Tuesday, July 23, 2019

KENALI JENIS-JENIS TERUNG (Part 1)

TUMBUHAN TERUNG  (Solanum spp) merupakan tanaman daripada keluarga Solanaceae yang dikutip hasilnya untuk dijadikan makanan terutama sayuran atau ulaman. Terung atau dalam bahasa Inggeris dipanggil sebagai Brinjal atau Eggplants merupakan tanaman singkatmasa atau parennial crop yang ditanam domestik atau jelis liar (wild species) yang tumbuh dikawasan belukar. Dalam pada itu penulis blog anim agro technology ada menulis banyak artikel mengenai terung daripada pelbagai sudut yang boleh dicapai dengan link berikut (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan banyak lagi  sebelum artikel ke 5,389 ini ditulis. Terung ditanam dikawasan beriklim tropika dan sub-tropika dengan pelbagai jenis dan kegunaan. Menurut FAO, terung ini dikelaskan sama dengan tanaman tomato, bawang, timun dan kobis yang dihasilkan berjumlah 53.2 juta metrik tan pada tahun 2017. Tanaman terung ditanam sepanjang tahun dan mempunyai pokok tumbuh menegak dengan banyak cabang. Mempunyai bentuk daun lebar, berbentuk ovat dan mempunyai lekukan dan berwarna hijau. Bunganya selalu berwarna ungu atau putih dengan saiz ia kembang sekitar 2 cm sahaja.  Terdapat banyak varieti terung dimana ia dibezakan dengan bentuknya, warnanya, saiznya dan juga kegunaannya. Warna terung pelbagai daripada berwarna ungu, hijau, putih, pucat, kuning dan ada yang mempunyai jalur pada buahnya. Kulit terung kebanyakannya adalah licin berkilat akan tetapi ada juga yang berbulu (haired). Bentuk buahnya pula ada yang bulat, panjang, bujur dan oval.  Diantara jenis terung yang dibincang dalam artikel kali ini adalah Terung Panjang, Terung Bulat, Terung Dayak, Terung Pipit, Terung Bulu, Terung Rapuh, Terung Telur, Terung Putih dan Terung Meranti serta beberapa lagi. Artikel pada subuh ini dalam "Anim Agro Technology" saya paparkan berbagai jenis terung sekadar menambah ilmu pengetahuan semua pembaca. 


Dari aspek nilai permakanan pula, terung mempunyai kandungan kalori dan lemak yang sangat rendah dan dilaporkan ia mengandungi hampir 93% air. Bagaimana pun terung adalah sumber serat (fiber) yang baik disamping bahan mineral seperti Posforan, Kalsium, Asid Folic, Magnesium, Potassium dan vitamin A serta vitamin C. Bagi terung berwarna ungu ia pastinya mengandungi bahan antiokasidan yang tinggi (Sila lihat foto disebelah). Dalam amalan teknologi tanaman terung, lazimnya buah terung akan dipetik sebelum ia masak atau pun 'immature stage' sebelum bijinya terbentuk. Jangkamasa masa matang dan memetik ini bagaimana pun berbeza mengikut varieti dan juga kegunaannya. Buah terung yang matang akan menjadi keras dengan berbiji, rasa kurang enak atau agak pahit dan jika bersaiz besar yang kurang sesuai dimakan. Cara makan terung ini berbagai masakkan tetapi di Asia terung paling popular dibuat penyedap kepada masakan Kari Ikan, Kari Ayam atau kari Daging. Selain itu ia ditumis bersama sayuran lain atau dibakar atau pun digoreng sahaja. Terung dayak pula selalu dimasak asam pedas atau sup. Ada juga terung seperti terung pipit yang dimakan sebagai ulaman dengan sambal dan nasi putih. 


(1) Terung Panjang
Terung Panjang (Solanum melongena) merupakan jenis terung yang paling banyak di tanam di Malaysia. Terung ini ada yang panggilnya sebagai Terung Peparu dan juga yang kecil sedikit sebagai Terung Mini. Ia mempunyai warna buah ungu dan mudah dikenali daripada bentuk dan warnanya. Berbentuk bulat panjang dengan tangkai berwarna hijau lazimnya berukuran diantara 10 - 25 cm panjang bergantung kepada varieti dan amalan agronomi yang diamalkan. Sesuai ditanam diatas batas tanaman atau kini dengan kaedah fertigasi. 

(2) Terung Bulat
Terung bulat (Solanum melongena) juga sejenis varieti terung yang popular ditanam di Malaysia (Sila lihat foto disebelah). Pada penulis blog hanya beberapa petani yang berpengalaman sahaja yang suka menanam terung bulat ini kerana ia agak sedikit sukar menjaganya berbanding dengan terung panjang. Terung ini berbentuk bulat atau ovat dengan warna kulitnya ungu atau hijau sedikit. Tangkain dan kelopaknya berwarna hijau memegang kuat buah terung bulat. Berukuran sekitar 15 - 25 cm garispusat ia sesuai dimasak dalam kari dan dijual dengan harga lebih tinggi daripada jenis terung panjang.


