Saturday, August 31, 2019

TEKNOLOGI PADI TEPAT (TEPad) 2019 - Part 2

SEMINAR KEBANGSAAN TEKOLOGI PERTANIAN TEPAT PADI (TEPad) telah diadalah di Hotel Ixora, Seberang Prai, Pulau Pinang daripada 27 - 29 Ogos 2019 anjuran MARDI. Seminar ini telah dilaporkan BERNAMA dengan artikel bertajuk ''TEPAD mampu jimat kos pertanian'' iaitu berita yang dilaporkan dari Butterworth dimana tagline seminar adalah Teknologi Pertanian Tepat Padi atau TEPAD dilihat mampu menjimatkan kos input dan operasi ladang di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan petani, sekali gus menjana pendapatan yang lebih konsisten. Seminar yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini dirasmikan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin dan dihadiri 170 peserta. Ketua Pengarah MARDI, Datuk Mohamad Roff Mohd Noor, berkata teknologi itu dijangka dapat menjimatkan kos input dan operasi ladang di kawasan umpamanya, sehingga RM2,672 per hektar setahun dan kira-kira RM7 juta dapat dijimatkan di seluruh negara. Dakwanya petani pula dijangka menikmati penjimatan dengan nilai sehingga RM2,000 bagi kos input semusim dan membolehkan mereka mendapat pendapatan yang lebih konsisten,” katanya dalam ucapannya pada Seminar Kebangsaan Teknologi Tepat Padi (TEPAD) di Seberang Jaya, Pulau Pinang. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Pengarah MARDI (Penyelidikan), Dr Kamariah Long. Katanya lagi aktiviti penyelidikan pertanian tepat yang dibangunkan MARDI itu sudah melalui beberapa fasa dan yang terkini memberi fokus kepada komponen utama iaitu sistem perataan tanah dan penaburan benih secara kadar boleh ubah serta sistem pembajaan secara kadar boleh ubah. Secara kadar boleh ubah atau “variable rate” bermaksud kadar input yang diberikan adalah tepat berdasarkan kepada keperluan pokok, pada sesuatu masa. Ini akan memastikan penapakan pokok yang seragam dengan bilangan taburan benih dan anak pokok yang optimum bagi mendapatkan hasil yang tinggi. Beliau berkata, bagi sistem pembajaan secara kadar boleh ubah pula, input baja dapat dikurangkan antara 15 peratus dan 25 peratus sehektar berdasarkan kesuburan tanah dan ia dapat menjimatkan kos operasi sebanyak 50 peratus dengan pengurangan buruh. Kini dengan penggunaan kedua-kedua komponen teknologi itu maka tahap kesuburan tanah dapat ditingkatkan dan tahap pengeluaran padi yang maksimum dijangka mencapai sehingga 20 peratus bagi jelapang yang menggunakannya. Dijangka hasil tuaian antara enam dan lapan tan sehektar dalam tempoh tiga tahun akan datang adalah berpotensi (untuk dicapai) dengan aplikasi teknologi pertanian tepat ini. Penulis blog yang mengendalikan sesi 3 dalam seminar ini mendapati kini penggunaan aplikasi UAV dan Remote Sensing sudah muloa diaplikasikan dikawasan jelapang padi dalam teknologi TEPad yang bermotokan 'Tepat dan Pintar, Hasil Lestari'. Artikel malam ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya akan paparkan mengenai beberapa teknologi yang dibincangkan dalam seminar TEPad kali ini untuk rujuukan anda semua.

Sessi ke 2 yang dipengerusikan oleh YH Dato' Mohd Anim Hosnan iaitu TKPP Jabatan Pertanian Malaysia dengan konsep Amalan Pertanian Tepat Padi dipaparkan. Kertas Kerja 9 bertajuk ''Aplikasi Teknologi Pertanian Tepat Padi di IADA Kota Belud'' didampaikan oleh Puan Salmah Labulla iaitu Pengarah IADA Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Kota Belud di Sabah. Kertas ini menarik minat peserta apabila teknologi Jepun dijalankan di Sawah Kg Labuan , Blok 1 daripada tanah tidak teratur kepada teknologi pertanian tepat jepun. Terdapat 21 buah kelengkapan jentera digunakan oleh kontraktor dari Jepun ini sehingga sawah berjaya untuk menghasilkan padi sebanyak 4.7 mt/ha daripada sebelumnya sebanyak 3.5 mt/ha. Bagaimana pun tahun ini disasarkan produktiviti mencapat 9,5 mt/ha. Kertas Kerja 10 bertajuk ''Status Kesuburan Tanah untuk Aplikasi Pembajaan Tepat Padi'' disampaikan oleh Pn Asnita Abu Harirah daripada Jabatan Pertanian (DOA) Malaysia. Kertas ini melaporkan aktiviti Soil Profiling (Kini dipanggil SSNM - Soil Specific Nutrien Management) dimana kajian tanah dilakukqn di IADA Pulau Pinang dan IADA Kemasin Semarak bagi menentukan tahap kesuburan tanah sebanar dan keperluan pembajaan. Keputusan awal mendapati ada keperluan formulasi subsidi baja pai dilihaat semula berdasarkan kepada laporan kajian SSNM ini dimasa akan datang untuk pengamalan dalam  pembajaan tepat diseluruh kawasan padi di Malaysia. Kertas Kerja 11 bertajuk ''Penerimagunaan Teknologi Maju Melalui Sistem Maklumat Geospatial Tanaman Padi (MakGeo Padi)'' oleh Encik Zuraimi Suleiman daripada Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM). Beliau jelaskan dimana telah ada kerjasama diantara ARSM dengan Jabatan Pertanian membangunkan sistem MAKGeo Padi) yang menggunakan teknologi satelit untuk menentukan 'real time' data. Ini banyak membantu semua pihak didalam menentukan CCS, subsidi baja padi, jadual penanaman dan banyak lagi didalam industri padi negara. Teknologi ini mampu memantau 100% keseluruhan jelapang dan menjimatkan 30% subsidi baja padi kerajaan. Kertas Kerja 12 bertajuk ''Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan Analisa Data Raya untuk Pertanian Tepat Padi di Jelapang Padi Muda'' oleh Encik Zupi Noor Adli Pilus dari Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA). Beliau membentangkan bagaimana aplikasi GIS dan ICT di MADA dilaksanakan mengikut 4 aspek penting iaitu faktur seperti kesuburan tanah, aktiviti penanaman, serangan perosak dan penyakit dapat dipantau. Semuanya kini dapat diakses dengan cepat untuk tindakan segera dilakukan dilokasi. Terdapat 14 aplikasi di MADA yang telah beroperasi sehingga kini.


Kertas Kerja 13 bertajuk ''Pemantauan Peringkat Awal Pertumbuhan Tanaman Padi menggunakan Normalized Difference Vegetation Index (NDVI) yang dihasilkan daripada Unmanned Aerial Vehicle (UAV)'' oleh Dr. Nik Norasma Che’ Ya daripada Universiti Putra Malaysia (UPM). Kajian yang dijalankan di Kelantan ini menggunakan konsep teknologi penderia jauh untuk meramalkan hasil dan megesan kerosakan dan pertumbuhan padi. Formula NDVI digunakan dimana imej daripada analisa NDVI mampu memantau pertumbuhan pokok padi dan mengabil tindakan pantas untuk kurangkan hasil padi. Kertas Kerja 14 bertajuk ''Pengesyoran Kadar Baja Lokasi Spesifik Padi berasaskan Kesuburan Tanah Setempat dan Sasaran Hasil Padi Mampu Capai di Malaysia'' oleh Puan Theeba Manickam dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Kajian ini dijalankan penggunaan baja tepat bagi pningkatan hasil padi. Ini kerana formulasi baja diberikan di Pantau Timur dan Pantai BArat adalah sama sedang keperluan sebenar berlainan ikut analisa tanah. Pengesyoran Pembajaan Lokasi Spesifik dicadangkan mengikut nilai kesuburan tanah (Sasaran Hasil-Manpu Capai atau Soil Test - Target Yield) yang sedang dibangunkan dengan komputer. Ijikaji menunjukkan teknologi ini peningkatan jasil daripada 7.8 mt/ha kepada 8 mt/ha di sasaran sementara dilokasi spesifik meningkat daripada 7.0 mt/ha kepada 7.03 mt/ha. Kertas Kerja 15 yang bertajuk ''Agronomi untuk Pertanian Tepat Padi'' oleh En Muhammad Naim Fadzli Abd. Rani Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Kertas ini ulasan kepada aspek-aspek penting mengenai amalan agronomi yang perlu diikuti didalam memantapkan Pakej Teknologi Pertanian Tepat Padi yang dibangunkan MARDI. Semua aspak yang boleh meningkatkan hasil padi dalam amalan agronomi dimasukkan dalam pakej ini.


