Friday, February 8, 2019

BETIK - ELAK ALZHEIMER

BUAH BETIK (Carica papaya) merupakan sejenis buah tropika yang banyak ditanam di Malaysia dan ia didakwa sangat baik untuk mengelakkan Penyakit Alzheimer. Dari segi pemahaman, Penyakit Alzheimer merupakan sejenis penyakit nyanyuk atau Demensia yang sering berlaku kepada manusia yang berumur 65 tahun keatas. Mereka yang menghadapi masaalah ini biasanya sudah. Penyakit Alzheimer adalah penyakit progresif atau perlahan-lahan yang simptomnya dilihat dengan penurunan daya ingatan, kemampuan berpikir, serta perubahan perangai atau perilaku dalam mereka menjalani kehidupan sehari-hari. Penyakit ini membuat jaringan otak rosak seiring berjalannya waktu. Biasanya penyakit ini bermula dengan gejala tingkahlaku ringan seperti 'mudah lupa' tentang kejadian-kejadian yang belum lama dilalui. Kemudian lambat laun berlaku gejala lain akan muncul termasuk kerap dilihat bingung, kesukaran untuk berkomunikasi, mengalami gangguan kecemasan dan perubahan suasana hati yang dramatik. Ada keadaan dimana pesakit tidak mampu lagi melakukan aktiviti harian tanpa dibantu orang lain. Biasanya pesakit Alzheimer hanya dapat hidup selama 8-10 tahun setelah dikenalpasti.Akan tetapi pada ada keadaan tertentu di mana pesakit boleh juga hidup lebih lama jika cepat terkenalpasti awal dan berubat atau diberikan rawatan. Walaupun penyakit ini biasanya bukan sebab faktor genetik akan tapi jika ada anggota keluarga yang kena Alzheimer ini kmaka risiko keluarganya agak tinggi. Artikel pagi ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis pentingya buah betik didalam mengelakkan penyakit Alzheimer.

Sebelum itu kita fahami dulu apa tanda dan gejala penyakit Alzheimer kerana ia ada 3 Tahap iaitu Tahap Awal, Tahap Pertengahan dan juga Tahap Akhir. PadaTahap Awal antara tanfanya seperti sering lupa nama tempat dan benda atau sering lupa dengan percakapan yang baru dicakapkan atau dia selalu tanya perkara yang sama atau menceritakan cerita yang sama berulang kali. Dia juga dilihat sering merasa lebih sukar untuk membuat keputusan serta berkeadaan bingung. Dia mula tersesat di tempat yang sering dilalauinya dan berlaku keadaan salah meletak barang di tempat yang tidak prerlu atau sepatutnya seperti masukkan pinggan dalam mesin basuh. Tanda awal juga dia menghadapi kesusahan untuk bercakap dalam berkomunikasi. Pesakit tidak tertarik melakukan aktiviti yang selalu dibuatnya dahulu dan lebih suka berdiam diri serta ada perasaan dan suasana hati tidak menentu serta berubah-ubah. Pada Tahap Pertengahan dia sukar untuk menyebut ahli keluarga atau kawanya dan kerap binggung. Dia juga mengalami delusi dan halunisasi serta mempunyai perilaku yang impulsif, repetitif (berulang2) atau Obsesif. Ia sukar berkomunikasi, sukar mengira jarak dan pada masa ini perlukan bantuan orang lain untuk makan, berpakaian dan ke tandas. Pada Tahap 3 (Akhir) penyakit Alzeimer ini berlaku akan kesusahan makan dan menelan (disfagia), penurunan atau kenaikan berat badan yang drastik, kencing dan berak dalam seluar, susah bercakap, perubahan emosi dan tingkahlaku, tidak mampu buat aktiviti normal seperti untuk mandi, makan dan buang air. Tahap ini perlukan bantuan penjaga sepenoh masa.

