Sunday, September 25, 2022

PEMPROSESAN MAKANAN - SATU USAHA

PEMPROSESAN MAKANAN
(Food processing) merupakan set cara-cara dan teknik yang digunakan untuk menukarkan bahan-bahan mentah kepada makanan atau menukarkan makanan asas kepada pemakanan lain bagi manusia atau haiwan samaada secara kecil-kecilan di rumah atau secara industri makanan komersial di kilang. Pemprosesan makanan khususnya mengambil produk daripada hasil tanaman dituai atau haiwan ternakan (unggas dan ruminan) yang disembelih dan menggunakan bahan-bahan perisa lain untuk akhirnya menghasilkan produk makanan yang lebih menarik, boleh dipasarkan, selamat dimakan, berkhasiat dan selalunya akan mempunyai jangkahayat simpanan yang lama. Di Malaysia dimana sektor 
agro makanan terus menjadi komponen penting dalam sektor perkilangan khususnya didalam pembuatan produk makanan. Sub-sektor utama dalam industri agro makanan meliputi penternakan, perikanan dan buah-buahan serta sayur-sayuran yang mempunyai perkaitan yang amat signifikan dengan subsektor pemprosesan makanan negara. Selain sub-sektor utama ini dillaporkan ada juga penternakan apikultur, florikultur dan ikan hiasan juga merupakan sektor  penyumbang penting dalam industri ini. Sub-sektor dalam pemprosesan makanan memainkan peranan penting seiring dengan komitmen Malaysia untuk membangunkan ekonomi yang lebih pelbagai iaitu dengan mwngujudkan gelombang peluang perniagaan dan pelaburan yang seterusnya berada dalam sektor pembuatan produk makanan bernilai tinggi. Untuk terus berdaya saing pihak pengeluar makanan sentiasa berusaha untuk mencari cara yang lebih cepat dan lebih efisien untuk memenuhi permintaan pengguna didalam usaha menuju ke arah kaedah perniagaan yang lebih automatik, fleksibel, dan cekap. Artikel kali ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya mempaparkan kepentingan sub-sektor pemprosesan makanan untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.

Sub-sektor Industri Agromakanan di Malaysia terus dikukuhkan dimana kerajaan menggalakkan pemain industri untuk berinovasi dan memanfaatkan teknologi yang lebih maju dalam operasi mereka. Selain meningkatkan produktiviti pertanian pendekatan dalam usaha bagi meningkatkan daya mampu diri dan cara mengurangkan akan kebergantungan usahawan kepada produk pertanian yang diimport, teknologi canggih ini juga akan membolehkan perniagaan meningkatkan tahap keuntungan dan juga menghasilkan proses pengeluaran yang lebih cekap, lebih selamat dan lebih mesra alam. Dalam pada itu t
eknologi makanan (food technology) ialah satu lagi bidang ilmu yang menggunakansains dan kejuruteraan dalam penghasilan, pemprosesan, pembungkusan,pengagihan, penyediaan dan penggunaan makanan. Teknologi makanan juga merangkumi pemilihan bahan makanan mentah, cara mengawal kualiti makananyang diproses, menyelenggara alat pemprosesan dan menghasilkan makanan baru. Di Malaysia dimana perkembangan teknologi makanan sangat beruntung kerana mempunyai banyak jenis kuliner atau menu makanan. Walau pun selalunya ada petani yang mempu ada lebihan makanan yang tidak dijual segar tetapi banyak yang terbuang dan tidak diproses. Sebaiknya disyorkan agar petani dapat memproses hasil pertanian tersebut agar menjadi makanan siap guna yang nilainya lebih tinggi. Dalam pada itu diantara sebab usahawan perlu memproses makanan itu ialah untuk dapat mengelakkan makanan dari dirosak oleh patogen mikro organisma. Makanan proses juga akan memudahkan proses pencernaan dimana secara langsung akan memperbaiki rupa hidangan makanan. Makanan proses juga mampu mencegah jangkitan penyakit dan lebih selamat dimakan. Walaupun pada dakwaan pada mulanya penggunaan bahan kimia sewaktu proses pembuatan makanan apabila ada penggunaan yang berlebihan boleh mendatangkan kemudaratan (kesan buruk). Penggunaan bahan kimia seperti sulfur dioksida, asid benzoik dan asid sorbik boleh menyebabkan penyakit seperti sesak nafas, gatal dan kanser. Pihak kerajaan telah menggubal undang-undang untuk melindungi pengguna dari bahan kimia makanan yang tidak dikawal. Dalam Akta Makanan (1983) diwujudnya bertujuan menghindari pengilangmakanan dari menggunakan bahan kimia secara berleluasa tanpa kawalan. Penggunaan bahan kimia merbahaya seperti nitrit dalam daging dapatdihalang. Nitrit telah terbukti boleh menyebabkan penyakit kanser. Disebabkan pertambahan penduduk, usaha untuk meningkatkan kuantiti daualiti makanan hendaklah dipertingkatkan dengan aktiviti pertanian dan pemprosesan makanan.