Kertas Kerja 16 bertajuk ''Pengurusan perosak dan penyakit dalam Pertanian Tepat Padi'' oleh En Badrulhadza Amzah daripada Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Beliau nyatakan pengurusan perosak dan penyakit padi yang berkesan bergantung kepada penggunaan pelbagai kaedah atau startegi bagi mengurangkan empak negatif. Pengamalan Perosak Bersepadu (IPM) membolehkan penggabungan pelbagai cara mengawal serangan. Aplikasi Teknologi Kadar Berubah (VRT) semasa aplikasi input pertanian seperti racun kimia mengikut lokasi adalah cerah untuk diamalkan. Sistem Amaran Awal (ERS) perlu dilakukan sentiasa bagi pantau kehadiran perosak tanaman padi. Kertas Kerja 17 adalah bertajuk ''Teknologi Bio-sensor untuk Amalan Pertanian Tepat Padi'' oleh Dr. Faridah Salam daripada Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Beliau nyatakan dimana pertanian tepat merupakan konsep pertanian moden yang membolehkan petani mengawal aktiviti-aktiviti berkaitan dengan pembajaan, pengairan, kawalan makhluk perosak dan sebagainya melalui penggunaan teknologi.  Teknologi BioSensor pengesanan awal penyakit tanaman merupakan salah satu teknologi yang boleh menyumbang kepada pertanian tepat. Teknologi Biosensor ditakrifkan sebagai alat yang dapat mengikat molikul biologi sebagai bio-receptor yang dihubungkan dengan transduser dan dapat menukarkaan pengikatan analit dengan molikul biologi kepada isyarat yang ditunjukan yang boleh diukur. Alat ini mampu mengesan Penyakit Hawar Daun Bakteria oleh bakteria lebih awal. Kertas Kerja 18 bertajuk ''Kualiti Air dan Pertanian Tepat'' oleh Norlida Mohamed Hamim daripada Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Beliau membuat kajian kualiti air di FELCRA Perak dimana berlaku perubahan kualiti air dan ini mempengaruhi akan perubahan keberkesanan pembajaan terhadap tanaman padi. Hasil kajian menyatakan dimana penambahbaikan pengurusan nutrien boleh dilaksanakan dengan lebih cekap dilapangan untuk mengujudkan persekitaran ekosiistem pertanian yang lebih lestari. Kertas Kerja 19 yang terakhit adalah bertajuk ''Potensi Ekonomi dan Penerimaan Petani terhadap Teknologi Pertanian Tepat MARDI'' oleh Dr. Hairazi Rahim daripada Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Beliau menjalankan kajian di FELCRA Seberang Perak dan beberapa jelapang padi lain bagi mengenalpasti nilai kos faedah dari penggunaan pakej-pakej amalan teknologi yang dibangunkan oleh MARDI berkaitan teknologi pertanian tepat. Seramai 400 responden dipilih. Keputusan menunjukkan pesawah di MADA, KADA dan PBLS secara umumnta menerima penggunaan teknologi pertanian tepat dala aspek perataan sawah, penaburan benih pembajaan secara kadar boleh ubah. Kajian mengenai perbandingan kos pembajaan dengan kesanggupan untuk membayarnya jika bertukar penggunaan dua pakej teknologi berkenaan turut didapati. Semuga anda merujuk juga artikel sama Part 1 (Sila klik disini) dan anda semua mendapat info berguna dari anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
SEMINAR TEPAD... SUDAH DILAKSANA...
KERTAS DIBINCANG... ILMU DITERIMA...
170 PESERTA.. PELBAGAI HARAPANNYA...
ILMU DITERIMA... TINGKAT HASIL PADINYA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1009, Hotel Kinta Riverfront
Hotel and Suites,
Jalan Lim Boh Seng, Ipoh,
Perak, Malaysia.

(30 Ogos 2019)

Friday, August 30, 2019

TEKNOLOGI PADI TEPAT (TEPad) 2019 - Part 1

SEMINAR KEBANGSAAN TEKOLOGI PERTANIAN TEPAT PADI (TEPad) telah diadalah di Hotel Ixora, Seberang Prai, Pulau Pinang daripada 27 - 29 Ogos 2019 anjuran MARDI. Seminar ini telah dilaporkan BERNAMA dengan artikel bertajuk ''TEPAD mampu jimat kos pertanian'' iaitu berita yang dilaporkan dari Butterworth dimana tagline seminar adalah Teknologi Pertanian Tepat Padi atau TEPAD dilihat mampu menjimatkan kos input dan operasi ladang di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan petani, sekali gus menjana pendapatan yang lebih konsisten. Seminar yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini dirasmikan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin dan dihadiri 170 peserta.  Ketua Pengarah MARDI, Datuk Mohamad Roff Mohd Noor, berkata teknologi itu dijangka dapat menjimatkan kos input dan operasi ladang di kawasan umpamanya, sehingga RM2,672 per hektar setahun dan kira-kira RM7 juta dapat dijimatkan di seluruh negara. Dakwanya petani pula dijangka menikmati penjimatan dengan nilai sehingga RM2,000 bagi kos input semusim dan membolehkan mereka mendapat pendapatan yang lebih konsisten,” katanya dalam ucapannya pada Seminar Kebangsaan Teknologi Tepat Padi (TEPAD) di Seberang Jaya, Pulau Pinang. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Pengarah MARDI (Penyelidikan), Dr Kamariah Long. Katanya lagi aktiviti penyelidikan pertanian tepat yang dibangunkan MARDI itu sudah melalui beberapa fasa dan yang terkini memberi fokus kepada komponen utama iaitu sistem perataan tanah dan penaburan benih secara kadar boleh ubah serta sistem pembajaan secara kadar boleh ubah. Secara kadar boleh ubah atau “variable rate” bermaksud kadar input yang diberikan adalah tepat berdasarkan kepada keperluan pokok, pada sesuatu masa. Ini akan memastikan penapakan pokok yang seragam dengan bilangan taburan benih dan anak pokok yang optimum bagi mendapatkan hasil yang tinggi. Beliau berkata, bagi sistem pembajaan secara kadar boleh ubah pula, input baja dapat dikurangkan antara 15 peratus dan 25 peratus sehektar berdasarkan kesuburan tanah dan ia dapat menjimatkan kos operasi sebanyak 50 peratus dengan pengurangan buruh. Kini dengan penggunaan kedua-kedua komponen teknologi itu maka tahap kesuburan tanah dapat ditingkatkan dan tahap pengeluaran padi yang maksimum dijangka mencapai sehingga 20 peratus bagi jelapang yang menggunakannya. Dijangka hasil tuaian antara enam dan lapan tan sehektar dalam tempoh tiga tahun akan datang adalah berpotensi (untuk dicapai) dengan aplikasi teknologi pertanian tepat ini. Penulis blog yang mengendalikan sesi 3 dalam seminar ini mendapati kini penggunaan aplikasi UAV dan Remote Sensing sudah muloa diaplikasikan dikawasan jelapang padi dalam teknologi TEPad yang bermotokan 'Tepat dan Pintar, Hasil Lestari'. Artikel malam ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya akan paparkan mengenai beberapa teknologi yang dibincangkan dalam seminar TEPad kali ini untuk rujuukan anda semua.