Menurut pakar runding Geriatrik Pusat Perubatan Universiti Malaya iaitu Dr. Philip Poi menyatakan terdapat 24 juta penduduk dunia yang menghadapinya. Di Malaysia sahaja dilaporkan seramai  60,000 orang adalah pengidap Alzeimer. Sehingga kini beum ada ubat khusus yang dibangunkan untuk merawat masaalah neurogeneratif ini. Pakar syorkan agar ramai yang perlu mengambil terapi yang lebih berkesan dan ia juga mengurangkan risiko dari tahap awal lagi. Tumpuan perlu diberikan kepada cara mencegah atau melambatkan proses perkembangan masaalah Alzeimer ini dengan pelbagai pendekatan serta berisiko rendah. Sehingga kini pelbagai terapi telah direka saintis kerana diyakini berpotensi untuk mempengaruhi proses patologi pada peringkat awal seperti  demensia Alzeimer.  Kajian saintis menunjukkan bahawa pemakanan berzat mengandungi Asid docosahexaenoik, Asid eicosapentoik, uridine-5-monofosfate, choline, fosfolipid, vitamin B12 dan Vitamin D yang di formulasi boleh memperbaiki tingkahlaku prestasi memori dan kesan neurofisiologi pesakit Alzeimer. Ini kerana penyakit Alzeimer adalah penyakit mengenai neurogeneratif kronik yang mana ia disebabkan oleh kehilangan forebrain basal neuron cholinergik dan mempunyai kandungan acetylcholine yang kurang dan bertindak sebagai fungsi neurontransmitter. Acetycholinaseterase ialah cholinterase sebagai pemangkin pecahan acetycholine dan ester choline lain yang berfungsi sebaagi neurotransmitter. Sehingga kini teknik perubatan yang dilakukan hanyalah dengan tindakan perencatan terhadap enzim acetycholineterase untuk mengawal tahap kandungan acetycholine dalam otak (Fuhh!... ini memang satu terminologi yang hebat dan agak sukar difahami kalau bukan orang mediks).


Ubat yang sering digunakan bagi merawat pesakit alzeimer adalah rivastignine, tacrine dan galantamine. Ia merupakan jenis ubat perencat acetycholiterase yang sesuai bagi digunakan untuk pesakit di tahap awal atau tahap sederhana. Walau bagaimana pun ubat ini memberikan kesan sampingan yang negatif termasuk menyebabkan ketoksikan pada hati dan menganggu aktiviti pencernaan. BETIK (Carica papaya) memang terkenal dengan buah yang melancarkan proses penghadaman dan mengelakkan sembelit. Penulis blog pun amat suka makan buah betik. Daun pucuk betik juga sangat baik direbus dan dijadikan ulam dan air rebusan daun betik juga sangat baik melegakan perut dan membuang angin seperti tulisan saya sebelum ini (Sila klik disini) dan (Sila klik disini). Betik merupakan taanaman berkhasiat yang tinggi dan sesuai dijadikan bahan utama untuk produk berfungsi untuk tujuan kesihatan. Bahagian buah dan daun betik dilapor mempunyai komponen bioaktif yang berkesan terhadap rawatan masaalah kencing manis, antiradang, imunomodulator, antimalaria, penyembuhan luka dan aktiviti analgetik. Analisa fitokimia menunjukkan ujud sebatian seperti alkoloid, flavanoids, saponin, tannin, fenol, steroids, dan enzim yang berpotensi untuk penjagaan kesihatan sesuai diambil. Mungkin buah dan daun betik boleh difermentasikan bagi menambah nilai nutrisi.  proses fermentasi ini memerlukan mikrob untuk meningkatkan bioaktif metabolit didalam substrat betik.

Saintis MARDI telah berjaya menghasilkan produk betik di fermentasi yang menunjukkan kesan perencatan yang signifikan terhadap enzim acetychloinesterase tersebut. Ia juga didakwa mempunyai kekuatan lebih tinggi daripada uabatan komersil seperti tacrine iaitu ubat yang digunakan untuk rawatan alzeimer.  Kajian menggunakan kultur tulen terpilih untuk meningkatkan khasiat dan memperbaiki ciri-ciri organoleptik buah dan daun betik yang kurang sedap kepada produk minuman betik yang enak dan menyegarkan badan. Produk fitonutrien baru ini boleh bertindak sebagai langkah pencegahan awal penyakit kronik dan degeneratif seperti penyakit alzeimer. Minuman ini daripada kajian terhadap tikus tidak memberikan kesan sampingan yang bahaya terhadap hati, limpa, perut dan buah pinggang (Sila lihat foto disebelah). Paras kandungan gula dalam darah juga telah dilaporkan normal walau pun tikus ini telah diberikan bahan minuman produk betik difermentasi ini dalam dos yang tinggi untuk jangkamasa yang lama. Secara keseluruhannya produk betik difermentasi ini didapati memberikan bahan ubat minuman berfaedah bagi elakkan masaalah penyakit alzeimer iaitu merupakan satu strategi terapeutik yang signifikan. Artikel asal tulisan Dr Koh dan Nuraiza membantu saya dapatkan info ini untuk dibaca oleh semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
MAKAN BETIK... AMALKAN SENTIASA...
PENYAKIT ALZEIMER...DIJAUHINYA...
ALTERNATIF TERAPEUTIK...KESANNYA...
BACA ARTIKEL... TERIMAKASIH SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia. 
(2 JamadilAkhir 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.