Dalam 
usaha memahami apakah dia teknologi makanan pembaca perlu tahu dimana ia merupakan penggunaan ilmu sains untuk menghasilkan, memproses dan menguruskan makanan mentah supaya ianya lebih tahan lebih lama serta selamat untuk dimakan. Pada masa ini ada pelbagai kaedah pemprosesan makanan yang telah dilakukan untuk mengekalkan kesegaran dan rasa semula jadi makanan. Teknologi makanan sebegini membantu manusia didalam mengekalkan sumber makanan supaya kekal lama sebelum digunakan dan selamat serta berkhasiat. Namun begitu perlua ada kawalan bagaimana cara penggunaan bahan kimia dalam memproses makanan ini perlulah dikawal supaya tidak memudaratkan kesihatan badan manusia sejurusmerbahayakan alam sekitar. Aktiviti dalam yang merupakan set cara-cara dan teknik yang digunakan untuk menukarkan bahan-bahan mentah kepada makanan atau menukarkan makanan kepada kepada pemakanan lain bagi manusia atau haiwan samaadauntuk rumah atau oleh industri makanan. Diantara cara pemprosesan makanan adalah Pengetinan, Pempasteuran dan Penghidratan. Cara Pengetinan (canning) adalah dimana makanan akan diletakkan dalam tin dan dipanaskan pada suhu 116 -121 Celcius dalam satu jangkamasa kemudian ia ditutup dan dipateri. Contoh makanan yang melalui proses pengetinan ialah kari daging, ayam, nanas dan tuna. Kebaikan proses pengetinan merupakan makanan boleh disimpan lama dan senang dibawa ke mana-mana. Namun begitu dilaporkan cara ini mempunyai kelemahannya sendiri dimana kos tin semakin mahal dan jika tin kemek akan menyebabkan makanan akan terdedah kepada jangkitan mikro-organisma serta bahan toksik dari tin iru sendiri. Cara Pempasteuran (pasteurization) adalah proses pemanasan cecair pada suhu 63 Celcius untuk selama 30 minit. Makanan seperti susu, wain dan jus boleh dihasilkan melalui proses pempasteuran. Melalui proses tersebut dimana kebanyakan mikro-organisma berbahaya dapat dibunuh. Walau pun begitu jangkamasa dan waktu simpanan adalah tidak lama dimana teknologi pemprosesan jenis ini adalah khas untuk cecair sahaja. Memproses Cara Pendehidratan (dehydration) dimana makanan akan dijemur di bawah cahaya matahari atau meletakkan makanan dalam garam. Penggunaan oven kini lebih popular dilakukan dikalangan usahawan tempatan. Produk seperti ikan masin, bunga kekwa, teh dan sayur merupakan contoh makanan yang melalui proses ini. Jisim makanan kurang dan senang dibawa. Makanan tahan lama dan tidak mudah dijangkiti mikroorganisma. Rasa berubah dan kebanyakan vitamin termusnah

Akhbar tempatan melaporkan 'Retort - mampu t
ingkat jangka hayat makanan' wajar dijadikan bahan rujukkan. Sekarang sudah ada ramai usahawan wanita yang menceburkan diri dalam perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berasaskan makanan, baik kuih-muih, lauk-pauk mahupun produk minuman. Namun didakwa ada beberapa masalah yang biasa dihadapi antaranya produk makanan tidak dapat bertahan lama menyebabkan kerugian kepada peniaga. Menyedari masalah itu, kini ramai usahawan wanita mula mempelajari teknik baharu dalam penyediaan produk iaitu teknologi retort atau penstrilan supaya produk yang dihasilkan mampu bertahan sehingga dua tahun tanpa menjejaskan struktur dan rasanya. Teknologi retort mungkin baharu di negara ini, tetapi ia sudah lama digunakan tentera Amerika Syarikat (USA) dalam medan pertempuran sejak 1950-an. Di Jepun dilaporkan teknologi pek atau bungkusan retort turut diterima secara meluas dan kini terdapat pelbagai jenis produk di jual atas rak dari makanan yang dipanggang hingga sajian sup. Bungkusan retort adalah kaedah pembungkusan makanan dicipta dengan teknologi pemprosesan aseptik yang diperbuat daripada pelbagai lapisan berlamina fleksibel. Teknologi berkenaan dilapor akan membenarkan pensterilan pelbagai makanan dan minuman, ia dianggap aspek yang paling penting dalam pembungkusan makanan. Menyedari keperluan yang ada pihak Kolej Komuniti Jerantut (KKJ) membuka peluang kepada usahawan yang berminat untuk mempelajari teknologi berkenaan bagi memastikan produk mereka mampu bertahan dua tahun dengan pasaran lebih luas. kalangan usahawan didedahkan dengan teknologi retort bermula dari asas sehingga mampu mengeluarkan sendiri produk mereka. Sekarang ini wujud permintaan pengguna terhadap makanan sedia dimakan (ready to eat) atau makanan segera semakin meningkat dan ia adalah peluang yang terbuka luas untuk usahawan industri kecil dan sederhana (IKS). KKJ kini dipilih menjadi pusat rujukan latihan dan teknologi retort untuk Wilayah Timur di mana kami menyediakan kursus serta latihan teknologi retort makanan selain menyediakan servis retort kepada pengusaha IKS. Menerusi penggunaan teknologi mesin pembungkusan retort ia dapat meningkatkan jangka hayat makanan. Produk dipanaskan pada suhu pensterilan dalam beberapa minit bertujuan menghapuskan bakteria dalam makanan dan menghalang ia daripada rosak. Berbanding produk dalam tin dimana masa memasak dapat dikurangkan antara 30 hingga 50 peratus. Pada masa sama nutrisi makanan akan dapat dikekalkan, malah rasanya juga lebih enak dan berkualiti. Usahawan diajar berkenaan pemprosesan termal makanan yang merangkumi aspek komposisi makanan, kerosakan makanan, definisi pemprosesan termal makanan dan pengawetan makanan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kal iini. Wasallam!!!.
MEMPROSES MAKANAN... POPULAR DIA...
MAKANAN TAHAN LAMA... KEKAL RASA...
PERMINTAANNYA TINGGI.. SETIAP MASA...
USAHAWAN PERTINGKAT... TEKNOLOGINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(21 Jamadilakhir 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.