Kertas Kerja Ucaptama 1 yang bertajuk ''Pembangunan Industri Padi dalam Hala Tuju Pertanian 2019-2020'' disampaikan oleh En Shamsuddin Ismail Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA). Ada 5 perubahan dasar baru yang penulis blog dapat faham iaitu (1) Pesawah yang tanam lebih 10 hektar akan dapat subsidi (2) peralihan daripada subsidi input kepada subsidi output (3) memberi kebebasan kepada pesawah untuk memilih input pertanian (4) pemantapan sistem kuota benih padi sah dan (5) menambahkan pendapatan pesawah melalui (i) pemulihan tanah (ii) komposisi yang betul (iii) pengurusan ladang yang efektif. Perubahan sadar baru industri padi ini penulis blog juga percaya akan mengubah keseluruhan landskap seterusnya meningkatkan tahap sara diri beras negara (SSL). Kertas Kerja Ucaptama 2 bertajuk ''Japan’s Efforts for Smart Agriculture to Social Implementation'' oleh  Dr. Mitsuru Hachiya iaitu dari National Agriculture and Food Research Organization (NARO), Japan juga menarik. Kertas ini jelaskan pentingnya teknology robotik dan penggunaan ICT didalam pembangunan industri padi. Di Jepun mereka telah berjaya didalam industri padi dengan teknologi pengurusan air yang tepat, penggunaan tenaga buruh optima, jentero robotik membajak/ menuai padi) dan aktiviti klepas tuai. Jepun kini telah banyak membuat kolaborsai dengan banyak negara lain termasuk Malaysia didalam pemindahan teknologi baru industri padi. Kertas Kerja Ucaptama 3 yang bertajuk ''Overview of Precision Agriculture on Rice in the ASEAN Region'' disampaikan oleh Dr. Joko Pitoyo daripada Indonesia Center for Agricultural Engineering Research and Development (ICAERD), Indonesia. Beliau bentangkan akan pentingnya penanaman padi secara mengubah (cedung dengan tangan atau mesin) berbanding dengan teknologi tabur teus. Malaysia mengamalkan 70% cara menanam tabur terus iaitu paling tinggi berbanding dengan negara jiran lain. Banyak faktur kelemahan dan kebaikan yang telah pun dipaparkan akan teknik menanm padi ini. Beliau juga telah perkenalkan mesin menanam JORWO yang memudahkan cara penanaman menggunakan jentera di Indonesia.


Kertas Kerja 1 bertajuk ''Teknologi Pertanian Tepat dalam Pengeluaran Padi Berskala Besar'' dibentangkan oleh Ir. Dr. Badril Hisham daripada Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Kertas ini maklumkan teknologi yang dibangunkan dari 2 komponen utama iaitu kaedah penaburan biji benih dan kaedah penaburan baja secara kadar boleh ubah. kaedah ini membolehkan pesawah membuat pilihan terbaik penaburan benih dan baja dengan cepat, cekap dan pemilihan kos efektif untuk pelaburan instrumentasi dan jentera pertanian tepat. Kertas Kerja 2 pula bertajuk ''Revolution of Agriculture Drone for Paddy Cultivation in Malaysia'' disampaikan oleh Chan Jin Jeff daripada Syarikat Sanyeong Agricultural Solutions Sdn. Bhd. Beliau memberitahu teknologi pengguanan Dron (UAV) didalam membuat semburan kimia kepada tanaman padi masa kini. Dinyatakan rekomendasi ketinggian penggunaan dron untuk semburan ini adalah 1.5 - 2 meter dengan jenis nozel semburan kapasiti diantara 0.48 - 0.54 liter seminit atau sekurang-kurangnya 1,921 liter seminit /dron.  Pada penulis blog maklumat seperti ini sangat penting diketahui oleh operator dan pesawah. Kertas Kerja 3 yang bertajuk ''Emerging Technology in Smart and Precision Agriculture'' telah disampaikan oleh T. Arrasan Sundaram daripada Hydronav Services Sdn Pte Ltd. Dibentangkan pentingnya penggunaan teknologi seperti GSS, SIS, Mobile or Arerial LiDAR, Aerial Hyper Spectral Imaging, WMS, RS, LiDAR dan VRT dalam penanaman padi. Precicioan Agriculture (PA) dakwanya akan membolehkan pesawah mengurangkan kerugian (wastage) dan meningkatkan produktiviti dan makanan yang berkualiti. Kertas Kerja 4 bertajuk ''Peranan Agensi Swasta dalam Pembangunan Teknologi Pertanian Tepat Padi'' oleh Ridzuan Yahaya daripada Syarikat Agricultural Chemicals (M) Sdn. Bhd. yang berpusat di Pulai Pinang. Kertas membincangkan pentingnya peranan swasta bersama didalam membangunkan industri padi di Malaysia termasuk kerjasama ACM-MARDI dalam pengurusan padi. Pengalaman ACM didalam melakukan CMFS boleh dijadikan  model.


Seterusnya adalah satu Kertas Kerja 5 bertajuk ''Pengurusan Tanaman Padi Secara Estet satu Pengalaman FELCRA'' dibentang oleh Sauddi Sitor daripada FELCRA Plantation Services Sdn. Bhd. Kertas ini bentangkan bagaimana FELCRA semenjak 1983 mengusahakan padi secara Mini-Estet dan kini mempunyai seluas 3,600 hektar sawah dengan pengurusan berpusat. Mempunyai seramai 1,494 peserta padi dengan ada 6 hektar pemilikan seorang (3 ekar sawah dan 3 ekar sawit) mencapai produktiviti 3.5 - 7.02 metrik sehektar. Kini dimaklumkan masaalah bekalan air menjadi isu utama apabila paras air daripada Sungai Perak yang menjadi sumber bekalan aiar semakin cetek. Penggunaan bahan kimia yang berterusan didakwa menjadikan persoak dan patogen menjadi kebal dan pokok diserang penyakit. Walaupan pengamalam IPM dijalankan dimana mereka berharap pengenalam varieti baru padi akan mengatasi beberapa masaalah ini.  Kertas Kerja 6 yang bertajuk ''Pengalaman MADA dalam Pembangunan Projek Estet Padi Kg. Asam Jawa, Pendang - Ke Arah Pelaksanaan Teknologi Pertanian Tepat'' disampaikan oleh  YM Engku Mazlin Engku Halin Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA). Kertas ini membentangkan dimana kawasan kajian mempunayi seluas 65 hektar sawah dengan 85 keluargatani. Mereka diperkenalkan program penyatuan tanah dan perpindahan penduduk pada tahun 1978 dan dibina infrastruktur lengkap oleh MADA disiapkan pada 1984. Pada musim 2/2016 cara penguruan estet diserahkan kepada PPK MADA Fasa 3 Pendang dengan Model Pajakan Tanah. Hasilnya produktiviti sawah meningkat daripada 3 mt/ha kepada 6mt/ha  apabila pendekatan pertanian tepat padi dilaksanakan dengan 4 komponen pendekatan utama iaitu pemulihan kesuburan tanah, pemetaan tanah sawah, perataan tanah sawah dan pengurusan air dilaksanakan.  Kertas Kerja 7 bertajuk ''Pertanian Tepat: Pengalaman KADA di Ladang Merdeka Mulong'' oleh pembentang Mohd Razif Abdullah Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA). Kertas ini jelaskan penggunaan BSA (Boom Sprayer) dan Leveller telah berjaya mengurangkan kos operasi dan tenagaburuh.  Apabila teknologi penggunaan dron, penyediaan tanah dan pembajaan ditambahbaik kedahnya dilaporkan kawasan Ladang Merdeka Kg Mulong telah mencapai produktiviti hasil sehingga 6.5 mt sehektar. Kertas Kerja 8 bertajuk ''Program Peningkatan Pengeluaran Padi di Kawasan IADA Pulau Pinang'' oleh pembentang Noor Mazirah Teh Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Pulau Pinang. Kertas ini dapati dengan memperkasakan traansformasi melalui EPP11 (NKEA) telah mampu kukuhkan sistem pengembangan melalui blok-blok pengairan bagi keluas 12,105 hektar padi melibatkan seramai 5,312 pesawah dibawah seliaan IADA Pulau Pinang. Artikel ini disambung dalam Part 2 dalam blog sama yang akan anda boleh paut dengan (Sila klik disini). Semuga semua pembaca blog anim agro technology mendapat info terbaik daripada penulisan kali ini. Wasallam!!...
SEMINAR TEPAD... SUDAH DILAKSANA...
KERTAS DIBINCANG... ILMU DITERIMA...
170 PESERTA.. PELBAGAI HARAPANNYA...
ILMU DITERIMA... TINGKAT HASIL PADINYA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 941, Hotel Ixora,
Seberang Prai, 
Pulau Pinang,
Malaysia.

