Monday, November 25, 2019

BUKO - MINUMAN ENAK

BUKO merupakan sejenis hidangan minuman dari air kelapa muda (Cocos nucifera) yang sangat popular di Filipina iaitu campuran air kelapa muda dengan susu. Penulis blog yang berkunjung ke Buko Shop, Cagayan de Oro, Misamis Orientalis, Philipines dengan rakan pejabat sempat untuk menikmati air minuman Buko ini di kedai khusus menjual buko dimana amat ramai orang berbaris untuk mereka mendapatkannya (Sila lihat foto diatas dan bawah sekali). Makna 'Buko' adalah 'peringkat pengeluaran awal bunga buah' atau pun 'peringkat awal pengeluaran tunas dahan pokok' secara botaninya. Apa pun minuman air kelapa buko ini amat popular di Filipina dimana saya lihat berbaris orang tempatan untuk membeli minuman enak ini dijual dengan harga 25Peso (RM2.10) satu cawan sederhana saiznya. Saya melihat seramai 5 orang pekerja melayan pengunjung dimana 3 orang mengupas dan mengekuarkan air kepala muda serta isinya dan 2 orang lagi melayan pelanggan. Memang sangat mudah menyediakan minuman jus buko ini daripada pemerhatian yang dibuat dimana air kelapa ini akan dimasukkan kedalam bekas besar sebelum dimasukkan susu pekatan manis atau susu cair (jenis buko bergantung kepada permintaan peminatnya) dan dimasukkan air batu. Bergantung kepada permintaan ada yang diminum bersama isinya dan ada yang diminum kosong begitu sahaja. Pada penulis blog dapat satu cawan kertas sederhana pun sudah mencukupi untuk kenyang dan memuaskan kerana ia adalah minuman berkhasiat. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsi info asas mengenai minuman buko (Buko juice) dan Buko Pandan yang lebih diminati dibeberapa negara tropika yang lain untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua.


Minuman air kelapa muda atau Buko Juice merupakan sejenis minuman berkhasiat yang kini dikomersilkan. Terdapat dua jenis yang biasa dijual iaitu Buko Segar dan juga Buko Dalam Tin atau Botol yang telah disejukkan. Biasanya bagi jualan jus dalam tin atau botol ini secara komersil dibeberapa premis dengan cara pembungkusan sesuai (Sila lihat foto disebelah). Ia didakwa sebagai 'natural drinks' yang asli dimana memberikan kesegaran dan kekenyangan kepada peminumnya. Ada juga jenis jus buko yang dijual sebagai 'Pekatan' atau 'concentrate buko' yang dijual dan boleh dibancuh dengan air minuman. Dalam penerangan yang diberikan rakan disana menyatakan minuman jus buko ini adalah kaya dengan nutrien serta mengandungi bahan-bahan antioksidan. Ia baik diminum oleh pengidap diabetis dan juga didakwa mampu menghancukran batu karang didalam buah pinggang. Selain itu minuman buko ini juga mampu didalam menurunkan kadar tekanan darah tinggi, mengurangkan kandungan gula dalam badan dan juga  mengelakkan kekeringan air dalam badan (dehydration). Minuman ini juga sangat baik diminum selepas menjalankan senaman berat sebagai pemulih tenaga yang cekap.


Khasiat air kelapa muda telah lama dipromosikan dimana selalunya pada situasi cuaca panas dan kurang minum air menyebabkan tubuh terdedah kepada masalah dehidrasi dan keletihan yang melampau. Kehilangan atau kekurangan air dalam badan boleh di atasi dengan minum banyak air. Terkini didakwa dimana ada gabungan air isotonik dengan air kelapa dan seumpamanya yang mampu memulihkan dehidrasi dan dipercayai berfungsi melancarkan proses berkenaan bagi mengembalikan semula cecair yang hilang (Sila lihat foto disebelah). Penulis blog juga merujuk kepada artikel temuan oleh Ahli Strategis Nutraseutikal Pusat Pengajian Teknologi Industri, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Azhar Mat Easa yang menyatakan pihaknya telah berjaya menerokai keajaiban air kelapa yang memberi manfaat kepada tubuh. Kini minuman isotonik daripada ekstrak air kelapa memang ia kaya dengan elektrolit semula jadi yang berfungsi memberikan tenaga. Dakwanya elektrolit yang terkandung di dalamnya seperti natrium, kalsium, kalium dan magnesium membekalkan tenaga untuk anda kekal segar sepanjang hari. Ini sama dengan minuman jus Buko yang popular di Filipina dimana minuman ini berjaya membekalkan zat dan mineral yang menampung keperluan nutrisi badan, melancarkan proses rehidrasi bagi ianya membolehkan air diserap segera dalam tubuh. Kandungan gula semula jadi dalam air kelapa membekalkan tenaga. Sebaiknya anda disaran minum air kelapa pada waktu pagi untuk kekal cergas sepanjang hari. Kini bukan saja Air kelapa sedap tetapi cecair ajaib ini juga rendah kalori, rendah lemak, dan penuh dengan vitamin dan mineral penting untuk kesejahteraan tubuh badan.


