Saturday, November 16, 2019

BUAT TEPUNG DARI KULIT PISANG

BUAT TEPUNG DARI KULIT PISANG merupakan satu inovasi yang boleh dilakukan oleh semua orang sebagai satu lagi perkara menarik dibincangkan kali ini. Pisang (Musa acuminata) memang banyak jenis daripada jenis pisang yang biasa dimakan sehingga kepada spesis pisang yang sesuai dijadikan tanaman hiasan sahaja. Kulit pisang adalah komponen buah pisang yang banyak mempunyai kandungan bermanfaat bagi tubuh manusia. Bagaimana pun sedarkah anda bahawa ternyata dimana kulit pisang juga sangat berguna. Kulit pisang tidak boleh dimakan secara terus begitu sahaja walau pun kulit pisang memiliki kandungan berkhasiat kerana rasanya tidak enak. Dalam kulit pisang lazimnya ada terdapat kandungan vitamin C, vitamin B, protein, kalsium dan lemak yang cukup tinggi untuk manusia gunakan. Selain itu terdapat kandungan iaitu air sebanyak 68.9% dilaporkan ada kompponen karbohidrat atau pati yang berguna sebanyak 18.5%. Didakwa dimana kulit pisang mengandungi unsur berguna dimana kulit pisang boleh dijadikan tepung dan boleh di proses menjadi makanan lain yang enak. Dilaporkan kebanyakan jenis kulit pisang yang digunakan untuk membuat tepung biasanya adalah Kulit Pisang Raja kerana ia lebih mempunyai bahan kandungan diet yang lebih banyak sepertimana kuantiti pada ketebalan kulitnya yang lebih banyak jika di banding dengan kulit pisang jenis lain. Terdapat banyak jenis tepung dihasilkan darpada biji gandum (Tepung Gandum), Jagung (Tepong Jagung), Kacang Soya (Tepung Kacang Soya), Keledek (Tepung Keledek) dan terkini ada inovasi membuat Tepung Kulit Pisang. Memang agak sukar di Malaysia untuk mendapatkan tepung kulit pisang kecuali kita cuba membuatnya sendiri selepas membaca artikel ini.  Artikel subuh ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya menulis lagi mengenai bagaimana membuat tepung dari kulit pisang dan kejayaan akademik yang membuatkan tepong ini boleh terkenal dimasa akan datang untuk rujukkan anda semua.

Bagaimana teknologi untuk membuat tepung dari kulit pisang ada pelbagai kaedah. Penulis blog akan paparkan teknik yang mudah kita lakukan.  Bahan diperlukan adalah seperti pastinya Kulit Pisang Raja (Sila lihat foto disebelah). Bahan lain adalah
Natrium tiosulfat (bahan ini boleh dibeli dikedai khusus jual bahan kimia). Dari segi peralatan diperlukan pastinya pisau, bakul, mesin pengering (Dryer), mesin mengisar dan juga alat penapis (ayak). Alat lain adalah Pengisar (Grinder) yang berfungsi sebagai alat untuk menghaluskan atau menghancurkan potongan kulit pisang menjadi tepung. Pisau pula akan digunakan untuk memotong kulit pisang menjadi ukuran kecil-kecil hingga akhirnya boleh dilarutkan ke dalam bahan natrium tiosulfat.  Alat Penapis (ayak) akan digunakan untuk menapis hasil tepung agar kita boleh mendapatkan tepung yang halus dan berkualiti.  Bahan Plastik lebar dan bersih digunakan untuk menjemur kulit pisang agar mudah dalam kemudian semasa proses mengisar. Cara membuatnya dengan kulit pisang masak atau yang sudah tua dipisahkan dari isinya dan diasingkan dalam bekas berlainan. Kemudian dipotong kulit pisang menjadi bahagian lebih kecil dengan ukuran hirisan sekitar 1 cm x 0.5 cm. Seterusnya perlu direndam kulit pisang ke dalam larutan natrium tiosulfat dimana kemudian perlu ditoskan. Keringkan potongan kulit pisang tadi menggunakan mesin pengering atau panas sinaran oleh matahari. Jika anda menggunakan pemanasan dengan menjemur dibawah sinaran matahari sebaiknya anda sijemur selama 2 hari untuk tujuan ia dapat mengeringkannya. Jika menggunakan oven letrik hanya perlu masa selama 1 jam 20 minit saja pada suhu sekitar 60 celcius. Setelah kering dengan kadar airnya berkurangan sehingga tinggal 14% sahaja maka kulit pisang kering ini perlu dikisar potongan kulit pisang kering tadi dengan gunakan pengisar jenis hammer mill. Akhirnya akan terhasil kisaran kemudian dikumpulkan dan perlu diayak dengan penapis. Bagi dapatkan tapisan halus  perlu menggunakan beberapa jenis penapis segingga menjadi halus yang dikehendakki. Tepung yang jatuh daripada ayak telah boleh diguna sebaliknya yang tidak lepas dan kasar di kisar semula dan memang ia perlu di ulangi proses sehingga selesai. Simpan tepung kulit pisang dalam bekas plastik kedap udara untuk tahan lama dalam penyimpanan. Apa yang penting adalah p
enggunaan bahan kimia natrium tiosulfat ini adalah bertujuan untuk membolehkan terjadinya proses oksidasi pada kulit pisang yang akan digunakan dalam membuat tepung pisang sehingga kulit pisang tidak berubah menjadi coklat warnanya dimana hasilnya lebih bersih.