Thursday, August 29, 2019

MELON DI TKPM IPAH

TANAMAN MELON (Cucumis melon) dari varieti kuning merupakan diantara tanaman yang popular diusahakan oleh usahawantani di Taman Kekal Pengeluaran Makanan IPAH Air Hitam, Johor yang penulis blog kunjungi. Turut sama didalam lawatan tersebut adalah Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia YB Sim, Pengarah Pertanian Johor Hishamuddin, Timbalan PPN Johor Azreen, Pegawai dari ITTP MoA, Pengarah IPAH dan beberapa pegawai kanan Jabatan Pertanian. Lawatan YB Timbalan Menteri ini dilokasi kedua selepas membuat tinjauan teknologi Projek Sayuran Komersil di Kelompok Batu 19, Sengkang, Bukit Gambir di Daerah Tangkak. Pengujudan TKPM adalah untuk mengeluarkan bahan-bahan makanan negara seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan sebagainya yang mana ia kekal pengeluarannya dikawasan yang dikhaskan. Kawasan ini digazetkan sebagai kawasan penanaman yang mempunyai kelengkapan infsastruktur lengkap sama seperti konsep taman perindustrian dengan adanya jalanladang, sistem perparitan, sistem pengairan, utiliti air dan letrik malahan disesetengan TKPM dilengkapkan dengan Rumah Struktur Pelindung Hujan (SPH) atau Rumah Kalis Serangga (RKS). TKPM ini secara langsung telah menyelesaikan masaalah rungutan oleh usahawan tani dan parapelabur mengenai ketiadaan tanah pertanian untuk kegiatan pengeluaran bahan makanan untuk negara. Di Malaysia setakat ini ada 74 buah TKPM dengan keluasan fizikal 11,952 hektar dan ditanam seluas 10,304 hektar pada tahun 2018. Seramai 1,383 peserta terlibat dengan manghasilkan sebanyak 90.179 juta metrik tan hasil bernilai RM143.9 juta pada tahun sama. Rekod Jabatan Pertanian Malaysia menunjukkan purata pendapatan peserta TKPM adalah sebanyak RM6,771.45 sebulan iaitu menepati sasaran TKPM. Penulis blog berkesempatan dalam usaha membuat tinjauan teknologi di TKPM IPAH ini bersama YB Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (Sila anda lihat foto diatas). Artikel subuh ini saya menulis ladi di dalam "Anim Agro Technology" mengenai penanaman melon kuning sebagai satu jenis tanaman meemberi pendapatan baik kepada pengusahanya boleh dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Melon merupakan tanaman daripada keluarga Cucurbitaceae yang ditanam untuk mendapatkan buahnya (Sila lihat foto disebelah). Penanaman melon berbeza dengan penanaman buah tembikai (Citrulus lunatus) di Malaysia kerana tembikan lazimnya ditanam diatas tanah dengan teknologi horizontal. Ini berbeza dengan kaedah penanaman melon dimana sebahagian besar masakini dengan teknologi vertikal seperti yang dilakukan di TKPM IPAH ini didalah Strkutur Pelindung Hujan dan kalis serangga. Tanaman melon yang tumbuh menjalar atau merambat ini perlukan sistem penanaman secara fertigasi dibawah SPH. Dalam pada itu tanaman melon akan tumbuh baik di tahap ketinggian sederhana 250 - 750 meter diatas permukaan laut dengan keperluan suhu yang ideal adalah diantara 23 30 Celcius. Kawasan untuk penanaman juga tidak terlalu sejuk dan tidak pula terlalu panas. Di Malaysia terdapat banyak varieti melon yang ditanam tetapi varieti yang paling popular semenjak dahulu adalah Rock Melon. Varieti ini ada ditanam diatas tanah dan juga ditanam secara fertigasi. Bagaimana pun secara teknikal terdapat 3 jenis buah melon yang sering ditanam oleh petani iaitu Jenis Recticalatus, Jenis Inodorus dan Jenis Cantalepensis. Jenis Reticalatus mempunyai ciri utama dimana jenis melon ini mempunyai warna buahnya hijau muda dihiasi juga warna oren. Jenis ini paling banyak dijual dipasaran dengan bentuk buahnya bulat dan kulitnya kehijauan dengan tekstur yang mirip jaring. Jenis Inodorus pula mempunyai ciri bentuk buahnya yang agak lonjong dengan warna kulit kuning pucat agak hijau serta ciri isi buah yang berwana hijau, oren keputihan tidak beraroma. Ketiga adalah Jenis Cantalupensis pula mempunyai isi buah berwarna kuning dan kulitnya berbentuk seperti buah labu serta mempunyai aroma isi yang sangat kuat jika dibandingkan dengan jenis melon yang lain.


Benih Melon hampir 100% adalah benih hibrid yang diimport dari luar negara. Malaysia masih belum mampu untuk  menghasilkan benih melon sendiri sehingga kini. Kadar keperluan biji benih bagi sehektar dianggarkan sebanyak 500 - 700 gram untuk kawasan tanah menanam secara konvensional tetapi untuk tanaman didalah SPH seperti di TKPM IPAH ini disesuaikan dengan bilangan SPH yang diusahakannya. Biji benih ini perlu disemai dahulu sebelum mengubahnya kekebun atau didalam sistem fertigasi. Pengusaha di TKPM ini membeli benih daripada pembekal tempatan didalam tin yang dijamin mempunyai kadar pertumbuhan disini. Secara amalannya agar bijibenih tumbuh dengan baik maka biji melon harus direndam dahulu dengan air hangat selama 7 jam. Setelah direndam disiapkan kain basah untuk meniriskan biji tersebut. Tempatkan di tempat yang teduh selama 2 hari sehingga biji bercambah dan elakkan kain jangan sampai kekeringan. Percikan air secukupnya untuk menjaga kelembabannya bagi tujuan penanaman konvensional tetapi bagi sistem fertigasi bijibenih perlu disemai terus didalam polibeg tanaman. Setelah biji benih bercambah maka masukkan benih kedalam polibag yang sudah disiapkan tadi sedalam 1-2 cm saja dan ia seterusnya di tutup dengan media cocopeat dalam polibeg. 


Sistem Tanaman Fertigasi di TKPM IPAH ini merupakan pemberian air dan baja kepada tanaman secara serentak. Media yang biasa digunakan ialah sabut kelapa dan sekam padi. Pokok mendapat nutrisi yang lengkap daripada air dan baja melalui pemberian secara berkala. Fertigasi juga boleh dijalankan di bawah Rumah Pelindung Hujan (RPH) untuk mengelakkan baja menjadi larutan cair.Sekiranya baja terlalu cair, kesan baja terhadap tanaman adalah tidak efektif. RPH juga boleh mengurangkan risiko penyakit terhadap tanaman. Sistem Fertigasi melon yang di gunakan ialah jenis biasa iaitu penggunaan ‘cocopeat’. Dalam pad itu tujuan utama sistem fertigasi di sini adalah untuk meningkatkan keberkesanan penggunaan baja. Pengagihan secara automatik menggunakan pengatur masa dengan kekerapan dan tempoh pemberian yang telah dikenalpasti dapat mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh. Sistem Fertigasi melon direka bentuk untuk mengikut keperluan amalan fisiologi dan agronomi tanaman khusus untuk sayur-sayuran jenis buah. Ia juga bertujuan untuk penjimatan masa, kos dan meningkatkan kualiti sistem fertigasi di TKPM ini.


Empat belas jenis unsur dalam bentuk sebatian (Nitrogen, Fosforus, Kalium, Kalsium, Sulfat, Magnesium, Mangan, Ferum (zat besi), Kuprum, Zink, Boron, Ammonium, Molibdenum dan Natrium) yang diperlukan sebagai asas bagi rnendapatkan satu formulasi baja yang lengkap untuk pertumbuhan pokok rock melon yang baik. (Unsur lain seperti Oksigen, Hidrogen dan Karbon diperoleh daripada udara). Unsurunsur dalam bentuk sebatian ini mestilah betul-betul larut dalam air agar mudah diagihkan ke setiap pokok dengan seragam. Baja boleh disediakan di dalam frekuensi yang berbeza setiap hari, beberapa kali setiap minggu, atau mingguan, bergantung kepada keperluan pengairan, jenis tanah, dan faktor-faktor lain. Biasanya, ia memerlukan 5 kali sehari. Jangan teragak-agak untuk mengairi jika pengairan diperlukan selain daripada semasa jadual biasa. Proses pendebungaan ialah di mana bunga jantan kepada bunga betina dengan teknik menggeselkan stamen ke atas stigma. IKaedah ini boleh meningkatkan hasil buah rock melon. Bunga betinanya berada pada tunas air dan kembung pada bahagian bawah kelopak bunga. Bunga jantan banyak terdapat pada batang utama. Bagi melakukan pendebungaan, pilih bunga jantan yang sihat kemudian buang semua kelopak bunga. Dekatkan bahagian bunga jantan tadi pada bunga betina dan geselkan bunga jantan pada stigma bunga betina. Pendebungaan mestilah dilakukan pada waktu pagi iaitu bermula pada pukul 10 pagi kerana bunga kembang sepenuhnya. Hasil dripada pendebungaan hanya boleh dilihat selepas 48jam. Tanaman rock melon ini boleh dituai apabila daun pengasuh (flag leaf) telah kering dan diikuti dengan adanya tanda-tanda retak mengelilingi pangkal buah. Semua hasil boleh asingkan mengikut saiz untuk dijual di pasaran. Pastikan bahan pemotong untuk memetik buah yang digunakan tajam agar tangkai dipotong dengan elok dan tidak menurunkan kualiti hasil tuaian. Ini adalah masa terbaik tahun ini. Tuaian dilakukan manual untuk memastikan buah-buahan yang tidak rosak. Semuga artikel ini memberi info berguna keada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam....
TANAM MELON... USAHA BERJAYA...
MELON KUNING...18 BRIX MANISNYA...
JUAL TEMPATAN...DAN KE SINGAPURA...
PROJEK BERJAYA... PETANI PUN SUKA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 601, Suite Floor,
Hotel Impiana, Senai,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.

