Sunday, September 25, 2022

RUMPUT BEIJING - APA DIA?

RUMPUT BEIJING (Murdannia bracteata) atau “Ya pak-king” dalam bahasa Cina adalah sejenis tumbuhan herba yang diketahui mempunyai khasiat untuk meningkatkan daya tahan badan dan ciri anti-radang agak terkenal di China dan juga di Thailand. Bagaimana pun penulis blog dapati di Malaysia ia dikenali sebagai Rumput Siti Khadijah (Sila lihat foto diatas). Ia merupakan sejenis rumput iaitu daripada famili Poaceae yang mudah ditanam dengan cara organik untuk mendapatkan khasiatnya dan diproses mengikut kaedah pemprosesan yang betul. Didakwa dimana diantara khasiat atau kegunaannya dimana rumput ini boleh digunakan sebagai pelembut daging lembu atau daging ayam kampung. Cara untuk gunakannya dengan mengambil 3 - 4 helai daunnya yang telah dibasuh bersih dan ia kemudian dimasukkan ke dalam bekas rebusan daging tersebut. Rumput herba ini juga ada digunakan secara tradisional untuk kesihatan tubuh badan. Caranya adalah dengan memasukkan sehelai daun ke dalam teh kosong air panas untuk diminum. Selain itu dilaporkan dimana daunnya juga boleh dikisar dan kwmuidan dicampur air dan seterusnya diminum. Rumput Beijing termasuk antara tubuhan herba yang didakwa adalah sebagai penawar kanser. Ia juga memang ada testimoni lain digunakan secara tradisional di Malaysia iaitu sebagai herba penawar untuk penyakit buah pinggang. Cara penggunaan untuk pesakit kanser seperti yang dinasihatkan oleh para pengamal perubatan tradisional ialah dengan minum jus segar dari rumput Beijing ini (20 - 25 helai) sebanyak 2 kali sehari pagi dan petang. Penderita penyakit psioriasis sejenis iaitu penyakit kulit juga mendapat kebaikan hasil dari minum jus rumput ini. Pada penulis blog agak berminat juga untuk mengenali daripada proses menanam, mempproses sehingga aplikasi menggunakan rumput ini. Artikel malam ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya paparkan mengenai fakta dan kehebatan Rumput Beijing dan mengenali tumbuhan ini.

Dalam mengenali bagaimana cara untuk menggunakan rumput ini sebaiknya semua pembaca dapat belajar bagaimana cara proses penyediakan jus Rumput Beijing. Pertama sekali pastikan pembaca semua mempunyai bekalan atau menanam tanaman rumput ini dirumah yang segar dimana ia akan dipetik daunnya. Kemudian ia dibasuh seluruh rumput termasuk batang dan akarnya sebersihnya dengan air bersih. Ia kemudian perlu direndam ke dalam air garam atau cuka. Masukkan campuran 2 sudu besar garam atau 2 sudu besar cuka dan ia dilarutkan dalam 1 liter air. Tujuannya adalah untuk menyingkirkan serangga atau ulat yang mana mungkin ada terdapat pada daun rumput tersebut. Kemudian ditumbuk rumput ini menggunakan lesung tanah liat atau lesung kayu hingga menjadi pes (paste). Kemudian lalu dimasukkan 2 sudu besar air panas mendidih dan kemudian lalu ditapis dengan menggunakan penapis kain. Mengikut amalan tradisional sebaiknya dos yang disyorkan untuk orang dewasa ialah dengan mengambil sebanyak 2 sudu besar jus ini diambil 30 minit sebelum sarapan pagi dan juga 30 minit sebelum tidur. Sementara itu disyorkan bagi golongan kanak-kanak pula dengan sebanyak 1 sudu makan setiap kali. Penulis blog juga mendapati nama lain Rumput China seperti Beijing spiderwort, Spiderwort, Pan Ki Lian, Pandan Jambi, Rumput Aur Beijing, Rumput Anugerah, Rumput Pada Suka dan juga Rumput Pak King. Terdapat beberapa kajian saintifik yang mana ia membuktikan kesan anti-bakteria ada pada tumbuhan ini. Walaupun ada dilakukan beberapa kajian potensi rawatan kanser bagi tumbuhan tetapi perkara ini ianya masih diperingkat awal dan belum disahkan secara klinikal. Namun bagi pengamal perubatan alternatif dimana pengambilan rumput Beijing telah lama digunakan untuk cara merawat kanser. Ia juga didakwa berkhasiat untuk merawat dan mencuci buah pinggang, mencuci darah dan mampu  untuk buang angin dlm badan. Berdasarkan buku 'Chinese medical herbs of Hongkong' yang  mendakwa tumbuhan ini ada rasa manis, menyejukan dan berupaya bagi mencairkan kahak. Di Thailand pula dilaporkan dimana tumbuhan ini digunakan untuk merawat kanser tekak, hati, rahim, ileum, kulit dan sebagainya. Bagaimana pun belum dapat disahkan secara klinikal akan dakwaan diatas.