Pada penulis blog yang merujuk kepada minuman air kelapa muda dan buko juice mendapati ada 10 sebab kenapa anda perlu minum air kelapa. Pertama kerana ia didakwa mampu mengurangkan Berat Badan. Ini kalau di banding dengan minuman yang lain maka kandungan lemak Air Kelapa sungguh rendah membuat anda tidak perlu takut berat badan anda naik kalau anda minum banyak skali pun. Kalau anda hendak minum sesuatu selain dari air kosong sambil mengekalkan berat badan anda air kelapa sesuai sebagai pilihan. Ke 2 dimana ia mampu dalam proses Penjagaan Kulit kerana kepada yang hendak memiliki kulit yang sempurna maka air kelapa boleh memastikan kulit anda licin berseri. Apabila anda minum air kelapa ia membantu memulihkan kelembapan semulajadi kulit anda. Kulit yang kering selalunya bererti kulit yang rosak. Kulit bergantung kepada lapisan Lipid untuk melawan iritasi kulit yang disebabkan oleh bakteria, virus dan kulat. Ke 3 adalah dimana buko ini membantu Proses Penghadaman yang disebabkan air kelapa mengandungi kadar serat tinggi yang boleh membantu dan mencegah masaalah pencernaan . Tambahan pula, air kelapa dapat mengurangkan berlakunya refulks asid dalam perut anda. Air kelapa ini juga menggalakkan Penghidratan kerana apabila anda berseman ataupun menjalankan aktiviti fizikal, badan anda akan kehilangan mineral penting yang membuat anda rasa letih. kini daripada anda minum Air Isotonik yang penuh dengan gula, anda boleh menggantikan mineral yang hilang dengan cara yang lebih sihat. Air Kelapa membawa kesan yang sama seperti minuman Isotonik dalam menggantikan elektrolit yang hilang ketika bersenam. ilaporkan secawan Air Kelapa mengandungi 294 mg Kalium dan 5 mg Gula semulajadi. (Sila lihat foto disebelah). Kandungan gula yang rendah dibandingkan dengan minuman Isotonik menjadikan ia alternatif yang sihat bagaimana pun gula didalam susu pekatan akan menambahkan kandungan gula dalam buko.