(23 Zulhijjah 1440H).

Wednesday, August 28, 2019

TINJAU TANAMAN PUCUK MANIS DI SENGKANG

TANAMAN PUCUK MANIS (Sauropus androgynus) sejak dulu merupakan satu jenis komoditi yang ditanam secara komersil di Kelompok Sayuran Komersil Bt 19, Sengkang, Tangkak, Johor yang penulis blog kunjungi. Pucuk manis juga dikenali sebagai 'Mani Cai' dalam bahasa Cina, Sweet Shoot (Inggeris), Cekur Manis dan 'Rau Ngot' dalam bahasa Vietnam dan sebagainya. Penulis sangat kenal dengan tumbuhan ini sejak kecil lagi kerana memang ada ditanam disekeliling rumah dikampong dan dimakan daunnya sebagai sayuran. Daun pucuk manis selalunya dipetik akan dimasak lemak atau tumis air untuk hidangan makan tengahari. Dalam beberapa kes dilaporkan ada yang mengambil daun cekur manis untuk di peram atau di jeruk dan dijadikan bahan masakan yang sungguh menyelerakan. Dalam beberapa kali tinjauan mengenai tanaman di negara jiran penulis dapati pucuk manis ini merupakan salah satu sayuran daun yang popular di Asia Selatan dan terkenal kerana banyak ditanam untuk dijadikan makanan kerana ia didapati sedap. Bahagian pucuk muda merupakan bahagian lembut yang rangup, manis dimana ia juga boleh dimakan sebagai ulam atau dimasak jadi sayuran. Di beberapa negara jiran dan di Malaysia pucuk pucuk manis ini dimasak sebagai sup bersama belacan, ikan bilis, ketam atau udang kering. Pucuk muda cekur manis boleh direbus dan dimakan dengan sambal belacan, budu, cencaluk atau pencecah lain sebagai ulam. Rasanya manis, lemak dan semacam ada rasa sedikit berangin. Daripada beberap jurnal yang penulis rujuk, pucuk manis merupakan sayuran yang kaya dengan sumber vitamin K yang tinggi. Bagaimanapun ada beberpa laporan daripada kajian mendapati bahawa pengambilan berlebihan air cekur manis akan menyebabkan kerosakan pada organ paru-paru disebabkan kepekatan tinggi alkaloid papaverine didalamnya. Kes ini telah dikenalpasti di Taiwan sekitar tahun 1990'an apabila penduduk disama amat suka makan pucuk manis secara berlebihan akibat keenakannya. Artikel subuh Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman pucuk manis sebagai sejenis sayuran berkhasiat.


Pembiakan dan penanaman tumbuhan ini mudah dilakukan oleh semua petani. Cekur manis mudah dibiakkan melalui sistem batang yang berkayu keras dimana batangnya yang matang boleh dipotong sepanjang 20-25 cm boleh ditanam terus kebatas atau dibiakkan di dalam polibag yang diisi media tanah campuran dan diletak di tapak semaian. Anda boleh cucukan diatas tanah dikawasan keliling rumah (Sila anda lihat foto disebelah).Penanaman secara komersil sebaiknya dibuat diatas batas. Batas disiapkan dengan ukuran lebar satu meter dengan panjang batas bersesuaian dengan kawasan penanaman. Cekur manis memerlukan tanah yang subur, gembur dan mempunyai bahan organaik yang tinggi. Jarak tanaman yang sesuai ialah 50-100 cm antara pokok dan 100-120 cm antara barisan tanaman. Tanaman dibuat satu barisan sahaja kerana ia akan bercabang banyak bila selalu melakukan cantasan. Pokok boleh bertahan sehingga 8-10 tahun jika penjagaan sempurna. Pengairan tanaman ini amat perlu pada peringkat awal penanaman sehingga penuaian hasil dilakukan diman sebaiknya tanaman perlu agar disiram sekurangnya sehari sekali, kaedah pengairan secara manual atau menggunakan sistem pengairan renjis atau titis. Bagi memastikan tanaman hidup subur, kawalan rumpai perlu dilakukan. Rumpai di atas batas dibuang secara manual dan antara lorong tanaman rumpai boleh dikawal dengan cara menggunakan racun rumpai yang disyorkan. Pastikan agar semasa penyemburan racun ia tidak mengenai tanaman. 


Apa yang mesti diketahui adalah cara mengenai pembajaan. Baja yang kini disyorkan ialah 120 kg N:60 kg P2O5:60 kg K2O setiap hektar, tetapi ia juga bergantung pada keadaan tanah di sesuatu kawasan. Cara penggunaan baja NPK Hijau 15:15:15 boleh digunakan dengan kadar 80-100 gm/pokok dan ditabur keliling dengan jarak 15-20 sm dari rumpun pokok serta dikambus. Pembajaan dibuat setiap bulan dan diselangkan dengan bahan sistem tahi ayam atau kompos dengan kadar satu hingga kg /meter persegi. Baja foliar bagi semburan daun boleh digunakan bagi mempercepatkan pertumbuhan daun bekalan bergantung pada pasaran. Tanaman pucuk manis diambil bahagian daun terutama pucuk muda untuk dijadikan sayuran (Sila anda lihat foto disebelah). Daripada kajian saintis permakanan dilaporkan pucuk manis merupakan salah satu daripada beberapa tumbuhan yang memiliki vitamin K. Daun pokok cekur manis adalah popular sebagai sayuran di Malaysia dan negara ASEAN lain sebagai pilihan. Pokok pucuk manis ini ada dihidangkan dibeberapa restoren makanan tradisional tengahari sebagai menu yang menjadi pilihan pelanggan. Kajian menunjukkan daun pokok pucuk manis terutamanya daun segar mengandungi banyak bahan seperti Provitamin A karotinoid. Ia banyak pada bahagian daunnya yang baru dipetik dan masih segar. Selain itu ia juga kaya dengan kandungan vitamin B, Vitamin C serta Protein dan mineral galian. Kandungan zatnya semakin tinggi dalam daun yang berwarna hijau gelap dan matang.



Daripada beberapa rujukkan dilaporkan pucuk manis ini mampu merawat panas badan, mengawal tekanan darah rendah dan sesuai untuk wanita yang baru bersalin terutama untuk tujuan pengeluaran susu ibu. Ia juga didakwa mampu untuk tujuan membaiki sistem pembuangan air kecil bermasalah serta didakwa menghilangkan masaalah pening kepala dan membantu mengatasi penyakit jantung dan saluran darah (kardiovaskular). Pokok cekur manis membiak melalui dua kaedah biasa iatu biji benih dan keratan batang namun benih yang dihasilkan melalui keratan batang lebih bermutu. Ia boleh tumbuh subur di kawasan bercahaya matahari penuh ataupun di kawasan naungan yang redup. Ia juga mampu bertahan terhadap tanah yang mempunyai kandungan asid yang tinggi (masam kelat), selain mampu dan boleh tumbuh dikawasan tanah liat.  Seterusnya khasiat cekur manis bagi mengubati demam dengan mengambil secekak daun cekur manis perlu diramas-ramaskan dengan beras di dalam semangkuk air. Kemudian daun yang diramas itu dipupuk perlahan-lahan dan berulang kali di kepala dan juga bahagian-bahagian badan yang lain. Lakukan sehingga demam sembuh tetapi jika tidak ada apa-apa kesan sebaliknya demam masih tidak kebah maka dinasihatkan berjumpa dengan doktor perubatan profesional untuk mendapatkan rawatan lanjutan.