Menanam Rumput Beijing ini agak mudah dilakukan sendiri didalam bekas kecil di rumah. Anda boleh menggunakan bekas pasu biasa atau bekas bahan buangan yang masih sesuai diisikan dengan media tanah campuran atau cocopeat dengan membuat lubang pengaliran air dibahagian bawah. Ada juga yang suka menanam rumput ini secara merendam didalam air baja. Tanah campuran pula sebaiknya mengandungi banyak bahan organik untuk tujuan pertumbuhan lebih cepat. Bahan tanaman boleh didapati dengan mengambil stolon atau secebis rumput beijing iaitu bagi dijadikan sebagai benih ditanam 1 -2 cm dalam tanah. Kemudian ia disiram mengikut kesesuaian sehingga rumput ini akan tumbuh dengan baik (Sila lihat foo disebelah). Elakkan dari amalan menggunakan baja kimia atau racun kimia semasa menanam rumput ini kerana ia akan digunakan sebagai jus terutama dibahagian daun hijaunya. Sebaiknya mereka yang menanam rumput ini mempunyai ilmu asas pertanian organik sebelum menanam dimana untuk mereka mengetahui akan asas penjagaan tanaman rumput untuk bebas kimia amat disyorkan. Tanaman rumput Beijing yang subur akan menghasilkan anak (tiller) dalam masa singkat sahaja dimana apabila rumput ini apabila ianya sudah matang maka ia boleh dipetik daunnya dan diproses untuk dijadikan jus minuman yang berkhasiat. Cara memetik juga perlu disesuaikan dengan keadaan rumput tersebut juga.

Dibeberapa negara seperti di China dan negara Thailand dilaporkan perusahaan menanam rumpt beijing ini telah lama ianya dikomersilkan. Bagaimana pun di Malaysia hanya ada beberapa usahawan sahaja yang mennam rumput beijing ini seperti yang penulis blog pernah lawat di Perak dan di Johor yang mana jumahnya masih kecil berbanding dengan dua negara diatas. Di Malaysia dimana kaedah terbaik untuk menanam rumput ini seara komersil adalah dengan menanamnya di bawah Stukur Pelindung Hujan (SPH) dimana semua faktur pengeluaran boleh dikawal dengan baik (Sila lihat foto disebelah). Apa pun cara penanaman dan jadual penuaian boleh diatur untuk ianya akan mengeluarkan hasil yang berterusan. Amalan mereka juga menggunakan cara fertigasi dimana air baja dialirkan didalam tanah media tanaman dan dikawal dengan baik. Dipercayai usawawan ini akan mendapatkan persijilan ladang organik (Sijil Organik Malaysia - SOM) bagi ladang dibawah SPH kerana hasil produk adalah untuk pasaran domesik dan pasaran eksport. Usahawan di Malaysia perlu mengambil idea penanaman rumput Beijing dari China dan Thailand kerana kita mempunyai iklim, infrastruktur dan kepakaran yang boleh dimanafaatkan ramai pengguna.

Terkini diimana pasaran terdapat beberapa produk yang berasaskan kepada Produk Rumput Beijing. Didalam facebook ada satu berita yang menjual produk ini iaitu boleh diakses pada https://www.facebook.com/ pembekalrumputbeijing/. Didakwa produk 'Jus Rumput Beijing' yang 100% Pure ini sudah diedarkan keseluruh negara. Ada beberapa dakwaan diserta dalam facebook tersebut diantaranya dimana Rumput Beijing Jus 100% Pure mempunyai beberapa kebaikan diantaranya seperti ia membantu penyembuhan barah payudara, barah usus serta berfungsi sebagai penawar kanser tekak, hati, rahim dan kanser kulit. Paling menarik dimana didakwa ia juga merawat akan masaalah Penyakit Psoriasis dan Ekzema. Ia juga didakwa akan meningkatkan atau memperbaiki Sistem Imunisasi Tubuh serta dapat membantu penyembuhan Ulser, merawat masaalah batu Karang, Radang kulit dan mampu dalam melawaskan kencing Jus ini juga mendakwa mampu mencuci buah pinggang, mencuci darah, merawat demam panas dan juga mampu bagi mengurangkan sakit akibat Kimoterapi. Selain itu didakwa merawat kencing manis, mencairkan darah, membuang angina dalam badan dan menyejukkan dan berupaya mencairkan kahak. Mengikut dakwaan macam ia 'Super Food' yang hebat. Bagaimana pun anda kena dapatkan nasihat doktor jika ada komplikasi menggunakan jus ini. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada anda pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!... 
 
RUMPUT BEIJING...SUDAH DIBACA...
MUDAH DITANAM... DIMANA SAHAJA...
DIJADIKAN JUS... DIMINUM SENTIASA...
SESIAPA SUKA ...KENALAH MENCUBA... 

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11D/14, Putrajaya,
WP Persekutuan,
Malaysia.
(1 Safar 1441H).
Kemaskini pada 24 Sept 2022... Melaka.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.