Dalam pada itu di Universiti Pertanian Malaysia (UPM) telah berjaya membuat penyelidikan bagaimana kulit pisang diproses jadi pengganti tepung gandum. Produk dihasilkan oleh Kumpulan Saintis UPM dinamakan sebagai SU-8 yang menghasilkan biskut menggunakan kulit pisang sebagai satu inovasi dari universiti ini. Berita mengenainya dipaparkan oleh akhbar utusan dimana wartawan Nur Fatiehah nyatakan mungkin ramai yang tidak tahu jika selama ini kulit pisang yang dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai manfaat tersendiri khususnya untuk kecantikan kulit wajah. Dilaporkan dimana pisang mengandungi pelbagai gizi (zat makanan) yang baik untuk kesihatan dan kecantikan, antaranya vitamin B6, Vitamin C, Magnesium, Zat besi dan Kalsium. Selain itu ada nenek moyang kita juga banyak memanfaatkan kulit pisang sebagai petua misalnya untuk memutihkan gigi, mengatasi gigitan nyamuk, mengubati luka dan sakit kepala dan mengilatkan kasut. Potensi dan manfaat yang dimiliki kulit pisang itu telah mencetuskan idea kepada sekumpulan pelajar untuk menghasilkan tepung kulit pisang sebagai pengganti kepada tepung gandum yang biasa digunakan di pasaran. Menurut wakil pelajar tahun akhir, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan (FSTM), Universiti Putra Malaysia, Sofia Nadiah Hashim, 22, idea untuk menghasilkan tepung kulit pisang itu adalah sebagai melengkapi salah satu kursus dalam semester iaitu Pembangunan Produk Makanan Baharu. Kursus kepada pelajar tahun akhir untuk mencipta produk makanan baharu secara berkumpulan bermula dari penjanaan dan penyaringan idea, pemprosesan sehinggalah pemasaran kepada pelanggan. Kumpulan SU-8 Corporation menghasilkan produk yang dijenamakan sebagai FyBina, iaitu stik biskut bersalut coklat hitam yang berasaskan tepung kulit pisang. 