Dalam beberapa penulisan dan laporan akhbar dilaporkan dimana sayuran cekur manislawaskan kencing. Ini kerana masaalah kencing tidak lawas merupakan gejala yang memang merimaskan kerana ia boleh mengganggu aktiviti harian terutama ketika penghidapnya berada di kawasan tumpuan umum atau sedang sibuk dengan tugasan penting. Gejala yang dikenali sebagai ''urge incontinence'' ini sebenarnya sering membelenggu pada kehidupan dan pemikiran pesakit yang kebanyakannya lelaki berusia 50-an dan ke atas. Ini kerana mereka lazimnya terlalu kerap berasa hendak membuang air kecil sedangkan air kencing yang keluar hanyalah sedikit. Dalam situasi lain pula dikalangan pesakit mungkin tidak puas ketika mereka membuang air kecil kerana merasakan masih ada baki air kencing yang tidak keluar. Ini menyebabkan mereka terpaksa menunggu lama di dalam tandas ataupun jika ingin terus beredar akan sentiasa bimbang kemungkinan baki air kencing itu menitik atau mengalir tanpa disedari sehingga membasahi pakaian. Herba pilihan iaitu pokok CEKUR MANIS atau ASIN-ASIN atau nama saintifiknya Phyllanthus frondosusmemang telah lama dikenali ramai kerana ditanam sebagai sayur-sayuran dan digunakan dalam masakan. Apa yag unik dimana selama ini anda tentu sering menikmati keenakan daun cekur manis yang dimasak lemak putih dicampur bersama keledek yang menimbulkan kesan aroma pembangkit selera (Sila lihat foto disebelah). Tetapi mungkin tidak ramai mereka yang mengetahui bahawa daun cekur manis juga sejak dulu sering digunakan oleh pengamal rawatan tradisional kerana ia juga mempunyai banyak khasiat. Tinjauan penulis blog di Kelompk Sayuran Komersil di Kg Batu 19 Sengkang, Bukit Gambir ini menunjukkan bahawa sayuran ini masih mendapat permintaan baik dripada pengguna. Harga ladang sekitar RM3.00/kg dan ia menerima pasaran baik di Melaka, Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
PUCUK MANIS... MUDAH MENANAMNYA...
DI BUKIT GAMBIR... SUBUR POKOKNYA....
SELALU DIPOTONG... BERTUNAS SEMULA...
BAJA ORGANIK... MANIS RASA PUCUKNYA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Purajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(29 Zulhijjah 1440H).

Tuesday, August 27, 2019

ASPARAGUS DI SENGKANG - TINJAUAN

TANAMAN ASPARAGUS (Asparagus officinalis Linn) di Kelompok Sayuran Komersil Kg Sengkang Batu 19 Bukit Gambir, Tangkak, Johor merupakan satu aktiviti terkini yang mengembirakan petani.Hasil tinjauan teknologi penulis blog bersama dengan Timbalan Menteri Pertanian YB Sim diiringi oleh Pengarah Pertanian Johor, Pegawai Perrtanian Daerah Tangkak dan disambut oleh En Tan Soo Tiok pemilik kebun dan juga Pengerusi Persatuan Penanam-penanam Sayur Malaysia (Sila lihat foto paling atas). Majlis dialog diantara ahli-ahli persatuan penanam sayur dengan YB Timbalan Menteri ini diadakan dimana beberapa ahli persatuan dan petani menyuarakan beberapa perkara seperti kesukaran untuk mendapatkan pekerja asing dalam penanaman sayuran, masaalah prasarana jalanladang yang memang sempit. Kawasan kelompok di sini seluas 600 ekar dimana anggaran pengeluaran sebanyak 60 - 70 metrik sehari atau sekitar 22,000 - 25,000 metrik tan setahun dengan nilai pengeluaran sebanyak RM26.4 juta setahun. Hampir 99% kawasan tanaman sayuran adalah dari jenis sayur daun seperti sawi, kailan, bayam, kangkong, kucai, cekur manis, asparagus dan sebagainya. Selain itu terdapat seluas 180 ekar tanaman jambu batu, 200 ekar nurseri bungaan, 70 ekar tanaman liimau bali, 60 ekar tanaman durian dan 20 ekar tanaman jambu air madu. Dibina juga sebanyak 10 rumah burung walit dipersekitaran milik peserta kelompok. Bagaimana pun artikel malam ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya paparkan usaha penanaman asparagus untuk dikongsi bersama pembaca semua.


Temubual penulis dengan Pengerusi Persatuan Penanam Sayur Malaysia Tan Soo Tiok berumur 71 tahun memang amat menyeronokan kerana beliau banyak ilmu dan pengalaman. Saya yang telah mengenali beliau sejak 20 tahun lalu agak rapat semasa menjadi Pegawai Pertanian Daerah Muar (Dahulu Daerah Tangkak adalah berada dalam Daerah Muar sebelum dipisahkan menjadi daerah baru pada tahun 2009). Jabatan Pertanian telah membuat kempen bersama ahli-ahli persatuan sayur dengan menekankan kaedah penggunaan baja organik sebagai baja asas dan baja tambahan dan mengurangkan racun kimia. Petani di kelompok sini juga digalakkan untuk sentiasa melakukan pengapuran untuk memperbaiki tanah OCM yang sangat aktif penanamannya. Teknik mekanisiasi ladang sudah moden disini dengan pelbagai alatan dan jentera yang digunakan selain daripada peralatan yag digunakan. Sebanyak 11 buah telaga tiub yang diberikan oleh Jabatan Pertanian bernilai RM1.233 juta pada 2017 didapati berfungsi dengan baik terutama semasa kekurnga air dimusim kemarau dan El-Nino disini. Bagi kawasan tanaman sayur daun mereka telah menggunakan struktur SPH dan kalis serangga untuk meningkatkan kualitii sayuran dari serangan musuh dan penyakit. Projek ini telah pun menerima anugerah JOHAN KELOMPOK SAYURAN KEBANGSAN TERBAIK pdada tahun 2008 semasa penulis blog menjadi AO Daerah Muar. Ramai dikalangan petani dalam dikelompok ini menerima persijilam MyGAP dan mereka merupakan kelompok pembekal sayuran dan buah-buahan di sekitar Muar, Melaka, Kuala Lumpur dan juga Singapura.


Penanaman asparagus menggunakan biji benih perlu disemai dahulu dalam tapak semaian. Pembiakan menggunakan kaedah lain seperti keratan, kultur tisu didik dan sebagainya kurang berjaya. Pilih varieti asparagus yang mampu untuk menghasilkan hasil tinggi, rintang penyakit dan mendapat permintaan pasaran terbaik. Penyediaan kawasan atau tanah disyorkan membina batas tanaman diatas tanah yang gembur dan pastikan mempunyai saliran yang baik untuk elakkan banjir. Benih yang siap sedia ditanam dengan jarak 1.5 m x 0.3 meter. Pembajaan dengan NPK 15:15:15 bersama baja organik dengan kadar disyorkan adalah penting untuk mempastikan pengeluaran tunas dan mempunyai sistem pengairan sempurna. Kawalan rumpai mesti dijalankan dengan manual (cabut dengan tangan atau tajak) bagi menggalakkan pertumbuhan pucuk dan kurangkan persaingan. Elakkan dari menggunakan racun rumpai dikawasan penanaman asparagus. Asparagus mempunyai 'lembing' tegak ke atas (pucuk dari mahkota bawah tanah) yang boleh tumbuh sehingga 2 meter tinggi. Daun asparagus halus berbentuk seperti jarum dari batang yang tidak bercabang (Sila lihat foto disebelah). Bunga asparagus ialah unisexual, kecil, berbentu tiub kampanulat dan menghasilkan buah kecil seperti beri, berwarna hitam dalam 1-6 biji benih. Apabila ia sedang ingin berbunga, braktea atas kepala-lembing bercabang ke batang dengan pelepah lembut, yang dinamakan 'paku sisik'. Bahagian yang boleh dimakan ialah pucuknya setelah dimasak.  Penanaman asparagus menggunakan biji benih perlu dismai dahulu dalam tapak semaian. Pembiakan menggunakan kaedah lain seperti keratan, kultur tisu didik dan sebagainya kurang berjaya. Pilih varieti asparagus yang mampu menghasilkan hasil tinggi, rintang penyakit dan mendapat permintaan pasaran terbaik. Penyediaan kawasan atau tanah disyorkan membina batas tanaman diatas tanah yang gembur dan pastikan mempunyai saliran yang baik untuk elakkan banjir. Benih yang siap sedia ditanam dengan jarak 1.5 m x 0.3 meter. Pembajaan dengan NPK 15:15:15 bersama baja organik dengan kadar disyorkan adalah penting untuk mempastikan pengeluaran tunas dan mempunyai sistem pengairan sempurna. Kawalan rumpai mesti dijalankan dengan manual (cabut dengan tangan atau tajak) bagi menggalakkan pertumbuhan pucuk dan boleh kurangkan persaingan. Elakkan menggunakan racun rumpai dikawasan penanaman asparagus.


