Wednesday, July 24, 2019

KENALI JENIS-JENIS TERUNG (Part 2)

TUMBUHAN TERUNG (Solanum spp) merupakan tanaman daripada keluarga Solanaceae yang dikutip hasilnya untuk dijadikan makanan terutama sayuran atau ulaman. Terung atau dalam bahasa Inggeris dipanggil sebagai Brinjal atau Eggplants merupakan tanaman singkatmasa atau parennial crop yang ditanam domestik atau jelis liar (wild species) yang tumbuh dikawasan belukar. Dalam pada itu penulis blog anim agro technology ada menulis banyak artikel mengenai terung daripada pelbagai sudut yang boleh dicapai dengan link berikut (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan banyak lagi sebelum artikel ke 5,389 ini ditulis. Terung ditanam dikawasan beriklim tropika dan sub-tropika dengan pelbagai jenis dan kegunaan. Menurut FAO, terung ini dikelaskan sama dengan tanaman tomato, bawang, timun dan kobis yang dihasilkan berjumlah 53.2 juta metrik tan pada tahun 2017. Tanaman terung ditanam sepanjang tahun dan mempunyai pokok tumbuh menegak dengan banyak cabang. Mempunyai bentuk daun lebar, berbentuk ovat dan mempunyai lekukan dan berwarna hijau. Bunganya selalu berwarna ungu atau putih dengan saiz ia kembang sekitar 2 cm sahaja. Terdapat banyak varieti terung dimana ia dibezakan dengan bentuknya, warnanya, saiznya dan juga kegunaannya. Warna terung pelbagai daripada berwarna ungu, hijau, putih, pucat, kuning dan ada yang mempunyai jalur pada buahnya. Kulit terung kebanyakannya adalah licin berkilat akan tetapi ada juga yang berbulu (haired). Bentuk buahnya pula ada yang bulat, panjang, bujur dan oval. Diantara jenis terung yang dibincang dalam artikel kali ini adalah Terung Panjang, Terung Bulat, Terung Dayak, Terung Pipit, Terung Bulu, Terung Rapuh, Terung Telur, Telung Putih dan Terung Meranti serta beberapa lagi. Artikel subuh ini dalam "Anim Agro Technology" saya paparkan berbagai jenis terung sekadar menambah ilmu pengetahuan semua pembaca. 

Dari aspek nilai permakanan pula, terung mempunyai kandungan kalori dan lemak yang sangat rendah dan dilaporkan ia mengandungi hampir 93% air. Bagaimana pun terung adalah sumber serat (fiber) yang baik disamping bahan mineral seperti Posforan, Kalsium, Asid Folic, Magnesium, Potassium dan vitamin A serta vitamin C. Bagi terung berwarna ungu ia pastinya mengandungi bahan antiokasidan yang tinggi (Sila lihat foto disebelah). Dalam amalan teknologi tanaman terung, lazimnya buah terung akan dipetik sebelum ia masak atau pun 'immature stage' sebelum bijinya terbentuk. Jangkamasa masa matang dan memetik ini bagaimana pun berbeza mengikut varieti dan juga kegunaannya. Buah terung yang matang akan menjadi keras dengan berbiji, rasa kurang enak atau agak pahit dan jika bersaiz besar yang kurang sesuai dimakan. Cara makan terung ini berbagai masakkan tetapi di Asia terung paling popular dibuat penyedap kepada masakan Kari Ikan, Kari Ayam atau kari Daging. Selain itu ia ditumis bersama sayuran lain atau dibakar atau pun digoreng sahaja. Terung dayak pula selalu dimasak asam pedas atau sup. Ada juga terung seperti terung pipit yang dimakan sebagai ulaman dengan sambal dan nasi putih.

(6) Terung Rapuh
Terung Rapuh (Solanum melongena) adalah sejsni terung yang didakwa mempunyai ciri-ciri isi yang rapuh (crunchy) apabila dimakan. Buah terung ini biasanya berbentuk lonjong bulat, ovoid, oblongoid, obovoid atau spherical berukuran antara dengan saiz panjang 15 - 20 cm panjang. Lazimnya ia mempunyai warna ungu atau hijau putih dimana ia bergantung kepada varietinya (Sila lihat foto disebelah). Terung jenis ini seduai dimakan dengan membakarnya dan dibubuh sambal atau dimasak tyumis. Bagaimana pun kalu dimasukkan dlam kari pun enak juga dimakan. Pokoknya tumbuh menegak dengan mempunyai daun lebar berwarna hijau dan berlekuk. Bunganya berwarna putih dan juga hermaprodite atau jantan (sebahagian kecil sahaja) dan berukuran 3-5 cm diameter. Dipasaran memang tidak ramai kenal terung jenis ini yang kadang kala dipanggil terung mini atau terung separa bulat.