Kulit pisang menjadi pilihan sebagai bahan utama produknya kerana ia mengandungi tinggi serat, protein, vitamin, kalium dan magnesium. Diantara keistimewaan lain produk yang kami hasilkan adalah tepung kulit pisang dapat memberikan serat yang tinggi serta bebas daripada gluten dan dapat menggantikan tepung gandum. Bagi mereka yang mementingkan makanan sihat dalam kehidupan seharian yang sibuk, FyBina adalah pilihan tepat kerana ia bersaiz kecil, senang dibawa dan boleh dimakan pada bila-bila masa sahaja. Kumpulan pelajar ini juga mahu menyedarkan orang ramai mengenai kepentingan mengurangkan pembaziran dan penjagaan alam sekitar apabila kulit pisang adalah antara sisa buangan yang tertinggi di Malaysia. Mereka juga ingin membuka mata masyarakat bahawa serat bukan sahaja dapat diperoleh daripada buah, bijirin atau sayuran, malah boleh juga didapati daripada kulit pisang. Kulit pisang yang terbaik akan dipilih dan diambil daripada pembekal. Proses seterusnya adalah membasuh kulit pisang akan dimulakan terlebih dahulu bagi membuang segala kotoran dan bendasing yang ada pada kulit pisang. Kulit pisang yang sudah dibasuh akan direndam dalam air panas bagi tujuan menghentikan segala aktiviti enzim. Setelah itu, kulit pisang akan diletakkan dalam mesin pengering dan akhir sekali akan dihaluskan sehingga menjadi tepung dengan menggunakan mesin pengisar. Bagi menghasilkan stik biskut pula, prosesnya adalah sama seperti menghasilkan biskut biasa yang terdapat dalam industri. Kelainannya adalah dari segi penggunaan tepung dan beberapa bahan tambahan lain sebagai resepi bagi menjadikan biskut yang dihasilkan lebih sedap.

Dilaporkan sempena program ini dimana pihak fakulti telah mengambil inisiatif untuk tujuan mengetengahkan 10 produk makanan baharu iaitu SoYa Tart, Oh! My Noodle, ASCO, Mushious Sausage, Haymash Bebola Daging, Ambarella Jam, Chocoring Snack Bar, S’morthies, Cremoso Tempkin dan FyBina. Daripada 10 produk, tiga produk telah dipilih sebagai pemenang yang dinilai oleh sekumpulan pengadil yang terdiri daripada wakil industri makanan, agensi kerajaan dan pensyarah fakulti. Pemenang utama bagi program ini adalah dari kumpulan SU-8 Corporation yang bertujuan untuk mengetengahkan produk jenama FyBina iaitu biskut bersalut coklat hitam yang berasaskan tepung kulit pisang. Dilaporkan tempat kedua pula adalah kumpulan Snac ‘N Sdn. Bhd. dengan produk Chocoring Snack Bar iaitu bar coklat yang mengandungi beras pulut susu, tempe, serunding ikan bilis dan marshmallow. Tempat ketiga jatuh kepada kumpulan Damai Sdn. Bhd. yang memperkenal jenama Haymash Bebola Daging iaitu bergedil yang diolah menjadi bebola daging. Dimaklumkan dimana kursus ini adalah merupakan kemuncak kepada pengajian program berkenaan yang memerlukan pelajar mengaplikasikan semua ilmu pengetahuan yang dipelajari sepanjang pengajian mereka. Menerusi projek itu lazimnya pelajar didedahkan dengan proses sebenar menghasilkan produk, sama seperti yang dilakukan dalam industri, dari awal sehingga produk boleh dipasarkan. Seiring dengan ekonomi semasa yang berkembang ini, diharapkan pelajar dapat mengambil peluang supaya berusaha memanipulasi ilmu yang telah didedahkan serta mengaplikasikan kemahiran yang telah diperoleh sepanjang pengajian agar dapat digunakan untuk pembangunan kerjaya kelak. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
 
KULIT PISANG... DIBUANG SAHAJA...
DIPROSES MUDAH... TEPUNG JADINYA...
ADA ANUGERAH... UPM LAKUKANNYA....
TEPUNG INI... PENULIS BELUM CUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan P11/D14, Precint 11,
Putrajaya, WP,
Malaysia.
(11 Muharram 1441H).
Kemaskini pada 16 Nov 2019.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.