ROTI PURI merupakan sejenis makanan berasaskan tepong yang kini semakin popular di Malaysia untuk dihidangkan sebagai makanan yang enak dan berbaloi membuatnya sendiri. Pada penulis blog makanan ini tidak menjadi asing lagi sebaab sudah mengenalinya semenjak 40 tahun dulu yang dibuat oleh ibu dengan panggilan sebagai ''Lempeng Kabol''. Sehingga kini pun selalu menyediakannya setiap bulan sekurang-kurangnya sekali untuk hidangan jkeluarga walau pun resepinya ada sedikit berbeza. Lempeng kabol tidak gunakan yis tetapi roti puri gunakan yis atau serbuk muripan. Saya telah pun menulis artikel mengenai lempeng kabol atau kini secara komersialnya dipanggil sebagai 'roti puri' dengan membuat pautan disini (Sila klik disini). Penulis memang amat suka makan Roti Puri ini atau Lempeng Kabol ini yang boleh dimakan terus begitu sahaja atau dimakan bersama kuah kari. Kari yang sesuai pula pelbagai daripada kari daging lembu, kari daging kambing, kari ayam, kari ikan dan paling mudah adalah menyediakan kari ikan sardin. Lempeng Kabol pernah dijadikan hidangan kepada ramai penanggah atau ahli perewang didalam majlis perkahwinan di sekitar Muar dan Batu Pahat untuk hidangan sarapan pagi. Selain daripada memang disukai oleh masyarakat tempatan, roti uti memang amat mengenyangkan perut dan tahan lama tidak perlu makan lagi. Ia juga boleh disimpan dalam keadaan biasa pun boleh tahan beberapa hari walau pun rasanya ada sedikit berubah dan teksturnya juga sedikit lembik serta tidak rangup lagi. Ia sesuai dihidang kepada semua ahli keluarga kerana dengan makan 1-3 keping sahaja sudah mencukupi dan akan rasa cukup kenyang. Bagaimana pun kini roti puri amat mudah didapati kerana ada dijual di bayak rangkaian kedai India Musilim atau Restoren Mamak diseluruh negara. Artikel subuh ini saya menulis mengenai makanan roti puri dalamm blog "Anim Agro Technology" sempena Cuti Hari Raya Cina 2019 untuk bahan rujukkan anda.
Makanan roti puri ini adalah berasal dari perkataan “PURI” atau “POORI” sejenis makanan ringan yang berasal dari benua kecil India yang mempunyai sejarah kewujudan yang beribu tahun. Perkataan “PURI” adalah berasal daripada bahasa Sanskrit purba iaitu “Purikka” yang mana bermaksud “mengisi”. Ia juga sebenarnya adalah makanan ringan yang paling popular waktu sarapan pagi atau pun minum petang paling digemari rakyat negara India, Nepal, Pakistan dan Bangladesh dan kini di Malaysia dengan versi sedikit berbeza (Sila anda lihat foto disebelah). Hidangan Puri adalah makanan dalam kategori roti (goreng) seperti roti Nan, capati atau Roti Prata (canai) dimana ia biasa dihidangkan dengan berbagai gulai atau pun sambal yang istimewa. Di Malaysia ramai orang yang lebih suka sambal tumis ikan bilis atau pun sambal sardin sebagai pencicah roti puri yang amat lazat. Puri di negara ini amat digemari dulu oleh masyarakat keturunan India tetapi kini semua kaum sudah memakannya malahan orang keturunan Jawa pandai mengubahsuainya menjadi Lempeng Kabol. Apa pun roti puri d Malaysia sudan banyak kelainan dengan roti puri yng saya makan di Faisalabad, Pakistan. Pada saya di Malaysia lebih enak dan menepati citarasa penulis blog. . Roti Puri di sini semasa panas lembut, kembang dan ada gelembung tetapi bila sejuk ia keras, liat dan menjadi leper seperti roti canai. Bagaimana pun untuk menutup kelemahan dalam menyediakan masakan resepi ini maka kebanyakan restoren India akan melembabkan puri supaya lembut dengan melapik dua keping puri diantara dua keping puri diletakan masakan kentang kurang pedas. Maka bentuk puri asal tidak lagi kelihatan.
