Sunday, August 18, 2019

TEH MISAI KUCING - BALUNG

PRODUK TEK MISAI KUCING ORGANIK dari Kebun Rimau Sdn Bhd di Tawau, Sabah merupakan satu produk yang mendapat piawaian MyOrganik. Penulis blog mendapat peluang membuat tinjauan teknologi ke Ladang Balong Plantation yang luasnya 8,000 ekar dibangunkan semenjak 1979. Penulis juga dibawa melawat kilang pemprosesan pelbagai jenis teh organik di kawasan sama. Kilang ini semasa lawatan dilakukan sedang memproses pelbagai jenis teh seperti Agarwood Tea, Java Tea, Lemongrass Tea dan juga Moringga Tea yang mendapat persijilan MyOrganic, Halal dan GMP (Sila lihat foto paling bawah sekali). Teh dari Kebun Rimau Sdn Bhd ini dihasilkan daripada tanah diladang ini daripada jenis tanah volkanik yang terletak di bahagian timur Sabah melibatkan pelbagai bidang perusahaan daripada menanam kelapa sawit, pelbagai jenis buah-buahan tropika, tanaman organik sehingga kepada aktiviti Pelancongan Eco Resorts. Dalam pada itu kini pasaran teh organik ini adalah untuk pasaran tempatan dan juga dieksport keluar negara seperti negara Timur tengah, Eropah dan beberapa kontinen lagi. Pembungkusan yang menarik dan dilabelkan dengan sijil organik membolehkan pasaran teh ini mendapat sambutan yang menggalakkan dikalangan pengguna. Artikel subuh ini dalam blog ''Anim Agro Technology" saya menulis mengenai produk Java Tea atau Teh dari daun dan bunga misai kucing Balung sebagai ruang kongsi maklumat dengan pembaca semua.



Pengurus projek Kebun Rimau Sdn Bhg telah membawa melawat kawasan tanaman misai kucing di kawasan seluas 20 hektar. Menurut beliau penanaman misai kucing ini banyak dlakukan dengan dua cara iaitu sebagai tanaman tunggal (single orperation) atau pun ditanam selingan bersama dengan tanaman pisang dan buah-buahan lain. Simon nyatakan kaedah tanaman secara monokrop akan dilakukan penuaian setiap 45 hari bunganya untuk dihantar kekilang dan diproses untuk dijadikan teh (Java Tea). Dia dakwa anggaran hasil diperolehi sekitar 5 kg sehektar setahun teh (kering) dimana penuaian akan digilirkan mengikut plot-plot yang disusun atur. Bagi tanaman pokok misai kucing dibawan tanaman pisang kapok dilaporkan hasilnya kurang berbanding dengan tanaman misai kucing secara monokrop. Selain daripada isu pengairan, kaedah pembajaan dengan baja organik sangat mempengaruhi pengeluaran hasil (Sila lihat foto disebelah). Musim kering menyebabkan penghasilan bunga kurang berbanding dengan musim biasa. Walau pun sistem pengairan titis ada dipasang dikawasan penanaman misai kucing ini akan tetapi isunya kekurangan sumber air semasa msuim panas. 


Tanaman Misai Kucing (Orthosiphon stamineus Benth atau sinonim nama lainOrthosiphon aristatus Blume) merupakan sejenis herba yang kini semakin popular ditanam di Malaysia kerapa ia adalah salah satu herba yang digalakkan penanamannya dibawah EPP1, Herba ini merupakan sejenis herba popular yang juga dikenali dengan nama lain seperti Remujung, Kumis kucing (Indonesia), Java tea (Inggeris) iaitu tumbuhan daripada keluarga Lamiaceae. Saya ada menulis artikel mengenai misai kucing sebelum ini untuk dijadikan bahan rujukkan(Sila klik disini), (Sila klik disini) dan (Sila klik disini). Pembacaan dan rujukkan penulis mendapati misai kucing dipercayai berasal dari negara Asia Tenggara seperti Thailand, Indonesia, Filipina termasuk kepulauan Melayu seperti Malaysia, Indonesia dan Brunei. Bagaimana pun jika nama 'Misai Kucing' atau 'Kumis Kucing' adalah sama sahaja kerana bentuk bunga herba ini memang menyerupai misai kucing sebenar. Tanaman ini banyak terdapat di kawasan lapang seperti di tepi jalan dan kawasan tanah terbiar sama ada kawasan tanah rendah atau tinggi. Selain tumbuh secara liar, misai kucing juga ditanam di kebun secara komersil dan juga dikawasan rumah sebagai tanaman hiasan kerana faktor bunganya yang menarik. Tanaman ini telah dikenal pasti sebagai salah satu jenis tanaman herba yang amat berpotensi untuk ditanam secara komersial memandangkan ia mudah diusahakan. Tanaman ini juga telah terbukti berkesan dari segi kesihatan dalam merawat pelbagai jenis penyakit khususnya penyakit berkaitan dengan ginjal yang didakwa saintis.