Kandungan pemakanan bagi asparagus adalah berbeza antara asparagus hijau dan asparagus putih. Setip 100 gram asparagus hijau mengandungi 92 g air, 2.8 gram protein, 0.2 gram lemak, 2.2 gram karbohidrat, 980 IU vitamin A, 0.23 gram vitamin B, 2.2 mg niasin dan 52 mg fosforus serta 132 kJoule tenaga. Kandungan nutrisi atau zat pemakanan asparagus putih lebih rendah sedikit. Berat setiap 1,000 biji benih asparagus bersamaan 40 gram. Bagi mereka yang menghadapi masalah kulit yang berpunca daripada pengumpulan asid yang berlebihan dalam darah seterunsya menyebabkan wujudnya masalah-masalah kulit seperti jerawat atau kudis, asparagus merupakan jawapan yang tepat bagi mereka. Ini kerana kandungan alkaliyang tinggi dalam jus asparagus boleh mengatasi masalah-masalah kulit. Amalan petani di Sengkang ini dimana penuaian pada pucuk atau tunas asparagus akan dipetik sebaik sahaja capai ketinggian 16-25 cm dari paras tanah. Asparagus hijau terjadi apabila pucuk yang keluar dibiarkan terdedah kepada cahaya matahari dan asparagus hijau diperolehi dengan menimbus pangkal pokok dengan tanah. Lazimnya asparagus putih berada dalam tanah dan mempunyai saiz batang lebih besar berbanding dengan asparagus hijau. Penuaian asparagus dijalankan selepas 12 minggu (3 bulan) penanaman dengan syarat pertumbuhan pokok subur dan banyak tunas asparagus muncul sepanjang tahun. Penuaian mesti mempastikan 'pokok ibu' atau pokok induk sentiasa subur dan tinggal 3-5 tunas untuk dijadikan pokok. Potong dengan pisau tajam 18-25 cm panjang dari paras tanah kebahagian pucuk untuk asparagus hijau. Bagi asparagus putih, potongan sepanjang 10 cm dari pangkal pucuk muncul bermula di permukaan tanah. Kambus balik pangkal rumpun tanaman asparagus selepas menuai. Kajian ahli agronomi mendapati purata hasil asparagus adalah dalam lingkungan 1.5 - 1.8 mt/ha di Malaysia, 2.1 mt/ha di Indonesia, 4.4 mt/ha di Thailand. Purata penghasilan asparagus di seluruh dunia sekitar 3 mt/ha. Pucuk asparagus yang dituai masih aktif mmenjalani proses respirasi yang boleh menyebabkan ianya perlu dipasarkan segra atau terus dimasukkan ke dalam bilik sejuk untuk mengekalkan kessegarannya. Penyimpanan asparagus dalam keadaan suhu sejuk 2 darjah celsius dengan kelembapan yang tinggi mampu mengekalkan kesegarannya selama 4 minggu. Tanaman asparagus di Malaysia perlukan perhatian khusus jika hendak di perluaskan. Harga asparagus hijau dari kelompok Sengkani ini dijual harga ladang pada harga sekitar RM 50 - RM 60.00 sekilogram. Laporan dari Sabah pula sebagai perbandingan menghasilkan Asparagus Putih yang dijual pada harga sekitar RM 60.00  - RM89.00 sekilogram. Semuga tulisan artikel kali ini memberi info beruna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
 
TANAM ASPARAGUS... LUAS DIUSAHA...
DISENGKANG... DEKAT KAMPUNG SAYA...
ASPARAGUS HIJAU... RM20/KG HARGANYA...
TINJAUAN DIBUAT... TIMB MENTERI SUKA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 601, Suite Room,
Hotel Impiana, Senai,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(22 Zulhijjah 1440H).

Monday, August 26, 2019

NANGKA LOT 8 - TECHNOLOGY TRANSFER

TANAMAN NANGKA MADU J33 (Artocarpus heterophyllus) di Lot 8 Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Kota Perdana di Rompin, Pahang menjadi tumpuan kepada pengusaha tanaman disini untuk 'technology transfer'. Ia berlaku semasa tinjauan teknologi oleh penulis blog dan rakan-rakan seperti PPN Pahang, AO Daerah dan APT Kawasan membuat lawatan di kebun tersebut. Pengusaha lot 8 adalah En Zakuan yang menanam 4 hektar nangka Madu Tekam Yellow (J33) yang sedang berhasil. Turut bersama dilokasi kebun adalah seramai 12 orang usahawan tani dari TKPM ini yang inginkan maklumat mengenai usaha tanaman nangka dan berbincang beberapa isu teknikal dan juga isu serangan haiwan liar seperti gajah yang sudah dua kali menyerang tanaman disini dalam tahun ini sahaja telah menyebabkan kerugian mencecah RM45,000. Di Pahang terdapat 19 buah TPM termasuk TKPM Kot Perdana ini.  Pengujudan TKPM adalah untuk mengeluarkan bahan makanan negara seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan sebagainya yang mana ia kekal pengeluarannya dikawasan yang dikhaskan. Kawasan TKPM ini digazetkan sebagai kawasan penanaman buah nangka J33 khususnya yang mempunyai kelengkapan infsastruktur lengkap sala seperti konsep taman perindustrian dengan adanya jalanladang, sistem perparitan, sistem pengairan, utiliti air dan letrik malahan disesetengan TKPM telah pun dilengkapkan dengan Rumah Struktur Pelindung Hujan (SPH) atau Rumah Kalis Serangga (RKS). TKPM ini secara langsung dapat menyelesaikan masaalah rungutan oleh usahawan tani dan para pelabur mengenai ketiadaan tanah pertanian untuk kegiatan pengeluaran bahan makanan untuk negara. Di Malaysia setakat ini ada74 buah TKPM dengan keluasan fizikal 11,952 hektar dan ditanam seluas 10,304 hektar pada tahun 2018. Seramai 1,383 peserta terlibat dengan kaedah manghasilkan sebanyak 90.179 juta metrik tan hasil bernilai RM143.9 juta pada tahun sama. Rekod Jabatan Pertanian Malaysia menunjukkan purata pendapatan peserta TKPM adalah sebanyak RM6,771.45 sebulan iaitu menepati sasaran TKPM. Artikel malam Isnin ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya menulis mengenai technology transfer diantara penulis blog dengan usahawan nangka di TKPM Kota Perdana bagi memajukan pengeluaran makanan negara dan isu teknikal untuk bahan rujukkan anda.


Ketibaan penulis blog di sambut oleh PPN Pahang Dato' Zahimi dan AO Daerah En Hatta, APT Riduan serta tuan milik kebun dan terus melawat lot yang diserang oleh Gajah. Serangan gajah kali kedua tahun ini berlaku pada Hari Raya Korban ke 2 pada malam hari dengan sebanyak lebih 20 pokok nangka dirosakkan. Serangan kali pertama oleh kumpulan 12 ekor gajah sama berlaku pada Julai 2019 dengan nilai kerosakkan diangarkan Jabatan Pertanian sekitar RM35,000. Antara beberapa langkah mengurangkan dari serangan gajah adalah cadabgan baikpulih dan pembinaan baru parit gajah, pemasangan pagar letrik dan pemasangan lampu kelip-kelip (lampu nelayan) dikawasan laluan gajah memasukki kebun. Peserta yang terlibat dengan kerosakan tanaman dan pinjaman bank memohon Jabatan Pertanian membuat makluman kepada pihak bank untuk penjadualan semula bayaran pinjaman kewangan peserta TPKM terlibat. Selain itu penanaman semula pokok nangka baru (sulaman) dan juga membaiki dahan pokok yang masih boleh dipulihkan boleh petani terlibat laksanakan. Hampir 2 jam penulis blog berbincang dengan 7 peserta TKPM yang datang di lot nangka yang diserang gajah liar ini. Kerosakkan serangan gajah liar ini telah pun di maklumkan kepada pihak Kerajaan Negeri, PERHILITAN dan wakil rakyat tempatan. Penulis blog pohon PPN Pahang mngambil tindakan proaktif didalam mengatasi masaalah serangan gajah liar di TKPM ini.