Resepi Puri Asli daripada India adalah paling ringkas dan menggunakan bahan masakan yang kosnya paling minima. Bagi peniaga kedai makanan didakwa ia akan memberi keuntungan yang tinggi. Sesiapa yang berminat buat makanan ini sendiri dirumah dan sudah pandai maka dia boleh beniaga. Resepi roti puri asal dari India menggunakan bahan 2 cawan (cup) tepung gandum, 2 sudu besar minyak masak. 1/4 sudu kecil garam, 1 sudu kecil susu tepung (sekiranya anda ingin puri lembut dan berlemak), 1/2 sudu kecil gula serta air suam yang digunakan bagi tujuan untuk membuat doh. Mulakan dengan memasukkan tepung gandum, tepung susu, garam dan gula dalam sebuah bekas. Adunkan semua bahan-bahan ini supaya rata dalam bekas. Kemudian dimasukan sedikit demi sedikit air suam dan uli tepung sehingga anda mendapat doh seperti doh capati. Lepas itu dibiarkan keseluruhan doh tersebut di selimuti kain yang lembab selama 20 minit. Kemudian dibahagi-bahagikan doh itu beberapa bentuk bebola sama saiz yang berukuran sebiji buah lemon (saiznya separuh dari saiz bebola roti canai atau capati). Titiskan beberapa titis minyak masak atas papan peleper (supaya tidak melekat) dan leperkan bentuk bulat bulat yang tebalnya sama ketebalan roti capati (Sila lihat foto disebelah). Sekiranya anda tidak mempunyai papan dan kayu peleper (roller), anda boleh uli di atas keratas plastik dengan menggunakan botol bulat yang berbalut dengan plastik. Kalau mampu boleh juga mendapatkan sebuah set peleper doh tepung yang sangat berguna di dapur.
Seterusnga proses menggoreng dimana panaskan minyak dalam kuali dan mula goreng puri. Sebelum kita menggoreng pastikan doh tepung puri yang telah diuli perlu diperam selama 20 minit disalut dengan kain lembab. Bila membuat kepingan puri jangan ditindeh satu sama lain. Gorengan puri perlu lakukan satu persatu. Semasa kerja leperkan puri perlu gunakan sedikit minyak di sapu atas permukaan papan peleper dengan cara menggunakan tepung untuk mengelakan melekit antara satu sma lain. Bagi kekalkan puri yang lemut dan mengekalkan gelembung dalam keadaan panas dan sejuk rahsianya semasa mengadunkan tepung gandum tambahkan 1 sudu besar tepung suji bersama dengan tepung gandum. Tepung suji kemampunan dalam mengekalkan gelembung puri. Minyak gorengan puri perlu panas yang cukup semasa gorengan. Minyak yang kurang panas akan menyerapkan minyak berlebihan dalam puri. Paras minyak dalam kuali perlu berada 3 inci untuk puri mudah terapong. Selepas masukkan puri yang perlu digoreng dan beri sedikit tekanan dengan sudip ke atas gelembung pertama yang dihasilkan (Sila lihat foto disebelah). Apabila masak angkat dan toskan minyaknya sehingga kelur semuanya. Jika ada gelembung keseluruhan di perolehi dengan baik dengan tekstur lembut, mempunyai gelembung sempurna dan ringan. Susun roti puri dalam bekas dan kalau hendak kekalkan panas boleh disimpan didalam pemanas oven pastry.
Bagi mereka yang hendak membuat roti puri sendiri dirumah boleh mencuba sendiri. bahan yang diperlukan adalah seperti 2 cawan tepung gandum, 1 sudu besar yis atau mauripan, 1 sudu besar gula, 3 sudu besar minyak masak, secubit garam dan juga 3/4 cawan air panas. Pastikan anda ada bekas menguli adunan tepong dan alat peleper doh yang disediakan. Cara penyediaan dimulakan dengan kita menyatukan tepung gandum, yis, gula, minyak, garam dan gaul sehingga berderai-derai (Sila anda lihat foto disebelah). Kemudian dimasukkan air panas untuk meberikan adunan doh agak panas sedikit dan lembut apabila digoreng. Bagi tujuan ini anda boleh menguli pakai tangan sahaja. Jangka masa untuk menguli doh sekejap sahaja sehingga menjadi doh lembut dan kemudian dikepal atau bulatkan sekitar saiz b;emom atau lebih besar daripada bole pingpong. Kemudian doh ini perly di perap selama 30 minit bertujuan untuk mendapatkan roti puri yang lembut. Kemudian dalam kuali perlu dipanaskan minyak dengan kuantiti agak banyak (agar penggorengan doh semuanya tenggalam dalam minyak). Kemudian doh dicanai atau leperkan doh yang telah kita dibulatkan dan masukkan ke dalam minyak panas (goreng sebiji-biji sahaja). Semasa menggoreng perlu dioyang atau disimbahkan minyak pada permukaan roti hingga naik kembung dan balik -balikkan bagi menghasilkan roti puri gelembong ditengahnya. Kawal pi dn perlu menggoreng hingga perang. Angkat dan toskan munyak dan ia sedia untuk dihidangkan.
