Thursday, November 14, 2019

KEBUN KETUM DALAM SAWAH

KEBUN KETUM DALAM SAWAH telah dipaparkan oleh akhbar Berita Harian On-line pada 12 November 2019 mendapat perhatian ramai pembaca. Penulis blog yang mendapat info berkenaan membaca dengan baik laporan wartawan Berita Harian dan sesuai untuk dipaparkan didalam blog ini. Laporan Ekslklusif tersebut bertajuk "Kebun ketum dalam sawah" yang dipetik daripada Alor Setar, Kedah siap dengan beberapa keping gambar yang jelas. Diberitahu dimana sekurang-kurangnya empat daerah di Kedah dikesan menjadi kawasan penanaman ketum yang mana ia juga dipercayai terbesar di negara ini dengan keluasan mencecah lebih 100 hektar. Kawasan penanaman di Padang Terap, Kubang Pasu, Yan dan Sik berkenaan dianggarkan mampu mengeluarkan sehingga 180 tan daun ketum dengan nilai pasaran mencecah RM3 juta bagi setiap kali tuaian. Selanjutnya dimana sumber Agensi Anti Dadah Kebangsaan (ADDK) berkata, keluasan ladang ketum yang direkodkan di Kedah pada tahun lalu mencapai 114 hektar iaitu 80 hektar di Padang Terap, Kubang Pasu (22), Yan (9) dan Sik (3). Dalam pada itu wartawan dan jurugambar Berita Harian (BH) telah menjejaki kawasan penanaman berkenaan baru-baru ini dan mendapati tanaman ketum diusahakan secara berselerak dan tersorok sebagai muslihat bagi menyukarkan ia dikesan pihak berkuasa. Setiap kebun ketum dianggarkan adalah berkeluasan diantara 0.28 hektar hingga lebih satu hektar. Bagaimana pun dilaporkan bagi kawasan yang bersaiz kecil biasanya pokok ketum ditanam di kawasan sawah yang agak sukar dimasuki kenderaan, kecuali menggunakan motosikal. Foto diatas adalah antara pokok ketum yang ditanam di kawasan sawah sekitar Padang Terap iaitu gambar oleh pihak NSTP Sharul Hafiz Zam. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" sama-sama kita kupas berita ini untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan anda semua. 

Pokok Ketum (Mitragyna speciosa) juga dipanggil sebagai Pokok Biak di Malaysia merupakan sejenis pokok yang mana daunnya ada digunakan sebagai bahan perubatan tradisional sejak lama dahhulu. Saya ada juga menulis banyak artikel mengenai pokok ketum ini untuk dijadikan bahan rujukan dengan pautan (Sila klik disini), (Sila Klik Disini), (Sila Klik Disini) dan banyak lagi. Ia digunakan bagi memulihkan tenaga, mengeluarkan angin, merawat sakit belakang dan sering diminum pada wanita selepas bersalin. Rupanya tumbuhan ini mudah ditanam dan subur di kawasan yang tanahnya berair sedikit seperti dikawasan sawah secara komersil. Apa yang menjadi isu dan masaalah masa kini ada apabila air ketum disalahguna kerana ia dicampur dengan bahan lain seperti ubat nyamok dan ubat batuk sehingga menjadi 'Cakoroi' dimana anda boleh baca (Sila klik disini). Ia dikatakan lebih merbahaya daripada dadah kerana ia boleh mengakibatkan ketagihan melampau.  Ketum adalah tertakluk dibawah Akta Racun 1952 dimana akta ini mengawal penanaman, pemilikan dan pengedaran ketum serta dikenakan hukuman berat. Ketum pernah dicadangkan untuk diletak dibawah senarai Akta Dadah Mmerbahaya 1952. Akhbar ini menyatakan di Malaysia terdapat seramai 13,296 orang penagih daun ketum dimana seramai 10,215 adalah golongan belia diantara umur 19 - 39 tahun manakala 2,292 diantara 40 - 60 tahun dan uniknya terdapat seramai 789 orang diantara 13 - 18 tahun dari tahun 2014 - 2018 (Sumber: AADK).

Negeri Kedah ada 4 daerahmerupakan kawasan penanaman dan pengeluaran daun ketum utama di Malaysia. Kawasan paling utama terletak di Daerah Padang Terap iaitu seluas 80 hektar diikuti dengan Daerah Kubang Pasu (22 hektar), Daerah Yan (9 hektar) dan Daerah Sik (3 hektar). Wartawan BH dilaporkan berjaya mengesan satu ladang ketum bersaiz besar di daerah Padang Terap. Bagaimana pun dilaporkan wartawan dan jurugambar BH juga terpaksa meredah kawasan batas sawah sejauh lebih satu kilometer sebelum menemui 'pulau' yang dijadikan kawasan tanaman. Dilaporkan dimana ladang ketum yang ditemui BH ini sukar dikesan jika ditinjau dari jalan utama kerana kedudukannya berada di belakang kawasan berbukit. Berikutan itu kru BH terpaksa menggunakan dron sebelum menemui ladang ketum seluas lima relung atau seluas 1.4 hektar itu. Dalam pada itu di Daerah lain dimana kebun ketum biasanya berselindung di antara kebun getah dan hutan, namun keluasan tanamannya adalah kurang daripada satu hektar. Kini dilaporkan dimana ladang berkeluasan besar ini diusahakan penduduk tempatan yang menjual daun ketum kepada sindiket sebelum diseludup keluar ke negara jiran. Apa pun dipercayai dimana sindiket penyeludupan dikatakan lebih cenderung menyeludup keluar daun ketum berikutan harga bahan itu yang dilaporkan mencecah sehingga RM100 sekilogram berbanding hanya antara RM18 hingga RM20 sekilogram di negara ini. Bagi kawasan yang bersaiz kecil biasanya pokok ketum ditanam di kawasan sawah yang agak sukar dimasuki kenderaan, kecuali menggunakan motosikal. Laporan ini disediakan oleh wartawan Sharul Hafiz Zam dari NSTP yang membuat tinjauan.