Seterusya kami bergerak ke Lot 8 dimana pokok nangka sedang berbuah dan dijaga baik oleh En Zakuan. Pokok nangka yang berbuah dengan baik. Pokok yang sedang berbuah ini dikerumuni semua pengusaha yang ingin mendapatkan info terbaru mengenai tanaman nangka madu ini. Penulis blog mengambil sehelai daun nangka yang mana saiznya memang kecil berbanding dengan saiz daun nangka yang sepatutnya ada. Ia kecil dimana ia merupakan tanda kekurangan baja dan juga kurang air akibat sistem pengairan tanaman tersebut (Sila lihat foto disebelah). Daun yang kecil ini juga tidak berwarna hijau gelap berkilat seperti mana pokok nangka yang subur. Di plot lain iaitu lot bersebelahan dilihat memang pengusaha kurang membuat pembajaan sama ada baja sebatian kimia dan juga baja organik dan ada kebun yang semak. Mereka dakwa telah kekurangan modal memberikan input baja kerana penghasilan buah nangka agak rendah. Ini juga disebabkan agak sukar untuk mendapatkan baja organik di sekitar TKPM ini dimana yang ada harganya agak mahal dakwa mereka. Penulis blog juga terangkan kaedah atau cara membuat cantasan yang dilakukan pengusaha perlu diperbaiki dimana yang ada sekarang bukan cara cantasan yang betul. Apa yang mereka dakwa adalah ''sayang'' untuk mencantas dahan yang tumbuh menegak keatas kerana ia nampak ''subur'' dan dijelaskan penulis blog kaedah cantasan pembentukkan semula yang perlu dilakukan. 


Dijelaskan kepada semua usahawan nangka dimana dahan jenis ''lateral'' adalah bentuk dahan yang akan memberikan hasil buah pada pokok nangka berbanding dengan dahan yang berbentuk ''vertical'' yang kuat makan baja tetapi tidak produktif. Dijelaskan juga agar ''point of production'' pada dahan nangka agar tidak dirosakkan semasa memetik hasil, sekah akibat dahan berat atau diserang perosak (Sila lihat foto disebelah). Lazimnya lokasi pengeluaran bunga dan buah adalah pada titik yang sama setiap kali buah akan dihasilkan. Ramai petani bertanya kaedah cantasan pokok nangka yang betul. Dijelaskan juga waktu sesuai dan jenis pembungkus paling sesuai digunakan setiap musim penanaman. Buah nangka lazimnya akan banyak keluar pada bulan November sehingga awal Januari setiap tahun walau pun pada bulan-bulan lain penghasilan masih produktif. Dijelaskan juga bagaimana masa tepat membalut buah dan bagaimana serangga perosak Lalat Buah (Dacus spp) akan bertelur pada putik nangka jika tidak dibalu ada masa tepat. Pada masa ini pembalut buah nangka yang digunakan adalah plastik berwarna biru (selalu digunakan untuk membalut buah pisang) walau pun ia bukan pilihan membalut buah nangka terbaik. Plastik pembungkus perlu ditandakan masa sesuai untuk buah tesebt dituai dengan 'marker' bagi menentukan masa memetik buah yang tepat.


Menurut Zakuan lagi dimana buah nangka dari kebunnya akan dipetik mengikut tanda yang ditulis pada plastik pembungkus buah. Ditanya lanjut mengenai penghasilan dan harga diterima didakwa memang jumlah pendapatan adalah agak balik pada bulan Novemner dan Disember. Penulis blog jelaskan teknik pembajaan pokok nangka perlu disesuaikan semula daegan kaedah tabur terus dibawah pokok nangka skitar kanopi. Penulis blog sarankan agar pengusaha mengamalkan pembajaan secara ''pocket application'' atau pun membubuh baja didalam lubang. Lubang disekeliling pokok (sebaiknya jumlah lebih banyak dibahagian atas lereng pokok) diisikan dengan baja sebatian NPK 12:2:17:2 dengan baja organik dan juga bahan gel pertanian. Baja sebatian ini sebaiknya menggunakan jenis ''fast release' untuk kesan penyerapan baja terbail. Zakuan di lot 8 ada mmberikan baja organik tahi kambing di pokok angka dan dilihat tanahnya lebih subur dari pelmilik kebun lain. Penggunaa gel pertanian merupakan pekara baru kepada mereka. Penulis blog jelaskan jenis ''plant gel'' dan kaedah penggunaan serta beberapa kebaikan jika mereka menggunakan fel pertanian di sini. Hampir semua usahawan disini pernah dan terus mengikuti penuisan dalam Anim Agro echnology sejak dahulu lagi.


Buah nangka J33 merupakan varieti nangka yang didaftarkan kepada Jabatan Pertanian oleh FELDA Agricultural Services Sdn Bhd pada 29 Mac 2004. Pendaftaran nangka ini telah diberikan Nombor Pendaftaran 'J33' dengan nama gelaran 'TEKAM YELLOW' yang kini merupakan antara varieti nangka paling luas di tanam di Malaysia. Projek TKPM Lancang di Temerloh menanam varieti nangka ini dengan luas (difahamkan lebih dari 800 hektar dimana terdapat lebih dari 80,000 pokok) dan mula mengeluarkan hasil tahun 2011 dengan anggaran pengeluaran sebanyak 90 metrik tan. Pokok yang berumur 2-3 tahun ini mula berbuah secara berperingkat-peringkat. Penulis blog dapati daun buah J33 adalah jenis daun Eliptik iaitu berbentuk hujung daun atau pun berbentuk Acuminate. Panjang daun sekitar 16 cm (banyak yang kecil jika tidak dibaja) dengan lebar daun adalah 8 cm. Warna daun adalah hijau dimana pada permukaan atas dan bawah daun adaah Glabrus. Petiolnya  adalah bulat dan terdapat alor berukuran 2.3 cm. Warna inflorescens adalah hijau muda. Posisi bunga jantan dan betina: Kebanyakkan pada batang dan dahan utama. 


Nangka Tekan yellow (J33) yang ditanam di TKPM Kota Perdana ini dibeklkan oleh Jabatan Pertanian dan nurseri lain yng diiktiraf melalui skim Pengsahan Benih Tanaman (SPBT) Jabatan Pertanian. uahnya berbentuk Oblong dengan saiz panjang buah ekitar 44 cm dn juga lebar buahselitar 25 cm. Panjang tangkai buah nngka J22 dikia sekitar 7 - 9 cm dengan ukuran garispusat tangkai buah: 3.2 cm. Berat buah nagka tekam yellow mengikut piawaian adlah sekitar 16 - 20 kg. Menuurut Zakuan dan rakan-rakannya merek mendapat saiz buah yang menghampiri dengan piawaian keculi jika ada apa-apa masaalah kekurangan air buahnya agak kecil sedikit. Dilihat pada rupa bahagian kulit buah nangka J33 biasanya adalah berwarna Hijau Kuning dan berduri tetapi duri tersebut tidak tajam. Kepadatan duri: nangka ini adalah jenis sederhana dimana diukur biasanya terdapat sebanyak 25 duri pada keluasan 5 x 5 cm persegi. Biasanya jumlah berat ulas tanpa biji sekitar 23.7 gm dengan ukuran panjang ulas buah adalah sekitar 7.2 cm. Sementara itu bisnya J33 mempunyai lebar ulas sekitar 4 cm dengan ukuran tebal ulas yang agak nipis iaitu sekitar 0.4 - 0.5 cm. Melihat ciri lanjut dimana tekstur ulas adalah lembut dengan warna isi adalah Kuning dimana bua masak akan mencapai tahak kemanisan sebagai buah yang sangat manis (27 - 30% brix). Pada petani di TKPM ini mereka mendapai purata berat ulas buah sekitar 7 - 9 gm. Jika diukur dilaporkan panjang biji sekitar 3.65 cm dengan ukuran lebar biji: 2.26 cm. Peneranan yang diberikan kepada semua peserta TKPMM ini diterima baik mereka didalam 'technology' transfer' yang dijalankan kali ini. Semuga anda semua pembaca blog anim agro technology mendapat info berguna kli ini. Wasallam!!...
NANGKA J33...  DI TKPM KOTA PERDANA...
DISERANG GAJAH... PERLU KAWALNYA...
DIBAWAH POKOK...TEKNOLOGI DI TERIMA...
TECHNOLOGY TRANSFER... ITU CARANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 208, Villian Tong Hotel,
Bandar Muadzam Shah,
Rompin, Pahang,
Malaysia.
(9 Zulhijjah 1440H).