Sunday, September 1, 2019

KOPI - GUARANA CAPPUCCINO

PRODUK MINUMAN GUARANA CAPPUCCINO merupakan satu produk baru di Malaysia yang penulis blog dapat merasa hasil pemberian tanda ingatan daripada rakan dari Pulau Pinang. Penulis terkejut dengan sekotak kopi ini yang mana kotaknya berwarna coklat kekuningan dengan tulisan dihadapannya adalah 'Guarana Cappuccino' dan memang menarik perhatian penulis blog kerana tanaman tersebut telah disensasikan dalam media utama dalam negara apabila larangan membawa masuk benih daripada negara Amerika Selatan ini 'diharamkan' oleh pihak kerajaan. Di Malaysia memang terdapat banyak produk kopi yang berasaskan herba dikomersilkan seperti Kopi Jantan, Kopi Cucur Atap, Kopi Nanas, Kopi Tongkat Ali, Kopi Kacip Fatimah, Kopi Herba, Kopi Halia, Kopi Barli dan banyak lagi. Bagaimana pun apabila membaca jenama kotak kopi yang diterima ini menarik pembaca kerana didakwa dibuat daripada tanaman bah dari pokok guarana yang kini telah mula ditanam di Malaysia oleh pihak tertentu. Melihat kepada kotak pembungkusan dan paket didalamnya memang amat menarik semua peminat kopi untuk menikmatinya apa lagi dengan adanya bahan caffien daripada kopi dan bahan lain daripada biji guarana. Produk ini merupakan keluaran daripada Syarikat Terang Bulan Food Industries (M) Sdn Bhd yang beroperasi dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Menariknya dihadapan kotak jelas dinyatakan caption berbunyi 'Whie Coffee Arabica' dan juga 5-in-One Premix dengan ada 10 sachet didalamnya seberat 30 gram satu sachet.  Artikel malam Ahad ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya menulis mengenai produk Kopi Guarana Cappuccino untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan. 

Pokok Guarana atau GuaranĂ¡ dengan nama saintifiknya sebagai Paullinia cupana adaah tanaman yang tiada di Malaysia sebelum ini. Ia juga mempunyai nama saintifik lain sebagai Paullinia crysan dan Paullinia sorbilis daripada famili Sapindaceae. Pokok guarana ialah sejenis pokok herba yang berasal dari Venezuela dan utara Brazil. Pokok guarana mengeluarkan daun yang lebar dan berjambak bunganya dimana ia terkenal dengan buahnya yang sebesar biji kopi (Sila lihat foto disebelah). Daripada tulian asal saya ada menunjukkan pokok ini menghasilkan buah yang berwarna kemerahan dan ada 'mata' dimana ia jelas dapat dilihat apabila cukup matang (Sila klik disini). Biji buah guarana yang diproses didakwa boleh dijadikan perangsang sistem saraf pusat untuk kesihatan tubuh. Bijinya mempunyai dua kali lebih kafein dari biji kopi(lebih kurang 2-4.5% kafein di dalam biji Guarana berbanding dengan hanya sekitar 1-2% untuk biji kopi (Coffea spp). Sepertimana tumbuhan lain yang mampu untuk pokok ini menghasilkan bahan kafein (caffien) dimana ada kajian dimana sebenarnya ada bilangan tinggi konsentrasi kafein pada buah dan biji guarana menjadi pertahanan semula jadi bagi menghalau herbivor. Kegunaan buah daripada tumbuhan ini memang masih belum diketahui dikalangan orang Malaysia kecuali mereka yang pernah berkunjung dinegara dimana pokok itu ditanam. Apakah ia sesuai untuk ditanam di negara kita bagi meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah dan menjadikan produk kopi guarana ini menjadi komersil?. Apakah tumbuhan ini tidak membawa penyakit dan perosak yang merbahaya kepada tanaman lain dinegara kita iaitu penyakit South American Leaf Blight (SALB) yang menbahaya. Bagaimanakah nanti jika pokok ini berbuah dan amalan agronominya. Penulis kurang pasti kalau pihak tertentu di Malaysia mempunyai simpanan bahan tanaman pokok guarana ini. Saya ada menulis mengenai tumbuhan ini pada 17 Oktober 2016 apabila ada pihak iaitu RISDA yang ingin membawa masuk tumbuhan ini untuk dikomersikan.

Produk kopi Guarana Cappuccin ini dibengkus dengan paket menarik seberat 30 gram satu sachet yang sesuai untuk dijadikan secawan kopi pekat dan manis (Sila lihat foto disebelah). Produk ini mempunyai tanda 'HALAL' dengan jelas dimana ia merupakan produk 5 dalam satu yang mengandungi bahan Kopi Segera Arabica, Gula, Krimer, Koko dan pastinya Guarana. Kopi yang dijual dengan harga kilang RM13.00 satu paket ini mengandungi 10 sachets bermakna satu sachet dijual dengan harag RM1.30. Saiz hidangan yang sesuai bagi 1 sachet atau berat 30 gram adalah satu cawan mengandungi aur 160 ml. Daripada keterangan pada label dinyatakan kopi ini mengandungi  tenaga sebanyak 119 Kcal bagi setiap hidangan dan khasiat lain adalah seperti bahan kabohiderat (278 gram), Protin (0.09 gram) dan juga lemak (0.75 gram). Cara menyediakan kopi 5 dalam satu memang sangat mudah dengan memasukkan serbuk kopi guarana dari sachet kedalam cawan dan kemudian dituangkan dengan air panas sebanyak 160 ml. Kacau sehingga sebati dan sedia untuk diminum. Memang kalau paling ideal adalah mengambil satu sachet dalam 160 ml air panas untuk rasa yang optima dan jika terlebih air menjadi kurang ummph!.. Apa yang penting jika dibuat sendiri dirumah maka kos secawan kopi guarana adalah sebanyak RM1.30 sahaja.

