Tuesday, August 27, 2019

ASPARAGUS DI SENGKANG - TINJAUAN

TANAMAN ASPARAGUS (Asparagus officinalis Linn) di Kelompok Sayuran Komersil Kg Sengkang Batu 19 Bukit Gambir, Tangkak, Johor merupakan satu aktiviti terkini yang mengembirakan petani.Hasil tinjauan teknologi penulis blog bersama dengan Timbalan Menteri Pertanian YB Sim diiringi oleh Pengarah Pertanian Johor, Pegawai Perrtanian Daerah Tangkak dan disambut oleh En Tan Soo Tiok pemilik kebun dan juga Pengerusi Persatuan Penanam-penanam Sayur Malaysia (Sila lihat foto paling atas). Majlis dialog diantara ahli-ahli persatuan penanam sayur dengan YB Timbalan Menteri ini diadakan dimana beberapa ahli persatuan dan petani menyuarakan beberapa perkara seperti kesukaran untuk mendapatkan pekerja asing dalam penanaman sayuran, masaalah prasarana jalanladang yang memang sempit. Kawasan kelompok di sini seluas 600 ekar dimana anggaran pengeluaran sebanyak 60 - 70 metrik sehari atau sekitar 22,000 - 25,000 metrik tan setahun dengan nilai pengeluaran sebanyak RM26.4 juta setahun. Hampir 99% kawasan tanaman sayuran adalah dari jenis sayur daun seperti sawi, kailan, bayam, kangkong, kucai, cekur manis, asparagus dan sebagainya. Selain itu terdapat seluas 180 ekar tanaman jambu batu, 200 ekar nurseri bungaan, 70 ekar tanaman liimau bali, 60 ekar tanaman durian dan 20 ekar tanaman jambu air madu. Dibina juga sebanyak 10 rumah burung walit dipersekitaran milik peserta kelompok. Bagaimana pun artikel malam ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya paparkan usaha penanaman asparagus untuk dikongsi bersama pembaca semua.


Temubual penulis dengan Pengerusi Persatuan Penanam Sayur Malaysia Tan Soo Tiok berumur 71 tahun memang amat menyeronokan kerana beliau banyak ilmu dan pengalaman. Saya yang telah mengenali beliau sejak 20 tahun lalu agak rapat semasa menjadi Pegawai Pertanian Daerah Muar (Dahulu Daerah Tangkak adalah berada dalam Daerah Muar sebelum dipisahkan menjadi daerah baru pada tahun 2009). Jabatan Pertanian telah membuat kempen bersama ahli-ahli persatuan sayur dengan menekankan kaedah penggunaan baja organik sebagai baja asas dan baja tambahan dan mengurangkan racun kimia. Petani di kelompok sini juga digalakkan untuk sentiasa melakukan pengapuran untuk memperbaiki tanah OCM yang sangat aktif penanamannya. Teknik mekanisiasi ladang sudah moden disini dengan pelbagai alatan dan jentera yang digunakan selain daripada peralatan yag digunakan. Sebanyak 11 buah telaga tiub yang diberikan oleh Jabatan Pertanian bernilai RM1.233 juta pada 2017 didapati berfungsi dengan baik terutama semasa kekurnga air dimusim kemarau dan El-Nino disini. Bagi kawasan tanaman sayur daun mereka telah menggunakan struktur SPH dan kalis serangga untuk meningkatkan kualitii sayuran dari serangan musuh dan penyakit. Projek ini telah pun menerima anugerah JOHAN KELOMPOK SAYURAN KEBANGSAN TERBAIK pdada tahun 2008 semasa penulis blog menjadi AO Daerah Muar. Ramai dikalangan petani dalam dikelompok ini menerima persijilam MyGAP dan mereka merupakan kelompok pembekal sayuran dan buah-buahan di sekitar Muar, Melaka, Kuala Lumpur dan juga Singapura.