DIlaporkan pada bulan Oktober 2018 dimana Kerajaan Kedah mengumumkan akan menggunakan undang-undang di bawah Kanun Tanah Negara bagi menghapuskan ladang ketum, namun sehingga kini langkah itu belum memberi kesan positif. Menteri Besar Kedah iaitu Datuk Seri Mukhriz Mahathir dipetik sebagai berkata, langkah drastik itu diambil bagi menangani masalah berkaitan penyalahgunaan ketum yang dilihat lebih banyak memberi kemudaratan kepada masyarakat. Sementara itu wartawan BH ada menemui seorang penduduk Kampung Paya Sidang, Lesong yang dikenali sebagai Azman yang berusia lingkungan 50-an dan dia berkata pemilik kebun ketum biasanya memperoleh antara RM3,000 hingga RM5,000 sebulan hasil daripada jualan daun ketum. Dakwanya lagi daun ketum biasanya dibeli orang tengah yang kemudian akan menjualnya kepada sindiket tertentu sebelum diseludup ke negara jiran melalui jalan darat. “Bagi orang kampung menanam ketum bukan jadi kesalahan kerana jika hanya bergantung kepada hasil padi memang tidak boleh menyara keluarga, selain tanaman ini juga dianggap sebagai perkara biasa. “Cuma apabila ada pihak tertentu menawarkan mahu membeli daun ketum dalam jumlah banyak, ada penduduk mengusahakan tanaman pokok ketum dalam jumlah besar bagi mendapatkan pendapatan sampingan,” katanya ketika ditemui. Azman berkata, daun ketum tidak boleh dituai setiap hari, sebaliknya proses memetik daun dilakukan dua hingga tiga seminggu sekali bergantung kepada tempahan.

Dalam pada itu daun ketum memang selalu ada tempahan, kebanyakannya dihantar ke seberang (Thailand) selain ada juga orang tengah dari Kelantan dan Terengganu datang membelinya. Apa pun apabila ada tempahan maka baharu daun ketum dipetik dan digulung sebelum dimasukan ke dalam guni dan diserah kepada orang tengah yang akan menghantarnya. Biasanya proses penghantaran daun ketum ke Kelantan dan Terengganu dilakukan menggunakan pengangkutan darat dengan caj RM3 bagi setiap kilogram. Dalam pada itu ada usaha pihak tertentu agar kerajaan diminta segerakan kuat kuasa larangan penanaman dan pengedaran daun ketum. Kerajaan diminta segera menggubal penguatkuasaan larangan ketum di bawah Akta Racun 1952 kerana penggunaan bahan itu didapati semakin berleluasa dalam kalangan remaja terutama di luar bandar. Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) 1 Kota Setar, Dr Zaki Amani Abd Rashid, berkata ketum tidak boleh dipandang remeh kerana ia menyebabkan ketagihan apabila ia diambil tanpa kaedah pengawasan. Kini masyarakat masih menganggap ketum hanyalah sebagai air minuman seperti teh atau kopi termasuk menjadi ubat cirit-birit serta memberi tenaga. Pada hakikatnya daun ketum sudah menjadi ancaman terutama kepada kumpulan remaja disebabkan kegunaannya bukan untuk tujuan rawatan akan tetapi menjadi ketagihan.

Ketum menyebabkan pengguna berasa khayal dan bagi memberi kesan khayal lebih lama, ia dicampur minuman berkarbonat bersama ubat batuk dan ubat nyamuk. Kini berlaku penyalahgunaan ketum seperti inilah menimbulkan gejala seperti keganasan, permusuhan, pengeluaran air mata yang kerap, susut berat badan, insomnia, lenguh otot dan sendi, kerap membuang air kecil dan sembelit,” katanya ketika dihubungi BH. Mengulas lanjut, Dr Zaki berkata, apa yang membimbangkan penggunaan ketum dalam jangka masa panjang boleh memberi kesan yang lebih buruk. Ia boleh menjadikan kulit pipi menjadi gelap dan menghasilkan gejala tarikan atau gian fizikal sama seperti ketagihan heroin. Dalam pada itu sawan juga antara simptom yang sering ditemui terutama dalam kalangan pengguna remaja, selain simptom jangka panjang seperti halusinasi, delusi dan kekeliruan. Berdasarkan pengalaman klinikal, saya pernah merawat kanak-kanak dipukul sehingga patah tangan oleh bapanya yang juga pengguna ketum tegar. “Perasaan mudah marah sehingga membawa keganasan dan mencederakan orang lain adalah satu kesan buruk yang sangat berbahaya,” katanya yang juga Pengerusi Lembaga Pelawat Psikiatri Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini. Dr Zaki yang kini bertugas di sebuah pusat perubatan swasta berkata, Pejabat Dadah dan Jenayah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNODC) telah menyenaraikan ketum sebagai dadah psikoaktif baharu dalam buku Laporan Dadah Sedunia 2013. Begitulah laporan artikel dari akhbar BH yang penulis blog dapat kongsi bersama anda pembaca anim agro technology kali ini semuga ia berguna. Wasallam!!!...
TANAMAN KETUM... IA BERADA DIMANA...
SUKAR DIKESAN...WARTAWAN BH CUBA...
DITENGAH SAWAH...SUKAR MENCARINYA...
AKTA TERSEDIA... KAWALAN PERLU ADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Putrajaya,
Malaysia.
(15 RabiulAwal 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.