Saturday, August 17, 2019

PERTANIAN CAMPURAN DILANCAR

PERTANIAN CAMPURAN (MIXED FARMING) telah pun berjaya dilancarkan di Segamat, Johor oleh Menteri Pertanian pada 30 Jun 2019 dimana penulis blog sempat melawat sebelum majlis pelancaran. Pertanian campuran merupakan amalan perladangan menanam dua atau lebih tanaman, ternakan dan ternakair yang mana ia bersesuaian dalam satu kawasan secara 'intergrated farming concept'. Menyahut seruan YAB Perdana Menteri Malaysia yang menyarankan peladang tempatan supaya mengoptimumkan penggunaan tanah dengan pertanian campuran bagi ianya mengelak kebergantungan hanya pada satu jenis tanaman atau bidangusaha sahaja. Pertanian campuran dilihat dapat membantu petani daripada terperangkap dengan kejatuhan harga sesuatu komoditi seperti kelapa sawit atau getah akibat masaalah ekonomi dunia dan aspek lain. Impak pertanian campuran dijangka akan dapat meningkatkan hasil pengeluaran pertanian bagi menjamin Bekalan Makanan Negara (food security) dalam memenuhi tahap sara diri, berkualiti dan selamat dimakan. Selain itu konsep ini yang telah lama diamalkan oleh usahawan tempatan perlu diperkukuhkan bagi menjadikan industri agromakanan sebagai satu industri yang berdaya saing kerana industri agromakanan memainkan peranan penting dalam memenuhi keperluan makanan dan industri pembuatan yang semakin meningkat terutama dalam persekitaran yang kian mencabar. Pertanian campuran yang diberikan penekanan semula ini memang dipercayai dapat menjana pendapatan baru yang bernilai tinggi melalui hasil tuaian dalam tempoh yang singkat secara tidak langsung meningkatkan pendapatan usahawan tani yang setimpal dengan hasil pertanian yang di usahakan. Pertanian campuran bukan sahaja tanaman malah ia turut melibatkan penternakan dan perikanan. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan pelancaran pertanian campur di Agromix Farm di Segamat, Johor sebagai satu cabaran baru kepada lebih ramai usahawantani di Malaysia untuk rujukkan anda.


Penulis blog yang beberapa kali membuat tinjauan teknologi di Agromix Farm Segamat, Johor puashati apabila ladang ini berjaya dibangunkan bertujuan sebagai salah satu pusat pengeluaran makanan di negara ini dan juga sebagai satu tarikan pelancongan di Daerah Segamat. Bukan sahaja projek ini dapat mewujudkan sebuah pusat Agro pelancongan tetapi yang lebih utama ianya mampu menjana sumber ekonomi baru bagi penduduk setempat dengan menyediakan peluang pekerjaan, perniagaan atau dalam pelaburan dan mengubah persepsi masyarakat terhadap bidang pertanian. Dengan keluasan seluas 20 hektar penulis blog dapati dimana ia diusahakan oleh 11 orang usahawan yang meliputi tanaman durian, kelapa, limau bali, ternakan rusa, lembu tenusu dan projek akuakuktur ikan baung. Terkini diman aprogram Pelancaran Pertanian Campuran (Mixed Farming) Peringkat Kebangsaan disempurnakan oleh YB Dato' Salahuddin bin Ayub, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani bersama lebih 450 orang tetamu yang turut ienghadiri pelancaran ini.


Dalam akhbar Utusab Malaysia bertajuk "Kerajaan mahu pertingkatkan kerjasama hasil pertanian dengan China" yang dipetik dai Segamat, Johor pada 30 Jun 2019 Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub (dua, kiri) mendengar penerangan daripada Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam (kiri) mengenai Program Ternakan Lembu Tenusu yang diusahakan pada Program Tinjauan Mesra dan Pelancaran Pertanian Campuran Peringkat Kebangsaan di Agromix Farm Segamat Kampung Bukit Tanah Merah hari ini.  Dlaporkan dimana pemilihan Ketua Pengarah baharu bagi mengetuai Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO), Dr Qu Dongyu dari China, dilihat tepat dalam usaha kerajaan mahu memperluaskan kerjasama dalam pasaran hasil pertanian dengan negara berkenaan. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata pada persidangan FAO di Rom, Itali minggu lepas, pihaknya telah menyatakan hasrat mengenai perkara tersebut, di samping berharap negara kuasa besar itu membantu negara-negara kecil meningkatkan ekonomi. Katanya, China perlu memainkan peranan yang lebih penting membantu negara-negara kecil seperti Malaysia membuka pasaran produk baharu pertanian, selain negara dari Afrika dan kepulauan-kepulauan kecil yang bergantung kepada bekalan makanan.  “Ini bukan kerana kita bersetuju dengan senario perang perdagangan, tetapi kerajaan mengambil pendekatan kepada peluang serta pasaran China yang besar dan kita telah menyuarakan hasrat kepada beliau untuk memberi ruang lebih luas kepada Malaysia.