(3) Terung Dayak (Terung Asam)
Terung Dayak (Solanum ferox Linn) adalah merupakan sejenis terung yang berbentuk bulat dengan warna buahnya yang matang kuning (Sila lihat foto disebelah). Dinegara kita terung ini juga dipanggil terung asam kerana rasanya yang sangat masam adalah popular di Sarawak. Terung ini sesuai dimasak sup atau dicampurkan sebagai ramuan dalam asam pedas, masak sambal dan sebagainya. Terung Dayak adalah tumbuhan renek (shrubs) naik menegak dengan banyak cabang dan mempu capai ketinggian sehingga 1 meter. Batangnya berwarna hijau dan agak berbulu dan bertukar separa keras dengan warna hijau coklat. Daun berwarna hijau berbentuk ovate dengan ukuran 5-40 cm panjang x 3-40 cm lebar serta biasanya ada 4-6 penjuru tajam agak berbulu. Bunga nya mempunyai 5 kelopak berwarna putih dan bahagian tengah yang kekuningan. Buah terung dayak berbentuk bulat atau bulat leper, berwarnna hijau ketika muda bertukar kepada kuning oren kemerahan apabila cukup matang. Saiz sebiji terung antara 5-6 cm ukurlilit x 7-8 cm panjang. Satu tangkai mempunyai purata antara 1-2 biji buah. Buah yang terlalu masak jika tidak dipetik akan gugur


(4) Terung Pipit
Terung Pipit (Solanum tarvum) merupakan sejenis terung bersaiz kecil berwara hijau yang selalu dijadikan ulam atau dimasak sambal. Terung ini berbentuk bulat dengan buahnya berkumpul pada dahan (Sila lihat foto disebelah)Terung Pipit atau dikenali juga sebagai 'Terung Rembang' di Malaysia ditanam dikeliling rumah dan di tepi-tepi kebun dan sekeliling pondok petani. Terung ini di panggil sebagai Takokak; Tokak (Indonesia), Devil figs (English), takapasin ; taogotan(Filipina), makhua-phuang (Thailand) dan hoang (Vietnam).Ada yang menganggap terung pipit sebagai rumpai (unwanted pantropical weed) yang terdapat ditepi jalan dan hidup liar. Pokok terung pipit tumbuh menegak dengan banyak cabang, renek dan mampu mencapai ketinggian sehingga 3 meter. Daunya berbentuk 'ovate', susunan bersilang (alternate), berwarna hijau, panjang tangkai daun 1.5-5 cm dan bersaiz 7-20 cm lebar dan 4-18 cm panjang. Bunga terung pipit berwarna piutih dengan 5 kelopak yang keluar dicelah ketiak daun. Buah Terung Pipit berbentuk Bulat, Berwarna hijau ketika muda dan berkilat hijau kekuningan apabila matang, bergarispusat 1-1.5 cm, dalam rumpun (5-10 buah/rumpun) dimana ia juga mengandungi biji. Kadar biji dalam setiap buah sebanyak  300-400 bijibenih. Nilai pemakanan terung pipit setiap 100 g adalah air (89 g), Protin (2 g), Lemak (0.1 g), Karbohiderat (7.9 g), Kalsium (50 mg), P (30 mg), Fe (2 mg), Vitamin A (750 IU), Vitamin B (0.8 mg), Vitamin C (80 mg) dan sebanyak 160 kiloJoule tenaga.


(5) Terung Bulu
Terung Bulu (Solanum ferox) juga sejenis terung berbentuk bulat dengan mempunyai ciri berbulu (haired) pada buahnya (Sila lihat foto disebelah). Buah muda azimnya berwarna hijau dan akan bertukar kuning kemerahan apabila ianya masak. Walau pun terung ini dikategirikan sebagai spesis liar akan tetapi ada yang menanamnya untuk pelbagai kegunaan. Buah jenis ini masam manis isinya apabila ia masak dan diperah untuk dijadikan minuman berubat. Buah terung bulu ini mengandungi air, karbohidrat, protein, lemak, serabut, mineral dan vitamin. Di India ia juga ada yang menggunakannya dengan memaasak kari. Apa yang unik lagi di Thailand terung bulu ini telah dijadikan ramuan 'sos nam prek' yang sangat penting dalam masakan Thai. Dalam perubatan Melayu piula ia didakwa dapat mengubati masalah cacing kerawit. Air rebusan akarnya diminum bagi merawat luka, lebam, gatal-gatal dan ada yang dakwa dimana airnya mampu mengubati penyakit sifilis. Artikel ini bersambung alam Part 2. Semuga anda mendapat info berguna selepas membaca artikel anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
JENIS TERUNG... BANYAK JUGA...
TERUNG PANJANG..BULAT ADA...
TERUNG PIPIT.. ULAM GUNANYA...
TERUNG BULU...APA RASANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Mlaysia.
(18 Zulkaedah 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.