Friday, November 15, 2019

TANAM NANAS MASPINE - SG TELUR

NANAS MASPINE (AC 4) merupakan sejenis varieti nanas yang ramai orang kurang mengenalinya tidak seperti nanas MD2, Moris, Josapine, N36 dan lainnya. Ini kerana hanya ada beberapa kebun sahaja yang ada menanam nanas Maspine secara komersil di Malaysia iaitu di Johor sahaja (iaitu diKluang dan di Kota Tinggi). Penulis blog dapat masa membuat tinjauan teknologi ke kebun penanaman nanas Maspine di Kg Sg Telur, Kota Tinggi, Johor dimana telah mendapati nanas ini telah dikomersilkan dengan amalan agronomi yang baik dan mampu menghasilkan buah nanas premium yang sangat baik harganya di pasaran tempatan. Pemilik ladang Nanas di Sg Telur iaitu Tn Hj Sukri menerima lawatan penulis blog bersama pengurus ladang Tn Hj Kamil. Setibanya kami di ladang disediakan jus nanas Maspine yang segar dengan indeks kemanisan sekitar 13.9 - 15.5 pada buah nanas yang dipetik pada indeks '0'. Nanas Maspine merupakan varieti nanas yang istimewa dan premium kerana ia adalah varieti nanas yang daunnya tidak mempunyai duri seperti pokok nanas lain. Kini nanas segar Maspine dijual dengan harga runcit RM5.00 - RM6.00 sekilorgam di Johor Bahru (Berbanding dengan harga nanas MD2 sekitar RM2.80 - RM4.00 sekilogram. Ini kerana nanas yang masih hijau dipetik diladang dan digredkan sebelum dibuang jambulnya untuk dipasarkan. Menurut pengurus ladang nanas ini mempunyai peminatnya sendiri untuk dimakan segar atau pun dijadikan jus. Setakat ini belum ada dieksport nanas Mspine ini keluar negara kerana jumlah pengeluarannya masih terhad. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan hasil tinjauan ladang nanas Maspine di Kg Sg Telur, Kota Tinggi, Johor untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua.


Nanas Maspine (AC4) mempunyai ciri pokok dan buah yang sangat menarik pada penilaian penulis. Varieti Maspine adalah nanas jenis Hybrid daripada penyelidikan di Hawai dengan mampu menghasilkan buah besar diantara 1.2 - 2.3 kg sebiji bergantung kepada pengurusannya. Menurut Hj Kamil bentuk buah ini berbentuk Selinder dengan warna kulitnya masih hijau walau pun sudah matang. Paling menarik kerana ia mempunyai diantara 120 -1 40 mata yang bersaiz besar (lebih besar daripada mata nanas MD2) yang rata dan seimbang. Apabila dibelah lazimnya buah matang akan memberikan warna is kuning keemasan dengan isi yang padat (boleh dikatakan tiada rongga langsung) dan empulur yang juga besar (Sila lihat foto disebelah). Apa yang dilaporkan dimana kandungan gula lazimnya sekitar 12 - 14% Brix apabila masak dengan kadar kandungan asid citrik sekitar 0.4 - 0.6% iaiu kadar yang rendah. Menurut Hj Kamil lagi nanas ini didakwa mengandungi kadar Bromelain yang tertinggi dikalangan nanas di Malaysia. Beliau memetik hasil kajian oleh Universiti Putra Malaysia yang pernah membuat kolaborasi dengan syarikat beliau. Nanas ini sesuai dimakan segar dan boleh juga di proses menjadi nanas kaleng atai dijadikan nasas untuk dimasak. Paling popular dimana nanas ini diproses untuk dijadikan jus nanas yang enak.


Sebiji buah nanas Maspine yang penulis blog ambil memeng menarik bentuknya dan juga saiz matanya (Sila lihat foto disebelah). Paling unik kerana nanas ini dakwa Hj Kamil boleh dituai awal berbanding dengan nanas MD2 iaitu seawal 11- 12 bulan sahaja. Ini penting diketahui apabila amalan agronomi penanaman nanas Maspine ini disesuaikan dengan keadaan tanah mineral dikebunnya. Nanas seberat 1.9 kg ini mempunyai mata yang cukup besar dengan kulit masih hijau sesuai dengan kehendak pengguna di Johro Bahru. Bagaimana pun jika dipetik pada undeks masak ia menjadi kekuningan dimana tahap kemanisan direkodkan sehingga 18 % Brix keatas. Penulis blog pernah berbincang dengan Pakar Nanas MARDI iaitu Dr Mad Selamat yang pernah kata nanas Maspine ini sebenarnya adalah Nanas MD1 yang dibawa masuk ke Malaysia asalnya untuk dijadikan nanas kaleng. Akan tetapi penanam nanas kurang minat menanamnya kerana pokok nanas ini mudah mati jika ada masaalah saliran dan tanah tergenang air. Penanam nanas masa itu lebih suka menanam nanas yang tahan lasak seperti Nanas Moris, Nanas N36, Nanas Gandul, Nanas Sarawak dan juga Nanas Josapine. Penanaman nanas ini tidak diteruskan oleh pengusaha nanas tradisional atas banyak faktur lain. 