(7) Terung Telur
Terung Telur (Solanum melongena) adalah jenis terung yang buahnya bulat putih hampir menyerupai telur itek atau telur ayam kampong (Sila lihat foto disebelah). Terun ini ada yang dakwa sbagai terung bulat putih dimana buahnya mempunyai kulit yang icin sama dengan warna telur dengan lekat pada tangkainya berwarna hijau. Iamudah ditanam dikebun atau didalam pasu dan mudah menjaganya. Terung yang sesuai boleh dipetik dan dimasak sama dengan jenis terung lain sama ada dimasak sambal, tumis pedas dan juga selalu dimasukkan dalam masakkan kari. Buah terung ini biasanya berbentuk lonjong bulat, ovoid, oblongoid, obovoid atau spherical berukuran antara dengan saiz panjang 15 - 20 cm panjang. Jualan runcit terung ini agak jarang kita jumpa dipasar akan tetapi banyak dipasar minggu atau pasar tamu di Sarawak dan di Sabah. Terung ini mempunyai rasa yang enak dan isinya lembut selepas dimasak.

(8) Terung Putih Panjang
Terung Putih Panjang (Solanum melongena) pula merupakan sejenis terung yang sama dengan terung panjang biasa cuma warnya adalah putih (Sila lihat foto disebelah). Penjual benih terung Leckat Seeds dimana diletakkan nombor daftar terung putih panjang ini sebagai Terung Putih 330. Terung ini saama cara dan kaedah untuk menanamnya dengan terung panjang iaitu ditanam di atas batas atau didalam pasu atau secara fertigasi. Petik terung putih sebelum tua dan dimasak sambal, tumis, dibakar, digoreng bersambal dan elbagai lagi jenis masakkan berasaskan telur putih ini.

(9) Terung Meranti
Terung Meranti (Solanum nigrum) merpakan sejenis terung yang sainya kecil seperti buah beri yang berukuran sekitar 1 cm diameter..Terung Meranti merupakan tumbuhan yang tumbuh menegak dengan batang lembut berwarna hijau gelap dengan ketinggian sehingga mencapai 1.5 meter. Batangnya mempunyai bulu dan di Amerika Selatan batangnya berwarna keunguan. Daun Terung Meranti berwarna hijau gelap berbentuk ovate sehingga bentuklancoleate dengan susunan spiral atau bertentangan (opposite).Saiz daun ialah 6cm x 3 cm dengan panjang tangkai sepanjang 1-3 cm. Bunga terung meranti mempunyai kelopak berwarna putih dan pestil berwarna kuning yang membentuk 5 kelopak berukuran 2.5cm. Pendebungaan berlaku oleh semulajadi dan agen dimana bunganya adalah bisexual. Buah terung meranti berwarna hijau ketika muda , berbentuk bulat seperti buah cherry dengan 0.5-1 cm garispusat. Warna buah bertukar kegelapan ungu apabila telah matang. Setiap buah mengandungi antara 40-100 biji didalamnya. Kiraan berat biji benih adalah sebanyak 1,000 biji seberat 1.5 gram. Kajian saintifik mendapati kandungan terung meranti bagi setiap 100 gram adalah air (90 g), Protin (1.9 g), Lemak (0.1 g), Karbohiderat (7.4 g), Kalsium (274 mg), Ferous (4 mg), Karotin (0.5 mg), Vitamin B1 (0.10 mg), Vitamin C (0.17 mg) dan tenaga sebanyak 140 Kj. Nilai pemakanan bagi bahagian daun juga sangat baik setanding dengan sayuran bayam yang mengandungi Vitamin A dan C yang tinggi. Setiap 100 g daun mengandungi air (85 g), Protin (4.7 g), Lemak (0.5 g), Vitamin B1 (0.14 mg), Vitamin C (40 mg) dan tenaga sebanyak 190 kiloJoule (kJ). Semuga artikel ini memberi info berguna kepada anda semua. Sila baca artikel ini Part 1 untuk keseluruhannya dalam anim agro technology kali ini. WasallaM!!!...
JENIS TERUNG... BANYAK JUGA...
TERUNG PANJANG..BULAT ADA...
TERUNG PIPIT.. ULAM GUNANYA...
TERUNG BULU...APA RASANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(18 Zulkaedah 1440H).


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.