jauhnya 2.5 jam perjalanan darat. Sempat juga meninjau pasar buah-buahan yang menjual nanas dan buahan lain disana (Sila lihat foto diatas). Memang tujuan lawatan bersama rakan-rakan adalah untuk melihat dakwaan ada benih nanas MD2 yang boleh dibawa masuk ke Malaysia kerana kekurangan benih akan tetapi dimaklumkan juga ada benih baru nanas hibrid MD3 yang ditanam di negara ini. Nanas MD2 telah memasukki Malaysia dari tahun 2008 dan kini telah menjadi varieti paling popular dikalangan usahawan penanam nanas. Selain daripada nanas MD2 di Malaysia telah ddaftarkan sebanyak 11 varieti nanas iaitu AC1 Moris, AC2 Sarawak, AC3 Gandul, AC4 Maspine, AC5 Josapine, AC6 Yankee, AC7 Moris Gajah, AC8 N36, AC9 MD2, AC10 View of Sunset dan AC11 Madu Kaca. Anda boleh membaca dan mengenali ciri-ciri varieti nanas ini dengan pautan pada tulisan saya sebelum ini (Sila klik disini). Bagaimana pun artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya akan cuba untuk bincangkan akan kewujudan nanas MD3 seperti yang diwar-warkan oleh sesetengah pihak dan tidak diketahui akan apa tujuannya untuk dijadikan bahan rujukkan semua.
Sejarah Varieti Nanas MD2 mula dikaji dimana difahamkan iaitu kajian proses pembiakbakaannya dilakukan di Institut Penyelidikan Nenas (PRI) di Hawai pada tahun 1960'an dengan kerjasama oleh beberapa buah syarikat pengeluar utama nenas dunia seperti Del Monte, Maui Land and Pinepple Company selama beberapa tahun. Bagaimana pun hanya pada tahun 1981 varieti nenas MD2 telah dihasilkan dan kemudian ia telah dikembangkan dan dikomersilkan kerana ia mempunyai ciri-ciri yang amat dikehendakki oleh pasaran tempatan dan antarabangsa. Nenas varieti MD2 atau dinamakan sebagai 'Millie Dilard' sempena nama isteri orang yang berkepentingan ini terus kekal sehingga hari ini sebagai salah satu nenas premium untuk dikomersilkan. Dari segi pembiakbakaan nenas, nenas MD2 mempunyai ciri yang unik kerana ianya agak kompleks yang melibatkan 5 varieti induk nenas yang berbeza dimana ia dikacukkan termasuk daripada kumpulan nenas Smooth Cayene dan beberapa lagi. Dalam ertikata lain kehadiran varieti nenas MD2 telah menjadikan ia pilihan terbaik kepada penanam nenas diseluruh dunia kerana kini ia dijadikan nenas premium untuk pasaran domestik dan eksport dinegara kita. Malaysia mula membawa masuk benih nanas MD2 pada sekitar tahun 2008 dan ia bukanlan secara legal sebaliknya melalui proses yang panjang oleh beberapa syarikat di Johor. Prestasi varieti nanas MD2 ini dipantau oleh LPNM, Jabatan Pertanian sehingga terbukti ia mampu menjadi varieti nanas yang diminati ramai pada masa ini.
Pengalaman penulis blog yang banyak menulis mengenai tanaman dan industri nanas dengan jumlah artikel melebihi 200 penulisan amat faham mengenai tanaman ini. Pengalaman sebagai Ketua Pengarah LPNM juga membolehkan penulis blog berjumpa dengan semua golongan dari usahawan kecil, sederhana dan estet nanas serta mereka yang terlibat didalam industri pemprosesan nanas. Bagaimana pun dalam pengetahuan saya cuma melihat bagaimana varieti nanas MD2 terus berkembang sehingga dijadikan Program Penting Kerajaan melalui Program Sumber Kekayaan Baru (SKB) negara untuk diperhebatkan penanamannya bersama-sama dengan durian, susu segar dan beberapa lagi. Nanas MD2 telah diangkat sebagai nanas premium yang boleh menjamin pendapatan pengusaha dan negara dengan termeterainya pasaran eksport nanas segar ke China pada tahun 2018. Negara China mampu menerima nanas segar dari Malaysia melalui 3 pintu utama di negara tersebut dengan kuantiti yang banyak iaitu untuk nanas MD2. Pada 26 Nov 2019 dilancar pengeksportan nanas menggunakan kapalterbang cargo sebanyak 22 tan. Pengenalan nanas MD2 telah menyebabkan permintaan benih yang dahulunya berharga RM2.50 sepokok kini telah menurun sehingga hanya RM1.20 satu sulur. Bagaimana pun permintaan dan pembukaan kawasan tanaman nanas MD2 menyebabkan benih berkurangan dan benih Kultur Tisu Nanas MD2 dikeluarkan oleh pihak tertentu yang akan menjejaskan industri nanas negara secara umumnya akibat masaalah ketidakstabilan benih tersebut.