Penanaman asparagus menggunakan biji benih perlu disemai dahulu dalam tapak semaian. Pembiakan menggunakan kaedah lain seperti keratan, kultur tisu didik dan sebagainya kurang berjaya. Pilih varieti asparagus yang mampu untuk menghasilkan hasil tinggi, rintang penyakit dan mendapat permintaan pasaran terbaik. Penyediaan kawasan atau tanah disyorkan membina batas tanaman diatas tanah yang gembur dan pastikan mempunyai saliran yang baik untuk elakkan banjir. Benih yang siap sedia ditanam dengan jarak 1.5 m x 0.3 meter. Pembajaan dengan NPK 15:15:15 bersama baja organik dengan kadar disyorkan adalah penting untuk mempastikan pengeluaran tunas dan mempunyai sistem pengairan sempurna. Kawalan rumpai mesti dijalankan dengan manual (cabut dengan tangan atau tajak) bagi menggalakkan pertumbuhan pucuk dan kurangkan persaingan. Elakkan dari menggunakan racun rumpai dikawasan penanaman asparagus. Asparagus mempunyai 'lembing' tegak ke atas (pucuk dari mahkota bawah tanah) yang boleh tumbuh sehingga 2 meter tinggi. Daun asparagus halus berbentuk seperti jarum dari batang yang tidak bercabang (Sila lihat foto disebelah). Bunga asparagus ialah unisexual, kecil, berbentu tiub kampanulat dan menghasilkan buah kecil seperti beri, berwarna hitam dalam 1-6 biji benih. Apabila ia sedang ingin berbunga, braktea atas kepala-lembing bercabang ke batang dengan pelepah lembut, yang dinamakan 'paku sisik'. Bahagian yang boleh dimakan ialah pucuknya setelah dimasak.  Penanaman asparagus menggunakan biji benih perlu dismai dahulu dalam tapak semaian. Pembiakan menggunakan kaedah lain seperti keratan, kultur tisu didik dan sebagainya kurang berjaya. Pilih varieti asparagus yang mampu menghasilkan hasil tinggi, rintang penyakit dan mendapat permintaan pasaran terbaik. Penyediaan kawasan atau tanah disyorkan membina batas tanaman diatas tanah yang gembur dan pastikan mempunyai saliran yang baik untuk elakkan banjir. Benih yang siap sedia ditanam dengan jarak 1.5 m x 0.3 meter. Pembajaan dengan NPK 15:15:15 bersama baja organik dengan kadar disyorkan adalah penting untuk mempastikan pengeluaran tunas dan mempunyai sistem pengairan sempurna. Kawalan rumpai mesti dijalankan dengan manual (cabut dengan tangan atau tajak) bagi menggalakkan pertumbuhan pucuk dan boleh kurangkan persaingan. Elakkan menggunakan racun rumpai dikawasan penanaman asparagus.


Kandungan pemakanan bagi asparagus adalah berbeza antara asparagus hijau dan asparagus putih. Setip 100 gram asparagus hijau mengandungi 92 g air, 2.8 gram protein, 0.2 gram lemak, 2.2 gram karbohidrat, 980 IU vitamin A, 0.23 gram vitamin B, 2.2 mg niasin dan 52 mg fosforus serta 132 kJoule tenaga. Kandungan nutrisi atau zat pemakanan asparagus putih lebih rendah sedikit. Berat setiap 1,000 biji benih asparagus bersamaan 40 gram. Bagi mereka yang menghadapi masalah kulit yang berpunca daripada pengumpulan asid yang berlebihan dalam darah seterunsya menyebabkan wujudnya masalah-masalah kulit seperti jerawat atau kudis, asparagus merupakan jawapan yang tepat bagi mereka. Ini kerana kandungan alkaliyang tinggi dalam jus asparagus boleh mengatasi masalah-masalah kulit. Amalan petani di Sengkang ini dimana penuaian pada pucuk atau tunas asparagus akan dipetik sebaik sahaja capai ketinggian 16-25 cm dari paras tanah. Asparagus hijau terjadi apabila pucuk yang keluar dibiarkan terdedah kepada cahaya matahari dan asparagus hijau diperolehi dengan menimbus pangkal pokok dengan tanah. Lazimnya asparagus putih berada dalam tanah dan mempunyai saiz batang lebih besar berbanding dengan asparagus hijau. Penuaian asparagus dijalankan selepas 12 minggu (3 bulan) penanaman dengan syarat pertumbuhan pokok subur dan banyak tunas asparagus muncul sepanjang tahun. Penuaian mesti mempastikan 'pokok ibu' atau pokok induk sentiasa subur dan tinggal 3-5 tunas untuk dijadikan pokok. Potong dengan pisau tajam 18-25 cm panjang dari paras tanah kebahagian pucuk untuk asparagus hijau. Bagi asparagus putih, potongan sepanjang 10 cm dari pangkal pucuk muncul bermula di permukaan tanah. Kambus balik pangkal rumpun tanaman asparagus selepas menuai. Kajian ahli agronomi mendapati purata hasil asparagus adalah dalam lingkungan 1.5 - 1.8 mt/ha di Malaysia, 2.1 mt/ha di Indonesia, 4.4 mt/ha di Thailand. Purata penghasilan asparagus di seluruh dunia sekitar 3 mt/ha. Pucuk asparagus yang dituai masih aktif mmenjalani proses respirasi yang boleh menyebabkan ianya perlu dipasarkan segra atau terus dimasukkan ke dalam bilik sejuk untuk mengekalkan kessegarannya. Penyimpanan asparagus dalam keadaan suhu sejuk 2 darjah celsius dengan kelembapan yang tinggi mampu mengekalkan kesegarannya selama 4 minggu. Tanaman asparagus di Malaysia perlukan perhatian khusus jika hendak di perluaskan. Harga asparagus hijau dari kelompok Sengkani ini dijual harga ladang pada harga sekitar RM 50 - RM 60.00 sekilogram. Laporan dari Sabah pula sebagai perbandingan menghasilkan Asparagus Putih yang dijual pada harga sekitar RM 60.00  - RM89.00 sekilogram. Semuga tulisan artikel kali ini memberi info beruna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
 
TANAM ASPARAGUS... LUAS DIUSAHA...
DISENGKANG... DEKAT KAMPUNG SAYA...
ASPARAGUS HIJAU... RM20/KG HARGANYA...
TINJAUAN DIBUAT... TIMB MENTERI SUKA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 601, Suite Room,
Hotel Impiana, Senai,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(22 Zulhijjah 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.