Penanaman Nanas Maspine memerlukan sistem batas dengan dijadualkan tarikh penanaman dan jug atarik membuat aruhan pembungaan. Pokok nanas ini mempunyai pedu yang besar jika idbaja dengan baik dan amat kurang diserang perosak. Bagaimana pun menurut Hj Sukri serangan babi hutan terutama dimalam hari sering berlaku dikebunnya dalam bulan tertentu. Penulis blog dapati pokok nanas Maspine yang ditanam dengan jarak 1 kaki x 1 kaki x 1.5 kaki memberikan kepadatan sehingga 15,000 pokok seekar kerana ada batas tanaman diantaranya. Apabila pokok sudah dewasa dan sedia dibuat aruhan hormon maka ia disediakan laluan jalan dan disembur horman mengikut keparluan jadual pemasaran. Penulis blog dapati banyak teknik pengurusan tanaman nanas di kebun ini yang mana membolehkan mereka menghasilkan bbuah nanas Maspine yang tinggi kualitinya. Penulis blog dapati pada plot yang sedia untuk dituai memang memberikan buah nanas yang dilihat pada gred A dan double A didalam kebun ini. Dakwa beliau dimana banyak pengubahsuaian teknologi untuk penanaman nanas in idbuat kajjian dan pengesyoran amalan teknologi yang ssuai dikampung ini. Bagi kebun beliau yang menanam nanas di buat batas, baja asas dengan baja biji kopi dipoint penanaman. Menurut beliau peranan baja tahi ayam dan baja organik lain penting bagi menentukan kemanisan buah nanas.


Batas tanaman yang dibuat di kebun ini adalah tinggi dengan tujuan memberikan pertumbuhan pokok nanas yang kondusif. Batas tanaman ini setinggi lenih sat kaki dan kemudian dipasang dengan plastik silvershine yang ditempah khas dari kilang (Saiz extra lebar) dan tebal (Sila lihat foto disebelah). Batas tanaman akan di bubuh baja asas terdiri daripada kompos biji kopi, baja MOP dan juga beberapa baja asas lain. Kemudian benih yang bersaiz besar ditanam diatasnya dan diberikan baja butir 5 biji sepokok sebulan kemudian. Penanaman dilakukan sebanyak 3 pokok diatas batas dan dilihat amat subur sekali pertumbuhannya. Dilihat tidak ada masaalah rumpai kerana dikawal dengan baik. Sistem saliran yang kuran balik pada plot sebelah dilihat meyebabkan ada berlaku air tergnang menyebabkan pertumbuhan pokok nanas Maspine kurang subur dan ada yang mati. Ini menunjukkan nanas ini kurang sesuai ditanam dikawasan yang mudah tergenang air. Pokok yang subur sebenarnya pernah dihormon dalam masa 6 bulan selepas ditanam dan mampu memberikan hasil buah berkualiti. Nanas Maspine dikawal pengeluaran benih daripada sulur dan jambulnya kerana syarikat ingin mengawal jumlah pengeluaran dan dapat mengawal pasarannya yang menerima harga premium. Perbincangan mengenai isu-iisu teknikal dibuat dari aspek pembajaan, kualiti dan pengedaran benih dengan pemilik ladang ini, Menurut beliau menanam nanas lebih berjaya memberikan pendapatan penanamnya dan negara berbanding dengan tanaman makanan yang lain. Semuga artikel ini mampu memberikan infoo terbaik kepada pembaca anim agro technology sebagai bahan rujukkan. Wasallam!!!..
NANAS MASPINE.. SUKAR DAPATNYA....
DIPANGGIL SEBAGAI MD1...KENAPA....
LADANG SG TELUR... LAWAT SEGERA...
ADA POTENSI... PERLUASKAN TANAMNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,

Room 102, T5 Boutique Hotel,
Pontian, Johor,
Malaysia.
(15 RabiulAwal 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.