Minuman Buko atau air kelapa muda didakwa mampu menurunkan Tekanan Darah dimana tahap elektrolit yang tidak seimbang di dalam badan boleh dianya menyebabkan tekanan darah yang tinggi. Didakwa air kelapa ini mempunyai kandugan elektrolit yang mencukupi dan boleh digunakan untuk mengimbang semula kandungan elektrolit dalam badan. Kajian yang boleh dijumpai di dalam West Indian Medical Journal 2005 berjaya juga untuk menunjukan air kelapa dapat mengurangkan kadar tekanan darah 71% dari perserta kajian tersebut. Buko adalah kaya Dengan Nutrien dan Vitamin. Berbeza dengan jus lain yang ada di pasaran, air kelapa mengandungi dos Vitamin dan Nutrien yang penting untuk mengekalkan tubuh badan yang sihat. Lihat sendiri betapa banyak Vitamin dan Mineral buko. Ke 7 dimana ia kaya dengan Potassium yang mambanu didalam membina protein dan bertanggung jawab untuk merangsang saraf dan otot seluruh badan. Ia juga membantu tulang anda mengekalkan kalsium. Secawan air kelapa mengandungi 600 milligram Potassium yang merupakan 17% dari jumlah harian yang disyorkan. Ini sama seperti anda makan satu biji pisang yang besar. Cukup sebab untuk anda jadikan Air kelapa sebagai satu sumber bekalan Potassium harian anda. Buka juga didakwa mengimbangkan kadar pH Badan. Dalam keadaan Stress dan tekanan pada kehidupan harian, tambahan pula makananan segera yang penuh dengan bahan kimia, boleh meningkatkan kadar asid dalam badan ke tahap yang bahaya. Ini membuat badan kita rasa lemah dan mengurangkan keupayaan semulajadi tubuh kita menyerap mineral yang penting. Kadar pH badan yang tinggi juga boleh meletak tekanan pada hati untuk berkerje lebih keras. Selain daripada itu diantara penyakit lain yang boleh disebabkan oleh kadar pH tinggi adalah seperti masaalah penyakit seperti artritis reumatoid, Kencing Manis, osteoporosis,  tekanan darah tinggi dan juga kurang daya tahan. Air kelapa memberi kesan alkali dan bertindak untuk mengimbangkan kadar PH dalam badan. Ke 9 dimana buko atau air kelapa muda mampu mengawal Kadar Gula Dalam Darah dimana air kelapa mengandungi asid amino dan serat yang boleh membantu mangawal kandungan gula dalam darah. Ia juga meningkatkan sensitiviti insulin. Kajian menunjuk air kelapa membawa kesan terapeutik kepada tubuh manusia dengan cara membantu mengurangkan paras glukosa darah. Buko didakwa mampu melambatkan Proses Penuaan kerana air kelapa mengandungi Cytokinins yang mempunyai kesan anti-penuaan pada tisu dan sel-sel kulit. Ini mengurangkan risiko mendapat penyakit degeneratif yang berkaitan dengan usia. Kuasa Penghidratan Air Kelapa juga memastikan kulit anda mendapat kelembapan yang cukup untuk membantu dalam melambatkan penuaan kulit. Berapa Banyak perlu anda minum adalah bergantung kepada kehendak akan etapi jangan berlebihan. Ada banyak cara anda boleh menikmati Air Kelapa dan cara yang paling sihat adalah minum terus daripada buah tanpa menambah gula. Betapa bagus pun sesuatu makanan itu untuk tujuan kesihatan etapi jika diambil secara berlebihan maka ia boleh mendatangkan kemudharatan. Petua pilih buah kelapa yang sesuai untuk di minum adalah kelapa muda dimakan bersama sengan isinya. Dinasihati supaya anda pilih yang hijau dan muda kerana ia mempunyai kandungan air yang lebih banyak.


Buko Pandan adalah hidangan paling popular masa kini dibanyak negara termasuk di pesta dan acara rasmi di Filipina. Rasanya segar dan biasanya disajikan dalam keadaan sejuk atau beku dan dibuat dari kelapa muda dan aroma daun pandan. Resepi membuatnya juga mudah dimana bahan-bahan digunakan adalah 2 tin susu cair, 1/2 tin susu pekatan manis, nata de coco yang buang airnya, bahagian isi kelapa muda, Air kelapa Muda dan juga 100 gram sagu mutiara warna putih. bahan lain adalah 1 bungkus agar-agar hijau, 3 sudu makan mendapan daun pandan (3 titisan paste pandan) serta garam secukupnya. Cara untuk membuatnya dengan merebus sagu mutiara dengan air panas dan selembar daun pandan yang dimasak sampai masak dan matang dan disisihkan. Masak agar-agar dengan cara menggunakan air kelapa dan setelah sejuk ia dipotong-potong dadu disisihkan. Kemudian didalam bekas besar maka dimasukkan susu cair dan susu pekat manis. Seterusnya dimasukkan nata de coco, isi kelapa muda, sagu mutiara dan potongan agar-agar. Ia digaul rata dan juga ditambahkan sedikit garam dan pewarna dari mendapan daun pandan. Biarkan beberapa minit dan dalam peti ais dimana sedia disajikan apabila perlu. Enak diminum bersama ketulan ais dan ketih]ka haus. Selamat mencuba. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
MINUMAN BUKO... IA AIR KELAPA MUDA...
SENANG DIBUAT... KELAPA SENTIASA ADA...
MEMBELI DI FILIPINA... BUAT UJIRASA PULA...
BACA  ARTIKEL... SUDAH INGIN MENCUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 103, A1 Express Hotel,
Cagayan de Oro, Misamis Oriental,
Mindanao, Philipines.
(27 RabiulAwal 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.