Pelbagai produk makanan kita telah menembusi pasaran negara itu seperti Durian Musang King, nanas, sarang burung (walit) dan akan datang ialah nangka”, katanya kepada pemberita selepas menghadiri program ‘walkabout’ dan Pelancaran Pertanian Campuran di Agro Mix Farm di sini, hari ini (Sila lihat foto disebelah). Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Pertanian (Pengurusan dan Regulatori) Mohd Nasir Warris dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam. Pada 23 Jun lepas, media melaporkan Qu yang juga ahli biologi, adalah warga China pertama dilantik mengetuai FAO pada pusingan pertama pemilihan yang berlangsung di Rom, sekali gus mengambil alih jawatan itu daripada wakil Brazil, Jose Graziano da Silva. Dalam pada itu Salahuddin berkata, konsep Pertanian Campur (Mix Farming) akan diperluaskan ke seluruh negara bagi mengalakkan peladang tempatan mengoptimumkan penggunaan tanah seterusnya mengelak kebergantungan pada hanya satu jenis tanaman. Beliau berkata, pertanian campuran itu dilihat dapat membantu petani daripada terperangkap dengan kejatuhan harga sesuatu komoditi seperti kelapa sawit atau getah, selain membolehkan tanaman itu menjana pendapatan baharu yang bernilai tinggi. “Konsep ini kita akan perkenalkan kepada petani-petani, banyak jenis tanaman kontan yang boleh dipilih untuk diusahakan dengan dibantu kepakaran serta khidmat nasihat oleh jabatan-jabatan agensi kerajaan, seperti pertanian, veterinar dan sebagainya untuk meningkatkan produktiviti dari masa ke masa,” katanya. Menurut beliau pertanian campuran di Agromix Farm di kawasan berkeluasan 20 hektar itu, melibatkan sepuluh peserta yang mengusahakan ternakan rusa dan lembu tenusu, tanaman fertigasi, limau bali, kelapa matang, durian dan akuakultur. “Kita berharap ia akan menjadi sebuah pusat agro pelancongan selain menjadi sumber ekonomi baharu penduduk setempat di samping menyediakan peluang pekerjaan dan perniagaan serta mengubah persepsi masyarakat terhadap bidang pertanian,” katanya.


Dalam akhbar My Metro pula dengan artikel bertajuk "Pertanian campuran elak kebergantungan satu tanaman" dimana usaha untuk mengoptimumkan penggunaan tanah dengan pertanian campuran dilancarkan. Perdana Menteri Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyarankan peladang tempatan supaya mengoptimumkan penggunaan tanah mereka dengan ‘mix farming’ (pertanian campuran) bagi mengelak kebergantungan pada hanya sejenis tanaman. Beliau berkata, pertanian campuran dilihat dapat membantu petani daripada terperangkap dengan kejatuhan harga sesuatu komoditi seperti kelapa sawit atau getah. “Kalau kita ada tanah, mesti kita ‘mix farming’. Jangan kita pegang pada satu jenis sahaja kerana kalau jatuh harga, kita akan hadapi masalah. “Dalam ‘cash crop’ pun, kita ada timun, cili, tomato dan kalau kita ‘rotate’ ini ikut pasaran, kita tidak akan putus pendapatan hanya kerana jatuh harga satu jenis tanaman yang kita monopoli,” katanya menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam laman Facebooknya. Video itu dimuat naik selepas lawatan beliau ke Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Jalan Kebun, Klang; Taman Agro-Fertigasi, Kajang; dan TKPM Bukit Changgang (Tanaman Orkid), Banting, hari ini. Dia  kagum dan terkejut melihat perladangan sayur-sayuran secara teratur, inilah cara kita yang boleh kita bergantung kepada perladangan untuk sara hidup kita. “Luasnya tidak begitu, tetapi kalau kita tanam kelapa sawit di atas tanah ini, hari ini harga kelapa sawit jatuh, kita akan menangis… tetapi kalau satu bahagian ada kelapa sawit, satu bahagian kita tanam ‘cash crop’, maka kita tidak akan terperangkap dengan kejatuhan harga kelapa sawit ataupun getah,” katanya. Dr Mahathir berkata, petani terutamanya golongan muda perlu sanggup untuk menerima cara baharu itu dan harus mempunyai disiplin kerja yang tinggi untuk menjayakannya. “Kalau tidak ada disiplin kita tak boleh maju… kita kena rajin kita kena kurangkan bergantung kepada pekerja-pekerja terutama pekerja asing. Sebaliknya yang kita boleh buat sendiri... kita buat sendiri. “Kita kena tukar cara kita, kita akan berjaya sebagai peladang moden, ‘gentleman farmers’… itulah hasrat kita,” katanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
PERTANIAN BERCAMPUR... APA DIA...
TANAMAN, TERNAKAN... BERSAMA...
TERNAKAIR... KOLAM PUN ADA JUGA...
TELAH DILANCAR... DISEGAMAT JUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 811, The View Hotel,
Segamat, Johor,
Malaysia.
(25 Syawal 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.