Penulis blog memang 'excited' apabila membuat ujirasa serbuk kopi. Sebelum ini memang penulis blog ada membuat promosi 'kopi nenas' sebagai minuman yang berkhasiat dan ada nilai komersil. Antara kopi nanas popular seperti Kopi Nanas Pheewit (Amu Search), Kopi Nanas Ngences (Muar), Kopi Nanas Gantang (Baling, Kedah) dan beberapa jenis kopi nanas lain seperti kopi nanas Jutawan (Pontian). Kopi Arabika Segera yang digunakan untuk paket kopi guarana ini memeng memberikan bau atau aroma yang kuat berbanding dengan kopi dri biji kopi robusta dan kopi dari biji kopi liberica. Apa yang penulis blog dan tulis menganai kopi arabica ianya merupakan kopi premium yang paling popular di dunia (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan beberapa tulisan saya lagi. Penulis blog percara penuh dimana bijii kopi mentah arabica ini adalah diimport dari luarnegara memandangkan di Malaysia kita tidak menanam kopi jenis ini. Malaysia hanya menanam kopi Liberica dengan keluasan sekitar 3,200 hektar dan sedikit Kopi Robusta sekitar Sabah. Malaysia merupakan negara pengimport biji kopi dengan jumlah yang banyak daripada Indonesia dan Vietnam.

Apabila menghidu aropa kopi guarana yang berasaskan Kopi Arabica Segera memang menyegarkan. Penulsi blog ujirasa sendiri satu sachet kopi guarana didalam secawan mengandungi 160 ml air panas. Sebaik sahaja air panas dituang dilihat ia menghasilkan buih menunjukkan ciri-ciri kopi cappuccino yang sebenar (Sila lihat foto disebelah). Meminumnya dengan teliti amat harum baunya dan rasa kopi arabika yang kuat menusuk hidung. Kopi Arabika merupakan jenis kopi yang paling popular ditanam dibeberapa negara termasuk di negara jiran Indonesia. Kajian pasaran mendapati kopi arabika menguasai 70% pasaran dunia dan ia amat diminati oleh para peminat kopi dan amat menghargai jenis kopi arabika berbanding jenis kopi lain. Dari kajian yang saya buat mendapati jumlah pengeluaran kopi di negara-negara ASEAN adalah sebanyak 153,268 metrik tan pada tahun 2013 yang merupakan 26% daripada jumlah pengeluaran kopi dunia. Antara faktor penentu nilai pada mutu kopi arabika kerana habitat pertumbuhannya, teknik amalan agronomi, proses pasca tuai dan cara menyediaan atau pengolahan biji. Kopi Arabika (Coffea arabica) merupakan jenis kopi yang paling ditanam petani kerana ia mempunyai nilai rasa yang dinilai paling baik. Jenis kopi ini disyorkan untuk ditanam di tanah dengan tahap ketinggian antara 1,000-2,00 meter dari paras laut (Agak sejuk). Ini bermakna ia perlukan cuaca sejuk didataran tinggi dibeberapa negara pengeluar kopi arabika popular. Bagaimana pun ada juga dilaporkan bahawakopi arabika juga akan juga hidup dengan baik pada ketinggian diatas 800 meter walau pun sistem pengurusan berbeza dan kualiti kopi juga berbeza. Ada kajian mendapati jika ia ditanam di dataran yang lebih rendah maka jenis kopi ini sangat rentan terhadap penyakit yang dinamakan Karat Daun (HV disease).Kopi Arabika akan tumbuh pada keadaan yang optimum pada suhu sekitar antara16 - 20 Celcius dimana terutama dikawasan tanah tinggi. Bagaimana pun untuk mendapatkan hasil tuaian yang baik maka pokok kopi arabika perlukan suasana beberapa bulan kering sekitar 3 bulan dalam setahun. Pokok Kopi Arabika mula dituai setelah berumur 4 tahun. Anggaran produktiviti kopi ini purata antara 350 - 400 kg/ha/tahun bergantung kepada pengurusan dan umur pokok. Cara pengurusan tanaman secara intensif lazimnya boleh menghasilkan hasil kopi basah diantara 1,500 - 2,000 kg/ha/tahun. Lazimnya bila buah telah masak maka warna buah arabika menjadi merah terang (Sila lihat foto diatas). Buah yang telah matang mudah sekali gugur bila masak jika dibiarkan diatas pokok. Buah tersebut akan jatuh ketanah dan menyerap bau-bauan yang ada pada tanah sehingga mutu aroma turun. Kopi Arabika sebaiknya dituai apabila masak sebelum buah gugur ke tanah. Kadar pertukaran berat buah biji basah (green beans) dengan biji kering (kopi beras) sekitar 18-20%. Para petani yang menanam kopi arabika biasanya akan masa untuk mereka memproses sendiri buah kopi dengan proses basah. Meski memerlukan kos dan waktu lebih lama akan tetapi ia mampu untum menghasilkan mutu biji kopi yang jauh lebih baik. Diharap penulisan mengenai produk kopi guarana kali ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
SEKOTAK KOPI... ITU KOPI GUARANA... 
POKOK GUARANA...MASIH BERBAHAYA...
BIJI DILARANG MASUK... ADA YANG CUBA...
MINUM KOPI GUARANA... ENAK RASANYA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 941, Ixora Hotel,
Seberang Perai,
Pulau Pinang,
Malaysia.
(28 Ogos 2019).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.