Semua jenis teh dari Kebun Rimau Sdn bhd dibawa  kekilang memproses didalam ladang tersebut. Kilang yang dilengkapi dengan tempat menerima bahan mentah sehingga ke ruangan pembungkusan dibina mengikut piawaian GMP dan Halal. Ia terdiri daripada kawasan pengeringan bahan mentah misai kucing di panaskan dengan angin panas sebelum dimasukkan kedalam oven besar (Sila lihat foto sebelah). Apabila keing secukupnya ia akan dihantar ke mesin pengisar sehingga menghasilkan serbuk teh (Powder). Kerja-kerja ini dilakukan oleh pekerja tempatan yang berusaha memproses beberapa produk teh organik dari sini mengikuti piawaian. Bahaian terakhir kilang membuat teh organik ini adalah Unit Pembungkusan (Packaging Machine) yang mampu membungkus lebih daripada 6,000 sachet dalam masa satu hari dengan seramai 6 orang pekerja.


Produk teh misai kucing ini akan dikumpul dan disimpan didalam setor yang agak komplicated agar kualiti daun teh ini berkekalan dan terjamis. Warna serbuk teh misai kucing adalah hitam gelap (Sila lihat foto disebelah). Teh ini akan dihantar kepada mesin pembungkusan untuk dijadikan produk teh Java Organic. Ada juga produk yang menggabungkan pelbagai bahan asas lain seperti serbuk serai wangi, serbuk moringga, serbuk daun agarwood sebagai teh campuran produk organik bagi tujuan mempelbagaikan produk ditawarkan kepada pelanggan, Apa yang penulis blog lohat dimana semua serbuk bahan asas ini didimpan dikawal piawaian mutu dengan mengikuti piawaian yang standard. Apa yang penting bagi pengguna adalah mereka perlu mengetahui penggunaan yang betul dalam konsumsi produk berasaskan herba boleh memberi kesan baik. Kini terdapat  banyak produk berasaskan herba di pasaran dimana mereka melabelkan pelbagai kelebihan juga menjanjikan impak positif kepada pengguna. Produk herba ini tidak menjanjikan kesan optimum. Ini berlaku apabila proses makanan mahupun minuman yang terdapat di dalam kebanyakan produk herba tidak diambil dengan betul


Di pintu Kilang teh ini dijual dengan harga RM 17 sepaket yang mengandungi beberapa saxhet teh misai kucing. Apa pun tinjauan penulis blog di Lapangan Terbang Tawau di galeri teh ini dijual dengan harga RM39.00 satu paket. Kajian oleh Dr Jolius Gimbun dan Prof Datuk Dr Mashitah Mohd Yusoff dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah berjaya menemui suatu pembangunan kaedah inovatif untuk menghasilkan produk nutraseutil kaya polifenol berkualiti tinggi daripada misai kucing (Java Tea). Produk yang telah dihasilkan melalui kaedah pengekstrakan canggih atau penyinaran gelombang mikro dan polariti pelarut berubah menerusi kaedah microencapsulation dengan menggunakan polysacprotein terbaharu yang dirumuskan. Secara klinikal sama ada adakah terbukti misai kucing mampu membantu menurunkan risiko diabetes dan beberapa penyakit masih lagi dalam pemerhatian. Potensi ekstrak misai kucing untuk terus dikembangkan produk ini tetap ada. Teh misai kucing merupakan salah satu produk yang masih mendapat sambutan dalam pasaran. Khusus bagi masyarakat yang percaya bahawa herba tempatan mampu mengurangkan risiko penyakit rata-rata menyakini pengambilan minuman jus herba bukanlah suatu penyelesaian total namun akan tetapi pengambilannya diklafikasikan sebagai makanan tambahan. Perlu ada kesedaran mengenai penggunaan kadar herba yang betul menerusi produk inovasi yang dihasilkan tersebut. Dalam pada itu penulis blog percaya rata-rata produk berasaskan herba mempunyai kandungan bahan biaoktif dengan miliki fungsi tertentu seperti kesan anti-penuaan, anti-diuretik dan sebagainya. Kandungan bahan yang berfungsi itu sebenarnya tidak memberi sebarang kesan, jika pengguna tidak dididik cara pengambilan dan penggunaan yang sebetulnya. Pengguna perlu diberi kesedaran yang mana setiap proses makanan mahupun minuman asalnya mempunyai cara dan kaedah yang berbeza. Produk ini memang didakwa akan menghasilkan bahan aktif yang optimum dalam kandungan misai kucing yang mana boleh diaplikasikan dalam makanan, minuman dan makanan tambahan lain. Misai kucing mengandungi polifenol seperti rosmarinic acid, sinensetin dan eupatorin yang mempunyai faedah perubatan. Antara khasiatnya didakwa ia akan dapat membantu anti diabetes, kesan diuretik, anti kanser, antioksidan, menghalang karsinogenesis, antihipertensi, melindungi hati dan meningkatkan kesihatan kardiovaskular. Semuga pembaca blog anim agro technology ini mendapat info berguna. Wasallam!!...
PERGI SABAH... TINJAU PRODUKNYA..
TEH MISAI KUCING.... ORGANIK DIA...
MINUMAN BERKHASIAT... KENA CUBA...
BACA ARTIKEL... MENDAPAT INFONYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 8015, Hotel MB,
Jalan Hj Karim,
Tawaum Sabah,
Malaysia.
94 Zulhijjan 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.