Terdapat laporan akhbar bertajuk "Kelainan di Man'z Roti Puri" di Johor Bahru, Johor yang mana bumiputra mengkomersilkan roti puri ini dan mendapat sambutan baik. Akhbar utusan laporkan menu sarapan seperti nasi lemak, roti canai, lontong dan roti bakar mungkin sudah menjadi kebiasaan buat sebilangan masyarakat di negara ini. Namun bagi yang mahukan kelainan maka anda boleh cuba menu sarapan roti puri dan pastinya antara lokasi yang menjadi tumpuan masyarakat bagi menu itu adalah gerai Man’z Roti Puri. Uniknya roti puri yang biasanya diusahakan masyarakat India tetapi di JB Man'z Roti Puri beralamat di Terminal Bas Taman Universiti, Skudai dekat sini merupakan air tangan peniaga Melayu. Ia dihidangkan dengan beberapa pilihan kuah kari sama ada ayam, lembu mahupun kambing. Istimewa Man'z Roti Puri mempunyai adunannya sendiri. Gerai itu beroperasi seawal pukul 7 pagi hingga 12 tengah hari. Bagaimanapun jika teringin menikmati menu roti puri, pengunjung dinasihati berkunjung awal ke gerai tersebut. Ini kerana sebagai menu tumpuan maka hidangan kebiasaannya akan habis menjelang pukul 10 pagi. Jika bernasib baik atau ada rezeki sahaja dapat menikmatinya selepas waktu itu (Sila lihat foto disebelah). Dakwa pengusahanya Encik Sulaiman Ismail berumur 57 tahun berkata keadaan itu kerana pihaknya meletakkan had dalam menghidangkan roti puri iaitu sekitar 300 keping dalam satu hari. Roti puri menjadi menu utama pengunjung di gerai ini selain kami juga menjual menu lain. Pelangga dinasihatkan berkunjung awal kerana kebiasaannya roti puri akan habis dijual sebelum pukul 10 pagi lagi. Dia mula belajar membuat roti puri selepas bersara sebagai pekerja swasta pada usia 50 tahun. Pernah mendapat tunjuk ajar awal daripada seorang rakannya yang juga berniaga dan setelah beberapa tahun kini dia melakukan tambah baik adunan berkenaan sebelum dikomersialkan. Kini selain daripada menjual roti puri di gerainya di Larkin ini dinyatakan memang selalu juga mengambil tempahan menyediakan roti puri bagi apa-apa majlis. antara tempahan yang diterima adalah dari sekitar Johor serta Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan. Beliau kini sambil menguruskan perniagaan itu bersama-sama anak-anaknya. Seorang pelanggan setia gerai Man'Z Roti Puri bernama Harun Mohd berkata, dia kerap bersarapan di gerai itu dan roti puri menjadi antara menu kegemarannya. kalau dahulu saya jarang dengar menu ini dan saya juga tidak tahu bagaimana rasanya namun setelah menikmatinya di gerai ini, memang menu ini menjadi salah satu kegemarannya. Roti puri yang dijual di sini berbeza dengan beberapa tempat lain, keranggupan dan rasanya berbeza ditambah pula dengan kuah kari yang dihidangkan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology semuanya. Wasallam!!!...
ROTI PURI... LEMPENG KABOL SAMA...
TEPUNG DI ULI... DILEPER GORENGNYA...
AKAN KEMBONG... RANGUP RASANYA...
BERSAMA KUAH... KARI DAGING ENAKNYA...
By,
M Anem,
Snior Agronomist,
Precin 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(3 JamadilAkhir 1440H).

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.