Nanas MD1 pernah disebut pernah dibawa masuk ke Malaysia oleh pihak MARDI dalam masa sama dengan kemasukkan nanas varieti MD2. Apa pun nanas ini kini telah didaftarkan dengan nama varieti 'MASPINE' yang hanya ditanam secara komersil di Johor iaitu di Daerah Kota Tinggi (2 lokasi) dan Kluang (1 lokasi) oleh sebuah syarikat swasta. Terbaru nanas ini ada ditanam di Ladang Sg Kerpal, Rompin, Pahang untuk diperluaskannya. Dalam pada itu perbincangan saya dengan Pakar Nanas Negara iaitu Dr. Mad Selamat Madon, beliau ada menyatakan dimana nanas Maspine tersebut hampir menyerupai nanas MD2 cuma terdapat beberapa ciri perbezaan seperti pada mata buah, bilangan sulur dan beberapa ciri unik lain. Anda boleh membaca mengenai nanas Maspine ini dengan membuat pautan (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan (Sila klik disini) dan beberapa lagi pautan artikel saya yang lain. Nanas Maspine atau penulis blog dakwa sebagai nanas MD1 merupakan antara varieti nanas yang paling mahal dijual dipasaran khusus (niche market) kerana dijual runcit pada harga RM5.00 - RM6.00 sekilogram atau mencecah lebih RM10 sebiji. Bagaimana pun agak sukar untuk mendaatkan benih MAspine ini di negara kita kerana ia dipunyai oleh pihak tertentu sahaja yang menanam secara komersil dan terkawal.
Bagaimana pula dengan nanas varieti MD3?. Ini merupakan satu dakwaan oleh pihak tertentu yang ingin menjual benih nanas (mungkin baru) kepada mereka yang kurang ariff tentang varieti nanas. Ada kemungkinan semasa pihak PRI Hawai membuat penyelidikan baka nanas hibrid menjumpai beberapa varieti yang ditanam didalam plot berbeza yang mempunyai pelbagai ciri. Pihak tertentu dakwa ada nanas MD3 yang mana jika ada yang hendak menjadi agen menjual benih perlu membayar RM300,000 kepada pemegang IP Right tertentu. Perkara ini perlu diawasi kerana didalam pengalaman penulis blog dan di sahkan oleh Dr MAd Selamat Madon memang TIADA varieti MD3 yang dikeluarkan oleh pihak penyelidikkan. Kalau di google didalam internet pun hanya ada satu kenyataan daripada negara Bangladesh yang menyatakan perkara nanas md1, md2 dan md3 itu pun tidak ada perkara teknikal yang boleh dirujuk. Daripada pemeriksaan benih yang dibuat penulis blog sebenarnya ia adalah benih nanas MD2 dimana kesemua ciri-ciri okok dan buah adalah menyamai dengan nanas MD2 (Sila lihat foto disebelah). Perkara ini hanyalah pendapat penulis sahaja dimana jika ada maklumat tambahan kelak ianya boleh dikongsi bersama mengenai wujudnya baka varieti nanas MD3 ini. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NANAS MD3.... WUJUDKAH VARIETINYA...
ORANG MENYEBUT... DILIHAT CIRINYA...
NANAS HIBRID.... BAGAIMANA RASANYA...
BACA ARTIKEL... IANYA SANGAT BERGUNA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 103, A1 Express Hotel,
Cloro M. Recto Ave, Cagayan De Oro,
Misamis Oriental,
Philipines.
(18 RabiulAwal 1441H).

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.